Soalan 91: Apakah maksud ayat
ini:
﴿لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ
فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ
اتَّقَوْا وَآمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ
الْمُحْسِنِينَ﴾
Tidak ada dosa bagi orang-orang
yang beriman dan beramal soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila
mereka bertakwa serta beriman, dan beramal soleh, kemudian mereka tetap
bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat
kebajikan. Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan. [171],
mengapa diulang (beriman dan
beramal soleh) dan berulang (bertakwa )?
Jawapannya:
﴿لَيْسَ عَلَى
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا﴾:
[Tidak ada dosa bagi
orang-orang yang beriman dan beramal soleh pada apa yang telah mereka makan
dahulu]:
iaitu tidak ada dosa bagi
orang-orang yang beriman dengan Rasulullah (sawas), dan beramal soleh: iaitu
berpegang dengan wilayahnya, khalifahnya dan Imam-imam selepas baginda, mereka
adalah Ahl Al-Bait (as), pada apa yang telah mereka makan dahulu: Ini adalah
makanan jiwa (roh), ia adalah ilmu, iaitu ilmu yang diambil dari Rasulullah (sawas)
dan Ahl Al-Bait baginda (as). Ilmu juga adalah pokok yang mana Allah telah melarang
Adam dari mendekatinya, dan dalam riwayat mereka (as) pada firman Allah SWT:
﴿فَلْيَنْظُرِ
الْأِنْسَانُ إِلَى طَعَامِهِ﴾
[maka hendaklah memperhatikan manusia
itu makanannya.] [172], iaitu: pada ilmunya di mana dia
mengambilnya [173].
﴿إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَات﴾
[apabila mereka bertakwa serta
beriman, dan beramal soleh]:
iaitu
tidak berdosa atas mereka jika bertakwa iaitu takut kepada Allah Yang Maha Suci
serta beriman kepada ilmu yang diambilnya dari Al-Rasul Muhammad (sawas) dan Ahl
Al-Bait baginda (as). dan bahawa ia dari pohon ilmu Aali Muhammad (as), ia
adalah pohon di tengah-tengah syurga, pohon yang baik, dan ia adalah Sidrah
Al-Muntaha (pohon bidara / perhentian terakhir).
﴿وَعَمِلُوا الصَّالِحَات﴾
[dan beramal soleh]: iaitu beramal
dengan apa yang diketahui (ilmu), Ilmu pula kesemuanya hanyalah hujjah, kecuali
apa yang diamalkan dengannya, dan jika seseorang berilmu tetapi tidak beramal dengan
ilmunya tidak berfaedahlah ilmunya. kalaulah ilmu orang yang beriman yang
sepatutnya menunaikan keperluan kebaikan tetapi tidak tertunai keperluan orang
yang beriman tidak berfaedahlah ilmunya?
﴿ثُمَّ اتَّقَوْا وَآمَنُوا﴾:
[kemudian mereka (tetap juga)
bertakwa serta beriman]: jika seseorang beramal dengan apa yang diketahui dari
ilmu Al-Rasul (sawas) dan Ahl Al-Bait baginda (as) maka sesungguhnya ia layak beribadah
dan melakukan taat dan dengan amalnya itu akan dibukakan kepadanya pintu ghaib
jika dia ikhlas dalam amalannya dan akan terlihat tanda-tanda dari Tuhannya,
sama seperti diperlihatkan kebenaran, atau didedah (kasyaf) dan dipersaksikan,
atau dalam apa jua cara yang dibukakan Allah SWT kepadanya bagi auliakNya yang ikhlas.
Ini dilihat oleh orang mukmin di dalam kerajaan Langit kerana adalah penting
baginya untuk beriman dengannya selepas bertakwa dan takut kepada Allah Yang
Maha Suci dan secara perlahan-lahan sehingga mengetahui tafsiran apa yang
dilihatnya, dan di dalam ayat ini (kemudian) yang berfungsi menundanya
melewatkannya, iaitu terbuka pintu Kerajaan Malakut bagi mukmin tidak boleh
dicapai hanya dengan berdasarkan amalan sahaja, tetapi untuk terus beramal
dengan taat dan ikhlas untuk membuka pintu kerajaan Langit bagi auliak Allah
SWT.
﴿ثُمَّ اتَّقَوْا
وَأَحْسَنُوا﴾
[Kemudian bertakwa dan berbuat kebaikan]:
Iaitu takut kepada Allah dan berbuat kebaikan kepada orang mukmin dan manusia dengan
mengajar mereka dan mengenalkan kepada mereka apa yang dilihat di Malakut Al-Samawaat,
dan ini adalah peringkat (marhalah) penyampaian, dan oleh itu tidak sedikit mereka
yang beriman kerana dengan apa yang mereka lihat, dan mereka kini berada di peringkat
(marhalah) penyampaian dari Allah Yang Maha Suci.
﴿وَاللَّهُ يُحِبُّ
الْمُحْسِنِينَ﴾
[Dan
Allah mengasihi orang yang berbuat baik]: kerana mereka ini seumpama nabi-nabi
(as), mereka para penyampai (mubaligh) dari Allah SWT bagi ciptaan-Nya, mereka
mengenalkan kebenaran dan memimpin ke jalan yang lurus, berkata Amirul Mukminin
(as) mengenai hal para auliak ini: (...mengIngatkan hari-hari Allah dan takut
akan maqamnya adalah sebagai bukti di padang luas... Mereka menyaksikan lebih
dari itu seolah-olah dia telah melihat penghuni barzakh yang ghaib yang tinggal
lama di dalamnya, dan mentahkik kiamat mereka yang memusuhinya, maka dibukakan penutupnya
bagi penduduk dunia sehingga mereka melihat apa yang manusia tidak melihatnya
dan mendengar apa yang mereka tidak dengar ...) [174].
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[171]
– Al-Maidah 5: 93.
[172]
– 3abasa 80: 24.
[173] – Dari Zaid Al-Syi7am, dari
Abi Jafar (as) pada mengatakan Firman Allah Azza Wa Jalla:
"﴿فَلْيَنْظُرِ الْأِنْسَانُ إِلَى طَعَامِهِ﴾
[maka
hendaklah memperhatikan manusia itu makanannya.]," kata kataku, “apa
makanannya?” Beliau berkata: (Ilmu yang diambilnya, dari siapa yang mengambilnya)
Al-Kafi: Jilid 1 halaman 49-50 Hadits 8.
[174] – Nahj Al-Balaghah: halaman
212 / Al-Khutbah 222.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan