Jumaat, 1 Mei 2015

Selawat atas Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi (as), dan kedudukan Fatimah (as) di dalamnya

Selawat atas Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi (as), dan kedudukan Fatimah (as) di dalamnya




Allah (swt) berfirman:
     
﴿إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً﴾

{Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam penghormatan sepenuh pengiktirafan.} [126]

اللهم صلِّ على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليماً

Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam penghormatan sepenuh pengiktirafan.

Mungkin sebahagian orang hari ini tidak suka dengan Salawat ini, sama seperti orang-orang yang mendahului mereka tidak suka dengan Salawat yang Rasulullah (S) telah jelaskan kepada umatnya apabila mereka diuji dengan keluarga Muhammad (Imam-Imam) pada zaman awal Islam.
               
Dan walaupun Nabi Besar (S) telah menjelaskan kepada mereka cara (kaifiat) Selawat kepada baginda, dan baginda melarang mereka berselawat kepada baginda dengan Selawat terpotong, apabila baginda (S) bersabda:

(لا تصلوا علي الصلاة البتراء، فقالوا: وما الصلاة البتراء ؟ قال: تقولون اللهم صل على محمد وتمسكون، بل قولوا: اللهم صل على محمد وعلى آل محمد)

(Janganlah berselawat terpotong . (Al-Shalat Al-Batraa’), Maka mereka berkata: Dan apakah selawat terpotong itu? Lalu baginda (S) bersabda: Apabila kamu berkata, "Allahumma Shalli 3ala Muhammad (Ya Allah selawatlah atas Muhammad)", dan anda berhenti. Tetapi katakanlah. : "Allahumma Shalli 3ala Muhammad wa Aali Muhammad (Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad.)” [127]

Kita mendapati mereka sengaja meninggal sebutan Aali Muhammad, kerana ia adalah perkara biasa dengan Ahlul-Sunnah dan terutama golongan Wahabi. Atau mereka akan menambah sesiapa yang mereka mahu dari isteri-isteri atau para sahabat, bahkan, semua para sahabat termasuk ada di antara mereka yang menjadi peminum arak, orang munafik, perzina, pembunuh atau yang membunuh. Seolah-olah mereka - Subhan Allah! (Maha Suci Allah!) – tetap berkeras untuk menentang perintah dan penjelasan baginda (sawas),

Bagi Syiah Al-Maraji3 hari ini, mereka juga mahu menambah Selawat apa yang mereka suka. Bahkan, mereka mula mengarahkan pengikut-pengikut mereka bahawa mereka mesti menghantar Selawat dengan menyebut nama-nama pemimpin dan pemuka-pemuka mereka, yang juga terkenal dalam hal ini hampir tidak boleh dinafikan.

Sesungguhnya berselawat ke atas Muhammad dan keluarga Baginda yang mulia tetap menjadi ucapan yang hidup berterusan, menyaksikan atas kekasaran umat ini pada zaman awal Islam dan akhirnya yang kita hidup di dalamnya. Bagaimana orang Islam semua tidak memahami makna selawat ini yang mengutamakan Keluarga Muhammad (as) sehinggan mereka membuangnya dari kenyataan adalah seruan Islam secara mutlak, bahkan, Syeikh (Ulamak) Sunni meninggalkan riwayat-riwayat yang telah diriwayatkan oleh keluarga Muhammad (as), selepas dia meriwayatkan hadith yang telah diriwayatkan oleh pembunuh Amirul Mukminin Ali (as)! Dan Syiah Maraji3 meninggalkan dengan mengambil riwayat Keluarga Muhammad (as), atau hanya mengambil riwayat-riwayat yang disukainya (yang sesuai) untuk disajikan sahaja.

Dari mana lagi yang kita dapat keluarkan riwayat-riwayat tentang Mahdi-mahdi dan tentang segala-galanya yang berkaitan dengan Mahdi Pertama khususnya, daripada puluhan riwayat-riwayat di dalam Kitab-kitab Syiah induk. Adakah kerana dari Keluarga Muhammad (as)? Jadi, mengapa mereka memperolok-olokannya jika mereka benar-benar dari Syiah (pengikut) mereka (as)?!

Walau apa pun, sesetengah orang menimbulkan keraguan terhadap kami dan berkata: Kenapa anda mengkhususkan sebutan para Imam dan Mahdi-mahdi (Al-Aimmah Wa Al-Mahdiyin) dalam berselawat, dimana dengan pengkhususan kepada para Imam dan Mahdi-mahdi ini menghalang dari diumumkan yang merangkumi Fatimah (as), walaupun dia adalah dari Keluarga yang disucikan. Jadi saya bertanya kepada Abdus Soleh (as) tentang perkara ini dan berkata: Adakah dengan menyatakan para Imam dan Mahdi-mahdi dalam Selawat mencegah termasuknya Fatimah (as) di dalamnya?

Jadi dia (a.s) menjawab dan berkata:

(Yang menyatakan tidak menghalang dari diumumkan, dan kita tidak memberitahu sesiapa bahawa ini sahaja satu-satunya bentuk atau kita mengatakan bahawa bentuk lain daripada yang tidak dibenarkan. Bahkan di dalam Kitab "Al-Mutasyabihat" Saya telah tulis Salawat dalam bentuk yang lain. Tetapi di sini kita mengkhususkan untuk mengukuhkan (sabit) kebenaran, dimana mereka syaitan-syaitan mahu meninggalkannya, dan itu adalah hak Khalifah-khalifah Allah di bumi-Nya dari para Imam dan Mahdi-mahdi, dan para Imam (as) dan dalam doa-doa yang dikhususkan pada Imam-imam (as) [128], maka adakah para Imam telah melakukan kesilapan dengan menentukan? Mereka adalah jauh dari semua itu!)




✡✡✡✡✡

______________________________
[126] - Al-Ahzab 33:56
[127] - Al-Ghadir oleh Al-Aminiy: Jilid 2 Halaman 303 – Sumber Syi3i. Al-Shawa3iq Al-Muhriqah oleh Ibn Hajar: Halaman 146 – Sumber Sunni.
[128] - Imam (as) telah menyatakan dalam banyak Doa-doa dan Selawat yang dikhususkan pada Imam-imam (as). Sebagai contoh Salawat 'Asar Hari Jumaat seperti yang telah diriwayatkan oleh Al-Syeikh Abbas Al-Qummi dari Al-Syed ibn Thawus. Rujuk Mafatih Al-Jinan / A3mal 3ashr Yaum Al-Jum3ah.



Tiada ulasan: