Ahad, 1 Jun 2014

Soalan 62: ‘Arasy dibandingkan dengan Kursiy

Soalan 62: Dalam Tafsir Al-3iyasyi dan dalam Al-Bihar dari Al-Shadiq (as):
(Berkata Abu Zhar : Ya Rasulullah apakah yang terbaik yang telah diturunkan kepada engkau? Baginda (sawas) bersabda: ayat Al-Kursiy, tidaklah tujuh langit dan tujuh bumi dibandingkan dengan Al-Kursiy melainkan seperti cincin terletak di bumi yang tanpa penghuni (padang pasir), dan kemudian Baginda (sawas) bersabda: Dan kehebatan ‘Arasy itu dibandingkan dengannya (Kursiy) adalah seperti padang pasir itu dibandingkan dengan cincin. [164].

Dan dalam Al-Kafi [165] dari Al-Shadiq (as), berkata: (Zainab Al-3tharah Al-7aulaa’datang kepada isteri-isteri Nabi (sawas) dan anak-anak perempuannya, dan mereka menjual minyak wangi mereka..... sehingga pada sabda Rasulullah (sawas): Ini tujuh laut buta dan gunung berudara sejuk yang menghijab cahaya seperti cincin di padang gurun yang berharga, dan Ini tujuh laut buta dan gunung berudara sejuk yang menghijab cahaya pada Al-Kursiy seperti cincin di padang gurun berharga ... kemudian membaca ayat ini:

﴿وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلا يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ﴾

KursiyNya meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung. [166],
tujuh laut buta dan gunung berudara sejuk dan menghijab cahaya dan Al-Kursiy dibandingkan ‘Arasy itu seperti cincin di padang gurun berharga dan membaca ayat ini:

﴿الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى﴾

(Al-Rahman) Tuhan Yang Maha Pemurah. di atas 'Arasy beristiwa. [Thaha 20:5] [167],...) [168],

Soalan: Dari kedua-dua riwayat di atas kita faham kedua-duanya berbeza dan bercanggah [169], dari yang pertama kita faham bahawa Kursiy lebih besar dari 'Arasy, dan yang kedua 'Arasy lebih besar dari Kursiy, yang mana lebih besar; Kursiy atau 'Arasy, apakah dalil bahawa 'Arasy atau Kursiy yang lebih besar?




Jawapannya:Al-'Arasy lebih besar dari Al-Kursiy, dan Kursiy dibandingkan dengan ‘Arasy adalah seperti cincin di padang pasir, dan 'Arasy adalah hijab pintu Zhat, maka apa yang selainnya ke bumi-bumi yang lebih rendah, dan hijab ini adalah hijab yang melindungi antara Muhammad (sawas) dan pintu Zhat yang disebut oleh Al-Shadiq (as) dalam Hadits Al-Mi3raj, beliau berkata ( p) : (antara keduanya ada hijab yang melindungi) [170], dan pintu Zhat - atau Allah – adalah Al-Rahman Al-Rahim, yang zahir darinya Al-Rahman dan bathin Al-Rahim, pada FirmanNya:
﴿الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى﴾
Al-Rahman di atas 'Arasy beristiwa:
Iaitu: Pintu Zhat di atas 'Arasy beristiwa: yakni Allah melimpahkan dari pintuNya (Al-Rahman) cahaya dan IlmuNya Yang Maha Suci, yang mahu menghadapNya ciptaan-Nya yang terbaik Muhammad (sawas) di atas Lembayung (saradiq) 'Arasy itu, atau hijab, yang disebut oleh Al-Shadiq (as), ini adalah 'Arasy Al-A3dzam (terbesar).

'Arasy Al-A3dzam, yang dibandingkan tujuh langit bukanlah yang lain, dia bukanlah Al-Kursiy, Al-Kursiy adalah langit ketujuh adalah Lembayung (Suradiq) Al-Samaa’ Al-Sabi3ah Al-Kuliyah atau Hijab-hijab Cahayanya . Dari sini, kita faham bahawa apabila 'Arasy Al-A3dzam dibandingkan dengan Al-Kursiy seumpama cincin di padang pasir, dan Al-Kursiy dibandingkan di 'Arasy Al-A3dzam seumpama cincin di padang pasir. Untuk mendapat penjelasan yang lebih jelas, sila lihat Tafsir Al-Fatihah [171], dan Al-Mutasyabihaat. Walau bagaimanapun ilmu ini untuk menunjukkan hakikat 'Arasy dan hakikat Al-Kursiy,yang di  antara keduanya bagi Imam Mahdi (as) bukan semua mengetahui apa yang dikatakan, tidak semua apa yang dikatakan telah hadir ahlinya, dan tidak semua yang telah dihadiri oleh ahlinya telah tiba masanya.


✡✡✡✡✡

------------------------         
[164] – Hadits yang diriwayatkan dalam soalan, tidak bebas dari keraguan, dan ini teks asalnya, kata pemilik Al-Bihar: (dalam hadits dengan Abi Zhar bahawa Rasulullah (sawas) bersabda: Wahai Aba Zhar, tidaklah tujuh langit dan tujuh bumi dibandingkan dengan Al-Kursiy melainkan seperti cincin terletak di bumi padang gurun, dan kehebatan Al-‘Arasy itu dibandingkan dengan Al-Kursiy adalah seperti padang pasir itu dibandingkan dengan cincin) Bihar Al-Anwar: Jilid 55 Halaman 5 dan 17 , dipetik dari Al-3iyasyi, dan Al-Shaduq dalam Ma3ani Al-Akhbar dan Al-Khishal, dan Al-Dar Al-Mantsur .
[165] - apa yang diriwayatkan dalam Al-Kafi dari hadits daripada Abi Abdillah (as) dari Zainab Al-3tharah yang berbunyi seperti berikut: (dari Abi Abdillah (as) berkata: Zainab Al-3tharah Al-7aulaa’datang kepada isteri-isteri Nabi (sawas), Maka datang Nabi (sawas):Apabila diberikan kepada kita keselamatan di rumah kita, lalu dia berkata: Rumahmu lebih baik kerehatannya, Ya Rasulullah, Rasulullah (sawas) bersabda kepadanya: Apabila menjual berbuat baiklah dan jangan menindih (ambil kesempatan), sesungguhnya bertakwa kepada Allah akan tersimpan (kekal) harta) Al-Kafi: Jilid 5 Halaman 151. Hadits 5
[166] – Al-Baqarah 2:255.
[167] - Taha 20: 5.
[168] - Bihar Al-Anwar: Jilid 57 Halaman 83-85 , dipetik dari Al-Tauhid Li Al-Shaduq: Halaman 199.
[169] - Adalah jelas bahawa sebab terdapat perbezaan antara kedua hadits dibandingkan dengan soalan Kesilapannya dalam hadits yang pertama, kata-kata Nabi (sawas) kepada Abi Zhar - kerana beliau telah disalin sepenuhnya dari teks asal - adalah : (... dan Al-‘Arasy itu lebih utama Al-Kursiy..), Al-‘Arasy itu lebih besar Al-Kursiy dalam kedua-dua hadits, dan maksudnya Al-‘Arasy Al-A3dzam, Ya, dinisbahkan kepada Al-‘Arasy Al-A3dzam terjadilah Al-Kursiy Al-A3dzam daripadanya, seperti yang diterangkan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) .
[170] – Tafsir Al-Shafi - Surah Al-Najm: Jilid 5 Halaman 84, dan seterusnya.
[ 171] - Dalam Perbincangan : Pencerahan nama-nama Yang Maha Suci, apa yang selepasnya.

Tiada ulasan: