Soalan
79: Apakah maksud ayat:
﴿إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ
وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ﴾
Kepada-Nya-lah
naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya. [97]?
Jawapan:
Jaafar bin Muhammad Al-Shadiq (as):
(﴿الْكَلِمُ الطَّيِّبُ﴾
[perkataan
yang baik]:.
Perkataan
orang beriman iaitu
لا اله إلا الله، محمد رسول الله، علي ولي الله وخليفة رسول الله
tiada
Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah, Ali Waliullah dan
Khalifah Rasulullah (sawas)
﴿وَالْعَمَلُ
الصَّالِحُ﴾:
[dan
amal yang saleh]:
Beriktikad
di dalam hati bahawa ini adalah hak dari Allah tidak ada keraguan dari Tuhan
sekalian alam) [98].
Berkata
Ali ibn Musa Al-Ridha (as):
﴿إِلَيْهِ يَصْعَدُ
الْكَلِمُ الطَّيِّبُ﴾
[Kepada-Nya-lah
naik perkataan-perkataan yang baik]
Perkataan
لا اله إلا الله، محمد رسول الله، علي ولي الله وخليفة رسول الله
tiada
Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah, Ali Waliullah dan
Khalifah Rasulullah (sawas)
benar-benar
Khalifah-KhalifahNya, Khalifah Allah),
﴿وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ
يَرْفَعُهُ﴾
[dan
amal yang saleh dinaikkan-Nya]: pengetahuannya di dalam hatinya bahawa ini
adalah benar, seperti yang kukatakan kepadanya dengan lisanku) [99].
Mungkin
sangkaan yang bertujuan pada perkataan yang baik iaitu lafaz,
لا اله إلا الله، محمد رسول الله، علي ولي الله
tiada
Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah, Ali Waliullah
Ini
adalah satu kesilapan, Untuk mengatakan (لا اله إلا الله -
tidak ada Tuhan selain Allah) kemahuan Imam (AS) dengan seorang mukmin mengatakan
dengan ilmunya - لا اله إلا الله- tidak hanya dengan
lidahnya sahaja, yang bekerja tetapi juga dengan beramal untuk bermakrifah kepada
- لا اله إلا الله-, dan kerja-kerja untuk meninggikan Kalimah Allah, - لا اله إلا الله-, dan berjihad dengan jalan Kalimah - لا اله إلا الله-, dan apabila rezki Allah dengan Syahadah (Syahid) akan diberi kesaksian
dengan darah mereka sesungguhnya adalah - لا اله إلا الله-. Kalimah (- لا اله إلا الله-) bermakna bahawa Kerajaan milik Allah, bukan milik manusia,
dan Syariat milik Allah bukan milik manusia, dan hukum milik Allah bukan kepunyaan
manusia, Allah SWT yang melantik raja, dan mengadakan had (batas) yang menetapkan
syariah dan menggubal undang-undang, dan manusia mesti menerima bukan
membangkang (menentang) KerajaanNya Yang Maha Suci, dengan menyelewengkan SyariatNya
atau menggubal undang-undang yang bertentangan dengan undang-undangNya SWT.
Malangnya,
inilah yang berlaku hari ini, manusia mengatakan kita melantik Pemerintah dengan
undi (Pilihanraya). Seolah-olah mereka tidak pernah mendengar ayat :
﴿قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي
الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ﴾
Katakanlah:
"Wahai Tuhan Yang memiliki kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang
yang Engkau kehendaki [100],
iaitu,
katakan kepada mereka, wahai Muhammad, bahawa Allah adalah pemilik kerajaan bukan
kepada manusia, Dia Yang Maha Suci yang melantik Pemerintah, dan bukan manusia yang
boleh membantah HukumNya SWT, kerana Dia maha mengetahui apa yang baik untuk
dunia mereka dan akhirat mereka. Malangnya, mereka ingin meletakkan
undang-undang mereka mengikut hawa nafsu mereka, apa yang sesuai dengan
keinginan mereka pada hukum-hukum Allah diterima, dan apa yang tidak sesuai
dengan hawa nafsu mereka ditolak, seolah-olah mereka tidak pernah mendengar
ayat ini:
﴿ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ
فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُون ﴾
Sesiapa
yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka adalah
orang-orang kafir [101].
