Soalan
68:
ورد في الحديث عنهم (ع) ما معناه: إنّ
العبادة خوفاً من النار هي عبادة العبيد، وإنّ العبادة طمعاً في الجنة هي عبادة
التجار، وإنّ العبادة لا خوفاً من النار ولا طمعاً بالجنة هي عبادة الأحرار
Diriwayatkan
dalam hadits dari mereka (as) sesuatu yang bermaksud: Sesungguhya ibadah kerana
takutkan api neraka adalah ibadah hamba, Sesungguhya ibadah kerana mengharapkan
syurga adalah ibadah para peniaga, Sesungguhya ibadah yang bukan kerana takutkan
api neraka dan tidak mengharapkan syurga adalah ibadah golongan merdeheka
(bebas).
Apakah
sifat ibadah Al-A7rar -golongan merdeka (bebas), dan apakah batas-batasnya?
Jawapannya:
ibadah Al-A7rar (Ahrar) – [golongan merdeheka (bebas)], adalah ibadah hakikat
dan realiti (alkunhu) dan bukan ibadah pada diri (Zhat) yang disifatkan dengan
sifat-sifat kesempurnaan Al-Ilahiyah. Apabila seseorang bertawajjuh kepada Al-Zhat
Al-Ilahiyah (Zat Ketuhanan) yang tidak bebas dari menghadap dan mengharapkan berhasilnya
kesempurnaan atau terangkatnya kekurangan, walaupun ibadahnya tidak kerana
takut kepada api neraka, dan tidak mengharapkan syurga. Oleh sebab itulah, Tauhid
Hakiki adalah bertawajjuh kepada realiti (alkunhu) dan hakikat, dan adapun Tauhid
suatu selain darinya adalah dinisbahkan pada jatuh kepada syirik. Maka ibadah
seorang hamba (kerana takut) adalah syirik, ibadah seorang peniaga adalah syirik
dan ibadah seseorang yang bertawajjuh kepada Al-Zhat Al-Ilahiyah (Zat
Ketuhanan) yang tidak bebas dari menghadap dan mengharapkan berhasilnya
kesempurnaan atau terangkatnya kekurangan juga adalah syirik,
Yang
Maha Tinggi berfirman:
﴿وَمَا يُؤْمِنُ
أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ﴾
Dan
sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan mereka
musyrik (mempersekutukan Allah) [Yusuf 12:106] [188].
والحمد لله وحده.
Segala
puji bagi Allah semata-mata.
✡✡✡✡✡
------------------------
[188]
- Yusuf: 106.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan