Rabu, 5 Ogos 2015

Soalan 131: Membina Sebuah Rumah Di Atas Tanah Milik Kerajaan


Soalan 131: Membina Sebuah Rumah Di Atas Tanah Milik Kerajaan

Soalan 131: Saya telah membina sebuah rumah di atas tanah milik kerajaan dan bukan milik sesiapa, setelah mengambil kira bahawa ia tidak memberi kesan (menghalang) kepada pasar awam, sekolah atau jalan dan mendapat keizinan daripada jiran-jiran sebelum membinanya. apa hukumnya membina rumah ini,? Salam buat tuan


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
، والحمد لله رب العالمين،
 وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.


Tanah sama ada dimiliki oleh Imam al-Mahdi (AS) atau kepada umat Islam yang beriman dengan kebenaran, dan hak imam untuk mengurusnya, bukan kerajaan taghut iaitu hak syar’ei untuk mengurusnya. Setiap orang yang beriman mempunyai hak untuk hidup di atasnya dan membina sebuah rumah untuknya jika dia tidak mempunyai rumah di atasnya, Ia bukan dipegang oleh kerajaan taghut atau dikuasai oleh orang-orang yang bodoh yang menganggap tanah milik kerajaan mereka Saddam atau taghut-taghut penzalim yang mewakili syari’ah, sementara tanah yang diberi kuasa oleh Imam kepada auliaknya (pewarisnya) untuk mengurusnya bukan syari’ah!! [277]


✡✡✡✡✡

---------------------------
[277] – Dari Umar bin Yazid katanya : Aku melihat Masma’ (bin Abdul Malik) di Madinah, Dia membawa (khumus) kepada Abu Abdillah (as) yang wajib ia asingkan, iaitu berjumlah lapan puluh ribu (80.000) dirham ke rumah Abu Abdullah (Ja’far Al-Shadiq (as)) . Melihat Pengikutnya membawa setoran khumus sebesar itu, Abu Abdullah berkata: “Wahai Abu Sayyar! Apakah kami tidak memiliki hak atas bumi dan penghasilan yang telah Allah keluarkan darinya kecuali khumus (seperlima)? Sesungguhnya bumi seluruhnya adalah milik kami. Dengan demikian apa saja yang Allah keluarkan darinya adalah milik kami.” Mendengar ucapan itu, Masma’ bertanya: Bila demikian, saya akan menyerahkan seluruh hartaku kepdamu. Abu Abdullah menjawab: Wahai Abu Sayyar! Kami telah menghalalkannya untukmu, maka simpanlah baik-baik hartamu. Dan seluruh belahan bumi yang dikuasai oleh pembela kami, maka mereka halal untuk memilikinya, hingga datang saatnya Al Qaim (Imam Mahdi) kita bangkit. Saat itu imam mahdi akan mengutus petugasnya untuk memungut khumus yang ada pada mereka, dan membiarkan bumi diolah oleh mereka. Adapun bumi yang dikuasai oleh selain mereka, maka sesungguhnya seluruh penghasilan mereka itu haram atas mereka, hingga bila AL Qaim (imam Mahdi) telah bangkit, maka ia akan merampas kembali bumi yang telah mereka kuasi dan mengusir mereka dalam keadaan terhina. Al Kafi Jilid 1 Halaman 408.
Terdapat banyak riwayat seperti ini saya tinggalkan dari menyebutnya kerana tiada tempat yang sesuai untuk memanjangkannys. (Pengulas).


Tiada ulasan: