Ahad, 22 Jun 2014

Soalan 76: Apakah makna:tentang kenikmatan

Soalan 76: Apakah makna:

﴿ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ﴾

kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan. [82]?

Jawapan: [النعيم – kenikmatan]: mereka adalah Muhammad dan Aali Muhammad (as) seperti yang diriwayatkan dari mereka (as) [83].

Soalan ke atas mereka (as) pada hari kiamat untuk urusan besar mereka kepada yang terdahulu dari Anbiak dan Mursalin, kerana Anbiak dan Mursalin, Muhammad dan Aali Muhammad (as) cahaya-cahaya yang menerangi jalan bagi umat-umat mereka, dan dengan mereka dikenali jalan Allah SWT, dan membezakan yang hak dengan yang batil dari sirah perjalanan hidup mereka dan pendekatan mereka dan kebijaksanaan mereka dan kata-kata mereka dan amalan mereka. Bahawa Muhammad dan Aali Muhammad (as) adalah cahaya Allah [84].

Mereka (as) seperti matahari-matahari yang menerangi jalan bagi umat Islam, tetapi malangnya umat ini berpaling ingkar dari mereka, dan tidak mengikut sirah perjalanan hidup mereka, manakala selebihnya dari Nabi-nabi dan Rasul, mereka seumpama lilin yang menerangi jalan bagi umat-umat mereka, dan ini diancam oleh Allah SWT kerana dia akan bertanya umat ini dari Muhammad dan Aali Muhammad (as).

Jalan, yang diterangi dengan cahaya lilin tidak seperti jalan yang diterangi dengan matahari-matahari, yang dalam keadaan bingung dan menyia-nyiakan jalannya berbanding dengan jalan yang dinyalakan dengan datangnya matahari cemerlang ini, yang pertama yang memberi pengajaran dan tanggungjawab kemudian boleh menghukum. Ditanya kepada Amirul Mukminin Ali (as) mengenai orang yang mengubah nikmat Allah dengan kekufuran? Beliau berkata (as): (Biarkan pelanggaran mereka, kerana mereka kaum Quraisy) [85].

Pada zaman Al-Rasul (sawas); orang-orang Quraisy adalah orang-orang yang tinggal di sekitar Kaabah, di kampung-kampung (Umml Quraa) di Mekah, dan pada zaman Al-Qaim (as) orang-orang Quraisy adalah orang-orang yang tinggal di sekitar makam Ali (as) di kampung-kampung dan pada zaman ini, adalah Najaf, dan orang-orang Quraisy pada masa ini adalah sebahagian dari ulamak agama, dan mereka adalah orang-orang yang mendahului Al-Qaim (as) lima ratus daripada mereka yang dipenggal leher mereka, dan berulang enam kali, seperti yang dinyatakan dalam riwayat dari Ahl- Al-Bait (as) [86].

Diriwayatkan bahawa Al-Qaim (as) membuka kota suci Najaf sebagaimana kota suci Mekah dibuka secara paksa dan dengan pedang dan bunuh membunuh, dan Al-Qaim berperang di Najaf sehingga mendapat keredhaan Allah [87], seperti yang diriwayatkan dari mereka (as).


✡✡✡✡✡
-----------------------------------
[82] – Al-Takatsur 102:8.
[83] – Ia dinyatakan dalam banyak hadits, ini satu contoh daripadanya: (Dari Jamil, dari Abi Abdillah (as) berkata: Aku berkata: Allah berfirman: [لتسئلن يومئذ عن النعيم - "kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan,"] katanya, akan ditanya umat ini mengenai nikmat Allah ke atas mereka pada Rasulullah (sawas), dan kemudian pada Ahl Baitnya (as)) Bihar Al-Anwar: Jilid 7 halaman 272.
[84] – Dari Abi Khalid Al-Kabiliy berkata: Aku bertanya kepada Aba Ja'far (as) mengenai firman Allah Azza wa Jalla, [فآمنوا بالله ورسوله والنور الذي أنزلنا - "Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang telah Kami turunkan."] katanya: (Wahai Aba Khalid! Cahaya, demi Allah adalah Al-Aimmah dari Aali Muhammad (as) sehingga hari kiamat, dan mereka demi Allah, adalah cahaya Allah yang diturunkan, dan mereka demi Allah adalah cahaya Allah di langit dan di bumi, demi Allah, wahai Aba Khalid! Bagi cahaya Imam di hati mukminin yang disinari dari matahari yang menerangi siang hari, dan mereka demi Allah memberi cahaya kepada hati orang-orang yang beriman ...) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 194 Hadits 1.
[85] - Bihar Al-Anwar: Jilid 10 halaman 124.
[86] Abdullah bin Al-Mughirah, dari Abi Abdillah (as) berkata (Apabila bangkit Al-Qaim dari Aali Muhammad (as) dia akan membawa lima ratus orang Quraisy yang dipenggal leher mereka, kemudian bangkit lima ratus yang lain dan akan dipenggal leher mereka dan Kemudian 500 lagi sehingga berlaku demikian enam kali. Aku berkata: mereka sampai ke jumlah ini? Beliau berkata: Ya, dari mereka dan pengikut mereka) Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 338.

[87] - Dari Abi Ja'far (as) dalam sebuah hadits yang panjang, beliau berkata: (Apabila Al-Qaim (as) bangkit, dia akan mara ke Kufah, maka keluar darinya beberapa puluh ribu jiwa dari bandar yang dipanggil Al-Batriyah, mereka mempunyai senjata, mereka berkata kepadanya: Kembalilah dari mana kamu datang, kami tidak perlukan anak-anak Fatimah, Lalu dia memenggal dengan pedangnya sehingga dia selesai yang terakhir daripada mereka, dan kemudian memasuki Kufah, membunuh setiap munafik amat tidak boleh dipercayai, dan akan merobohkan istana, dan juga membunuh pejuang mereka sehingga mendapat keredhaan Allah Azza wa Jallla.) Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 338.

Tiada ulasan: