Isnin, 2 Jun 2014

Soalan 64: lima ribu Malaikat yang memakai tanda (berserban)


Soalan 64: Firman Yang Maha Tinggi:

﴿هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِكَةُ مُسَوِّمِينَ﴾

niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda.[ Aali Imran 3:125.] [176], apakah erti yang Musauwimin ?

Jawapannya :﴿مُسَوِّمِينَ﴾iaitu guru-guru yang memakai serban sebagai tanda mereka , telah diriwayatkan dari Abi Al-Hasan (as) berkata pada Firman Yang Maha Tinggi: [Musauwimin - yang memakai tanda], berkata: (serban-serban dipakai Rasulullah dengan membiarkan ekor serban terletak di dada (terjuntai) ke belakang, dan Jibrail memakai serban dengan membiarkan ekor serban terletak di dada (terjuntai) ke belakang)  [177].

Serban melambangkan ilmu, dan hakikat yang ditampilkan malaikat-malaikat ini adalah ilmu nama-nama Allah SWT , dan Dan semua mereka dihormati dengan ilmu tertentu daripada jumlah yang tertentu darinya. Asal malaikat yang memakai tanda (Al-Musauwimin) adalah adalah 313 kerajaan, dan ini adalah para pemimpin dan selebihnya adalah pekerja dan tentera untuk pemimpin-pemimpin ini, dan 313 ini setiap satu daripada mereka makhluk yang bernama daripada nama-nama Allah SWT, ia adalah Abdi nama itu, dan perhambaan daripada nama ketuhanan satu sifat dari setiap raja mereka, Sebagai contoh, salah satu daripada mereka dikenali sebagai Abd Al-Haq, dan yang lain dikenali sebagai Abd Al-Nur, dan sebagainya. Perhambaan ini adalah ilmunya, dan ia adalah serbannya.

Ufuk (penjuru) malaikat sempit nisbahnya berbanding ufuk manusia; kerana perbezaan fitrah pada kedua-dua makhluk, fitrah manusia layak kerana tahu semua nama-nama Allah , Allah menciptakan Nabi Adam atas shurahNya (rupa bentuk), dan fitrah malaikat melayakkan mereka untuk mempelajari (mengenal) sebahagian nama-nama Allah SWT, dan malaikat-malaikat yang berbeza antara mereka dan dilebihkan berpandukan Nama-nama Al-Ilahiyah secara fitrah dan berkelayakan untuk mengenaliNya:

﴿جَاعِلِ الْمَلائِكَةِ رُسُلاً أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾

Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Fathir 35:1] 
[178].



✡✡✡✡✡

------------------------         
[176] – Aali Imran 3:125.
[177] – Al-Kafi Jilid 6 halaman 460.
[178] – Fathir 35:1.

Tiada ulasan: