Soalan
72: Adakah terdapat hubungan antara kisah Ashhab Al-Kahfi dengan kisah Musa (as)
dan Al-’Alim (as) atau Zhi Al-Qarnain, dan di antara Al-Qaim (as) atau
tanda-tanda kezuhurannya atau masa kemunculannya atau sahabat-sahabatnya dan ansarnya
atau musuh-musuhnya?
Jawapannya:
Kisah
[Ashhab Al-Kahfi] amat masyhur, ceritanya secara ringkas, mereka orang-orang
beriman seramai tujuh orang yang mengingkari taghut penzalim pada zaman mereka,
dan matlamat mereka adalah menghadapi:
Yang pertama adalah
pemerintah zalim yang tidak adil lagi kafir.
Yang kedua ialah
ulamak yang sesat yang memutarbelitkan agama Allah dan Syariat-Nya.
Setiap
satu daripada kedua-duanya: Taghut yang mengisytiharkan dirinya tuhan yang disembah
selain Allah, pemerintah yang tidak adil mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan yang
disembah selain Allah dalam urusan duniawi dan kehidupan hamba dan dasar sistem-sistem
manusia (siasat – politik), dan ulamak yang tidak beramal yang menyesatkan yang
melantik diri mereka sendiri sebagai tuhan-tuhan yang disembah selain Allah dalam
hal-hal agama dan undang-undang (syariat). Oleh itu pemuda-pemuda ini membebaskan
diri daripada menyembah Taghut itu, dan ingkar kepada Taghut. Dengan
mengingkari Taghut ini adalah panduan (hidayah) permulaan, Allah menambahkan hidayah
dengan mengtahui jalanNya yang Maha Suci, dan beriman denganNya, dan berjuang
(beramal) untuk menegakkan KalimahNya Yang Maha Suci), mereka pemuda-pemuda
yang beriman dengan Kalimah Allah SWT
﴿إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ
آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدى﴾
Sesungguhnya
mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah
pula untuk mereka petunjuk. [45],)
﴿وَإِذِ
اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا َعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ
يَنْشُرْ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ وَيُهَيِّئْ لَكُمْ مِنْ أَمْرِكُمْ
مِرْفَقاً﴾
Dan
apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka
carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, niscaya Tuhanmu akan melimpahkan
sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam
urusan kamu. [46].
Ashhab
Al-Kahfi pada zaman Al-Qaim (as) bangkit mereka adalah pemuda-pemuda di Kufah
dan pemuda-pemuda Basrah, seperti yang diriwayatkan oleh Ahl Al-Bait (as) [47],
dan Penghulu Al-Hussein Bin Ali (as) menyebut beberapa kali, dan lebih daripada
sekali mendengar [48] mengulangi ayat ini:
﴿أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ
أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا منْ آيَاتِنَا عَجَباً﴾
Atau
kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan al-raqim itu, mereka
termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan? [49],
dan
hanya mendengar daripada mereka membaca :
﴿أَنَّ أَصْحَابَ
الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَباً﴾
bahawa
orang-orang yang mendiami gua dan al-raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda
kekuasaan Kami yang mengherankan? [50].
Mereka
ini adalah Ashhab Al-Kahfi – dan mereka adalah para sahabat Al-Qaim (as) – mereka
adalah orang-orang yang akan menuntut bela Al-Hussein (as), dan membalas bela
dari penzalim, dan membolak-balikan pemerintah zalim dan menjatuhkan mereka,
dan bahawa dia mendengar Penghulu Al-Hussein juga membaca:
﴿وَسَيَعْلَمُ
الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ﴾
Dan
orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan
kembali. [51].
Demikianlah
para sahabat Al-Qaim (as) kaum yang beribadat dan ikhlas kepada Allah SWT, mereka
hanya melihat kepada Allah, beriman kepada Allah dan bertawakkal dan menggempur
tentera yang lebih besar yang zalim dan angkuh di atas muka bumi, dia adalah
pemerintah kuku besi yang meratah dan memijak segala kerajaan di bumi, seperti
yang diceritakan oleh Daniel [52], yang kini diwakili oleh
kerajaan Syaitan Amerika [53].
Bahawa
dia mendengar Penghulu Al-Hussein (as) juga membaca :
﴿لَا
قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ﴾
tiada
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah [54], kerana ia
tidak akan menuntut bela, melainkan orang-orang yang membenarkan ayat ini:
﴿لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ﴾
tiada
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Dan
dalam riwayat (mereka yang telah menyalib kepalanya di atas pokok, mendengar:
﴿وَسَيَعْلَمُ
الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ﴾
Dan
orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan
kembali. [55].
Dan
(juga mendengar suaranya di Damsyik yang mengatakan)
﴿لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ﴾
tiada
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
(dan
juga mendengar suara berbunyi :
﴿أَنَّ
أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَباً﴾
bahawa
orang-orang yang mendiami gua dan al-raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda
kekuasaan Kami yang mengherankan?
(berkata
Zaid bin Arqam: urusanmu ajaib, Wahai anak Rasulullah) [56].
Diriwayatkan
Sheikh Al-Mufid (rahimahu Allah) bahawa Zaid bin Arqam mendengar Penghulu Al-Syarif
mengatakan ayat Surah Al-Kahfi. [57].
Dan
diriwayatkan dari Al-Minhal bin ‘Amru bahawa dia mendengar Penghulu Al-Hussein
berkata: (Amat mengherankan dengan Ashhab Al-Kahfi untuk membunuh untukku dan
memikul tugasku) [58].
Adapun
diriwayatkan bahawa Ashhab Al-Kahfi yang dutus bersama Al-Qaim (as) mereka adalah
sebahagian dari para sahabat setia Rasulullah (sawas), dan sahabat Amir Al-Mukminin
Ali (as) seperti Malik Al-Asytar, ia tidaklah bermaksud diri mereka sendiri, tetapi
yang dimaksudkan dalam riwayat ini mereka adalah khusus para sahabat Al-Qaim
(as), iaitu, bahawa seorang lelaki dari para sahabat Al-Qaim (as) yang sepadan dengan
Malik Al-Asytar dalam keberanian dan kecerdasan, kepimpinan dan keupayaan pada
Allah dan taat kepada Allah dan berakhlak mulia dan banyak dari sifat-sifat
yang ada pada Malik Al-Asytar, itulah yang disifatkan oleh para Imam pada Malik
Al-Asytar.
Ia
tidak jauh dari kefasihan dan penyampaian dan kepimpinan mereka Ahl Al-Bayt (as),
seperti penyair Al-Husseini sifatkan turunnya Ali Al-Akbar ke medan perang dan
berkata sesuatu yang bermaksud: Bahawa Muhammad (sawas) telah turun ke medan
perang, dan bahawa ketinggian akhlak Ali Al-Akbar mempunyai kemiripinan dengan
akhlak Rasulullah Muhammad (sawas), dengan para sahabat Imam-imam yang menjadi
pendorong sebenar kepada dorongan mengembalikan dan mempersiapkan pada Al-Raj’ah
selepas dua belas Mahdi-mahdi, dan pada zaman yang terakhir mereka, dia adalah
Al-Qaim terakhir sebenar dari Aali Muhammad (as), yang padanya keluar
Al-Hussein bin Ali (as), dan inilah Imam Mahdi yang terakhir atau Al-Qaim
terakhir tidak ada keturunan baginya dan tidak ada baginya anak. [59].
✡✡✡
Ada
pun kisah [Al-’Alim (as)] dengan Musa (as). Ia adalah mengenai Musa (as) yang
terjadi dalam dirinya, ilmu yang datang dari Allah kepadanya selepas menerima
Kalimah Allah SWT di Gunung Sinai (Thur Sina'), Allah SWT mengarahkan Jibrail (as)
untuk menyedarkan dan memerintahkannya supaya mengikuti Al-’Alim (as), Musa (as)
mengembara bersama Yusya’ (as) untuk mencari Al-’Alim (as), [60],
dan cerita itu terkandung dalam Al-Quran dan terdapat tiga perkara, iaitu:
1
- Kisah perahu dan pemiliknya:
Perahu
tersebut adalah milik sekumpulan orang yang beriman dan ikhlas, yang miskin
(lemah) terhadap Allah SWT, iaitu ibadat
yang miskin, miskin dalam ibadah bukanlah golongan miskin yang memerlukan, yang
memiliki perahu tidak fakir, bagaimana dia dikatakan miskin [61],
kerana orang miskin tidak memiliki dan tidak terlalu sedikit dan terlalu
banyak.
Mereka
orang-orang mukmin yang miskin terhadap Allah, mereka memohon (kepada Allah)
dengan tunduk merendah diri. dan menyeru supaya membantu mereka untuk
mengelakkan raja yang zalim dan tenteranya, yang mengambil perahu yang menyusahkan
mereka untuk bekerja untuk dijadikan alat kegunaan jenayah bagi raja ini,
orang-orang miskin ini, mereka tidak mahu menjadi punca yang membantu taghut
penzalim, Begitulah apabila perahu mereka direndahkan kepada jenaya, sedangkan
mereka tidak mahu kehilangan perahu mereka dan dengan itu Allah menghantar kepada
mereka Al-’Alim (as), untuk menggunakan perahu mereka dan membebaskan mereka
daripada kezaliman ini, dengan mencacatkan secara zahir (membocorkan) yang akan
menjadikan satu sebab bagi keengganan raja dan meninggalkannya supaya boleh belayar
di laut.
2
- Kisah budak lelaki:
Ibu
bapa budak lelaki ini adalah orang-orang beriman yang soleh dan ikhlas kepada
Allah SWT, dan telah banyak merendahkan diri dan berdoa kepada Allah supaya
memberi mereka keturunan yang soleh yang menyejukkan mereka berdua, dan
melindungi mereka berdua dari anak-anak yang derhaka. Budak lelaki itu pada
zahirnya anak yang baik, dia anak kedua-dua mukmin itu yang didapati bersih
pada zahirnya dan berjiwa suci pada zahirnya. Inilah yang dikatakan Musa (as)
dia (nafsan Zakiyah – jiwa yang suci) iatu menurut zahirnya. Oleh kerana anak
kepada orang yang beriman, dan pada masa itu; ia tidak lagi menzahirkan keringkaran
dan kefasikan, tetapi Allah SWT Maha Mengetahui apa yang ada dalam diri budak ini
sama ada keakuan (Al-Ana) atau pun angkuh atas perintah Allah dan
hujjah-hujjahnya (as).
Jiwa
yang ganas (buruk) ini adalah salah satu daripada musuh-musuh para nabi dan
Rasul, dan kerana inilah Allah SWT menghantar Al-’Alim (as), untuk menunaikan harapan
kedua-dua mukmin itu dengan zuriat yang menyejukkan dan yang beriman serta
soleh, tetapi tidaklah dengan cara untuk memisahkan mereka dengan membunuh
budak itu, maka Al-’Alim (as) membunuhnya dengan perintah Allah Yang Maha Suci
dan sebagai tindak balas kepada doa ibu bapanya. Dalam Syari’at (agama) dahulu,
bapa dibenarkan untuk menyembelih (korban) anaknya untuk mendekat diri kepada
Allah Yang Maha Suci, dan seperti kisah Nabi Ibrahim (as), seorang nabi dengan
anaknya, semasa dia mahu menyembelihnya [62], dan kisah Abdul
Muthalib (as), seorang washiy dengan anaknya, semasa dia mahu menyembelih
(korban) anaknya untuk mendekat diri kepada Allah [63] bukan
untuk menjauhkan diri. Apabila Islam datang dan memansuhkan hukum (peraturan)
ini dan menjadikan bapa tidak boleh memberi amaran (bernazar) dengan
menyembelih anaknya untuk dihadapkan kepada Allah, tetapi jika bapa membunuh
anaknya, bapa tidak tidak akan dibalas bunuh, dan hukum ini diketahui oleh umat
Islam, pembunuh akan dibalas bunuh, kecuali si bapa.
Oleh
itu, permintaan untuk membunuh anak itu tidak disedari oleh bapanya. Pada
doanya yang meminta untuk menghilangkan anaknya pada hakikatnya membunuh mati,
dan yang mengarahkan pembunuhan anak itu adalah Allah Yang Maha Suci, dan yang
melakukannya adalah Al-’Alim (as). Tidak ada pelanggaran Syari’at dalam perkara
ini, secara zahirnya dalam masalah ini. Ia hanya sebahagian daripada qishash (hukum)
sebelum berlakunya jenayah; kerana membunuh budak lelaki itu adalah sesuai dengan
permintaan bapanya, walaupun dia tidak tahu bahawa doa beliau adalah sepadan dengan
membunuh anak lelakinya dan menyebabkan kematiannya.
Terdapat
juga beberapa perkara yang mungkin menyelesaikan banyak persoalan di sekitar
kisah Musa (as) dengan Al-’Alim (as). jika mahu mengetahuinya, iaitu:
1
/ Al-’Alim (as) melihat masalah tersebut sebagai padanan masa akan datang secara
batin, dan Musa (as) melihat pada batinnya tetapi hanya pada masalah itu sahaja.
2
/ Jika Al-’Alim (as) membunuh anak itu di hadapan orang ramai dan membiarkan
dia pergi, bukanlah orang ramai melihat Al-’Alim seperti Musa (as) melihatnya.
3
/ Masalah pembunuhan budak itu seperti Malaikat Maut mengambil nyawa, atau menggagalkan
pemilik kereta yang memandu di jalan, dan meninggal dunia kerana kemalangan,
saat Al-’Alim (as) bertindak seperti malaikat (as).
4
/ Telah diperintahkan oleh Allah Yang Maha Suci kepada Al-’Alim (as) secara
menyeluruh, tidak terperinci, seperti contoh: [menyelamatkan perahu orang-orang
miskin], dan dia tidak diberitahu oleh Allah SWT cara menyelamatkan kelemahannya,
tetapi kadar kelemahan ini untuk dirinya sendiri, Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿هَذَا عَطَاؤُنَا
فَامْنُنْ أَوْ أَمْسِكْ بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾
Inilah
anugerah Kami; maka berikanlah (kepada orang lain) atau tahanlah (untuk dirimu
sendiri) dengan tiada pertanggungan jawab. [64]. Dalam riwayat
dari baginda (sawas) (Bahawa Allah tidak melihat kepada Jasmani (luaran) ciptaanNya)
[65].
3
- Kisah dinding:
Sebuah
dinding rumah dua orang anak yatim, mereka anak-anak yang saleh dan yatim: Individu
yang terdapat pada kaumnya tidak melakukan kebajikan dan ketakwaan dan ketaatan
[66], dan harta yang di bawah tembok (dinding) itu harta
bernilai dan emas, khazanah untuk mereka dari bapa mereka, dan juga dituliskan
untuk mereka nasihat dan harta peninggalan bagi mereka. Ahl al-Bayt (as) menganggap
nasihat ini adalah harta yang sebenar bukanlah peninggalan wang dan emas itu
sebagai harta. nasihatnya adalah seperti kata Imam Al-Shadiq (as): (Sesungguhna
Aku Allah tiada Tuhan melainkan Aku, sesiapa yang yakin dengan kematian, tidak
ketawa seumur hidupnya, dan sesiapa yang mengakui hisabnya tidak gembira dalam
hatinya, sesiapa yang beriman dengan al-qadar tidak takut, kecuali Tuhannya) [67].
Kebijaksanaan
dan nasihat ini adalah perang terhadap kebakhilan penduduk kampung (penempatan)
tersebut, yang enggan memberi mereka makan, dan ini merupakan satu lagi sebab
untuk dibina dinding itu.
Dalam
pembinaan dinding ada tanda lain bagi orang-orang yang memperhatikan
tanda-tanda, adalah Aali Muhammad (as) - iaitu, bahawa halangan antara pemikiran
penduduk kampung dan akhlak yang mulia atau khazanah kedua-dua anak yatim. Pada
hakikatnya, yang membina dinding mestilah oleh orang kedekut kampung itu. Halangan,
pemikiran, dan tanda-tanda dari pembinaan dinding tiadalah untuk yang berakal yang
berilmu sahaja.
Yang
masih perlu diketahui:
Kerja-kerja
Al-’Alim (as) adalah sama seperti kerja-kerja malaikat, mereka itu tidak
mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.,
ia adalah pelaksana bagi perintah Allah SWT, dan ketiga-tiga kerja-kerja
tersebut telah dijalankan dengan perintah Allah. Ia adalah atas permintaan
pemilik yang telah dilakukan untuk mereka. Juga adalah sebagai mengabul doa
mereka, perahu dibocorkan (dirosakkan) atas permintaan daripada pemilik, dan
budak itu dibunuh atas permintaan ibu bapa, dan dinding telah didirikan atas
permintaan bapa kedua anak-anaknya, dan semua permintaan seperti itu dengan doa
dan permohonan kepada Allah dari orang-orang mukmin yang ikhlas kepada Allah
SWT.
Setiap
yang dilakukan Al-’Alim (as) banyak yang kembali semula secara baik kepada
pemilik-pemiliknya, perahu yang dipelihara pemiliknya tidak didorong untuk
membantu penzalim, dan budak lelaki yang tidak beriman dengan batinnya yang
hitam dibunuh dan digantikan kepada kedua ibu bapanya dengan anak gadis solehah
dan baik melahirkan nabi-nabi, dan dinding untuk memelihara harta, emas,
dan kebijaksanaan daripada dijangkau kepada selain pemiliknya.
Al-Shadiq
(as) berkata: (Adalah perumpmaaan perahu itu kepada kamu dan pada kami adalah Al-Hussein
seperti meninggalkan bai’ah kepada Muawiyah, dan ia adalah perumpamaan budak
lelaki itu pada kamu adalah seperti dikatakan Al-Hassan bin Ali (as) kepada ‘Ubaidullah
bin Ali “kamu dilaknat Allah dari kekafiranmu,” maka dia berkata kepadanya: Dia
telah dibunuh wahai Aba Muhammad, dan ia adalah seperti sebuah dinding pada
kamu seumpama Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein (as)) [68].
Dan
pada zaman Al-Qaim (as) juga ada perahu, budak lelaki dan dinding yang di bawahnya
ada harta. Perahu itu bagi para sahabat Al-Qaim (as) diperuntukkan bagi memelihara
dari para taghut penzalim (muncul dalam kecurigaan untuk ditunjukkan kepada) Al-Qaim
(as), seperti yang diriwayatkan dari mereka (as) [69], dan
budak lelaki itu dibunuh; kerana dari segi batinnya hitam dan digoda oleh
syaitan (laknat Allah): (aku lebih baik daripadanya), diriwayatkan dari mereka
(as) Al-Qaim (as) membunuh seorang daripada mereka yang bekerja di hadapannya
(di bawah kekuasaannya) [70], dan mereka yang rapat dengan
dia (as), dan harta yang keluar dari bawah dinding dan disebarkan pada manusia,
dan ia ilmu Aali Muhammad (as).
Dari
Al-Shadiq (as): (Ilmu itu dua puluh tujuh huruf, semua yang didatangkan pada Al-Rasul
dua huruf, manusia tidak mengetahui sehingga ke hari ini adalah dua huruf, Apabila
bangkit Qaim kita akan dikeluarkan dua puluh lima huruf dan akan disebarkan pada
manusia, termasuk dua huruf sehingga menjadi dua puluh tujuh huruf) [71].
Ada
pun kisah Zhi Al-Qarnain telah diterangkan Ahl- Al-Bait (as) dalam riwayat-riwayat,
di mana perkara yang paling penting bahawa Zha Al-Qarnain pada zaman ini adalah
Al-Qaim (as). Telah ditanya kepada Amirul Mukminin (as) adakah Zhi Al-Qarnain nabi
atau raja? Beliau berkata: (bukan nabi dan bukan juga seorang raja, tetapi
seorang hamba yang dikasihi Allah maka dia mengasihi dan menasihati kerana Allah
dan memberi nasihat kepadanya, Dibangkit kepada kaumnya, dia memukul kaumnya dengan
tanduknya yang kanan dan kemudian dia menghilang dari mereka dengan kehendak
Allah, dia meninggalkan mereka, dan datang kali kedua, dia memukulnya kaumnya
dengan tanduknya yang kiri dan kemudian dia menghilang dari mereka dengan
kehendak Allah, dia meninggalkan mereka, dan datang kali ketiga maka Allah
teguhkan kedudukannya di bumi, dan pada kamu, seumpamanya) [72].
Dari
Al-Baqir (as), berkata: (Bahawa Zha Al-Qarnain mempunyai pilihan dua awan.
Beliau memilih yang mudah, dan diasingkan satu yang sukar untuk Al-Shahib kamu.
Aku berkata, "Apakah yang sukar? Beliau berkata , "awan di mana ada guruh
dan kilat petir. Shahib kamu menungganginya. Apabila dia menunggang awan dan
mengembara ke tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi, lima daripadanya
didiami, dan dua lagi sunyi sepi." [73].
Telah
berkata Amir Al-Mukminin (as) (pada kamu seumpamanya), yakni Al-Qaim (as), Maka
dia telah menyeru manusia, tetapi mereka mengatakan kepadanya, Pulanglah wahai
anak Fatimah, dan kemudian dia telah menyeru manusia untuk kali kedua dan
mereka berkata, Pulanglah wahai anak Fatimah, dan untuk kali ketiga Allah meneguhkannya
dengan dipancung leher mereka dan dibunuh mereka sehingga mencapai keredhaan
Allah SWT [74], dan sehingga berkata kepadanya seorang yang
rapat dengannya: Jika kamu menjauhkan diri dari manusia maka jauhlah ternakan. (menjadikan
mereka lari). [75], dan sehingga manusia mengatakan ini bukan
dari Aali Muhammad (as) kalaulah dari Aali Muhammad tentulah dalam kasih sayang
[76], seperti yang ada dalam riwayat-riwayat dari mereka (as).
Saya
berharap apa yang diingatkan akan bermanfaat bagi orang yang beriman, walaupun
dalam ketiga-tiga cerita itu terlalu banyak rahsia yang tidak ditonjolkan [77].
Kesimpulan yang saya ingin terangkan dari ketiga-tiga cerita ini berkait rapat
dengan Al-Qaim (as) dan dengan para sahabatnya dan dengan tanda-tanda
kemunculannya.
✡✡✡✡✡
-------------------------------
[45]
- Al-Kahfi 18:13.
[46]
– Al-Kahfi 18:16.
[47]
– Dari Mufadhdhal bin ‘Umar, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (akan
keluar Al-Qaim (as) dari bahagian belakang Kufah, dua puluh tujuh lelaki, lima
belas orang kaum Musa (as) yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak
dan mereka yang menjalankan keadilan., dan tujuh orang Penghuni Al-Kahfi, dan
Yusya’ bin Nun, Salman, Aba Dajanah Al-Ansari, Al-Miqdad, dan Malik Al-Asytar,
mereka ini adalah di antara-tangan ansar dan pemerintah beliau) Al-Irsyad oleh
Al-Syeikh Al-Mufid: Jilid. 2, halaman 386.
[48]
– Dari Zaid bin Arqam, bahawa dia berkata:
(karena hal yang telah berlalu dengannya - Penghulu Al-Hussein (as) - Ali, padanya
ada tombak dan aku di dalam bilikku, maka aku telah terdengar: [(أم حسبت أنّ أصحاب الكهف والرّقيم
كانوا من آياتنا عجباً) - Atau kamu mengira bahawa
orang-orang yang mendiami gua dan al-raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda
kekuasaan Kami yang mengherankan?) maka dia bangun (iaitu berdiri) Demi Allah aku
rasa Ali memanggil-manggilku: Penghulu kamu, Wahai anak Rasulullah, amat ajaib,
dan amat ajaib) Mustadrak Safinah Al-Bihar: Jilid. 4, halaman 11.
[49]
- Al-Kahfi 18:9.
[50]
- Mustadrak Safinah Al-Bihar: Jilid. 4, halaman 13.
[51]
– Al-Syu3araa’: 227.
[52]
- Kitab Daniel - bab VII.
[53]
- untuk menggambarkan lebih banyak anda boleh menyemak apa yang dikatakan oleh Al-Sayid
Ahmad Al-Hassan (as) di dalam Kitab (Al-Jawab Al-Munir: Jilid 1 / jawapan
soalan 15).
[54]
- Al-Kahfi 18:39.
[55]
- Mustadrak Safinah Al-Bihar: Jilid. 4, halaman 11.
[56]
- Al-Manaqib oleh Ibn Syahrasyub: Jilid. 4, halaman 61, Bihar Al-Anwar: Jilid.
24, halaman 304.
[57]
- Bihar Al-Anwar: Jilid. 45, halaman 121.
[58]
- Bihar Al-Anwar: Jilid. 45, halaman 188.
[59]
- dari al-Hasan bin Ali Al-Khazaz, berkata: (Aku masuk berjumpa Ali bin Abi
Hamzah yang bersama Abi Al-Hassan Al-Ridha (as), lalu berkata kepadanya (as): Adakah
kamu Imam? Kata beliau (as): Ya. Lalu dia berkata: Aku mendengar datukmu Ja'far
bin Muhammad (as) berkata: Tidak akan ada Imam melainkan jika dia mempunyai
keturunan. Maka dia (as) berkata: Adakah kamu lupa, wahai Syeikh atau atau
adakah kamu cuba untuk melupakannya. Bukan begitu kata Ja’far (as), tetapi
Ja’far (as) berkata: Tidak akan menjadi Imam melainkan jika dia mempunyai
keturunan, kecuali Imam yang keluar padanya Al-Hussain bin Ali (as), beliau
tidak mempunyai keturunan. "Jadi dia berkata kepadanya (as): Kamu telah
bercakap benar, Semoga Allah jadikanku tebusan Kamu, inilah yang aku dengar apa
yang datuk kamu katakan.) Bihar Al-Anwar: Jilid. 25, halaman 251.
[60]
- dalam Tafsir Al-Qumi Jilid. 2, halaman 38: (..... Setelah diberitahu Rasul
Allah (sawas) orang-orang Quraisy mengenai berita Ashhab Al-Kahfi, mengatakan:
Beritahu kami tentang Al-‘Alim yang Allah perintahkan Musa (as) mengikutnya dan
apakah kisahnya, Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat:
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada
muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan
dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun" [Al-Kahfi 18:60].
(Baginda bersabda, Itulah sebabnya bahawa
setelah Allah berkata-kata kepada Musa dengan Kalamnya dan diturunkan kepadanya
(papan) Lauh-lauh sebagaimana Allah berfirman:
Dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada
luh-luh (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala
sesuatu; [Al-A3raaf
7:145]
Musa
kembali kepada Bani Israel menaiki mimbar dan memberitahu bahawa Allah telah
menurunkan kepadanya Taurat dan KalamNya, dia berkata kepada dirinya sendiri:
Tidak ada ciptaan Allah yang diciptaNya lebih berilmu dariku Allah mewahyukan
kepada Jibrail supaya menyedarkan kerana Musa telah binasa, dan diberitahu kepadanya
bahawa di persimpangan dua laut, di atas batu ada seorang lelaki yang lebih
berilmu dari kamu berterus-teranglah kepadanya dan belajar daripadanya
pengetahuannya, Jibrail turun kepada Musa (as) dan memberitahunya, Musa lemah di
dalam dirinya dan beliau telah membuat kesilapan dan dimasukkan rasa takut. Dia
berkata kepada washinya Yusya' bin Nun: Allah telah memerintah aku supaya mengikut
lelaki di persimpangan dua laut dan belajar darinya.....).
[61]
– Orang yang miskin dari segi kebendaan iaitu tempat tinggal yang sukar untuk memenuhinya
kerana tidaklah terlalu sedikit, atau berlebihan.
[62]
- Yang Maha Tinggi berfirman: (Maka Kami beri dia khabar gembira dengan
seorang anak yang amat sabar. * Maka tatkala anak itu sampai (pada umur
sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku
sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah
apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang
yang sabar". * Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim
membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). * Dan
Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, * sesungguhnya kamu telah membenarkan
mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang
berbuat baik. * Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. * Dan Kami
tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.) Al-Shaffat 37:
101-107.
[63]
- Bihar Al-Anwar: Jilid. 15, halaman 78, dan seterusnya.
[64]
– [Shad 38:39]
[65]
- Ia bukanlah rahsia bahawa Alam Dunia adalah Alam Jisim-jisim (benda-benda),
dan darinya bersabda Rasul Allah (sawas) (Bahawa Allah tidak menjadikan penciptaan
adalah yang paling benciNya selain dunia , dan tidak melihat padanya sejak menciptanya
Dia membenci) Al-Jami3 Al-Shaghir oleh Al-Suyuthi: Jilid. 1, halaman 273
hadits 1780.
[66]
- Berkata Ali bin Ibrahim Al-Qumi (rahimahu Allah): (mengenai Firman: (Bukankah
Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? [Al-Dhu7a 93:6])
berkata: anak yatim yang tidak suka beliau, yang dinamakan selepas al-Dura:
anak yatim, kerana dia tidak suka dia) Bihar Al-Anwar: Jilid. 61, halaman
142.
[67]
- Bihar Al-Anwar: Jilid. 13, halaman 312.
[68]
- Bihar Al-Anwar: Jilid. 13, halaman 307.
[69]
- Mukhtashar Bashair Al-Darajaat: halaman 179, Bihar Al-Anwar: Jilid. 53,
halaman 3.
[70]
- Dari Hisham bin Salim, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Ketika lelaki
bersama Penghulu Al-Qaim dan memerintah dan mencegah dengan memenggal lehernya,
dan tiada yang tinggal di antara jarak dua mata angin [sesuatu pun] melainkan
ketakutan) Ghaibat Al-Nu3mani halaman 329-330.
[71]
- Bihar Al-Anwar: Jilid. 53, halaman 3.
[72]
- Bihar Al-Anwar: Jilid. 12, halaman 178.
[73]
- Bihar Al-Anwar: Jilid. 12, halaman 183, dipetik dari Bashair Al-Darajaat.
[74]
– Dari Abi Ja'far (as) dalam sebuah hadits yang panjang, beliau berkata:
(Apabila Al-Qaim (as) bangkit, dia akan mara ke Kufah, maka keluar darinya
beberapa puluh ribu jiwa dari bandar yang dipanggil Al-Batriyah, mereka
mempunyai senjata, mereka berkata kepadanya: Kembalilah dari mana kamu datang,
kami tidak perlukan anak-anak Fatimah, Lalu dia memenggal dengan pedangnya
sehingga dia selesai yang terakhir daripada mereka, dan kemudian memasuki
Kufah, membunuh setiap munafik amat tidak boleh dipercayai, dan akan merobohkan
istana, dan juga membunuh pejuang mereka sehingga mendapat keredhaan Allah Azza
wa Jallla.) Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 338.
[75] - Dari Abi Ja'far (as) dalam sebuah
hadits yang panjang, beliau berkata: (.....kemudian bermula - iaitu Al-Qaim
(as) - yang menyeru kepada manusia kepada Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya, dan Wilayah
Ali bin Abi Talib, (shalawat Allah 3alaih), dan berlepas diri dari musuhnya, Sehinggalah
sampai ke Al-Tsa’labiyah yang bangkit padanya seorang lelaki dari salbi
bapanya, dia salah seorang yang bersangatan badannya, dan paling teguh hatinya,
selain pemilik urusan ini (Sohib Al-Amr). dan berkata: Hei, apa yang kau
lakukan?. Maka demi Allah jika kamu menjauhkan diri dari manusia maka jauhlah
ternakan. (menjadikan mereka lari). Apakah ini janji dari zaman Rasul Allah (sawas)
atau apa? Maka berkata Al-Mawla yang akan berbai’ah: Demi Allah kamu diam atau ditetak
di antar dua matamu, Maka berkata, Al-Qaim: Diamlah wahai Fulan. Demi Allah bersamaku
perjanjian dari Rasul Allah ...) tafsir Al-3iyasyi: Jilid. 2, halaman 56,
Bihar Al-Anwar: Jilid. 52, halaman 343.
[76]
- Dari Abi Ja'far (as) berkata: (jika manusia tahu apa yang dilakukan Al-Qaim jika
ia keluar akan suka kebanyakan mereka yang tidak melihatnya, membunuh manusia,
tetapi dia tidak dimulakan sehinggalah dengan Quraisy. Mereka tidak akan
dikuasai kecuali dengan pedang dan tidak akan menerima kecuali dengan pedang sehingga
ramai orang mengatakan: ini bukan dari Aali Muhammad (as) kalaulah dari Aali Muhammad
tentulah dalam kasih sayang) Bihar Al-Anwar: Jilid. 52, halaman 354, dipetik
dari Ghaibat Al-Nu3mani.
[77]
- untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tajuk ini, sila rujuk kepada apa yang
dterangkan oleh Al-Sayid Ahmad Al-Hassan (as) di dalam Kitab yang mulia (Musa
perjalanan ke Pertemuan Dua Laut – Ri7latu Musa Ila Majma3a Al-Bahrain).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan