Ahad, 30 Ogos 2015

Soalan 459: Mencari Jalan Makrifat

Soalan 459: Mencari Jalan Makrifat

السلام عليكم ورحمه الله
Salam atas kamu dan dirahmati Allah

Al-Syeikh Al-Fadhil: Selepas salam hormat Islam .. saya  telahmendengar banyak mengenai tuan. Saya seorang pencari ilmu. Umur saya hampir 45 tahun. Saya mempunyai harapan pada Allah SWT mencarinya melalui tuan, ia adalah (melalui azimat atau doa yang dikhaskan pada saya) untuk berada dalam golongan ini atas kemuliaan tuan dan tidak dikhaskan pada selain tuan dari syeikh-syeikh atau imam-imam, Dengan mengetahui bahawa saya telah menjadi bodoh lebih daripada dua puluh tahun dari umur saya daripada ilmu-ilmu Aali Al-Bait, auliak dan orang-orang soleh, tetapi saya sehingga sekarang saya tetap menginginkannya dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, 


Dihantar oleh: Amjad Al-Najjar – Mesir
        
Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                   
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu semua yang baik dan bagaimana untuk mencapai sesuatu tanpa mendapatkan jalannya?!

Jika kamu ingin mendapatkan jalan makrifat yang menghubungkan kamu dengan seberapa segera, letakkanlah kaki kamu di atasnya, kemudian ingat (zikir) pada Allah dengan ikhlas dengan zikir ini dalam tiga hari atau kurang, jika boleh:

Baca surah Al-Nur tujuh puluh kali (70 X), dan berkata (berzikir):

﴿نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ
Nabba_aniya l-3alimu l-Khabir

(Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal")

Sepuluh ribu kali (10000 X) tanpa tidur dan terputus, dan semoga Allah menjayakan kamu dengan ikhlas, dan semoga Allah mengenalkan kamu jalan tersebut, maka jika kamu tahu (kenal) jalan itu kamu akan dapati diri kamu telah mencapai keinginan kamu, dan semoga Allah menjayakan kamu.

Dan kepada Allah kamu menghadap dan kepada-Nya kamu meminta hidayah dengan lidah sahaja, kamu perlu lucutkan (buang) sebarang makrifat sebelumnya yang tidak diarahkan dari Allah atau dari auliaknya, mereka yang mendapat bimbingan Allah SWT.

Berdiri di hadapannya tanpa kuasa pemikiran dan hukum-hakam terdahulu sebagaimana yang kamu ketahui Dialah Yang Maha Suci yang mencukur kepala kamu sewaktu kamu pergi ke rumahnya, kerana bercukur di Malakut yang melambangkan kuasa pemikiran dan apa yang ada dalam akal manusia.

Buangkan sebarang pemikiran dan hukum-hakam sebelumnya, kamu hadaplah Allah dengan ikhlas dan kamu akan dapati diri kamu telah mengetahui jalan itu dan telah meletakkan kaki kamu di atasnya dan kamu mencapainya dengan kurniaan Allah kepada kamu.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat dan berkat-berkat Tuhan ke atas kamu.


Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431



✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: