Soalan 99 :
﴿إِلَّا مَا حَرَّمَ
إِسْرائيلُ عَلَى نَفْسِهِ﴾
melainkan makanan yang
diharamkan oleh Israil (Ya'qub) untuk dirinya sendiri [191],
apakah makna ayat ini?
Jawapannya:
Dalam sebuah hadits dari mereka (as): Bahawa Ya'qub mengharamkan atas dirinya makan
daging unta [192], Ini mengesahkan ayat tersebut. Nabi-nabi (as),
termasuk Yakub atau Israel (as) mereka dalam beberapa sumber pilihan, mereka
perlu memilih beberapa sumber larangan dalam perkara ini atau menghalalkannya,
atau menerima hukum ini atau tidak menerimanya, telah diriwayat banyak sekali mengenainya
dalam kata-kata (hadits) mereka (as), seperti kata mereka (as): Jika perbuatan
Rasulullah (sawas) ia sesuatu yang wajib, atau mereka berkata: Rasulullah (sawas)
meninggalkan dua rakaat dalam perjalanan dan kawasan bandar, atau menambah dua
rakaat [193].
Begitulah
Daud (as) dan Sulaiman (as) menjalankan hukum:
﴿وَدَاوُدَ
وَسُلَيْمَانَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِي الْحَرْثِ إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ
الْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَاهِدِينَ * فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ
وَكُلّاً آتَيْنَا حُكْماً وَعِلْماً﴾
Dan
Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman,
karena tanaman itu dirusak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah
Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, * maka Kami telah
memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum; dan kepada masing-masing
mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu [194], kedua-duanya
adalah benar dan kedua-duanya adalah penghakiman Tuhan, walaupun kedua-duanya berbeza,
Allah berfirman :
﴿هَذَا عَطَاؤُنَا
فَامْنُنْ أَوْ أَمْسِكْ بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾
Inilah
anugerah Kami; maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada diperhitungkan. [195].
Sudah
tentu, ruang gerakan mereka terhad dengan hukum - hudud Allah SWT, iaitu dalam
lingkungan Syariat Allah Yang Maha Suci yang mereka tidak pertimbangkan kepada
yang lain, dan seperti yang dinyatakan dalam hadits dari Ahl Al-Bayt (as) bukan
diterima dari semua nabi-nabi (as) untuk ayat ini atau makna di dalamnya:
﴿لِّلَّهِ
ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ
تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن
يَشَاءُ وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾
Kepunyaan
Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu
melahirkan apa yang ada di dalam dirimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah
akan memperhitungannya dengan kamu. Maka Allah mengampuni siapa yang
dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa
atas segala sesuatu. [196], melainkan Al-Rasul Muhammad (sawas),
para Imam (as) dan umat Muhammad (sawas) iaitu Tiga Ratus Tiga Belas lelaki sahabat
Al-Qaim (as).
Nabi-nabi
(as) sewajarnyalah yang terpilih untuk menerima hukum ini atau tidak menerimanya,
dan orang-orang yang menerima dan mengambilnya akan diperhitung atas diri
mereka atas apa yang dilakukan oleh kebimbangan mereka sebelum
dipertanggungjawabkan kerana menyertainya akan mendapat pertolongan yang besar dan
maqam yang tinggi kepada keredhaan Allah atas mereka, dan mereka redha
kepadaNya.
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[191]
- Al-Imran: 93.
[192]
- Ibn Abi Ya3fur berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) atas firman Allah:
"Semua makanan adalah halal bagi Bani Israel, melainkan apa yang
diharamkan oleh Israel (Ya'qub) pada dirinya," kata beliau (bahawa Israel (Ya'qub)
jika makan daging unta akan menyebabkan dia sakit pinggang, maka diharamkan
daging unta pada dirinya, yang demikian itu sebelum diturunkan Taurat. Setelah diturunkan
Taurat tidak diharamkannya dan tidak dimakannya) Bihar Al-Anwar: Jilid 9:
halaman 191, dipetik dari Tafsir Al-3iyasyi.
[193]
– Dari Ali bin Mahziyar, berkata: Sebahagian daripada sahabat kami bertanya
kepada Abi Abdillah (as): (Mengapakah pada solat Maghrib tidak diqasharkan
Rasulullah (sawas) dalam perjalanan dan kawasan bandar bersama Nafilahnya? Beliau
berkata, kerana solat adalah dua rakaat, dua rakaat, maka Rasulullah (sawas) menambah
pada setiap dua rakaat, dua rakaat dan memperuntukkannya pada musafir dan
menetapkan solat Maghrib pada asalnya (3 rakaat) ketika dalam perjalanan dan
kawasan bandar, dan tidak dipendekkan (diqasharkan) pada dua rakaat solat Subuh
iaitu (seperti) rakat penuh tujuh belas rakaat dalam perjalanan dan kawasan bandar)
Al-Ma7asin: Jilid 2: halaman 327 hadits 78.
[194]
– Al-Anbiak: 78-79.
[195]
- Shad: 39.
[196] – Al-Baqarah: 284.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan