Soalan 273: Apakah kamu mengira bahawa kamu akan…?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat
Allah serta keberkatanNya
Saya seorang pencari kebenaran .. dan khususnya tentang
Firqah Al-Najiah (golongan yang selamat) dan Allah yang terbaik
menentukannya.
Dari
apa yang berlaku di Basrah, Nasiriyah, di sesetengah kawasan adalah sukar untuk
dipercayai dari segi akibat dan kedudukan perkara daripada peristiwa yang anda telah
mengetahuinya.
Saya
berharap cara kamu menerangkan dengan hikmah dari apa yang berlaku. Adakah benar
bahawa pengikut anda dijanjikan dengan pertolongan dari anda? Dan ke manakah ditujukan
pendekatan anda yang rancangannya menjadikannya kamu kuat, berapa banyak
taklimat beliau sebelum ini..
Sila
hantarkan kepada saya jawapan dan semua yang baru dan ucapan terima kasih untuk
penjelasan, saya seorang pencari kebenaran dan mengikutinya dengan teliti.
Saya
berharap Janganlah kamu semua berkira (bakhil) kepada saya pada perkara-perkara
baru .. Allah pemberi kejayaan dan padaNya pujian dan terima kasih taufiqNya.
Dihantar oleh: Hassan Al-Musawi – Iraq
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga
Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Saudara
Hassan Al-Musawi..
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Dan atas kamu salam dan rahmat
Allah serta keberkatanNya
Hikmah
padanya adalah seperti hikmah yang berlaku secara lebih halus, dan hikmah adalah
seperti apa yang berlaku kepada semua orang yang melakukan seruan dakwah Ilahiyah
dengan dihalau dan dibunuh pengikut-pengikut mereka dan cuba untuk membunuh
mereka dan mengejek mereka, dan, dan.... dan hikmah adalah seperti apa yang berlaku
kepada Rasulullah pada permulaan seruan dakwah dengan penyeksaan dan pembunuhan
pengikut-pengikut baginda, dan salah satu dari hikmah adalah seperti pertempuran
dan banyak perkara lepas yang memerlukan penjelasan yang panjang, tetapi untuk
anda ayat-ayat berikut mungkin menjelaskan kepada anda apa yang anda mahukan:
﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ
تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ
قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ
الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ
اللَّهِ قَرِيبٌ﴾
Apakah kamu mengira bahawa kamu
akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya
orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan
kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah
Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya
pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat
dekat. [143].
﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ
وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ
الصَّابِرِينَ﴾
Apakah kamu mengira bahawa kamu
akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad
diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. [144].
﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ
تُتْرَكُوا وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَلَمْ
يَتَّخِذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلا رَسُولِهِ وَلا الْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً
وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ﴾
Apakah kamu mengira bahawa kamu
akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang
yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia
selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan. [145].
﴿أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ
يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ﴾
Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang
mereka tidak diuji lagi? [146].
﴿وَمِنَ النَّاسِ مَنْ
يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ فَإِذَا أُوذِيَ فِي اللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ
كَعَذَابِ اللَّهِ وَلَئِنْ جَاءَ نَصْرٌ مِنْ رَبِّكَ لَيَقُولُـنَّ إِنَّا
كُنَّا مَعَكُمْ أَوَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا فِي صُدُورِ الْعَالَمِينَ﴾
Dan di antara manusia ada orang
yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti
(karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab
Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan
berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu". Bukankah Allah lebih
mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia? [147].
Jadi
ia adalah ujian dan percubaan untuk semua manusia bagi siapa yang mahu beriman dan
siapa yang ingkar (Kafir).
Kepada
soalan kamu, Al-Syed Al-Yamani tidak menentukan kepada
seorang pun daripada kami suatu hari sebagai hari-hari pertolongan yang
dijanjikan, tetapi Allah SWT dan Rasulullah (S) dan Ahli Bait baginda (as) dan Al-Syed Al-Yamani (as) menjanjikan kepada kami pertolongan (kemenangan)
yang pasti, tetapi masanya tidak ditentukan lagi.
Adapun
mengenai pendekatan inilah jawapan, Al-Syed
Al-Yamani:
Al-Syed Ahmad Al-Hassan yang
dijanjikan berkata:.
(Seruan ku adalah seperti seruan
Nuh (as) dan seruan Ibrahim (as), dan seruan Musa (as) dan Seruan Isa ( (as)
dan seruan Muhammad (S).
Menyebarkan Tauhid ke setiap
penjuru dunia ini, dan matlamat para Nabi dan Aushiak adalah matlamatku, dan
untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala perkara yang
kalian perselishkan di dalamnya. Dan juga untuk memerangkan penyelewengan
Ulamak Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin serta terkeluarnya mereka
dari Syariat Ilahiyah dan dari yang diwasiatkan kepada para nabi (as).
Keinginan ku adalah kehendak Allah
SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak
inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini
dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan
kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang
miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah
kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan
hidup (kebendaan) mereka dengan maruah dan kemuliaan… dan supaya..dan
supaya..dan supaya melaksanakan kepentingan yang ada dalam syariat yang adil,
belas kasihan dan kejujuran,) [148].
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
✡✡✡✡✡
______________________________
[143]
- Al-Baqarah 2:214.
[144]
– Aali Imran 3:142.
[145]
– Al-Taubah 9:16.
[146]
– Al-Ankabut 29:
2.
[147]
- Al-Ankabut 29:
10.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan