Selasa, 12 Mei 2015

Bagaimana Nabi Isa (as) Bersolat Di Belakang Yang Bukan Nabi

Bagaimana Nabi Isa (as) Bersolat Di Belakang Yang Bukan Nabi



Soalan: Dengan nama Bapa ..... Bagaimana kamu boleh katakan bahawa Nabi Isa (as) akan zuhur di akhir zaman dan bersolat di belakang seseorang yang kamu katakan bukan seorang Nabi dan namanya adalah Muhammad Al-Mahdi? Bukankah ia sesuatu yang pelik? Bagaimana seorang Nabi boleh bersolat di belakang manusia yang bukan seorang Nabi?

 Rita George, - wanita Kristian (2005)
16/Safar/1426 H

 Jawaban: 

.

Saudari, bersolatnya Nabi Allah Isa bin Maryam (as) dibelakang Imam Al-Mahdi dapat dipertimbangan dengan dua cara:

Pertama: Bahawa Imam Al-Mahdi (as) berkedudukan lebih tinggi dari Nabi Allah Isa (as), dan sudah semestinya beliau bukan lebih baik melainkan beliau mempunyai makam (martabat) Nubuwah, dan dalam masalah ini, makanya tidak ada tempat untuk kekeliruan yang anda bangkitkan. [6]

Dan walaupun katakanlah saya mempercayai sedemikian, saya akan tetap juga bangkitkan kemungkinan kedua dan menjawabnya.

Kedua: Bahawa Isa (as) adalah lebih utama dari Imam Mahdi, dan jika di dalam masalah ini, kekeliruan yang anda bangkitkan akan mempunyai “kedudukan” (pertimbangan) dalam pencarian hakikat kebenaran.

Dan jawabannya ada di dalam Taurat dan Injil atau Perjanjian Lama dan Baru, yang juga ada di dalam Quran.

Dari Taurat atau Perjanjian lama, saya pilihkan untuk anda kisah Sa’ul (Thalut) dan Daud (as), Daud adalah seorang Nabi dari Anbiak Allah dan lebih utama dari Thalut, namun pada permulaannya, Daud (as) adalah seorang tentera di bawah pimpinan Thalut, dan merupakan seorang pengikut beliau. Ini kerana Thalut (Sa’ul) (as) adalah raja lantikan Allah SWT.

Daud (as) membunuh Jalut (Jaliyat atau Goliat) (laknahu Allah)  semasa beliau menjadi salah seorang dari tentera Thalut. Bacalah Samuel I Bab 17 di dalam Taurat [7]

dan kisah Thalut di dalam Al-Quran Al-Karim.[8]

Dan dari Injil atau Perjanjian Baru, saya pilihkan untuk saudari kisah Isa (as) dan Yahya (atau Yohannes). Isa adalah lebih utama dari Yahya namun Isa (as) telah dibaptiskan oleh Yahya (atau Yohannes), walaupun ia adalah berkaitan perkara mentaqdis, membersihkan dan menyucikan,  dan pada makam (martabat) ini, Yahya (atau Yohannes (as)) adalah Hujjah Allah ke atas Isa (as).

Menurut Injil Matthew Bab 3:

13. Maka datanglah Yesus (Isa) dari Galilea ke Yordan kepada Yohanes untuk dibaptis olehnya. 14. Tetapi Yohanes mencegah Dia, katanya: "Akulah yang perlu dibaptis oleh-Mu, dan Engkau yang datang kepadaku?" 15. Lalu Yesus (Isa) menjawab, kata Isa kepadanya: "Biarlah hal itu terjadi, karena demikianlah sepatutnya kita menggenapkan seluruh kehendak Allah." Dan Yohanes pun menurutinya. 16. Sesudah dibaptis, Yesus (Isa) segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atasnya,  [9]

Dan di dalam kedua masalah ini, Daud dan Isa (as) keduanya adalah lebih baik dari Yohannes dan Thalut (as) [10]

dan segala puji bagi Allah SWT.


Ahmad Al-Hassan.





✡✡✡✡✡


Ulasan
Syeikh Shadiq Al-Muhammadi
________________________
[6] - Imam Al-Mahdi (as) adalah hujjah dari para hujaj, sesuai dengan perkataan para nabi, baik yang disebut di dalam Taurat, Injil mahupun Al-Quran, seperti yang dijelaskan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dalam kitab ini dan dalam kitab-kitab lain yang telah diterbitkan, yang mana dinaskan dalam Kitab Al-Muqaddasah pada menyebut dua belas khalifah-khalifah, dan mereka adalah golongan berkuasa dan memerintah bumi, dan bahawa keadilan Ilahi tidak akan tertegak melainkan dengan mereka, dan keadilan Ilahi di bumi masih belum dicapai hingga sekarang, dan apa yang dibawa oleh penutup nubuwah atau nabi terakhir adalah Nabi Penutup Muhammad (S) apabila dua belas khalifah-khalifah ini menjadi Imam-imam, dan dua belas khalifah-khalifah daripada Mahdi-mahdi dinaskan kepada mereka dan mengenal mereka melaluinya, dan seperti yang ditegaskan dalam Syari’at suci Rasulullah (S), dan apa yang dibawa nubuwah yang muktamat dalam erti kata lain pengesahan nubuwah adalah sebagai makam yang berterusan dan tetap bagi menentukan setiap Hujjah dan Khalifah Ilahiyah dengan nas; kerana Khalifah adalah: sama ada seorang imam atau nabi, dimana yang bermakam Imamah tetap bermakam nubuwah, tetapi yang bermakam nubuwah tidak bermakam Imamah, dan ini telah diterangkan dalam Al-Quran Al-Karim:

﴿وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾

(Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".) [Al-Baqarah 2:124].
Ibrahim adalah seorang nabi, tetapi Allah SWT menganugerahkan kepadanya makam Imam selepas dia lulus ujian, yang diuji Allah padanya.
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengingatkan tentang Imamah:
(Imamah: menguasai alam-alam tinggi dan bawah (rendah), dengan izin Allah, dan memimpin tentera Allah di dalamnya, dan mengendalikan mereka dengan izin Allah, dan tidak boleh seorang manusia menjadi imam tanpa mempunyai makam nubuwah sebelumnya)
Oleh kerana Nabi Isa (as) tidak disabitkan Imamahnya sama ada dalam Injil ataupun dalam Al-Quran, tetapi dia disabitkan dengan nubuwah dan risalah, dan bahawa Imam Al-Mahdi (as) disabitkan dengan makam Imamah melalui nas hadits yang mulia dari Rasulullah (S); kerana dia adalah salah seorang daripada dua belas Imam, Seperti yang telah kita katakan dari sabitnya makam Imamah beliau itu maka sabitlah makam nubuwahnya, dan bahawa makam Imamah adalah lebih tinggi dari makam nubuwah.
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), berkata: (Dan sekarang kita kembali kepada kejadian Muhammad (S) sebagai penutup para Nabi, (Semoga Tuhanku berselawat ke atasnya). Pengakhiran Nabi-nabi dan Rasul-rasul dari Allah SWT, dimana risalahNya dan KitabNya Al-Quran dan Syari’ahNya kekal sehingga hari kiamat, tidak ada selepas Agama Islam agama yang lain:
( وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإسْلامِ دِيناً فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ )
(Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.) Aali Imraan 3:85.
Tetapi makam nubuwah kekal dan terbuka kepada anak-anak Adam (Bani Adam), sesiapa yang paling ikhlas dari orang-orang mukmin kerana Allah SWT dalam ibadah dan amalannya boleh mencapai sehingga makam nubuwah, dan seperti kekalnya jalan wahyu Allah SWT untuk anak-anak Adam dengan [mimpi - rukya benar] masih terbuka, dan masih wujud dan masih ketara dalam realiti kehidupan.
Sama ada mengutus nabi-nabi – dari sesiapa yang sampai ke makam nubuwah – dari Allah SWT, sama ada mereka menjaga Syari’at Islam Muhammad (S), atau mereka memperbaharui agama baru, ia tidak wujud sama sekali dan pentutup orang yang diutus langsung oleh Allah SWT adalah Muhammad (S).
Tetapi diperbaharui selepas diutus Nabi Muhammad (S) – Manusia Sempurna (Insan Kamil) dan Khalifah Allah yang haq, dengan zuhurnya Allah di Faran dan imej Ketuhanan (Shurah Al-Lahut) – maka urusan mengutus beralih kepada Muhammad (S), dan semua Imam-imam (as) diutus ke atas umat ini, tetapi dari (melalui) Muhammad - Allah dalam penciptaan – Dia SWT berfirman:
( وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَسُولٌ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ )
(Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya.) [Yunus 10:47].
Dari Jabir, dari Abi Ja'far (as), beliau berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang tafsiran ayat ini: (Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya.) berkata (as): (tafsiran batinnya, bahawa setiap kurun dari umat ini diutus seorang Rasul dari Aali Muhammad, dikeluarkan pada setiap kurun yang menjadi Rasul kepada mereka, dan mereka adalah Auliak dan rasul-rasul, pada firmanNya: (maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil), dia berkata, maknanya bahawa para Rasul memutuskan dengan adil dan mereka tidak akan dianiaya seperti yang difirmankan Allah).
Dia berfirman:
( إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ )
(Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.) [Al-Ra3d 13:7].
Dari Al-Fadhil, dia berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) bagi firman Allah AWJ: (dan bagi tiap-tiap kaum ada yang memberi petunjuk), beliau (as) berkata: (semua Imam pemberi petunjuk bagi kurun mereka).
Dari Abi Ja'far (as): beliau berkata: Rasulullah (S) adalah pemberi peringatan (Al-Munzhir), dan setiap zaman yang memberi petunjuk, membimbing mereka dengan apa yang dibawa oleh Nabi Allah (S), kemudian petunjuk (Al-Hudah) selepas baginda adalah Ali, kemudian Aushiak seorang demi seorang).
Dari Abu Basir, dia berkata: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as): (Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk), beliau berkata: Rasulullah (S) adalah pemberi peringatan (Al-Munzhir),, dan Ali adalah pemberi petunjuk (Al-Haadi), Wahai Aba Muhammad! Adakah pemberi petunjuk (Haad) hari ini? Aku berkata: Ya, semoga aku menjadi tebusanmu, Adakah berakhir dari tuan Haad selepas Haad sehingga memaksa kepada tuan, beliau berkata: Allah merahmati kamu, Ya Aba Muhammad, jikalah apabila diturunkan tanda ke atas seorang lelaki, kemudian mati orang itu maka matilah tanda dan matilah tulisan, tetapi sedangkan orang yang masih hidup juga adalah mereka yang telah pergi) .
Dari Abu Ja'far (as) Pada firman Allah TWT: (Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk), beliau berkata: (Rasulullah (S) adalah pemberi peringatan (Al-Munzhir),, dan Ali adalah pemberi petunjuk (Al-Haadi),, Adapun demi Allah, tidak akan pergi dari kami dan tidak berakhir pada kami sehingga Al-S’aah (kiamat)).
Mereka (as) utusan petunjuk dari Muhammad (S), dan kepada Muhammad (S), dan juga mereka semua (3alaihim shalawatu Rabbi) bermakam nubuwah tetapi syarat diutus tidak berubah iaitu: sempurna akal, ia mesti sampai kepada makam Langit Ketujuh Keseluruhan (Al-Samaa’ Al-Sabi’ah Al-Kulliyah) "Langit Akal") Kitab Nubuwah:Al-Khatimah halaman 27..
[7] – Dari Perjanjian Lama (Taurat) 1 Samuel 17:
(1) Orang Filistin mengumpulkan tentaranya untuk berperang; mereka berkumpul di Sokho yang di tanah Yehuda dan berkemah antara Sokho dan Azeka di Efes-Damim.
(2) Saul dan orang-orang Israel juga berkumpul dan berkemah di Lembah Tarbantin; mereka mengatur barisan perangnya berhadapan dengan orang Filistin.
(3) Orang Filistin berdiri di bukit sebelah sini dan orang Israel berdiri di bukit sebelah sana, dan lembah ada di antara mereka.
(4) Lalu tampillah keluar seorang pendekar dari tentara orang Filistin. Namanya Goliat, dari Gat. Tingginya enam hasta sejengkal.
(5) Ketopong tembaga ada di kepalanya, dan ia memakai baju zirah yang bersisik; berat baju zirah ini lima ribu syikal tembaga.
(6) Dia memakai penutup kaki dari tembaga, dan di bahunya ia memanggul lembing tembaga.
(7) Gagang tombaknya seperti pesa tukang tenun, dan mata tombaknya itu enam ratus syikal besi beratnya. Dan seorang pembawa perisai berjalan di depannya.
(8) Ia berdiri dan berseru kepada barisan Israel, katanya kepada mereka: "Mengapa kamu keluar untuk mengatur barisan perangmu? Bukankah aku seorang Filistin dan kamu adalah hamba Saul? Pilihlah bagimu seorang, dan biarlah ia turun mendapatkan daku.
(9) Jika ia dapat berperang melawan aku dan mengalahkan aku, maka kami akan menjadi hambamu; tetapi jika aku dapat mengungguli dia dan mengalahkannya, maka kamu akan menjadi hamba kami dan takluk kepada kami."
(10) Pula kata orang Filistin itu: "Aku menantang hari ini barisan Israel; berikanlah kepadaku seorang, supaya kami berperang seorang lawan seorang."
(11) Ketika Saul dan segenap orang Israel mendengar perkataan orang Filistin itu, maka cemaslah hati mereka dan sangat ketakutan.
(12) Daud adalah anak seorang dari Efrata, dari Betlehem-Yehuda, yang bernama Isai. Isai mempunyai delapan anak laki-laki. Pada zaman Saul orang itu telah tua dan lanjut usianya.
(13) Ketiga anak Isai yang besar-besar telah pergi berperang mengikuti Saul; nama ketiga anaknya yang pergi berperang itu ialah Eliab, anak sulung, anak yang kedua ialah Abinadab, dan anak yang ketiga adalah Syama.
(14) Daudlah yang bungsu. Jadi ketiga anak yang besar-besar itu pergi mengikuti Saul.
(15) Tetapi Daud selalu pulang dari pada Saul untuk menggembalakan domba ayahnya di Betlehem.
(16) Orang Filistin itu maju mendekat pada pagi hari dan pada petang hari. Demikianlah ia tampil ke depan empat puluh hari lamanya.
(17) Isai berkata kepada Daud, anaknya: "Ambillah untuk kakak-kakakmu bertih gandum ini seefa dan roti yang sepuluh ini; bawalah cepat-cepat ke perkemahan, kepada kakak-kakakmu.
(18) Dan baiklah sampaikan keju yang sepuluh ini kepada kepala pasukan seribu. Tengoklah apakah kakak-kakakmu selamat dan bawalah pulang suatu tanda dari mereka.
(19) Saul dan mereka itu dan semua orang Israel ada di Lembah Tarbantin tengah berperang melawan orang Filistin."
(20) Lalu Daud bangun pagi-pagi, ditinggalkannyalah kambing dombanya pada seorang penjaga, lalu mengangkat muatan dan pergi, seperti yang diperintahkan Isai kepadanya. Sampailah ia ke perkemahan, ketika tentara keluar untuk mengatur barisannya dan mengangkat sorak perang.
(21) Orang Israel dan orang Filistin itu mengatur barisannya, barisan berhadapan dengan barisan.
(22) Lalu Daud menurunkan barang-barangnya dan meninggalkannya di tangan penjaga barang-barang tentara. Berlari-larilah Daud ke tempat barisan; sesampai di sana, bertanyalah ia kepada kakak-kakaknya apakah mereka selamat.
(23) Sedang ia berbicara dengan mereka, tampillah maju pendekar itu. Namanya Goliat, orang Filistin dari Gat, dari barisan orang Filistin. Ia mengucapkan kata-kata yang tadi juga, dan Daud mendengarnya.
(24) Ketika semua orang Israel melihat orang itu, larilah mereka dari padanya dengan sangat ketakutan.
(25) Berkatalah orang-orang Israel itu: "Sudahkah kamu lihat orang yang maju itu? Sesungguhnya ia maju untuk mencemoohkan orang Israel! Orang yang mengalahkan dia akan dianugerahi raja kekayaan yang besar, raja akan memberikan anaknya yang perempuan kepadanya dan kaum keluarganya akan dibebaskannya dari pajak di Israel."
(26) Lalu berkatalah Daud kepada orang-orang yang berdiri di dekatnya: "Apakah yang akan dilakukan kepada orang yang mengalahkan orang Filistin itu dan yang menghindarkan cemooh dari Israel? Siapakah orang Filistin yang tak bersunat ini, sampai ia berani mencemoohkan barisan dari pada Allah yang hidup?"
(27) Rakyat itupun menjawabnya dengan perkataan tadi: "Begitulah akan dilakukan kepada orang yang mengalahkan dia."
(28) Ketika Eliab, kakaknya yang tertua, mendengar perkataan Daud kepada orang-orang itu, bangkitlah amarah Eliab kepada Daud sambil berkata: "Mengapa engkau datang? Dan pada siapakah kautinggalkan kambing domba yang dua tiga ekor itu di padang gurun? Aku kenal sifat pemberanimu dan kejahatan hatimu: engkau datang ke mari dengan maksud melihat pertempuran."
(29) Tetapi jawab Daud: "Apa yang telah kuperbuat? Hanya bertanya saja!"
(30) Lalu berpalinglah ia dari padanya kepada orang lain dan menanyakan yang sama. Dan rakyat memberi jawab kepadanya seperti tadi.
(31) Terdengarlah kepada orang perkataan yang diucapkan oleh Daud, lalu diberitahukanlah kepada Saul. Dan Saul menyuruh memanggil dia.
(32) Berkatalah Daud kepada Saul: "Janganlah seseorang menjadi tawar hati karena dia; hambamu ini akan pergi melawan orang Filistin itu."
(33) Tetapi Saul berkata kepada Daud: "Tidak mungkin engkau dapat menghadapi orang Filistin itu untuk melawan dia, sebab engkau masih muda, sedang dia sejak dari masa mudanya telah menjadi prajurit."
(34) Tetapi Daud berkata kepada Saul: "Hambamu ini biasa menggembalakan kambing domba ayahnya. Apabila datang singa atau beruang, yang menerkam seekor domba dari kawanannya,
(35) maka aku mengejarnya, menghajarnya dan melepaskan domba itu dari mulutnya. Kemudian apabila ia berdiri menyerang aku, maka aku menangkap janggutnya lalu menghajarnya dan membunuhnya.
(36) Baik singa maupun beruang telah dihajar oleh hambamu ini. Dan orang Filistin yang tidak bersunat itu, ia akan sama seperti salah satu dari pada binatang itu, karena ia telah mencemooh barisan dari pada Allah yang hidup."
(37) Pula kata Daud: "TUHAN yang telah melepaskan aku dari cakar singa dan dari cakar beruang, Dia juga akan melepaskan aku dari tangan orang Filistin itu." Kata Saul kepada Daud: "Pergilah! TUHAN menyertai engkau."
(38) Lalu Saul mengenakan baju perangnya kepada Daud, ditaruhnya ketopong tembaga di kepalanya dan dikenakannya baju zirah kepadanya.
(39) Lalu Daud mengikatkan pedangnya di luar baju perangnya, kemudian ia berikhtiar berjalan, sebab belum pernah dicobanya. Maka berkatalah Daud kepada Saul: "Aku tidak dapat berjalan dengan memakai ini, sebab belum pernah aku mencobanya." Kemudian ia menanggalkannya.
(40) Lalu Daud mengambil tongkatnya di tangannya, dipilihnya dari dasar sungai lima batu yang licin dan ditaruhnya dalam kantung gembala yang dibawanya, yakni tempat batu-batu, sedang umbannya dipegangnya di tangannya. Demikianlah ia mendekati orang Filistin itu.
(41) Orang Filistin itu kian dekat menghampiri Daud dan di depannya orang yang membawa perisainya.
(42) Ketika orang Filistin itu menujukan pandangnya ke arah Daud serta melihat dia, dihinanya Daud itu karena ia masih muda, kemerah-merahan dan elok parasnya.
(43) Orang Filistin itu berkata kepada Daud: "Anjingkah aku, maka engkau mendatangi aku dengan tongkat?" Lalu demi para allahnya orang Filistin itu mengutuki Daud.
(44) Pula orang Filistin itu berkata kepada Daud: "Hadapilah aku, maka aku akan memberikan dagingmu kepada burung-burung di udara dan kepada binatang-binatang di padang."
(45) Tetapi Daud berkata kepada orang Filistin itu: "Engkau mendatangi aku dengan pedang dan tombak dan lembing, tetapi aku mendatangi engkau dengan nama TUHAN semesta alam, Allah segala barisan Israel yang kautantang itu.
(46) Hari ini juga TUHAN akan menyerahkan engkau ke dalam tanganku dan aku akan mengalahkan engkau dan memenggal kepalamu dari tubuhmu; hari ini juga aku akan memberikan mayatmu dan mayat tentara orang Filistin kepada burung-burung di udara dan kepada binatang-binatang liar, supaya seluruh bumi tahu, bahwa Israel mempunyai Allah,
(47) dan supaya segenap jemaah ini tahu, bahwa TUHAN menyelamatkan bukan dengan pedang dan bukan dengan lembing. Sebab di tangan Tuhanlah pertempuran dan Iapun menyerahkan kamu ke dalam tangan kami."
(48) Ketika orang Filistin itu bergerak maju untuk menemui Daud, maka segeralah Daud berlari ke barisan musuh untuk menemui orang Filistin itu;
(49) lalu Daud memasukkan tangannya dalam kantungnya, diambilnyalah sebuah batu dari dalamnya, diumbannya, maka kenalah dahi orang Filistin itu, sehingga batu itu terbenam ke dalam dahinya, dan terjerumuslah ia dengan mukanya ke tanah.
(50) Demikianlah Daud mengalahkan orang Filistin itu dengan umban dan batu; ia mengalahkan orang Filistin itu dan membunuhnya, tanpa pedang di tangan.
(51) Daud berlari mendapatkan orang Filistin itu, lalu berdiri di sebelahnya; diambilnyalah pedangnya, dihunusnya dari sarungnya, lalu menghabisi dia. Dipancungnyalah kepalanya dengan pedang itu. Ketika orang-orang Filistin melihat, bahwa pahlawan mereka telah mati, maka larilah mereka.
(52) Maka bangkitlah orang-orang Israel dan Yehuda, mereka bersorak-sorak lalu mengejar orang-orang Filistin sampai dekat Gat dan sampai pintu gerbang Ekron. Dan orang-orang yang terbunuh dari orang Filistin bergelimpangan di jalan ke Saaraim, sampai Gat dan sampai Ekron.
(53) Kemudian pulanglah orang Israel dari pemburuan hebat atas orang Filistin, lalu menjarah perkemahan mereka.
(54) Dan Daud mengambil kepala orang Filistin yang dipancungnya itu dan membawanya ke Yerusalem, tetapi senjata-senjata orang itu ditaruhnya dalam kemahnya.
(55) Ketika Saul melihat Daud pergi menemui orang Filistin itu, berkatalah ia kepada Abner, panglima tentaranya: "Anak siapakah orang muda itu, Abner?" Jawab Abner: "Demi tuanku hidup, ya raja, sesungguhnya aku tidak tahu."
(56) Kemudian raja berkata: "Tanyakanlah, anak siapakah orang muda itu."
(57) Ketika Daud kembali sesudah mengalahkan orang Filistin itu, maka Abner memanggilnya dan membawanya menghadap Saul, sedang kepala orang Filistin itu masih ada di tangannya.
(58) Kata Saul kepadanya: "Anak siapakah engkau, ya orang muda?" Jawab Daud: "Anak hamba tuanku, Isai, orang Betlehem itu.".
8 – Firman Allah Taala: (Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang di jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang". Mereka menjawab: "Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?". Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim. * Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa". Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. * Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman. * Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku". Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya". Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar". * Tatkala Jalut dan tentaranya telah nampak oleh mereka, merekapun (Thalut dan tentaranya) berdoa: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". * Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karunia atas semesta alam.) [Al-Baqarah 2:246-251].
[9] - Alkitab - Perjanjian Baru: 13-16.
[10] - Allah SWT telah memilih di antara hamba-hambaNya para nabi, mereka adalah manusia, tetapi Allah-lah yang menjadikan kepada mereka Hujjah atas seluruh alam, dan menjadikan semua penciptaan taat kepada mereka, tetapi disesuaikannya supaya selepas dilimpahkan ke atas mereka RohNya, Maka setiap dari Nabi-nabi hidup di antara kaumnya yang bersikap acuh tak acuh, dan mereka tidak mengenalnya selain sifat-sifat baik, tetapi disesuaikan selepas terjadi sikap acuh tak acuh di mana Allah SWT memerintahkannya supaya mengumumkan kepada penciptaan (makhluk), dan pengumuman ini menyegerakan turunnya Roh itu ke atasnya, dan ini adalah apa yang berlaku kepada Nabi Isa (as), di mana Yohanes (Yuhana)) adalah Hujjah atasnya, tetapi selepas dibaptis dengan air dan keluar daripadanya dan diturunkan Roh atasnya, Allah menjadikan HujjahNya atas seluruh alam, dan sehinggakan Nabi Allah Yohanes (as) adalah dalil bahawa dia mengetahuinya apabila dia melihat Roh Allah turun ke atasnya. Injil Yohanes Bab1: ((32) Dan Yohanes memberi kesaksian, katanya: "Aku telah melihat Roh turun dari langit seperti merpati, dan Ia tinggal di atas-Nya (33) Dan akupun tidak mengenal-Nya, tetapi Dia, yang mengutus aku untuk membaptis dengan air, telah berfirman kepadaku: Jikalau engkau melihat Roh itu turun ke atas seseorang dan tinggal di atas-Nya, Dialah itu yang akan membaptis dengan Roh Kudus. (34) Dan aku telah melihat-Nya dan memberi kesaksian: Ia inilah Anak Allah.).
Jika manusia masih dalam usaha untuk mencapai Kesempurnaan Ketuhanan (Al-Kamalaat Al-Ilahiyah), dan Allah mengetahui keikhlasan mereka dan siapa mereka mengikut kadar keikhlasan mereka, dan melimpahkan ke atas mereka dari Roh itu mengikut kadar keikhlasan mereka, dan dikhususkan kepada Nabi Mulia Muhammad (S), dan Aali Bait baginda kerana Allah mengurniakan kepada mereka Roh yang mengagungkan baginda.
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata dalam memberi takrif Roh itu: (Roh Kudus adalah: Roh suci atau maksum Apabila seseorang hamba berniat ikhlas kerana Allah SWT, dan mahu menghadap Allah, mengasihi Allah, mewakilkan Allah segala miliknya, mendatangi semua kebaikan dan keluar (menjauhi) dari segala kejahatan, dan yang menjuruskan ke akhlak yang mulia, maka jadilah Roh Kudus sebagai saluran (wasithah) pemindahan ilmu kepada insan yang diamanahkan kepadanya.
Roh-roh Kudus sangat banyak, bukannya satu, ia ada pada Isa (as) dan pada Nabi-nabi tetapi lebih rendah daripada yang ada pada Muhammad (S), pada Ali (as), pada Fatimah (as), dan ada pada para Imam (as), ia adalah Roh Kudus yang paling unggul (A3dzam) tidak dilimpahkan melainkan hanya pada Muhammad (S), dan kemudian berpindah kepada Ali (as) selepas baginda wafat, kemudian kepada para Imam (as), dan kemudian kepada dua belas Mahdi-mahdi,
Dari Abi Basir berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai firman Allah TWT,
( وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ )
(Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu,) Al-Syuraa 42:52,

Dia (as) berkata: dijadikan dari ciptaan Allah AWJ yang paling unggul (agung) daripada Jibril dan Mikael iaitu ada pada Rasulullah (S) yang diberitahu tujuannya dan ada pada para Imam selepasnya) Al-Mutasyabihaat: Jilid 3 / Jawapan Soalan nombor (118).

Tiada ulasan: