Soalan 461: Sukar Bertemu Jodoh
السلام عليكم يا سيدي ويا مولاي
Salam atas mu Ya Saidi
Ya Maulai.
Pada mulanya saya minta
maaf kerana saya menyusahkan tuan dengan masalah peribadi saya, tetapi Allah
mengetahui betapa menderitanya saya dalam perkara ini. Masalah saya, Ya Saidi, adalah
setiap kali saya ingin berkahwin dan dapatkan (calon) isteri yang sesuai terdapat
halangan dan membatalkan (perkahwinan), dan sehingga dalam sebahagian perkara saya
malu dengan saudara ansar kerana masalah ini dipersalahkan pada saya. Tetapi
saya tidak tahu mengapa ini terjadi kepada saya, dan kadang-kadang saya dapat
(calon) isteri yang sesuai tetapi yang terbaik (hiasan rumah) atau yang cukup
bagus tetapi tidak sesuai untuk menjadi isteri saya atau keluarga saya menolak,
atau apabila usaha berhasil ada sahaja halangannya.
Dan saya hairan dengan
perkara ini dan saya tidak tahu apa yang saya lakukan di antara saya yang masih
muda dan saya mahu berkahwin dengan masalah yang tidak berpisah dari saya sejak
sebelum masuk dalam dakwah yang diberkati ini, dan saya merasakan keadaan ini
seperti kutukan yang mengekori saya atau (perbuatan sihir) atau sesuatu yang seperti
itu. Walaupun ingin bertunang dengan bukan ansar, seorang gadis buta pun tidak
mahu berkahwin dengan saya kerana saya adalah seorang ansar, dan terdapat
banyak lagi yang lain-lain ... Tetapi sekarang saya takut untuk mara ke hadapan
dan hasilnya adalah rasa takut pada perempuan dan kerana tidak mahu menyakiti
perasaannya, dan dengan surat ini maka saya ingin mereka tahu apa yang berlaku
kepada saya.
Perkara yang kedua ialah
bahawa terdapat seorang dari ansar perempuan yang saya berkenan dan saya hairan,
adakah saya suka untuk berkahwin dengannya, dan apa pendapat tuan wahai bapa, izinkan
saya untuk memanggil tuan seperti itu, kerana saya tidak dapat mencari orang
lain selain tuan sebagai bapa pada saya. Apa yang saya inginkan dari tuan
adalah untuk membimbing saya dan apa yang perlu dilakukan. Dan maafkan saya kerana
terlalu panjang. Dan semoga dilindungi Allah dalam naunganNya. Semoga Allah melapangkan tuan dan Aali Muhammad (as) Amin.
Dihantar oleh: Fiziak –
Iraq
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian
alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Saya berdoa supaya Allah
membantu kamu untuk melakukan semua yang baik, dan bagi kamu sebelum berkahwin terlebih
dahulu kamu perlu dirikan solat dua rakaat dan kamu berdoa kepada Allah agar
memudahkan seorang wanita solehah memelihara kamu dan membantu kamu dalam perjalanan
kamu kepada Allah, kepada kebenaran dan untuk membantu meneguhkan kamu di atas
jalan kejayaan.
Malah lebih baik jika solat
kamu ini didirikan dalam makam Imam Al-Hussein (as) dan kamu jadikan Al-Hussein
(as) syafa’at kamu kepada Allah SWT, dan kemudian selepas Allah memudahkan kamu
dengan seorang wanita daripadaNya SWT maka solatlah dua rakaat tanda syukur
kepada Allah selepas ikatan perkahwinan itu, dan berdoalah selepas solat itu kerana
doa ketika ikatan perkahwinan adalah maqbul dengan izin Allah, dan Allah
memberi petunjuk kepada kamu semua yang baik dan memberi rezeki yang baik di dunia
dan akhirat.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan