Soalan 95: Adakah layak Ibrahim
(as) meminta menghidupkan orang-orang yang mati, Allah berfirman :
﴿وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي
الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي
قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى
كُلِّ جَبَلٍ مِنْهُنَّ جُزْءاً ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْياً وَاعْلَمْ
أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ﴾
Dan ketika Ibrahim berkata:
"Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan yang
mati". Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab:
"Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan
imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu
cincanglah semuanya olehmu, "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit
satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya
mereka datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah bahwa Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. [185]?
Jawapannya: Permintaan Ibrahim
(as):
﴿أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى﴾
[perlihatkanlah kepadaku
bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati]
Ibrahim tidak meminta untuk
melihat bagaimana Allah menghidupkan orang-orang mati secara mutlak, dan di
dalam ayat terakhir:
﴿ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْياً﴾
[kemudian panggillah mereka,
niscaya mereka datang kepadamu dengan segera]
Iaitu kamu wahai Ibrahim (as) panggillah
mereka, iaitu bahawa dari setiap tempat langsung hidup semula, menuju Ibrahim (as),
dan ini adalah permintaan dari
Ibrahim (as); kerana Anbiak dan Auliak melihat diri mereka bersalah dan serba
kurang dan tidak melihat diri mereka sebagai layak untuk menjadi hujjah Allah pada
penciptaan dan menggantikan limpahan dan anugerah dan kemuliaanNya, dan dalam riwayat
dari mereka (as): bahawa Ibrahim meminta permintaan ini untuk menenteramkannya
dan dia adalah Khalil Allah (Kekasih Allah). [186].
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[185]
– Al-Baqarah 2:260.
[186] – Dari Ali bin Muhammad
bin Jahm, berkata: aku menghadiri majlis Al-Ma’mun dan Al-Ridha Ali bin Musa (as),
berkata Al-Ma’mun kepadanya: Wahai anak Rasulullah, bukankah kamu mengatakan bahawa
nabi-nabi adalah ma'sum? Beliau berkata: Ya, dan bertanya beliau mengenai
ayat-ayat dari Al-Quran, telah ditanya dengsn berkata kepadanya: Terangkanlah
kepadaku tentang kata-kata Ibrahim:
(رَبِّ
أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ
لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي)?
[Ya Tuhanku, perlihatkanlah
kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati". Allah berfirman:
"Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkinya,
akan tetapi agar hatiku tetap mantap]
Al-Ridha
(as) berkata: Allah Tabaraka Wa Taala telah menurunkan wahyu kepada Ibrahim (as)
Isesungguhnya Aku telah mengambi; dari hambaKu sebagai teman (kekasih) yang
meminta Ku untuk menghidupkan yang mati Aku menunaikannya lalu dia jatuh merendah
diri Ibrahim (as) itula Al-Khalil (Kasih), dengan berkata: "Ya Tuhanku,
perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan yang mati". Allah
berfirman: "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab: "Aku telah
meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap atas Kekasih ...) Al-Tauhid Al-Syeikh
Al-Shaduq: halaman 132.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan