Ahad, 24 Mei 2015

Apakah Al-Raj3ah?

Apakah Al-Raj3ah?


Raj3ah dari segi bahasa ialah: kembali kepada kehidupan dunia selepas kematian.

Jauhari dan Al-Firuzaabaadi telah berkata: (Si Fulan percaya dengan Raj3ah itu adalah kembali kepada dunia selepas mati) [2]
         
Adapun makna dari segi istilah yang kami ingin menjelaskan adalah:

Raj3ah: Satu lagi alam, satu lagi hari dari hari-hari besar Allah yang ke tiga [3] pada sukuan Hari-hari Al-Qaim dan Kiamat, dan ia mempunyai sistem dan peraturannya tersendiri, seperti yang terdapat dalam banyak riwayat-riwayat daripada Aali Muhammad (as) yang akan ditunjukkan nanti.

Dan selepas menyebut hari-hari (Al-Qaim, dan Kiamat), Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata: [yang tinggal adalah Hari Raj3ah dan sudah pasti ia alam yang lain, jika tidak, ia tidak akan ditetapkan sebagai hari-hari iaitu masa, dan bahawa ia tersendiri dan berbeza samasekali berbanding dengan kehidupan alam Jasmani ini dan Hari Kiamat,].

Dan beliau (as) berkata: [nama Raj3ah itu sendiri menunjukkan maknanya, semoga Allah memberikan kamu kejayaan, ia adalah kembali (Raj3ah) iaitu pengulangan, orang yang telah meninggal dunia akan kembali, ujian yang berakhir akan berulang, hari-hari yang telah berlalu akan kembali ...].

Dan beliau (as) berkata: [Ia adalah ujian yang lain dan tadbir (sistem) dan susunan dua Raj3ah di tangan-Nya SWT ..].

Dan beliau (as) berkata: [Raj3ah itu adalah alam lain yang berbeza daripada Alam Jasmani ini, dan oleh itu hal ehwalnya adalah berbeza dari alam ini ..].

Kami akan berhenti di sini dalam menerangkan jawapan Waliy yang disucikan dari Aali Muhammad (as) ini, tetapi selepas ini kita melihat ringkasan penting daripada apa yang dikatakan para ulama Syiah mengenai Raj3ah yang disabitkan dengan perkara berkaitkan dengan akidah di sisi mereka semua atau bagi kebanyakan daripada mereka kurang mengakuinya.



✡✡✡✡✡

__________________
[2] – Al-Sihah: Bhg 3 ms 1216, Al-Qamus Al-Muhith: vol 3 ms 28
[3] - Mereka telah menyebutkan seperti yang disampaikan oleh Syeikh Al-Shaduq dengan sanad dari Imam Shadiq (as): (hari-hari Allah AWJ ada tiga, hari bangkit Al-Qaim, hari yang mengejutkan (Al-Karrah), dan hari Kiamat) Ma3ani Al-Akhbar: ms 366.

Tiada ulasan: