Soalan
120: Apakah hikmah diutus Imam ma'sum (as) bagi memudahkan akidah dan tidak
memudahkan Al-Fiqh, dengan ilmu untuk keperluan umat pada kenyataan hukum
dalam Al-Fiqh yang lebih utuh?
Jawapan:
Imam Mahdi (as) bergerak dengan sirah datuknya Rasulullah (sawas) dan sirah para
nabi dan Rasul-rasul (as) dan tidaklah dia bergerak dengan sirah perjalanan lain
seperti sirah ulamak yang tidak beramal. Jika dikembalikan kepada sirah Rasulullah
(sawas) dan sirah para nabi dan Rasul-rasul (as), didapati bahawa mereka mulakan
risalah mereka khususnya pada Akidah dan Tauhid, dan kemudian beralih kepada Syariah
atau Al-Fiqh. Akidah dan Tauhid seperti ini dibandingkan Syariah dan Al-Fiqh, seumpama
asas tapak (lantai) dan dinding-dinding ke siling, siling tidak akan dibina
hanya selepas pembinaan asas tapak dan dinding-dinding.
Sekarang,
jika kita merujuk kepada kerasulan Musa (as) kita dapati seruan pada awal risalah
pada Akidah dan Tauhid sehingga dia (as) memakan masa empat puluh tahun di
Mesir menyeru kepada Akidah. Walaupun selepas Mesir setelah menyeberangi laut,
dia menghabiskan masa yang lama menyeru kepada Tauhid dan memperbetulkan Akidah
Bani Israel, dan seruan syariah hanya dibuat setelah lama apabila beliau mendapat
ketentuan TuhanNya di gurun padang pasir (Al-Tih), dan ayat-ayat Al-Quran menjelaskan
bahawa apabila dia kembali dari ketentuan TuhanNya itu dengan membawa papan (Al-Lauh)
undang-undang (Syariah). Apakah amalan (seruan) yang didatangkan sebelum Syariah?
Melainkan, ia adalah seruan Tauhid dan Akidah yang benar, Firman Allah:
﴿وَلَمَّا
رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفاً قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي
مِنْ بَعْدِي أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى الْأَلْوَاحَ وَأَخَذَ
بِرَأْسِ أَخِيهِ يَجُرُّهُ إِلَيْهِ قَالَ ابْنَ أُمَّ إِنَّ الْقَوْمَ
اسْتَضْعَفُونِي وَكَادُوا يَقْتُلُونَنِي فَلا تُشْمِتْ بِيَ الْأَعْـدَاءَ وَلا
تَجْعَلْنِي مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ﴾
Dan
tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati
berkatalah dia: "Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah
kepergianku! Apakah kamu hendak mendahului janji Tuhanmu? Dan Musapun
melemparkan lauh-lauh itu dan memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun)
sambil menariknya ke arahnya, Harun berkata: "Hai anak ibuku, sesungguhnya
kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku, sebab
itu janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku, dan janganlah kamu
masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang zalim" [258].
Muhammad
(sawas) menyeru selama tiga belas tahun di Mekah kebanyakannya adalah dalam
pembaikan Akidah dan Tauhid dan tidak menjelaskan perluasan mengenai pembaikan Syariah
melainkan selepas tiga belas tahun berdakwah. Imam Mahdi (as) tidak keluar dari
Sunnah Rasulullah dan Sunnah Anbiak dan Mursalin, bahkan ia adalah Sunnah Allah
sebelum dan selepasnya dan kita tidak akan dapati Sunnah Allah itu berubah.
Dan
ambillah perhatian, wahai saudaraku yang mulia dan renungkanlah dengan tepat bahawa
Syariah dalam setiap agama mengikut kadar Tauhid dalam agama itu. Syariat Islam
lebih lengkap daripada Syariat sebelumnya; Kerana Tauhid di dalam Al-Quran dan di
antara Rasulullah dan Imam-imam sebelumnya (alaihim al-shalatu wa al-salam) lebih
lengkap daripada Tauhid yang telah dibawa oleh para Anbiak dan Mursalin sebelumnya.
Jika kita tahu, wahai saudaraku yang mulia dari Ahl al-Bayt (as), bahawa semua
yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul mengenai Tauhid adalah dua bahagian,
dan tidak disebarkan di kalangan manusia melainkan dua bahagian, dan bahawa Imam
Mahdi (as) akan membawa dua puluh lima bahagian [259] dari
Tauhid dan Makrifat dengan Jalan Samawi dan apa yang ada di dalamnya, kebenaran
(Al-Haq) yang diredhai oleh Allah, dan akan disebarkan di kalangan manusia dua
puluh tujuh huruf-huruf yang merupakan Tauhid Al-Ilahi selengkapnya yang
dengannya Allah mengutus Muhammad (sawas), tetapi tidak disebarkan pada masanya
melainkan dua bahagian yang dikenali dengan Al-Syariah yang dibawa oleh Imam
al-Mahdi (as) yang lebih luas daripada yang wujud di tangan kita sekarang;
kerana Al-Syariah Al-Islamiyah kini hanya dua bahagian sahaja. Bahkan Imam
Mahdi (as) akan menyebarkan dua puluh tujuh bahagian Syariah sebelum menyebarkan
dua puluh tujuh bahagian Tauhid, dan dia yang melaksanakan Syariah ini?
Yang
pasti, jawapannya akan ada;, dan itulah sebabnya banyak alasan dijelaskan dan diterangkan
bahawa manusia tidak terpikul dua puluh tujuh Syariah bahagian melainkan dengan
bertauhid kepada Allah dengan dua puluh tujuh bahagian yang dilaksanakan oleh
Imam Mahdi (as) yang diseru dan disebarkan di kalangan manusia,
والحمد لله وحده.
dan
pujian bagi Allah semata-mata.
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[258]
– Al-A3raaf 7:150.
[259]
- Dari-Al-Shadiq (as): (Ilmu ada dua puluh tujuh huruf, akan disatukan dengan
apa yang didatangkan pada Rasul dua huruf, manusia pada hari ini tidak tahu melainkan
dua huruf. Maka apabila bangkit Qaim kami akan dikeluarkan dua puluh lima huruf
dan disebarkan di kalangan manusia termasuk dua huruf tersebut sehingga disebarkan
dua puluh tujuh huruf) Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman 3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan