Soalan 267:
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
S 1: Apakah hukum darah
yang kadang-kadang terdapat di dalam telur?
S 2: Adakah Maryam (as) tahu
yang disalibkan itu adalah yang diserupakan dengan Isa (as) dan bagi Yesus
sendiri, adakah diketahui Isa diangkat (as)?
S 3: Jika telah membayar khums
dalam jumlah tertentu dan bayaran tersebut dilakukan untuk setahun. Adakah khums
dikenakan lagi bagi sebahagian baki darinya (tahun berikutnya)?
S 4: Dalam Firman Allah
SWT:
﴿فَمَا
اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً﴾
Maka mereka tidak boleh
mendakinya dan mereka tidak boleh (pula) melobanginya. [98
Al-Kahf 18:97].
Apakah perbezaan di antara
perkataan (اسْطَاعُوا) dan (اسْتَطَاعُوا)?
Dan dalam Firman Allah SWT:)
﴿وَأَمَّا الْجِدَارُ
فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ
لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحاً فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا
أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ وَمَا فَعَلْتُهُ
عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْراً﴾
Adapun dinding rumah adalah
kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda
simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka
Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan
mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku
melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan
perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya".[99
Al-Kahf 18:82].
Apa itu makna (تَسْطِع) dan
mengapa tidak mengatakan (تَسْتطِع) seperti yang wujud di dalam ayat yang lain?
S 5: Apakah hukum bahan
(bendasing) yang keluar dari dubur kerana jangkitan, ia menyerupai lendir (lemak),
tetapi: ia bukan najis (tahi)? Adakah ia najis dan adakah membatalkan wuduk?
S 6: Apa yang dimaksudkan
dengan Yakjuj dan Makjuj yang akan keluar di akhir zaman menurut riwayat?
S 7: Apakah hukum warna yang
tertinggal pada pakaian, sebagai contoh, selepas dicuci dari darah atau najis?
S 8: Adakah manusia terikat
pada diri (jiwa) jasad duniawi, apakah perbezaan di antara roh dan jiwa (diri),
dan di manakan kedudukan mereka di dalam badan manusia? Dan yang akan disiksa
di akhirat pada roh atau jiwa atau pada tubuh?
S 9: Kenapa perlu bertakbir
tiga kali pada akhir solat?
Penghantar: Abu Hassan
Jawapan:
بسم الله الرحمن لرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Segala
puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan
Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
Jawapan 1: Najis.
Jawapan 2: Tahu.
Jawapan 3: Khums tidak dikenakan
sekali lagi.
Jawapan 4: Sebuah kitab akan
diterbitkan, yang berkaitan dengan perbincangan ini, Insya Allah.
Jawapan 5: Tidak batal wuduk,
ia bukan najis dengan syarat tidak terdapat bersamanya sesuatu dari sisa najis
(tahi).
Jawapan 6: Insya-Allah,
anda akan dapat maklumat terperincinya di dalam kitab yang akan diterbitkan.
Jawapan 7: Suci.
Jawapan 8: akan
diterbitkan Kitab tentang Roh, Insya-Allah, di dalamnya ada perbincangan
lanjut.
Jawapan 9: Firman Allah
SWT:
﴿فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ
فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَن
لَّمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ﴾
Maka wajib berpuasa tiga hari dalam
masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah
sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu bagi orang-orang yang keluarganya
tidak berada (di sekitar) Masjidil Haram [100].
Darjat iman atau peningkatan
maqam-maqam ada sepuluh, tiga di Rumah Allah, tujuh di di rumah kamu (tujuh
langit-langit).
Manusia difardhukan dengan
solatnya supaya menaikkan keadaannya di dunia hingga ke akhirat, kerana
الصلاة معراج المؤمن
Solat adalah mi’raj bagi orang
mukmin sebagaimana sabda (nabi (S)) [101].
Maka pada mulanya, hendak
meningkatkan dengan tujuh takbir, dengannya dinaikkan ke tujuh-tujuh langit, kemudian
seharusnya terjadi dalam solatnya kenaikan yang tinggal (kekal) sehingga keadaannya
menjadi:
﴿قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى﴾
maka jadilah dia sedekat dua ujung
busur panah atau lebih dekat (lagi). [Al-Najm 53:9] [102],
ini adalah tiga takbir pada
akhir solat, iaitu yang dikenakan hingga solatnya mencapai makam tertinggi,
yang meningkatkannya ke baki tiga martabat selepas berada di kedudukan langit ketujuh
Al-Kulliyah, dan ketiga-tiganya seperti yang diterangkan sebelumnya adalah: Al-Kursiy,
Al-3arasy Al-A3dzam (‘Arasy Teragung) dan Shuradiq Al-3arasy Al-A3dzam (Lembayung
Arasy Teragung) [103].
Seperti yang anda lihat
bahawa tiga semasa hajj di Masjidil Haram dan di Baiti Allah, di akhir solat,
iaitu tahap tertinggi yang boleh dicapai
seorang hamba pada peningkatan dalam solatnya.
Ahmad
Al-Hassan
✡✡✡✡✡
--------------------------
[98] - Al-Kahf 18:97.
[99] - Al-Kahf 18:82.
[100] – Al-Baqarah 2:196.
[101] – Bihar Al-Anwar: Jilid 6 halaman 343.
[102] - Al-Najm 53:9.
[103] - lihat: Kitab ini (Al-Jawab Al-Munir) Soalan
229.. dan Kitab Al-Mutasyabihaat Soalan
62: ‘Arasy dibandingkan dengan Kursiy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan