Khamis, 21 Mei 2015

Adakah Dibolehkan Syura Dalam Menentukan Pelaksana Bagi Menjalankan Syariat Allah Di Muka Bumi?

Adakah Dibolehkan Syura Dalam Menentukan Pelaksana Bagi Menjalankan Syariat Allah Di Muka Bumi?


Soalan: Berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah Al-Shura, ayat 38:

﴿وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴾

“Dan (bagi) orang-orang yang menyahut seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan bermesyuarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”. [Al-Syuraa 42:38]

Adakah dibolehkan Syura dalam menentukan pemerintah bagi melaksanakan syariat Allah di muka buminya, atau mungkinkah kedua-duanya dibolehkan iaitu pada satu masa Allah SWT menentukan khalifahNya dan di masa lain manusia menentukannya melalui Syura?

Jawapan:

Ketuanan Allah (Hakimiyyah Allah) bermaksud kekuasaan Allah dalam menetapkan syariat dan pelaksananya. Dialah yang menetapkan syariat dan Dia jugalah yang melantik pelaksana bagi syariat ini samada ianya di kalangan Nabi, Aushiya’, Imam atau pemerintah (malik) sepertimana Thalut (as) yang disebutkan dalam Al-Quran:

﴿وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّـهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا﴾

“Dan (Nabi mereka) pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Thalut menjadi raja bagi kamu”(Al-Baqarah 2:247). 

Ketuanan Allah juga bermakna hukum syariat (Tasyri3) dan pelaksananya (Tanfizh) mestilah Maksum dari sebarang kesalahan, kerana kesalahan keduanya bermakna kesalahan Allah SWT dalam menetapkan HakimiyyahNya. Di mana Mustahil bagi Allah SWT bersifat dengan sebarang sifat kekurangan. Umat Islam bersetuju bahawa tiada campurtangan manusia dalam penetapan Syariat Allah SWT. Tetapi mereka tidak bersetuju dari segi pelaksananya, sekalipun ianya telah dinyatakan secara jelas dalam Al-Quran bahawa Allah SWT yang menentukan Khalifah atau pelaksana kepada hukum-hukumNYA sepertimana disebutkan dalam Al-Quran;

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".[Al-Baqarah 2:30] 

Mereka yang berada dalam keraguan berpendapat bahawa pelaksana syariat Allah boleh dipilih oleh manusia dan tidak mengisyaratkan ismah (kemaksuman) padanya,. Oleh itu mereka berasa perlu untuk menetapkan syarat tambahan pada pelaksananya iaitu mereka ditaati selama mana mereka mentaati Allah SWT dan diingkari sekiranya mereka berbuat maksiat kepada Allah SWT. Syarat ini ternyata tidak berpijak di alam nyata kerana seringkali manusia gagal menetapkan sempadan samada pelaksana yang mereka pilih itu bertentangan dengan syariat Allah atau tidak? Apakah hak setiap insan untuk menetapkan samada seseorang itu mentaati atau mengingkari Allah SWT mengikut pandangannya? Atau perlukah kita merujuk kepada faqih atau ulamak? Sedangkan mereka ini bertelagah sesama sendiri tentang hukum halal atau haram berkaitan sesuatu perkara, contoh paling baik adalah dalam bab Ibu susuan bag[ orang dewasa, perkahwinan Misyar, musik dan nyanyian pada hari ini? Sekiranya di Arab Saudi majlis Ulamak mereka menghukumkan bahawa ibu susuan bagi orang dewasa adalah halal dan di tempat lain pula para faqihnya memfatwakan bahawa hukumnya adalah haram. Jadi apakah dibolehkan bagi umat islam di Arab Saudi menganggap pemerintah mereka sebagai mentaati Allah SWT lalu mereka mentaatinya atau mengingkari Allah lalu mereka mengingkarinya? Hakikatnya tiada penyelesaian dalam hal ini melainkan satu sahaja iaitu Syariat dan pelaksananya mestilah seseorang yang ditetapkan oleh Allah SWT. 

Adapun Firman Allah SWT yang bermaksud:

﴿وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴾

“Dan (bagi) orang-orang yang menyahut seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Al-Shura 42:38). 

Persoalannya apakah urusan penentuan khilafah atau pelaksana hukum Allah SWT ini dikira sebagai urusan manusia atau urusan Allah SWT? Untuk menerangkan keadaan ini, saya letakkan perumpamaan agar senang difahami: Apakah penentuan pengganti Zaid di rumahnya dikira sebagai urusan Zaid atau urusan Umar? Sudah tentu ianya urusan Zaid dan bukannya Umar, maka Zaidlah yang berhak menentukan siapa yang bakal menggantikannya. Campurtangan Umar dalam hal penggantinya tidak membawa sebarang makna, bahkan boleh dianggap sebagai penceroboh, tidak berakhlaq, tidak mengikut hukum dan tidak dapat diterima oleh mana-mana norma kebiasaan dan akal yang sihat. 

Begitulah halnya berkaitan penentuan khilafah Allah kerana bumi dan seluruh alam ini adalah milikNya dan bukan selainNya, maka adalah hakNya untuk menentukan siapakah yang berhak melaksanakan hukum-hakamNYA dan bukan selainNya. Sekiranya ada yang cuba mengambil peranan ini, maka dia dikira sebagai perampas hak Allah SWT, tidak mengikut hukum Allah SWT, tidak berakhlaq dengan Allah SWT dan perbuatannya itu terkeluar dari norma kebiasaan dan juga akal yang sihat. 

Seterusnya, Allah SWT telah menetapkan bahawa Adam (as) adalah khalifahNya yang pertama dan tidak membenarkan para Malaikat untuk memilih khalifahNya atas muka bumiNya di kalangan mereka atau selain mereka. Sekiranya para Malaikat yang suci lagi maksum tidak dibenarkan memilih khalifah bagi pihakNya, maka apakah yang menyebabkan kita berfikir bahawa bahawa Allah SWT akan membenarkan manusia yang tidak maksum iaitu boleh jadi benar atau salah dalam semudah-mudah urusan untuk memilih khalifah bagi pihakNya? Sedarlah bahawa penentuan khilafah Allah di atas muka bumiNya adalah urusan Allah SWT dan tiada siapapun berhak mengatakan ini adalah urusan manusia melainkan mereka benar berhati batu dan ingin menunjukkan kedegilan mereka.

Firman Allah SWT

((إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً )).
Aku akan jadikan seorang khalifah di muka bumi

Bagi mereka yang mengatakan bahawa ayat ini bermaksud setiap manusia adalah khalifah Allah di atas muka bumi iaitu mereka bertindak bagi pihak Allah untuk memakmurkan muka bumi ini dengan binaan-binaan dan tanaman-tanaman. Maka bagi mereka persoalan ini, apakah Allah SWT itu petani atau pekerja binaan? Bukankah Allah SWT itu adalah Pencipta sekalian makhluk, Pemilik mereka dan Pemerintah sebenar mereka? Maka barangsiapa yang ditentukanNya selaku khalifah akan bertindak bagi pihakNya di atas muka bumi ini kerana mereka adalah pemerintah dan pelaksana hukumNya, dan Allah SWT adalah Empunya pemerintah (Malik Al-Mulk).

Sekiranya benar khalifah Allah di atas muka bumi adalah untuk setiap manusia sepetimana dakwaan mereka, maka Daud (as) juga adalah di kalangan manusia tetapi kenapa perlu Allah SWT mengulangi pernyataanNya sekali lagi dalam ayat ini:

﴿يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ﴾

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah” (Al-Shad 38:26).

Ayat ini menerangkan dengan jelas bahawa khilafah meliputi hak pemerintahan dan perlaksanaan hukum Allah kerana merekalah yang melaksanakan hukuman Allah SWT di atas muka bumi ini.

﴿وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ﴾


Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah (urusan) Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka [Al-Anbiak 21:73]         

Tiada ulasan: