Soalan
77: Wirid dalam doa:
(أعطني بمسألتي إياك
جميع خير الدنيا وجميع خير الآخرة، وأصرف عني بمسألتي إياك جميع شر الدنيا وشر
الآخرة)
(Berikanlah
aku untuk permintaanku yang hanya untuk engkau sahaja, semua kebaikan dunia dan
semua kebaikan di akhirat. Jauhkan dariku, untuk permintaanku yang hanya untuk engkau
sahaja, semua kejahatan dunia dan kejahatan akhirat. [88]. Mengapakah
beliau berkata: (semua kebaikan di akhirat), dan pada kejahatan dia berkata: (dan
kejahatan akhirat), tidak berkata (semua kejahatan di akhirat)?
Jawapannya:
kebaikan di akhirat ada banyak peringkat, ia adalah maqam-maqam dan darjat-darjat
roh (jiwa), dan setiap manusia mendapat maqam-maqam, syurga-syurga dan darjat-darjat
ini mengikut apa yang diusahakan sebagai hasilnya (ganjaran),
﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
* وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى * ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَى﴾
dan
bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah
diusahakannya, * dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).
* Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, [89].
Para
da’i mencari semua maqam-maqam dan syurga-syurga ini; kerana jurang perbezaan
di antara syurga dengan syurga dan di antara maqam dengan maqam, yang sangat
besar bilangannya. Sesiapa yang dituliskan ke syurga di langit kedua, akan
memperluas untuk dituliskan ke syurga di langit ketiga, dan seterusnya sehinggalah
kepada mencari ke kedudukan tertinggi, untuk mencari redha Allah SWT.
Kejahatan
akhirat pula adalah neraka (jahanam), tetapi tidak masuk neraka melainkan
berakhir dengan kemurkaan Allah SWT. Sesiapa yang mencari supaya dijauhkan dari
padanya kejahatan akhirat iaitu neraka dan kemurkaan Allah - yang tidak mahu
mempunyai hubungan dengannya secara mutlak, dan sama pada semua lapisan dan
darjah azabnya. Neraka (jahanam), kesemuanya kejahatan dari permulaan hingga
akhir sama sahaja, kerana tidak dijadikan melainkan dari kemurkaan Allah SWT
dan kemarahan ke atas hambaNya, dan ini cukup (melayakan) hambaNya memohon perlindungan
dari kejahatan akhirat selain dari menerangkan betapa besarnya kejahatan ini, ada
banyak juga kejahatan yang kecil, dan pada hakikatnya kejahatan yang utama adalah
bagi yang tiada hubungan langsung dalam mengenalinya.
Dari
sudut yang lain diwujudkan catatan yang dinamakan: [Catatan Kehidupan], malaikat
menulis di dalamnya nama-nama ahli-ahli syurga, sesiapa yang ditulis namanya
dalam Catatan Kehidupan beruntung dan terbuka keluasan dari Allah untuk mengangkatnya
ke maqam-maqam dan syurga-syurga, dan sesiapa yang namanya tidak ditulis dia
adalah ahli-ahli neraka. Maka tulisan nama catatan ini mengikut darjat-darjat dan
maqam-maqam, apa yang dicari oleh para da’i pada semua maqam-maqam dan darjat-darjat
ini, tetapi tidak ditulis namanya di dalam catatan ini adalah kejahatan akhirat
maka ia adalah satu perkara, dan apa yang dicari oleh para da’i supaya dijauhkan
dari padanya ini adalah satu perkara pula.
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[89]
– Al-Najm 53:39-41.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan