Soalan 89: Apakah maksud ayat:
﴿إِذْ قَالَ يُوسُفُ لَأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ
عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ﴾
(Ingatlah), ketika Yusuf
berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat
sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku". [163]?
Jawapan: Pengelihatan (rukya)
ini dilihat Yusuf (as) dan telah dicapainya (ditahkik), dan maknanya: matahari
dan bulan, adalah Ya’kub (as) dan Rahil, ibu Yusuf, dan sebelas bintang adalah saudara-saudara
Yusuf. Mereka telah sujud kepada Yusuf (as), di mana Yusuf adalah kiblat mereka.
Dan Kiblat ketika hendak berhaji
(ziarah) padanya [164], yang telah dicapai setelah akhirnya bertemu
Yusuf (as), dan ziarah kepadanya yang diselesaikan dengannya di Mesir, dan
kekal tinggal zuriat Yakub (as) di Mesir sehingga diutus Musa (as) yang membawa
mereka keluar dari Mesir, seperti apa yang diceritakan sebelum ini kepada kalian.
Adapun yang tinggal, matahari
adalah: Rasul Allah Muhammad (sawas), dan Bulan adalah: Ali (as), dan sebelas
bintang ialah: Fatimah, Al-Hasan dan Al-Hussein, Ali bin Al-Hussein, Muhammad
bin Ali, Jaafar bin Muhammad, Musa bin Jaafar, Ali bin Musa, Muhammad bin Ali, Ali
bin Muhammad dan Al-Hassan bin Ali (as), manakala Yusuf adalah Imam Mahdi (as).
Dan mereka sujud kepadanya: iaitu
yang diarah kepadanya dan kiblat mereka, yang mereka harap mencapai kepadanya, (selawat
Allah atas mereka) dan dia adalah penutup bagi mereka, Imam Mahdi (as) adalah pelaksana
bagi Syariat Allah di muka bumiNya, dan Al-Rasul Muhammad (sawas) datang dengan
Syariat Islam untuk digunakan dan dilaksanakan yang diakhiri oleh Imam Mahdi (as),
Maka Al-Rasul (sawas), Imam Ali (as) dan Fatimah (as) serta para Imam (as)
semua mereka itu yang membuka jalan (mumahhidin) kepada Daulah -لا
إله إلا الله-
dan yang akan didirikan oleh Imam Mahdi (as) di muka bumi, bahkan dia (selawat
Allah atasnya) adalah kiblat semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul, semuanya adalah pemimpin
yang memimpin untuk meninggikan Kalimah Allah, dan Imam Mahdi (AS) adalah orang
yang akan meninggikan Kalimah Allah. Dia adalah kiblat bagi mereka di mana dia
akan melaksanakan Syariat Allah.
Dan tidak ada kiblat yang
paling disukai, yang utama dan yang terbaik yang pernah diterima, Maka Rasul
Allah Muhammad (sawas) menerima Kaabah, yang sememangnya yang paling utama. Rasulullah
(sawas) telah melihat di dalam Mi'raj dan Rasulullah (sawas) mempunyai
kelebihan dari mereka para Imam (as) dan dia telah mengatakan sesuatu yang
bermaksud: Qaim mereka di kelilingi bintang-bintang bercahaya [165];
Ini kerana cahayanya akan bersinar di setiap tempat di muka bumi, dan kuasanya
akan menguasai atas seluruh bumi, Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَأَشْرَقَتِ
الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا﴾
dan
terang benderanglah bumi dengan cahaya Tuhannya; [166],
yang mentadbir bumi: dia adalah Imam al-Mahdi (as) seperti yang diriwayatkan
dari mereka (as) [167].
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[163]
– Yusuf 12:4.
[164]
– Ada juga pada Al-Mutasyabihaat bahagian 3 soalan (87) makna Kiblat dan sebab
kewujudannya, sila lihat.
[165]
– Dari Amir Al-Mukminin (as) berkata: (Sabda Rasulullah (sawas): Bagi keluarga ku,
ketika aku di langit diwahyukan kepadaku Allah (Jalla Jalalah) ..... sehingga sabda:
dikatakan padaku: Angkatlah kepalamu, maka aku mengangkat kepala ku dan aku
lihat cahaya Ali dan Fatimah, Al-Hasan dan Al-Hussein, dan Ali Bin Al-Hussein, Muhammad
bin Ali, Ja'far ibn Muhammad, Musa Bin Jaafar, Ali bin Musa, Muhammad bin Ali, Ali
bin Muhammad?, Al-Hassan bin Ali, dan "Muhammad" bin Al-Hassan di
tengah-tengah mereka seperti di kelilingi bintang-bintang bercahaya, Aku
berkata: Wahai Tuhan, siapakah mereka? Dan dikatakan: mereka adalah Imam-imam
dan ditengahnya Al-Qaim, yang menghalalkan apa yang Kuhalalkan dan yang mengharamkan
apa yang Kuharamkan dan membalas bela musuh Ku, dia adalah ketenangan bagi
auliak Ku, dialah yang menyembuhkan hati-hati syiahmu dari para penindas, musyrikin
dan orang-orang kafir ....) Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: halaman 252.
[166]
– Al-Zumar: 69.
[167]
– Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Jika Qaim kita muncul kembali ke bumi
dengan cahaya TuhanNya, dan dia tidak perlukan cahaya matahari dan cahaya bulan
dan pergi dalam kegelapan) Al-Irsyad oleh Al-Syeikh Al-Mufid: halaman 363.
Dan Al-Mufadhdhal ibn Umar,
bahawa dia telah mendengar Aba Abdillah (as) berkata mengenai ayat:
﴿وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا﴾
"dan terang benderanglah bumi dengan
cahaya Tuhannya," dia berkata, (Tuhan bumi ertinya imam bumi, aku berkata:
Jika keluar apa yang terjadi? dia berkata: Manusia akan mengenepikan cahaya
matahari dan cahaya bulan dan diselubungi dengan cahaya Imam) Tafsir Al-Qumi: Jilid
2 halaman 253.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan