Soalan
80: Wazir Imam Mahdi, Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) iaitu washiy dan
penggantinya (Khalifah nya) adakah dia Hasyimi, atau bukan Hasyimi? Adakah para
sahabat Imam Mahdi (as) mereka lebih utama dari para sahabat Rasulullah (as)
dan para sahabat Imam-imam (as) dan para sahabat Al-Hussein (as), atau bahawa para
sahabat Al-Hussein (as) lebih utama daripada mereka?
Jawapannya:
Seorang washiy bagi Imam Mahdi (as) yang juga adalah Bani Hasyim keturunan Ali
dan Fatimah, bahkan juga mestilah keturunan Al-Hussein (as) khususnya, malahan
juga ia mesti dari keturunan Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as) pasti dan aemestinya
tidak dari yang lain; Kerana Nur (cahaya) Al-Khilafah dan Al-Wishayah
(washiy-washiy) yang datang dari sulbi Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as),
ia mesti datang dari cahaya ini kepada anak dan keturunannya sahaja, dan
ternyata bahawa orang-orang yang dikehendaki Allah zahir darinya, maka
dijadikan washiynya bagi Imam Mahdi (as).
Adalah
diriwayatkan selepas Imam Mahdi (as) ada dua belas Mahdi-mahdi, mereka adalah
dari anak-anaknya (as) seperti yang dinyatakan di dalam doa (Ya Allah penuhilah
keperluanku dari waliMu ...) diriwayatkan daripada Imam Al-Ridha (as), di mana Imam
(as) berkata: (Ya Allah berikanlah kepada dirinya dan keluarganya dan anak-anaknya
dan keturunannya dan umatnya, dan seluruh rakyatnya yang menyejukkan matanya,
dan yang menyenangkan dirinya dan menghimpunkan baginya raja kerajaan suluruhnya)
[107].
Dalam
Solat Al-Marwiyah dari Imam al-Mahdi (as): (... dan selawatlah ke atas WaliyMu
dan Wilayah perjanjianMu, dan Imam-imam dari anak-anaknya, dan memanjangkan
umurnya, dan tambahkan ajalnya, dan sampaikan harapan tertinggi agama mereka di
dunia dan akhirat) [108].
Kesemua
mereka adalah bapa-bapa dan anak-anak bukan adik-beradik, seperti yang
dinyatakan dalam hadits dari Ahl Al-Bayt (as): (Imam-imam ini tidak terdiri
dari dua adik-beradik selepas Al-Hassan dan Al-Hussein (as)) [109],
dan mereka adalah dua belas orang Mahdi-mahdi, mereka adalah Imam-imam yang memberi
bimbingan dan yang mendapat hidayah, tetapi bukanlah mereka itu seperti
Al-Aimmah dari Aali Muhammad 3alaihim solawatu Allah.
Selepas
Imam Mahdi (as) terdapat dua belas Mahdi-mahdi yang berikutnya di bumi, dan
kalaulah tiada mereka maka hancurlah bumi dengan penghuninya, seperti yang
dinyatakan di dalam riwayat Ahl Al-Bayt (as): bahawa: (jika bumi tanpa Imam akan
hancurlah penghuninya) [110], Maka mereka selepas Imam Mahdi
(as) yang menyampaikan hujjah bagi Allah SWT, dan banyak hadits-hadits mengenai
mereka:
Di
antaranya: Dari Abi Bashir, berkata: (Aku berkata kepada Al-Shadiq Jafar bin
Muhammad (as): Wahai anak Rasulullah (sawas) aku mendengar dari bapa tuan,
bahawa beliau berkata: Akan ada selepas Al-Qaim dua belas imam-imam, maka
beliau berkata: Sesungguhnya katakanlah Dua belas Mahdi, dan jangan
mengatakan dua belas Imam, namun mereka adalah orang-orang dari Syi’ah kami
yang menyeru kepada Wilayah kami dan mengenalkan hak kami) [111].
Dari
Al-Shadiq (as): dari bapa beliau dari Amir Al-Mukminin (as), beliau berkata:
(Rasulullah (sawas) bersabda pada malam kewafatan baginda kepada Ali (as):
Wahai Aba Al-Hassan bawakan lembaran dan tinta, Maka Rasulullah (sawas) membuat
wasiat sehingga akhir ke bahagian ini, baginda bersabda: Wahai Ali bahawa akan ada
selepasku dua belas Imam-imam dan selepas mereka dua belas Mahdi-mahdi, dan
engkau wahai Ali, adalah yang pertama dari dua belas Imam ... dan hadits sampai
pada sabda baginda, dan diserahkan al-Hasan (as) kepada anaknya Muhammad yang
akan memelihara dari keluarga Muhammad (sawas) menjadi dua belas imam, kemudian
akan ada dua belas Mahdi-mahdi, maka apabila ia menghampiri kematian akan
diserahkan kepada anaknya Mahdi yang pertama, padanya tiga nama: Nama seperti namaku
dan nama bapaku, dan dia adalah Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad dan nama
ketiga Al-Mahdi, dan dia adalah orang yang pertama beriman) [112].
Dari
Al-Shadiq (as): (Bahawa dari kami selepas Al-Qaim (as) ada dua belas Mahdi-mahdi
dari anak Al-Hussein (as)) [113]. Al-Qaim ini adalah Imam
Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as).
Dan
dari Al-Shadiq (as) berkata: (Bahawa dari kami selepas Al-Qaim (as) ada sebelas
Mahdi-mahdi dari anak Al-Hussein (as)) [114]. Al-Qaim ini dalam
riwayat ini bukanlah Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as), namun ia adalah
seorang wazir dan washiynya dan Mahdi Pertama selepasnya; Kerana selepas Imam
Mahdi (Muhammad bin Al-Hasan (as)) ada dua belas Mahdi-mahdi dari anaknya bersalasilah
keturunan antara satu sama lain, dan selepas yang pertama dari dua belas Mahdi
ini, ada sebelas Mahdi-mahdi dari anaknya bersalasilah keturunan antara satu
sama lain.
Segala
puji tertentu bagi Allah semata-mata dari awal dan akhir dan pada zahir dan batin,
dan laknat Allah ke atas Iblis dan tenteranya dari manusia dan jin dan laknat
Allah pada musuh-musuh keluarga Muhammad dari yang awal dan yang akhir, dan
laknat Allah pada musuh-musuh Imam Mahdi (as), dan laknat Allah pada musuh-musuh
anak-anak Imam Mahdi (as), dan laknat Allah pada musuh-musuh ansar Imam Mahdi (as).
Bagi
yang lain daripada sahabat Imam Mahdi (as) 313 orang, mereka adalah: penciptaan
pilihan sejak Allah menciptakan Adam sehingga datangnya Al-Saah, dan seperti
kata dari mereka penghulu orang bertauhid, Amirul Mukminin (as) yang bermaksud:
(Demi bapak dan ibuku ada beberapa nama yang terkenal di langit, dan tidak dikenali
di bumi, tidak didahului oleh amalan orang-orang dahulu kala, dan tidak
disentuh oleh orang lain) [115].
Mereka
benar-benar yang terbaik dari para sahabat Rasulullah, dan yang terbaik
daripada para sahabat Al-Hussein (as), bahkan seperti yang dinyatakan dalam riwayat
dari mereka (as) yang terdiri dari 313 orang, mereka adalah umat Muhammad (sawas)
pada hari kiamat dikatakan kepada umat tersebut: Bahawa kesemuanya ini adalah nabi-nabi
[116].
Dari
mereka Rasulullah (sawas) bersabda: (Ya Allah bebaskanlah saudara ku) [117].
Dan Ja'far bin Muhammad Al-Shadiq (as) menangis atas mereka dan berdoa untuk
mereka [118] sebelum lebih daripada seribu tahun, dan dan Nabi
Luth (as) mengharapkan mereka beribu-ribu tahun yang lalu [119].
Walaupun bumi yang menyampaikannya kepada mereka berbangga dan bermegah dengan sirah
mereka [120].
Maka
beruntunglah mereka dengan tempat kembali yang baik, ini adalah satu
penghormatan besar dan keutamaan untuk zarah, meminta Tuhan untuk membuat saya
salah seorang ibu bapa mereka dan penyokong mereka, dan orang-orang yang
bergelut dengan mereka untuk menegakkan firman Allah SWT.
✡✡✡✡✡
[107]
– Mishba7 Al-Mutahijad: halaman 411.
[108]
- Ghaibah Al-Thusi: halaman 281 Hadits 238.
[109]
– Al-Kafi: Jilid 1 halaman 286 Hadits 4.
[110]
– 3uyun Akhbar Al-Ridha (as): Jilid 2 halaman 246, Muktashar Bashair Darajat: halaman
9.
[111]
- Kamal al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: halaman 358.
[112]
- Ghaibah Al-Thusi: halaman 150 Hadits 111, Muktashar Bashair Darajat: halaman 39,
Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman 148.
[113]
- Muktashar Bashair Darajat: halaman 182, Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman 148.
Dan Hadits-hadits yang menghuraikan manusia dengan Mahdi-mahdi (as) selepas
Imam al-Mahdi (as) terlalu banyak hadits sehingga mencecah lima puluh Hadits-hadits,
dan di dalam Hadits-hadits Ahl Al-Bait (Mahdi-mahdi di dalam hadits - satu
versi Ansar Imam Mahdi (as)) 33 hadits, sila lihat.
[114]
- Ghaibah Al-Thusi: halaman 478 Hadits 504, Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman 145.
[115]
– Nahj Al-Balaghah: halaman 126 / khutbah 187.
[116]
- Dalam Musnad Ahmad: Jilid 1 halaman 282: (... berkata: Dia berkata bahawa
Nabi Muhammad (sawas) Penutup Nabi-nabi telah datang pada hari ini, dan telah
diampun dosanya yang lalu dan akan datang, Sabda Rasulullah (sawas): Akan dikatakan
kepadaku, wahai Muhammad syafaatlah kami di sisi TuhanMu supaya dilunasi antara
kami, Aku katakan: Ia padaku adalah kuasa Allah Azza Wa Jalla kepada sesiapa
yang dikehendakiNya dan diredhaiNya, apabila Allah Tabarak wa Taala hendak memecahkan
antara penciptaanNya di mana penyeru yang dikenali sebagai Ahmad dan umatnya,
kita adalah orang-orang awal dan yang kemudian, kami umat lain dan yang pertama
dipertanggungjawabkan, Maka dibebaskan umat kami keluar dari jalan kami melangkah
dengan cahaya di wajah mereka karena bekas penyucian, maka dikatakan kepada
umat: hampir semua umat ini menjadi nabi-nabi...).
[117]
– Al-Ta7shin Li Ibn Fahd Al-7illi: halaman 23, dan sumber-sumber umum: AL-Mu3jam
Al-Aswath oleh Al-Tabarani: Jilid 5 halaman 341, Al-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi:
Jilid 1 halaman 82.
[118]
- Lihat: Al-Kafi: Jilid 1 halaman 402 Hadits 5.
[119]
– Firman Allah menceritakan tentang Luth (as): (قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ
آوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ -
Luth berkata: "Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu)
atau kalau aku dapat berlindung kepada rukun yang kuat (tentu aku
lakukan)".) [Hud 11:80].
Diriwayatkan
dari Abi Abdillah (as) berkata pada Firman Allah: (لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً -
Seandainya aku ada mempunyai kekuatan) berkata: (القوة Kekuatan:
Al-Qaim (as), dan والركن الشديد -
rukun yang kuat: 313) Bihar Al-Anwar: Jilid 21 halaman 158.
[120]
– Dari Abi Ja'far (as), beliau berkata: (Seakan-akan sahabat Al-Qaim (as) telah
dikelilingi oleh panji-panji yang tiada lain melainkan dia berbakti kepada
mereka sehingga tujuh serentak di darat dan tujuh serentak terbang, meminta keredhaan
dalam segala-galanya, sehingga memberi penghormatan di tanah dan di atas bumi dan
berkata : Murabbi (pendidik) pada hari ini adalah seorang daripada sahabat Al-Qaim
(as)) Kamal al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: halaman 673.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan