Apakah yang dimaksudkan Ibrahim (as) dengan
kata: "Saya tidak suka yang hilang"
Abdu Soleh (as) bercakap tentang orang-orang
yang telah dibutakan penglihatannya dengan hasad (dengki) - penyakit lama Iblis
(laknahu Allah) - sehingga mereka menjadi tidak berupaya untuk memahami, jadi
dia (as) berkata:
(Sebagai contoh, saya dapati salah seorang
dari mereka berkata: Jika matahari adalah Muhammad [129] bagaimana
Ibrahim boleh berkata: bahawa dia tidak suka dengan yang hilang, bermakna dia
tidak suka Muhammad (S)?
Ini adalah salah satu perkara yang paling
hodoh (keji) yang saya dengar, kerana dia mentafsirkan matahari dengan matahari
ini. Maka soalan yang sama jika ditujukan kepada dirinya menurut tafsirannya,
bagaimana Ibrahim (as) mengatakan bahawa dia tidak sukakan matahari, dan apakah
salah matahari, dan apa yang tidak baik hingga tidak sukakan Ibrahim (as)? Jika
diarahkan soalan kepada dirinya sendiri dia akan menjawabnya sendiri. Bahawa Nabi
Ibrahim (as) tidak suka untuk menganggap matahari menjadi Rabb mutlak
atau Ilah mutlak (Tuhan Mutlak), kerana beliau (as) sebelum mengatakan,
saya tidak suka dia telah berkata: "Inikah Tuhanku?". Jadi apa yang
Ibrahim (as) tidak suka bukanlah apa yang mula disebut itu, tetapi sedang dipertimbangnya
mana yang dianggap sebagai Tuhan Mutlak (Rabbab Muthlaqan).
Tetapi mereka telah dibutakan oleh iri
hati (Al-Hasad) sehingga mereka menjadi hampir tidak mampu memahami. Sehingga menimbulkan
keraguan pada jawapan yang jelas jika dikembalikan pada diri mereka sendiri.
✡✡✡✡✡
______________________________
[129] Matahari ditafsirkan pada Rasulullah (S).
Ia telah diriwayatkan dalam banyak
riwayat-riwayat dari Ahlul Bayt (as). Sebahagian darinya adalah: Dari Abi Bashir,
dari Abi Abdillah (as), katanya: Aku bertanya kepadanya mengenai firman Allah
(والشمس وضحاها)
{Demi matahari dan cahayanya yang
terang-benderang},
maka beliau (as) berkata: (Matahari adalah
Rasulullah (S), dengannya Allah menjelaskan kepada manusia agama mereka ..) - Bihar
Al-Anwar jilid 24 halaman 70.
Juga terdapat riwayat lain dari Ibnu Abbas
bahawa beliau berkata: Rasulullah (S) bersabda: (Aku pada kamu umpama matahari,
dan Ali umpama bulan, jika matahari menghilang maka gunakan bulan sebagai
panduan) - Bihar Al-Anwar jilid 24 halaman 76
Tiada ulasan:
Catat Ulasan