Rabu, 30 Oktober 2013

Siapa Dajjal Besar?


Oleh Baqiyat Allah
7 Disember 2012







Siapa Dajjal Besar ?

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang,

Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah! Sanjung muliakanlah (Selawat dan salam) kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan kurniakanlah kepada kami dari urusankami jalan keluar dan yang melegakan.

Wahai Dia, Wahai Dia yang tidak ada yang lain kecuali Dia, hantarkanlah salam kepada Muhammad dan keluarga Muhammad dan bantulah kami terhadap orang-orang kafir.

Telah dijelaskan dalam 'Al-Mutasyabihaat' bahawa terdapat banyak makna al-Mutasyabihaat pada ucapan mereka (as), dan bagi setiap makna terdapat banyak pengesahan yang digunakan untuk dalam realiti mengikut masa dan tempat.

Dan dari al-Mutasyabihaat ini yang telah diriwayatkan dari Rasulullah (saw), dan keluarganya (AhlulBayt as) mengenai ad-Dajjal, dan mereka menekankan dan memperbesar penekanan mereka mengenai kewajipan menentangnya, dan berjihad terhadapnya, walaupun dia memiliki kelengkapan yang cukup besar, atau mengikut riwayat dari mereka (as), "Gunung api dan Gunung makanan." Saya tidak percaya jika orang yang beriman tidak mengetahuinya [yang ] mengikuti riwayat yang telah dilaporkan dari Rasulullah (saw) dan AhlulBayt baginda (as) dan apa pengesahan ucapan mereka (as) pada hari atau zaman ini.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan orang yang mungkin telah lalai dari kanan atau kiri, atau menyimpang dari kebenaran yang tidak dapat dinafikan dan ia adalah seperti matahari di langit, 



{Jadi ingatkanlah, engkau hanya pemberi peringatan. ۞ Bukanlah engkau berkuasa memaksa atas mereka. ۞ Melainkan, orang yang berpaling dan kafir ۞ Maka akan diazab Allah dengan azab yang besar. ۞ Malah, kepada Kamilah tempat kembalinya mereka. ۞ Kemudian sesungguhnya, kepada kamilah dihitung amal mereka} {Al-Quran Surah Al- Ghāshiyah: 21 - 26}.

Jadi adakah tersorok kepada orang yang beriman pengesahan bahawa Amerika adalah Dajjal Besar itu, Rasulullah Muhammad (saw) dan AhlulBayt ( pbut ) telah berkata apa yang bermaksud, " Dajjal akan datang dari Gunung Sanam dan . boleh memikat / menyihir orang, padanya akan ada Gunung api dan Gunung makanan " dan telah diriwayatkan dari mereka (as) yang bermaksud," Dia akan datang dan memanggil: datanglah kepada ku wahai penyokong-penyokong ku ... Aku Tuhan Kamu yang lebih Besar." Dan tidak tersembunyi daripada sesiapa pun bahawa Amerika memasuki Iraq dari Kuwait melalui arah Gunung Sanam yang terdapat di Safwan, dan tidak tersembunyi bahawa Gunung api adalah jentera perang Amerika yang besar, dan ia tidak tersembunyi bahawa Gunung makanan gergasi ekonomi Amerika dan dolar Amerika, dan ia tidak tersembunyi bahawa Amerika memanggil hari ini: datanglah kepada ku wahai penyokong-penyokong ku, dan menentang Kerajaan Allah (swt), dan dan menggubal dan meluluskan undang-undang, dan mahu mengenakannyaa kepada penduduk Bumi, kerana ia mendakwa bahawa ia adalah Tuhan Besar dan ia tidak melihat kecuali dengan satu mata [yang] melihat kepentingan jahat Amerika, dan Dajjal ini mendakwa bahawa mereka mewakili Isa (as), walaupun semua yang mereka lakukan melalui pencemaran dan penyelewengan . Jadi Amerika adalah Dajjal, ia menakluki Bumi untuk mengisi dengan kebejatan, dan Amerika adalah Dajjal bermata satu,

{Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia } {Surah Ar -Rum 30:41}

Jadi adakah lagi alasan yang tinggal untuk sesiapa memuji dan berbanga dengan Amerika, dan adakah lagi alasan yang tinggal untuk sesiapa yang tidak menentang atau melawan Amerika. Di sana tidak boleh seseorang yang merupakan seorang sahabat Imam Al-Mahdi (as), dan menerima kekuasaan Allah (swt ) melainkan jika dia ingkar (menolak) kezaliman, dan hari ini ia adalah Dajjal Besar dan Syaitan Besar Amerika,

{Sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan. Maka sesiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah telah berpegang kepada tali yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui} {Surah Al –Baqarah 2: 256}

Semoga laknat Allah ke atas syaitan dan tenteranya ... Dan semoga laknat Allah ke atas Dajjal dan tenteranya ... Dan semoga laknat Allah ke atas Syaitan Besar dan tenteranya ... Dan semoga laknat Allah ke atas Dajjal Besar dan tenteranya ... Dan semoga laknat Allah-lah atas Sufyani ... Dan semoga laknat Allah ke atas Sufyani ... Dan semoga laknat Allah ke atas Sufyani dan bala tenteranya ... Dan semoga laknat Allah ke atas sesiapa yang tidak memerangi Dajjal Besar.

Semoga laknat Allah, laknat Muhammad (saw), laknat Ali (as), dan laknat dari Fatimah (as), dan laknat para Imam dan para nabi dan Rasul-rasul, dan laknat malaikat soleh ke atas sesiapa yang tidak memerangi Dajjal besar .

Ya Allah! Sudahkah saya maklumkan?

Imam saya, dan Ketua saya Imam Muhammad bin Al- Hassan Al -Mahdi (as ), sudahkah saya maklumkan?

Ya Allah! Saksikanlah atas Umat ini.


Ahmad Al-Hassan


NOTA SAMPINGAN: - Imam Ahmad Al- Hassan (as) [wasi dan utusan Imam Mahdi yang telah zahir di akhir zaman ini 1999...] juga telah berkata, " Kita tidak mempunyai permusuhan dengan Amerika atau dengan tanah Amerika atau dengan institusi saintifik atau institusi sosial, dan lain-lain. Tetapi kita mengkritik tingkah laku dan kezaliman kerajaan Amerika Syarikat  dan kedudukan orang yang zalim di dunia dan kami percaya bahawa kedudukannya sentiasa sesat dan pelampau, ia amat malang sekali. "

Selasa, 29 Oktober 2013

Dr Muhammad Atayya



Dr Muhammad Atayya
oleh Baqiyat Allah
September 30, 2013

Assalamu ‘alaikum warahmatu Llahi wa barakatuh.
Salam kepada semua pengunjung laman yang mulia ini.
Dr Muhammad, (semoga Allah melindungi beliau) menulis:

"Assalamu ‘alaikum warahmatu Llahi kepada tuan, Ya Imam dan Ya Al-Qaim Ahlulbayt Muhammad as, Ahmed al-Hasan. Semoga Allah memberi kuasa kepada tuan dan menyokong tuan dengan Pembukaan jelas, mengumpul penyokong untuk tuan, memusnahkan musuh-musuh tuan dan menjadikan saya sentiasa dan selama-lamanya dengan tuan. Dan saya meminta maaf kerana kelemahan saya terhadap tuan Ahlulbayt as."

Jawapan: Dengan nama Allah, Yang Maha Penyayang lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah.
Semoga kedamaian, rahmat dan rahmat Allah kepada kamu.

Dr Muhammad Atiyya,

Semoga Allah melindungi kamu dan keluarga mulia kamu dan semua orang yang mencari perlindungan dengan kamu, dan saya bermohon kepada Allah untuk memberkati kamu dan meningkatkan nikmat-Nya kepada kamu. Dia Penyokong saya dan Dia menyokong orang-orang yang soleh.

Semoga perjalanan yang baik kamu akan diberkati untuk kamu. Perkataan dan sokong kebenaran kamu telah lama menjadi sebab bagi penderitaan dan keletihan, dan ini adalah dari nikmat Allah kepada kamu. Jadi bersyukur kepada Allah kerana nikmat -Nya. Apabila kamu bercakap tentang sebahagian daripada kebenaran pada masa pemerintah diktator di Mesir, mereka memenjarakan kamu, menganiaya kamu dan kamu pulang dari negara kamu di Mesir. Apabila kamu bercakap kebenaran di Iran dan dipercayai dalam seruan yang mulia ini, dan enggan untuk bertaklid pada ulamak, beberapa ulama di Hawza Qumm tidak boleh bertolak ansur dengan mendengar suara kamu, jadi mereka menggesa kerajaan Iran untuk memenjarakan kamu dan mengusir kamu dari Iran. Dan kamu menanggung penderitaan dan mematuhi untuk menyokong kebenaran.

Dipenjarakan dan dihantar pulang tidak menghalang kamu daripada berdiri dengan kebenaran. Maka nyatalah yang kamu dan saya memohon kepada Allah untuk membangkitkan kamu dengan Muhammad dan keturunannya, mungkin doa Allah ke atas mereka semua.

- Terjemahan oleh jawatankuasa terjemahan rasmi: >> Bahasa Melayu Bebas
# http://saviorofmankind.com/ sthash.cifgUEEY.dpuf

Soalan 82-Dari Kitab Mutasyabihat – Bertaubat Kepada Pemelihara Dan Bunuhlah Dirimu

{Bertaubat Kepada Pemelihara Dan Bunuhlah Dirimu}

Oleh Baqiyat Allah

Soalan 82:
Apa yang Allah SWT dimaksudkan dengan firmanNya,

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنْفُسَكُمْ بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ عِنْدَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

"Dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada yang memelihara kamu; Iaitu bunuhlah diri kamu. itu bagi kamu lebih baik untuk memelihara diri kamu, supaya diterima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani". (Al-Baqarah 2:54)

Jawapan:
         
Permintaan Nabi Musa (as) kepada kaumnya adalah untuk membunuh diri dari jiwa (roh) yang menyuruhkan mereka melakukan keingkaran (kejahatan), dan untuk membunuh fahaman rusak yang kembang dalam diri mereka, malahan untuk membunuh tubuh badan mereka sendiri. Dan kisah Samiri dan patung anak lembu (Al-3ijl) itu perlu diteliti oleh semua orang Islam dan belajar darinya, kerana pada Samiri umat ini, dia ialah: ulamak yang tidak beramal dan sesat, yang mereka-reka (menggubah) agama Allah, dan berhala anak lembu itu adalah fahaman yang rosak dan sesat yang disebarkan oleh para ulama jahat terhadap umat manusia.

Dan setiap muslim harus mengkaji sendiri diri mereka atau jika tidak berbuat demikian dia akan dihantar pada hari penghakiman nanti di antara pengikut ulamak Al-Samiri yang tidak beramal dan sesat; atau jika tidak berbuat demikian dia akan dihantar pada hari penghakiman penyembah berhala anak lembu. Dari Hudzaifah dari Rasulullah (saw) baginda bersabda:

"Dan kamu adalah kaum yang paling serupa dibandingkan dengan Bani Israel, kamu akan mengikuti jejak mereka tapak demi tapak dan langkah demi langkah, dan kemudian aku tidak tahu sama ada kamu menyembah anak lembu atau tidak? "[ Bihar Al Anwar v.53 ms.141 ]

Dan ulama yang menyeleweng mempertahankan Jihad Al-Samiri umat ini, dan menyeleweng dan mempertahankan Jihad adalah berhala anak lembu (Al-3ijl) yang disembah selain Allah.

Pertama, umat Islam perlu bertaubat kepada bekas (diri) mereka, dan membunuh diri mereka di jalan Allah, dan berjihad dengan harta dan diri mereka untuk meninggikan Kalimah Allah, dan tidak menyembah berhala dan tidak mengikuti ulamak (jenis) Al-Samiri yang sesat dan tidak beramal itu, yang merekacipta (merubah) syariah Allah yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan kemudian menggantikan keadilan Allah dengan kekufuran, dan keinginan untuk membina (dan tinggal di dunia ini) seribu tahun, dan apa yang telah dikatakan tentang mereka

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا

"Seumpama orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya. "[Jumu3ah 62:5]

Iaitu Al-Quran kerana  mereka tidak melaksanakannya seperti yang sepatutnya,

اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ

"Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki." (Aali 3imraan 3:26)

Kerajaan dilantik oleh Allah dan bukan oleh umat manusia melalui pilihan raya yang ulamak sesat mereka luluskan. Dan kerana Al-Quran adalah Perlembagaan, bukannya Perlembagaan yang diletakkan oleh manusia sebagai bagaimana yang diluluskan ulamak-ulamak sesat

كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

"Adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.." [Jumu3ah 62:5]).


Jadi ulamak tidak beramal mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka selewengkan al-Quran, dan mereka tidak bersetuju bahawa pemimpin mesti dilantik oleh Allah dan bukan dilantik oleh manusia, dan mereka bersetuju dengan pilihan raya yang tidak ada nash dari Al-Quran, yang memisahkan kebenaran daripada kepalsuan (Al-Furqan) dan sebagai penerang (rujukan) yang tiada keraguan di dalamnya. Maka dengan meluluskan syura (pilihan raya} mereka telah disahkan merampas hak Amirul Mukminin Ali (as).




- Ahmad Al-Hassan

Pembahagian Sifat-Sifat Allah Dan Hakikat Makrifat Menurut Imam Ahmad Al Hassan As

Kiriman oleh Muhammad Eshraq

PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT ALLAH DAN HAKIKAT MAKRIFAT MENURUT IMAM AHMAD AL HASSAN AS...

Terlihat apabila kita meneliti kitab-kitab akidah di sisi umat Islam bahawa mereka membahagikan sifat-sifat Allah dengan bermacam-macam pembahagian, antaranya sifat-sifat Zat, sifat-sifat Perbuatan Allah dan sebagainya.

Pada satu hari, saya bertanyakan tajuk ini kepada beliau (Imam Ahmad Al Hassan as), lantas beliau alaihissalam menjawab:

Umumnya, pembahagian itu bersandarkan pandangan dan kefahaman orang yang membangunkan pembahagian itu. Hattakan, jika pembahagian itu adalah benar, tidak bermakna ianya memberi faedah kepadanya. Kadang-kadang pembahagian ini barangkali lebih hampir kepada sia-sia.

Sebagaimana terdapat perkara-perkara yang ditolak di dalam kitab-kitab mereka, namun kamu sedia maklum bahawa aku tidak suka mengemukakan nama-nama mereka melainkan terpaksa.

Sebagai contoh: permasalahan sifat-sifat salbiyyah yang bermakna menafikan kekurangan daripada pihakNya. Tiada keraguan dalam hal ini dan ianya diriwayatkan sepertimana di dalam doa Jausyan al-Kabir dan di dalam al-Quran. Sifat-sifat kamaliyyah yang bemakna menyifatkanNya dengan kesempurnaan mutlak, juga tidak ada keraguan dalam hal ini dan ianya disebutkan di dalam al-Quran serta doa-doa. Sekiranya kamu membaca kitab Tauhid, kamu akan dapati satu tajuk yang menjelaskan perkara ini dan di manakah letaknya tauhid itu. Tajuk tersebut menyangkal sepenuhnya akidah mereka yang merujuk sifat-sifat salbiyyah dengan sifat-sifat kamaliyyah, sebagai contoh kamu akan dapati: Tauhid itu adalah pada mensucikan (tasbih), dan kamu akan dapati juga: penjelasan bagaimana makrifat kita tentang sifat-sifatNya, sesungguhnya adalah makrifat ketidakmampuan kita daripada mengenal sifat-sifatNya dan matlamat yang mungkin kita mengetahuinya adalah sifat-sifat RasulNya yang pertama (yakni Muhammad sawas) dan rasul-rasul selepas daripadanya.

Perkara ini diterangkan di dalam kitab Tauhid, ia sepenuhnya menyangkal akidah mereka tentang sifat-sifat (Allah).

Tambahan lagi nama (Allah) itu sendiri adalah sifat. Sesungguhnya Allah itu adalah Kesempurnaan Mutlak yang makhluk bertuhankan kepadaNya dan Dia (Hakikat dan Al Kunh) tajalli serta zahir denganNya (yakni Allah) kepada makhluk, kerana keperluan dan kefakiran mereka.

Seterusnya, adakah kamu menyifatkan Dia wujud dan Maha Berkeupayaan apabila tidak wujud yang diupayai? Pada asasnya, adakah terdapat tempat untuk sifat? Tempat sifat tidak wujud apabila tidak wujud yang diupayai, adakah kamu faham maksudku?

Baiklah, mereka sebenarnya mengatakan perkara ini atau paling tidak sebahagian mereka mengatakan sebegini. Sekarang, adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Ilah apabila tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah? Adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Rabb apabila tidak wujud marbub (yang dijaga atau dipelihara)?

Sekarang, Dia Subhanahu wa Taala bertajalli dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) supaya yang mengambilNya sebagai Ilah bertuhankan kepadaNya, jika tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah, nescaya Dia tidak zahir dengan Uluhiyyah (Ketuhanan) buat mereka. Uluhiyyah bersangkutan dengan Ma'luh (yang mengambilNya sebagai Ilah) dan Rububiyyah bersangkutan dengan marbub (yang dijaga atau dipelihara). Semoga ianya menjadi jelas buat kamu.

Perhatikan bahawa setiap yang wujud mengandaikan kesempurnaan adalah berdasarkan apa yang diketahuinya. Semut jernih mengandaikan bahawa Allah memiliki dua sesungut kerana itulah matlamat kesempurnaan di sisinya. Manusia pula mengandaikan bahawa matlamat kesempurnaan adalah keupayaan yang sempurna, pengetahuan yang sempurna dan berbagai lagi. Disebabkan dia hanya memiliki sebahagian keupayaan dan sebahagian pengetahuan, oleh itu, dia mengandaikan "Maha Mengetahui" dan "Maha Berkeupayaan" yang digambarkannya itulah matlamat yang mungkin disifatkannya dengan Allah!

Manusia dituntut untuk bergerak ke arah makrifat bagi mengetahui bahawa dia tidak mampu mencapai makrifat. Bahawa Kesempurnaan (Allah) yang dihadapkan kepadanya oleh Maha Suci Dia (HUWA), sesungguhnya yang dikehendaki oleh Maha Suci Dia adalah untuk menyampaikan manusia kepada hakikat ini, yang mana ia adalah makrifat sebenar. Sesungguhnya Maha Suci Dia menghadap kepada kita dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) untuk menyampaikan kepada kita, hakikat bahawa kita tidak mampu mencapai makrifat. Seterusnya, kita mengetahui hakikat yang menjadikan kita, dan kita mengetahuiNya apabila kita mengetahui sepenuhnya ketidakmampuan kita dalam mencapai makrifatNya. Makrifat ketidakmampuan kita itulah hakikat makrifat iaitu "Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya".

Umumnya, hakikat-hakikat ini tidak diketahui dengan kata-kata, tetapi ketikamana seseorang insan itu berada di dalamnya.

Imam Ahmad Al Hassan as, kitab Ma'al Abdus Soleh, jilid 2, halaman 16.

Soalan 22-Dari Kitab Mutasyabihat – Tumbukan Musa a.s

   
                      
Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)

Soalan 22: Allah itu berfirman,

{(14). Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (15) Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari pengikutnya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. Musa berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan, Sesungguhnya Syaitan itu musuh Yang menyesatkan, Yang nyata ".(16) Ia merayu: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - dosaku". lalu diampunkan dosanya; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (17) Ia merayu lagi: "Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat Yang Engkau kurniakan kepadaku, supaya Aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan Yang bersalah".(18) Semenjak itu, Tinggalah ia di bandar (Mesir) Dalam keadaan cemas sambil memerhatikan, maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kepadanya semalam, memanggil meminta pertolongannya lagi. Musa berkata kepadanya: "Sesungguhnya engkau ini orang yang nyata sesatnya!" (19). Maka ketika ia bersedia hendak menumbuk orang yang menjadi musuh bagi mereka berdua berkatalah orang itu: "Wahai Musa, adakah engkau hendak membunuhku sebagaimana engkau membunuh satu jiwa semalam? Sebenarnya engkau hanyalah hendak menjadi seorang yang kejam di bumi, dan tidaklah engkau hendak menjadi seorang pendamai."} Al Qashash 28:14-19

Terdapat beberapa soalan mengenai ayat-ayat ini :

1 ) Adakah Nabi Musa as membunuh seorang Qibti dengan tidak sengaja, bermakna tanpa niat untuk membunuhnya, tetapi ia berlaku kerana tumbukan? Dan jika membunuh Musa daripada Qibti itu sengaja, adakah itu ia satu maksiat kepada Allah atau tindakan yang tidak disenangi?
2) Perkara ini digambarkan sebagai {kerja syaitan}, adakah ini tindakan pembunuhan (oleh Musa)?
3) Untuk apa Musa as minta ampun? Dan apa kesalahan yang dia telah lakukan?
4) Mengapa Musa tidak membunuh seorang lelaki Qibti yang lain?
5) Mengapa Musa menggambarkan Bani Israel (pengikutnya) jelas sesat?


Halaman 2


1) Pembunuhan Musa ke atas Qibti itu sengaja dan dipertimbangkan, dan ia berlaku selepas dia {mencapai kekuatan sepenuhnya }, dan selepas { Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan dan pengetahuan }. Oleh itu, pembunuhan ini bukan satu perbuatan maksiat dari Musa , dan bukan perbuatan yang tidak disenangi, sebaliknya ia adalah satu perbuatan yang betul memandangkan ia adalah pembunuhan musuh Allah, dan penyokong Syaitan.1

2) Perkara ini digambarkan sebagai {kerja syaitan} adalah Qibti itu sendiri, memandangkan bahawa dia adalah pembuatan syaitan dan salah satu daripada pengikutnya.2 Allah berfirman, dalam keterangan anak yang tidak taat (kepada ibu bapanya ) dan anak Nuh tidak beriman:

{Sesungguhnya amalannya bukanlah amal Yang soleh} .3

Jadi , Dia SWT menyifatkan anak Nuh amalannya bukanlah amal Yang soleh. Dan Allah swt berkata tentang Musa,

{Dan Aku telah memilihmu bagi diriKu},4

Mengelirukan dan musuh yang jelas dalam ayat ini adalah Qibti itu sendiri, memandangkan beliau adalah dari tentera syaitan, dan dia menunjukkan permusuhan kepada pengganti Allah swt.

------------------------------------
1. Dalam dialog antara Imam Al-Retha as dan pemerintah Abbasid , Al-Maamun , Al-Maamun berkata, " Tuhan memberkati anda wahai Aba Al-Hassan, beritahu saya tentang firman Allah , { Lalu Musa pun menumbuknya dan membunuhnya . Beliau berkata, " Ini adalah kerja syaitan. '} " Jadi Al-Retha as berkata, " Musa memasuki salah satu daripada bandar-bandar Firaun pada satu masa apabila orang-orang yang tidak menyedari, di antara matahari terbenam dan petang, {dan dia mendapati di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, salah seorang pengikut sendiri, dan lain-lain musuh-musuh beliau. Dan pengikut beliau meminta sokongan terhadap orang yang dari musuhnya. Musa pun menumbuknya beliau. }. Musa membunuh musuh, oleh pemerintah yang disebutkan oleh Allah swt, maka dia meninggal dunia "Al- Ihtijaj oleh Sheikh Al- Toosi :. Vol. 2, muka surat 218.
2. Dalam dialog yang sama dengan Al-Maamun, Imam Al- Ridha as berkata, "{Dia berkata, ' Ini adalah kerja syaitan } , iaitu, perjuangan antara kedua-dua lelaki, dan bukan Musa telah membunuhnya, kerana dia, Syaitan adalah musuh yang jelas mengelirukan "Al- Ihtijaj oleh Sheikh Al- Toosi :. Vol. 2, muka surat 218.
3. The 11:46 Quran.
4. The 20:41 Quran.


Halaman 3


3) Nabi Musa as meminta ampun dari Allah swt, dan bertaubat kepada-Nya, untuk tinggal di istana Firaun (Allah mengutuk mereka) selepas dia tahu bahawa dia adalah musuh Allah swt. Oleh itu, dia rasa bersalah kerana tinggal di istana Firaun (Allah mengutuk mereka ) .1

Beliau membuat orang di sekeliling Firaun bertambah, walaupun Musa telah tidak berpuas hati dengan tindakan-tindakan Firaun. Itulah sebabnya dia berkata selepas diampun, {Dia berkata, "Tuhanku, untuk sebanyak yang Kau telah menyenangi ku, aku tidak akan menjadi penyokong kepada kejahatan "} , bermakna nikmat pengampunan, dan memihak kepada kekuatan fizikal . Dan penindas adalah
Firaun dan askar-askarnya.

4) Ini adalah kerana, apabila Qibti kedua menyaksikan Musa as mengucapkan kata-kata ini, dia pergi berjalan kerana takutan Musa. Dia memberitahu Firaun (Allah mengutuk mereka) mengenai apa yang Nabi Musa as telah dilakukan.

5) Nabi Musa as menggambarkan Bani Israel (pengikutnya) jelas sesat kerana dia, Israel , sepatutnya lebih berhati-hati dan bijaksana , dan tidak sepatutnya mendedahkan dirinya kepada pertembungan dengan tentera Firaun sekali lagi dalam tempoh yang singkat masa, dan tidak secara terbuka. Pengikutnya itu kemudian memanggil Musa as, dan menjerit ( bermakna dia memanggilnya dengan suara kuat) , untuk membuat ia jelas kepada semua orang bahawa orang yang membunuh Qibti hari sebelumnya adalah Musa as .



۞ ۞ ۞


-------------------------

1. Dalam dialog yang dinyatakan , Al-Maamun berkata, "Jadi apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Musa, {' Ya Tuhanku , sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, oleh itu maafkan aku.'} ?" Beliau as berkata, "Dia berkata, 'Diriku telah tersesar dengan memasuki bandar ini.' "Al- Ihtijaj oleh Sheikh Al- Toosi : Vol. 2, muka surat 218.It diketahui bahawa Imam Al-Ridha as adalah dalam kedudukan yang membentangkan bukti-bukti kepada Al-Maamun, dan bercakap kepadanya semampu yang boleh difahami Al-Maamun. Dan apabila beliau as berkata, "Dia berkata, 'Aku telah tersesar..., " dia mahu menunjukkan bahawa Nabi Allah , Musa as, bermakna kehadiran mutlak dengan Firaun, termasuk kehadiran di istananya dan bukan hanya memasuki salah satu daripada bandar-bandar Firaun.

Soalan 21-Dari Kitab Mutasyabihat – Mencium Tangan Ulamak Agama

                         
Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)

Soalan 21 : Adakah dibenarkan mencium tangan ulamak agama?
                                                                                                                                        
Tidak dibenarkan untuk mencium tangan ulamak agama, kerana mencium tangan adalah tidak dibenarkan melainkan jika ia adalah tangan seorang nabi atau wasi, sebagai Imam Jafar Al-Sadiq as berkata. Riwayat ini di dalam buku Al-Usool Kafi.[1]

Oleh itu, ulamak agama yang menghulurkan tangannya untuk dicium, atau berpuas hati dengan tindakan ini dan membolehkan orang ramai untuk mencium tangannya, adalah derhaka kepada perintah Allah, Rasul-Nya, para Imam, dan Imam Al-Mahdi as. Dan ulamak mesti merendah diri, dan tunduk kepada perintah Allah, Rasul-Nya, para Imam , dan Imam Al-Mahdi as, dan mereka mesti mematuhi apa yang datang dari beliau as, dan tidak bangga dan meninggikan diri mereka ke atas orang lain, dan menghulurkan tangan mereka untuk dicium, meniru maharaja dan penzalim. Dan aku tidak meminta Allah untuk membimbing mereka kecuali sesiapa yang enggan dan ingkar.


۞ ۞ ۞

-----------------------------------

1. Riwayat Imam Ahmad Al-Hassan as rujuk adalah dari Ali bin Mazeed , dan dia berkata bahawa dia bertemu Imam Abu Abdullah as, dan dia telah mengambil tangannya dan mencium , jadi dia as berkata, "Ia adalah hanya untuk nabi atau nabi wasi. "Al- Kafi Jil. 2 halaman 185.

Soalan 20 - Dari Kitab Mutasyabihat – Celakalah Orang-Orang Yang Solat!?

                            
Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)

Soalan 20: Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata swt Allah,

{Celakalah orang-orang yang solat},
dalam Surah Al-Maun ?



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang,

{Adakah kamu melihat orang yang mendustakan agama ? ۝ Itulah dia yang menolak anak yatim ۝ dan menggalakkan tidak memberi makan orang miskin ۝ Celakalah orang-orang yang solat ۝ yang lalai dari solat mereka ۝ orang-orang yang berpura-pura ۝ dan mencegah sokongan.}. [Al Maa'uun 107:1-7]

{Adakah kamu melihat orang yang mendustakan agama ? }: Persoalannya di sini ditujukan kepada orang beriman, dan ia adalah satu persoalan mengenai hasil seseorang yang menafikan pembalasan dan Kebangkitan, atau sebenarnya penafian kewujudan Allah swt.

Asal menafikan agama baru dan orang yang membawanya, adalah Muhammad saw, adalah tidak percaya kepada Allah dan hari akhirat, ataupun orang-orang kafir tidak mengakuinya. Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak datang tanpa pendahuluan, sebaliknya ia datang dari permulaan sebenar, iaitu menafikan hak anak-anak yatim, dan dengan anak-anak yatim, bermakna individu di kalangan kaumnya yang tiada siapa yang datang sebelum baginda membawa adab, maruah, ketaatan kepada Allah, dan ilmu Allah, dan mereka adalah para nabi dan rasul-rasul as, dan Imam as. Oleh itu, sesiapa yang menafikan pemberian ganjaran (pahala) tidak menerima kerana mereka lebih utama dari baginda, kerana telah dijangkiti penyakit Iblis ( "Aku lebih baik daripada dia "), jadi baginda tidak dierima kerana baginda tidak lebih utama oleh orang yang lebih baik daripada baginda.


________________________________________________________________________________________________________

Halaman 2



Selain itu, ciri-ciri orang itu termasuk mencuri wang daripada anak-anak yatim, janda-janda, dan yang miskin. Dan orang-orang yang merampas wang golongan miskin, dan menikmatinya dengan orang-orang yang berkenaan dengan mereka, ulamak sesat sentiasa memerangi para nabi, rasul-rasul, dan Imam-Imam as. Para ulamak sesat dari Bani Israel menentang Musa as, dan ulamak orang-orang Yahudi menentang Isa as, [1] ulamak daripada Ahnaf [2] dan orang-orang Yahudi menentang Muhammad saw, dan ulamak sesat umat ini berjuang menentang Imam as.

-------------------------------------------------- ----------------------------
1. Isa as berkata, "Kamu bekerja untuk dunia ini semasa kamu disediakan dengan rezeki tanpa bekerja, dan kamu tidak bekerja untuk akhirat semasa kamu tidak disediakan dengan rezeki tanpa bekerja. Dan kamu ulamak jahat, kamu mengumpul pembayaran dan kamu meninggalkan kerja. Tuhan yang mengawasi amal (Rab al-‘Amal) akan menanyakan pekerjaan-Nya, dan kamu akan keluar dari dunia yang luas ini kepada kegelapan dan kesempitan kubur. Allah swt melarang kamu berbuat dosa, sebagaimana Dia memerintahkan untuk berpuasa dan solat. Bagaimana seorang lelaki boleh menjadi orang yang berpengetahuan jika dia tidak berpuas hati dengan apa yang dikurniakan kepadanya, dan dia membenci kedudukannya sedangkan dia tahu ia adalah dari berpengetahuan dan keupayaan Allah? Bagaimana seorang lelaki boleh menjadi orang yang berpengetahuan jika dia menyalahkan Allah untuk apa yang Allah putuskan untuknya, dan dia tidak berpuas hati dengan apa jua yang berlaku kepadanya? Bagaimana seorang lelaki boleh menjadi orang yang berpengetahuan jika dia cintakan dunia ini lebih dari akhirat, kerana dia mencari dunia ini, dan nikmat yang membahayakannya lebih dari manfaat kepadanya? Bagaimana seorang lelaki boleh menjadi orang yang berpengetahuan jika dia meminta ucapan [dari al-Maksum] hanya untuk bercakap mengenainya, dan tidak meminta untuk beramal dengannya ? " Munyat Al- Moreed oleh syahid kedua Al- Shaheed Al -Sadr halaman 141.
2. pengikut Ibrahim as. -Trans.

________________________________________________________________________________________________________

Halaman 3



Dan ia bukanlah seperti sebahagian orang berfikir, bahawa hanya ulamak Sunni yang menentang Imam as, malah ulamak Syiah juga menentang mereka. Ketua-ketua ulamak Syiah telah menentang Imam Ali bin Al-Musa Ar-Ridha as dan mereka cuba untuk menafikan hak beliau, kerana tidak ada sebab selain daripada untuk mendapatkan wang kebajikan untuk diri mereka sendiri dan untuk mendakwa kepimpinan agama secara palsu itu.

Daripada ulamak sesat, yang seolah-olah Syiah ini, adalah Ali bin Hamzah Al-Bataini, yang merupakan salah seorang sahabat Imam Musa bin Jafar Al-Sadiq as, dan salah seorang ketua ulamak Syiah. Tetapi apabila Imam Mosa bin Jafar Al -Sadiq as telah syahid, Ali bin Hamzah Al-Bataini menentang Imam Ar-Ridha as, tetapi pemuda Syiah menggagalkan ulamak-ulamak sesat itu, mengekalkan kepercayaan, dan menjelaskan kepalsuan mereka ulamak-ulamak penindas. Antara orang pemuda tersebut adalah Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr Al-Beizanti, dan dia adalah salah seorang sahabat terbaik yang memuji Imam Ar-Ridha as.

Hasilnya, ulamak penindas yang sesat, dan penyokong mereka, dan pengikut-pengikutnya adalah orang-orang yang menafikan kedudukan mereka anak-anak yatim, dan mereka tidak menyokong memberi hak mereka orang-orang miskin.

Anak-anak yatim dan orang-orang miskin itu nabi-nabi, Rasul-Rasul dan Imam-Imam as, [1] kerana mereka patuh dan tunduk kepada Allah, bukannya sombong, bermakna mereka yang miskin, jadi tiada siapa yang datang dekat dengan mereka, kerana setiap orang daripada mereka adalah individu unik di umatnya, bermakna dia adalah seorang anak yatim.

{Celakalah orang-orang yang solat}: Bermakna kecelakaan kepada orang-orang yang menunggu. Setiap rasul telah diramalkan oleh para nabi sebelumnya, Rasul-Rasul dan Imam-Imam as, dan terdapat sekumpulan orang yang beriman kepada orang yang menunggunya, tetapi malangnya, di hujung jalan, sentiasa terdapat kegagalan besar dari orang-orang yang menunggu.

---------------------------------------------
1. Ia diriwayatkan daripada Abaya bin Rabie bahawa Ibn Abbas berkata bahawa beliau telah ditanya mengenai kata-kata Allah, {Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu melindungi? } [Adh Dhuhaa 93:6]. Dia berkata, "Baginda dipanggil yatim piatu, kerana tidak ada satu seperti baginda, bukan dari orang-orang yang terdahulu, mahupun yang kemudian, maka Dia Maha Kuasa berfirman, mengingatkan baginda nikmat-Nya, {Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu melindungi?}, ​​bermakna sendirian tiada sesiapa seperti kamu " Bihar Al-Anwar :. Jilid. 61, halaman 142.

________________________________________________________________________________________________________

Halaman 4



Para ulama Yahudi gagal untuk menunggu Nabi Isa as, apabila dia datang kepada mereka, mereka menyangkal beliau, walaupun mereka telah menunggunya. Dan ulama Yahudi dan Ahnaf gagal menunggu Muhammad saw, pada hal orang-orang Yahudi yang telah bertapak di bandar Yathrib untuk menerima Nabi Muhammad saw apabila baginda muncul, jadi apabila baginda muncul di Mekah dan berhijrah ke Yathrib, ramai di antara mereka mendustakannya dan tidak percaya kepadanya. [1]

Dan ini adalah satu kelaziman yang diikuti, dan hari ini ia berulang pada Al-Qaim as, seperti mana ulama Syiah yang sedang menunggunya tetapi menentang pada hari ini. Oleh itu ini adalah satu pertentangan seperti pertentangan kata-kata Celaka dan Solat dalam ayat tersebut. Bagaimana malangnya kepada orang-orang yang solat? Ya, kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana mereka solat bertentangan dengan Al-kiblat. Mereka mahu Imam Al-Mahdi as datang menurut hawa nafsu dan pemikiran palsu mereka. Mereka mahu Imam Al -Mahdi as datang kepada mereka, dan meminta kebenaran mereka dalam mengutus siapa yang diutusnya kepada umat, dan memberikan mereka tindakan perancangan Imam as, supaya mereka boleh menyatakan keadaan mereka mengenainya, kerana mereka adalah Imam-Imam [pemimpin] Kitab, bukan Al-Kitab itu adalah Imam mereka! [2]

,

---------------------------------
1. Diriwayatkan bahawa Ishak bin Ammar berkata bahawa dia bertanya kepada Abu Abdullah as tentang firman Allah swt, {Dan sebelum itu mereka sentiasa memanggil orang-orang kafir [kepada agama Allah], dan apabila datang kepada mereka apa yang mereka telah pun ketahui, mereka mengingkarinya} [Al-Baqarah 2:89]. dan beliau as berkata, "Mereka adalah sekumpulan orang-orang di zaman antara Muhammad dan Isa as, yang selalu mengancam orang-orang musyrik akan Nabi saw, dan mereka akan berkata, ' Seorang nabi akan muncul, yang akan menghancurkan berhala kamu, dan membalas dendam terhadap kamu,' tetapi apabila Rasulullah saw muncul, mereka lalu ingkar kepadanya. "Al- Kafi Vol. 8, halaman 310.
2. Seperti yang telah diterangkan dalam kata-kata Amirul Mukminin as, dia berkata, "Al-Quran dan pengamalnya akan dibuang dan diusir. Mereka akan menjadi sahabat yang bersama-sama menjaga pada jalan yang satu, tapi tidak ada yang akan menawarkan mereka perlindungan. Oleh itu, pada masa ini, Al-Quran dan pengamalnya yang hidup antara mereka tetapi tidak di kalangan mereka, akan bersama mereka tetapi tidak di dalam (aliran kefahaman) mereka, kerana kesesatan tidak akan bersesuaian dengan petunjuk walaupun mereka mungkin bersama-sama. Orang-orang ini akan bersatu kerana perbezaan dan akan dipisah jauh daripada masyarakat, seolah-olah mereka adalah pemimpin al-Quran dan al-Quran bukan pemimpin mereka. Tiada apa-apa yang akan ditinggalkan pada mereka kecuali namanya, dan mereka akan tidak tahu apa-apa melainkan tulisan dan kata-katanya... " Al- Kafi : Vol. 8, halaman 388.

________________________________________________________________________________________________________

Halaman 5


{Yang lalai dari solat mereka }: orang-orang yang lalai digoda oleh dunia ini dan menjilatnya selepas itu, orang-orang yang lalai terhadap Imam Al-Mahdi as, sebagai amalan di antara tangan-tangannya adalah solat terbaik orang yang beriman boleh dilakukan. [1] Itu adalah kegagalan yang dijangkankan, yang akibatnya adalah kerugian yang amat besar, apabila mereka meninggalkan amalan di antara tangan-tangan Imam Al-Mahdi as, dan mereka mendustakan wasi dan utusannya.

Dan ini adalah zaman yang apabila orang-orang yang

"Mabuk dan keliru, mereka samada orang Islam atau Kristian," [2]

kerana kamu dapati dia memakai serban dan jubah agama, sama ada Syiah atau Sunni, dan pada masa yang lain kamu dapati dia menerima (...... ), yang tidak mempunyai sebarang kepentingan padanya, atau dalam negaranya, kecuali untuk merobohkan Islam; dan pada satu masa yang lain dia berkata, " Assalamu ‘alaikum, Rasul Allah Muhammad saw, Assalamu ‘alaikum, Abu Abdullah Al-Hussein as." dan pada masa yang lain kamu dapati dia menyeru kepada demokrasi Amerika dan pilihan raya, jadi dia akan menjadi Keristian keinginan Barat, kerana Islam dan perlembagaan, Al-Quran, menolak mana-mana pilihan raya, dan kita tidak tahu apa-apa dari Rasulullah saw, Imam-Imam as, atau al-Quran yang ada di sisi kita seperti yang kita imbas melaluinya selain daripada tugasan daripada Allah, atau dari maksumin as yang juga adalah dari Allah, sebaliknya, semua agama-agama Ilahi bersetuju kecuali orang yang mengikuti keinginannya sendiri.

Berikut adalah kisah Bani Israel, yang disebut dalam kisah Saul dalam Surah Al-Baqarah, mereka tidak memberikan seorang raja sendiri, dan bukan meminta mereka

-------------------------------------------------
1. Daud bin Katsir berkata, "Aku berkata kepada Abu Abdullah as, Adakah kamu solat di yang disebut dalam Kitab Allah swt? Adakah kamu Zakat? Adakah kamu haji? "Dia berkata," Wahai Daud! Kamilah Zakat, kamilah puasa, kamilah haji, kamilah bulan-bulan haram, kamilah Kota Larangan, kami adalah Kaabah Allah, kamilah Al- kiblat Allah dan kami adalah wajah Allah. Allah swt berfirman, {Dan di mana sahaja kamu menghadap, ada wajah Allah } [Al Baqarah 2:115 ], dan kami adalah ayat-ayat dan kami adalah bukti-bukti (hujjah) yang jelas." Bihar Al -Anwar, Jilid. 24, halaman 303.
2. Nabi saw bersabda, "Akan datang suatu masa kepada manusia apabila mendengar nama seorang lelaki adalah lebih baik kamu bertemunya, dan jika kamu bertemu dengannya adalah lebih baik kamu uji dia, dan jika kamu menguji dia maka dia akan menunjukkan kepada kamu semua jenis rangka lakon. Agama mereka adalah wang mereka, kebimbangan terbesar mereka ialah perut mereka, wanita mereka adalah kiblat mereka, mereka tunduk kepada roti dan sujud kepada wang, mabuk dan keliru, mereka bukan orang Islam atau Kristian " Bihar Al-Anwar :. Vol. 17, halaman 166.


________________________________________________________________________________________________________

Halaman 6



Nabi bermohon kepada Allah untuk memberikan seorang raja bagi mereka. Allah itu berfirman,

{Adakah anda tidak pernah melihat pemimpin-pemimpin Bani Israel sesudah Nabi Musa, mereka berkata kepada nabi mereka, "Hantar kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah. "} . [Al Baqarah 2:246]

Dan Allah berfirman,

{Katakanlah: Ya Allah! Pemilik kuasa kerajaan! Engkau memberikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kerajaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.} . [Ali 'Imran 3:26]
                                                                
Jadi kerajaan adalah kerajaan Allah, bukan kerajaan manusia, yang menyerahkannya adalah Allah.

Malangnya, ramai orang jahil dan bodoh melulu dan cuba untuk mendekatkan diri kepada ulamak sesat, orang-orang Kristian, sebaliknya, yang sebenarnya adalah untuk orang-orang yang memanggil mereka ulamak Amerika [1] Dan mereka mengatakan bahawa mereka adalah ulamak yang berdiam diri oleh kebijaksanaan mereka. Mereka hanya tinggal diam dan tenang selama berzaman-zaman dan tetapi apabila mereka bercakap, mereka bercakap dalam kekufuran.

Oleh itu bahawa keputusan Al-Sistani, dan orang-orang sepertinya, adalah berbunyi, "perlembagaan itu ditubuhkan oleh rakyat dan pemerintah dipilih oleh rakyat, pengurusan mereka adalah pengurusan perundingan. Dan Muhammad dan Ali as, pada pendapat orang-orang yang jahil, telah tersilap. Dan tentang perkara yang kamu tanya telah diselesaikan, dan kedaulatan, pada pendapat Al-Sistani, milik syaitan! "


-------------------------------------------
1. Kerana Al-Quran berkata, {Wahai orang yang beriman, janganlah mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin. Sebahagian mereka pemimpin kepada sebahagian yang lain. Sesiapa di antara kamu yang mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya kamu daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.} [Al Maa-idah 5:51]. Dan orang-orang jahil dan bodoh hari ini tidak mengikuti Yahudi dan Nasrani, tetapi mereka mengikuti demokrasi Amerika, supaya mereka akan menjadi (sebahagian dari mereka) seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.


________________________________________________________________________________________________________

Halaman 7



Mereka pasti berpura-pura, dan semua kerja mereka adalah kepura-puraan. Tangisan mereka ke atas Al-Hussein as adalah kepura-puraan, dan solat mereka adalah kepura-puraan, matlamat mereka dari tindakan-tindakan ini adalah menduduki hati orang, dan menduduki kedudukan duniawi busuk seperti kepresidenan duniawi.

{ Mereka yang berpura-pura .} [1]

{Dan menghalang sokongan}: mereka adalah ulama sesat yang gagal dalam menanti kedatangan Imam Al-Mahdi as, kerana mereka tidak berhenti dengan menafikan Imam Al -Mahdi as dan wasi dan utusannya, tetapi sebaliknya, mereka menghalang orang ramai daripada berjuang antara tangan (kuasa) beliau, dan melawan orang-orang kafir yang menyerang negara-negara Islam. Mereka ulama pengkhianat pengecut adalah seperti yang Allah swt gambarkan mereka kepada Nabi saw dalam riwayat Al-Miraj , [2] bahawa mereka tidak hanya berhenti dengan menhgagalkan Al-Mahdi as, tetapi mereka menghalang orang ramai daripada menyokong beliau, [3] lalu boleh laknat Allah ke atas musuh-musuh yang menghalang sokongan.

۞ ۞ ۞

-------------------------------------------
1. Isa as berkata kepada mereka, "Celakalah kamu, hai ahli Taurat dan orang Farisi, kamu orang-orang munafik, kerana kamu menelan rumah janda', dan kamu hanya membuat solat yang lama. Oleh itu kamu akan menerima azab yang besar. "The Book of Matthew 23:14 .
2. Dalam riwayat Al-Miraj dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda , "... Aku berkata, 'Wahai Tuhan, dan bila masanya? 'Iaitu kemunculan Al-Qaim as, maka Allah memberi wahyu kepada ku, 'Ia adalah apabila ilmu telah hilang dan kejahilan telah muncul, pembaca akan bertambah dan yang mengamalkan berkurangan yang, pembunuhan meningkat dan ulamak pembimbing berkurangan, dan ulama khianat da sesat meningkat. . " Bihar Al-Anwar , Jil. 51, halaman 70.

3. Dan ini adalah bagaimana Isa as menyifatkan ulama Yahudi, yang memotong jalan bagi orang-orang dengan alasan bahawa mereka adalah ulama agama, dan mereka akan tahu Al-Masih jika dia telah diutus, jadi dia as berkata, "Alim ulama jahat adalah seperti batu yang jatuh pada muara sungai, ia tidak meminumnya, ia juga tidak membenarkan air untuk sampai ke tumbuh-tumbuhan." Pengetahuan dan Kebijaksanaan dalam Kitab oleh Muhammad A-lReeshihry , halaman 446.