Alangkah
besarnya penyesalan terhadap umat Islam pada zaman ini, orang-orang Yahudi pada
zaman Thalut (as) lebih baik daripada ramai orang Islam hari ini, mereka ingin mendapatkan
peruntukkan ke atas mereka seorang Raja bukan dengan pilihan mereka. Tetapi
mereka berkata kepada nabi mereka untuk meminta Tuhan peruntukkan mereka seorang
Raja
﴿إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَهُمُ ابْعَثْ لَنَا
مَلِكاً﴾
yaitu
ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami
seorang raja [102).
Kalimah
(لا إله إلا الله) adalah Kalimah Tauhid, dan sesiapa yang syirik selain Allah
dalam Milik Allah maka dia musyrik dan tidak bertauhid, walaupun dia mengatakan
- لا إله إلا الله -,
dan untuk ini Imam-imam (as) mengatakan
- لا إله إلا الله قول
محمد رسول الله، -
tidak
ada tuhan melainkan Allah dan mengatakan Muhammad adalah utusan Allah, dan mengatakan
Ali Waliy Allah; kerana Ali adalah Khalifah Allah SWT, dia adalah Raja yang
dilantik oleh Allah SWT. Maka sesiapa yang berpaling darinya atau berpaling dari
mana-mana Khalifah Allah SWT atau raja yang dilantik oleh Allah SWT, ia adalah
seperti seseorang yang berpaling dari mengatakan (لا إله إلا الله), dan demikianlah Al-Ridha (as) berkata: Dengan syarat dan
syarat-syaratnya, dan berkata (as) dan aku daripada syarat-syaratnya [103],
iaitu terima dariKu Waliy milik Allah Khalifah milik Allah di bumiNya dan Kerajaan
lantikan dari Allah SWT dia adalah syarat dari syarat-syarat Tauhid.
Adapun
amalan soleh adalah ikhlas kepada Allah SWT di dalam amalan, dan (niat manusia lebih
baik dari amalannya) [104], dan (setiap urusan menurut apa
yang diniatkan) [105].
Maksud
ayat
﴿إِلَيْهِ يَصْعَدُ
الْكَلِمُ الطَّيِّبُ﴾
Kepada-Nya-lah
naik perkataan-perkataan yang baik, iaitu:
Kepada
Allah Yang Maha Suci, iaitu kepada Langit-langitNya da kerajaan (MalakutNya)
dan melalui kalimat yang baik, dan ia adalah gambaran dan contoh untuk semua amalan
dengan kata-kata yang baik dan mulia yang diredhai Allah. Tidak ditingggikan Kalimah-kalimah
yang baik ini melainkan ia adalah amalan yang baik, iaitu, ia adalah amalan yang
ikhlas semata-mata demi menghadap Allah, tidak meminta (rujuk) seorang hamba melainkan
pada wajah Allah Yang Maha Suci, tetapi mereka tidak jadikan Kalimah-kalimah yang
baik ini hakikat melainkan ia adalah semata-mata untuk wajah Allah, dan sesiapa
yang mengatakan - لا إله إلا الله -, dan dia syirik dengan amalannya akan dilaknat oleh Kalimah
ini,Maka (berapa ramai dari pembaca Quran tetapi Al-Quran melaknatnya) [106];
kerana ia membaca Al-Quran tetapi tidak mengmalkannya, malah menyelewengkannya..
✡✡✡✡✡
------------------------------
[97]
– Al-Fathir 35:10.
[98]
– Tafsir Al-Qumi: Jilid 2 Halaman 208, Bihar Al-Anwar: Jilid 66 Halaman 64.
[99]
– Tafsir Al-Imam Al-‘Askari (as): ms 328, Bihar Al-Anwar: Jilid 67 Halaman 199.
[100]
- Aali-Imran 3:26.
[101]
– Al-Maidah 5:44.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan