Khamis, 27 Ogos 2015

2015 08 28


2015 08 28
  
KHUTBAH PERTAMA

 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.      
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Allah AWJ (Azza Wa Jalla) telah berfirman

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّـهُ بِبَدْرٍ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌ ۖفَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ﴾

Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. [Aali Imraan 3:123] 

Imam Ahmad Al Hassan memberi kita pengajaran supaya membezakan dua kisah di bawah,

Kisah Pertama:

Selepas pertempuran Badar, nabi kita Muhammad (S) telah membebaskan tawanan kafir dengan pertukaran yang sangat murah; iaitu tawanan itu hanya mengajar membaca dan menulis kepada kumpulan Muslimin.

Orang-orang tawanan ini -- yang telah dibebaskan oleh Rasul yang pemurah dan mulia, adalah sebagai contoh untuk umat manusia - mereka adalah orang yang tidak beriman dengan Muhammad (S). Malah, mereka bertempur dalam pertempuran di mana mereka mahu membunuh dan memusnahkan baginda (S). Namun apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (S) adalah tepat seperti yang kita ketahui dan sangkakan berdasarkan akhlak para Nabi dan mereka yang soleh. Kita juga menjangkakan akhlak ini dari semua mereka yang mempunyai contoh yang mulia agar manusia dapat meniru sesetengah tindakan mereka, seperti tokoh Gandhi dan Mandela.

Sekarang mari kita lihat Kisah Kedua:

Malik bin Nuwairah At-Tamimi, salah seorang dari orang Arab yang mulia, datang kepada Nabi Muhammad dengan ketaatan dan mendengar dakwah baginda, lalu beriman dengan baginda dan kembali kepada kaumnya. Mereka juga beriman dengan seruan Nabi setelah mendengarnya dari Malik. Malik bukan sahaja seorang individu Muslim, malah seorang pendakwah agung (Adama Islam); seruannya menyebabkan ramai orang menjadi Muslim. Malik juga adalah salah seorang yang menghadiri ba’iah di Al Ghadir Khum, dan beliau tahu bahawa Ali adalah khalifah Allah selepas Rasulullah Muhammad (S). Beliau merupakan seorang yang kuat berpegang pada agama, sangat dipercayai oleh kaumnya dan oleh Rasulullah (S), kerana baginda mengamanahkan beliau untuk mengutip zakat dari kaumnya.

Oleh itu mereka memberikan kepada beliau wang zakat untuk diberikan kepada Nabi (S). Apabila beliau sampai di Madinah, beliau mendapati Nabi telah syahid (wafat) dan pergi menghadap Tuhannya. Dan mendapati beliau Abu Bakar duduk di dalam masjid, merampas kekhalifahan Nabi. Oleh kerana itu, beliau menganggap rampasan kekhalifahan ini adalah perkara yang salah, beliau tidak dapat menerimanya. Beliau kembali kepada kaumnya, dan memulangkan semula wang zakat, dan mengucapkan kata-katanya yang terkenal:

"Aku katakan, ambil semula wang kalian, kerana aku tidak kisah atau takut akan apa yang akan terjadi esok hari. Jika ada seorang pengaku menuntut urusan yang paling besar untuk dirinya, kita tidak akan memberikan mereka wang ini, dan kita katakan agama adalah agama Muhammad."

Ucapan ini jelas dan ia menggambarkan keseluruhan cerita tersebut. Malik bin Nuwairah mengatakan bahawa agama adalah yang dibawa oleh Muhammad, jadi khalifah adalah yang dilantik oleh Muhammad (S) di Al Ghadir, dan dia adalah Ali bin Abi Thalib, bukanlah orang yang menuntut urusan agung untuk dirinya, seperti Abu Bakar. Atas sebab itulah Malik bin Nuwairah At-Tamimi memulangkan wang zakat kepada kaumnya, bukan kepada khalifah yang bathil.

Tindakan Abu Bakar adalah dengan mengutuskan Khalid Al Walid untuk membunuh Malik bin Nuwairah. dan orang-orangnya tidak menentang Khalid kerana menganggap mereka sebagai Muslim. Jadi Khalid mengkhianati mereka, dan menjadikan mereka tawanan, kemudian membunuh mereka ketika mereka dalam tawanan, seterusnya Khalid merogol isteri Malik. Khalid tidak berpuas hati dengan perkara ini; jadi, beliau melakukan satu tindakan yang menjengkelkan dan tidak bertamadun dengan memasak kepala Malik bin Nuwairah di dalam ketuhar.

Sekarang, mari kita lupakan keseluruhan kisah ini dan kita andaikan Malik bin Nuwairah At-Tamimi bukanlah seorang yang beriman kepada Nabi Muhammad (S), dan Abu Bakar tidak mengutuskan Khalid untuk membunuhnya. Adakah ada sebarang keadilan dengan pembunuhan ini, merogol isterinya dan memasak kepalanya hanya kerana beliau tidak memberikan sedikit wang kepada pemerintah? Adakah ada sebarang alasan bagi Abu Bakar untuk tidak sabitkan kesalahan kepada Khalid kerana tindakan ganasnya yang tidak langsung berperi kemanusiaan, iaitu membunuh Malik bin Nuwairah, merogol isterinya dan memasak kepalanya?!!!

Adakah kamu mempercayai bahawa pemerintah sebuah negara, yang mana ketua tenteranya membunuh seorang lelaki dan merogol isterinya, tanpa dipertanggungjawabkan oleh pemerintah itu, adalah seorang pemerintah yang adil?

Adakah kamu mempercayai agama Khalid dan Abu Bakar adalah sama dengan agama Muhammad (S), yang membebaskan tawanan orang kafir?!!!

Apa yang telah saya tulis tidak mengandungi penghinaan atau sumpahan, dan tidak menyerang kepada sesiapa. Atas sebab itu, saya menunggu jawapan yang bersopan. Berkaitan dengan menjerit-jerit dan menghina, ketahuilah ia tidak akan mengubati agama kamu dan mengurangkan kesakitan kamu. Malah ia adalah bukti yang jelas akan rasa malu kamu.

Allah SWT  telah berfirman

﴿وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّـهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِينَ﴾

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. [Aali Imraan 3:144] 

Allah SWT  telah berfirman lagi,

﴿يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ مَا قَالُوا وَلَقَدْ قَالُوا كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُوا بَعْدَ إِسْلَامِهِمْ وَهَمُّوا بِمَا لَمْ يَنَالُوا ۚ وَمَا نَقَمُوا إِلَّا أَنْ أَغْنَاهُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ مِنْ فَضْلِهِ ۚ فَإِنْ يَتُوبُوا يَكُ خَيْرًا لَهُمْ ۖ وَإِنْ يَتَوَلَّوْا يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ عَذَابًا أَلِيمًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَمَا لَهُمْ فِي الْأَرْضِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ﴾

Mereka bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak mengucapkan sesuatu pun (yang buruk), padahal sebenarnya mereka telah mengucapkan fitnah, dan mereka mengatakannya setelah mereka memeluk Islam, dan mereka merencanakan maksud jahat yang tidak dapat mereka lakukan. Dendam mereka ini adalah balasan mereka atas karunia yang telah Allah serta Rasulnya berikan kepada mereka! Jika mereka bertaubat itulah yang terbaik untuk mereka, akan tetapi jika mereka berpaling (kepada keburukan), Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan mereka tidak mempunyai penolong di muka burni ini (QS. at-Taubah : 74).

Apakah akibatnya?

﴿فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ﴾

Akibatnya Allah membiarkan tumbuh kemunafikan di hati mereka, (kekal) hingga hari itu mereka akan bertemu dengan-Nya, kerana mereka melanggar perjanjian dengan Allah, dan kerana mereka terus menerus berkata dusta.(QS. at-Taubah: 77).

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ﴿١ لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴿٢ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿٣ وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ ﴿٤ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿٥ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ ﴿٦



KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

ImamAhmad Al Hassan telah menerangkan: Selain dari Agama Islam, kita tidak boleh menjadikan ia anutan agama, kita mesti hidup dan mati dalam Islam. Firman Allah SWT:

﴿وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴾

Barangsiapa mencari selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. [Aali Imraan 3:85] 

Agama Islam telah lengkap, kita tidak perlu fatwa sesiapa atau menjadi faqih ke tahap mengeluarkan fatwa, kita perlukan Hujjah Allah, Khalifah Allah atau Khalifah Rasulullah untuk membimbing kita menuju Allah:

﴿...الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾

... Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-Maidah 5:3] 

Islam telah sempurna turun kepada Rasulullah melalui Kitab Allah (Al-Quran). Rasulullah berpandukan Kitab Allah. Setelah baginda wafat baginda baginda menyerahkan (wasiatkan) kepada ‘Itrah baginda atau Ahli Bait Baginda yang disucikan:

﴿إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا﴾

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [Al-Ahzab 33:33] 

Satu contoh ayat Allah mengenai Aqidah dan Syari’ah

﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴾

(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. [Al-Baqarah 2:3] 

Akidah adalah beriman kepada yang ghaib, manusia biasa yang dipilih di kalangan manusia pula boleh menyebabkan perselisihan dan kekeliruan mengenai perkara ghaib. Syariat adalah hukum-hakam kehidupan manusia, Al-Amru Bil-Ma3ruf Wa Yanhauna 3ani Al-Munkar, (suruh dan tegah) dan halal dan haram yang semuanya bersumber dari Al-Quran. Manusia biasa di kalangan manusia pula boleh menyebabkan perselisihan kerana menghurai sesuatu yang bukan menjadi haknya.

Apabila Rasulullah wafat urusan Agama harus kembali kepada Tsaqalain (Dua Perkara Berat):

Riwayat hadits dari Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, jilid 3, halaman 14, 17, 26 dan 59, terbitan Dar Shadir Beirut - Lebanon.

Telah berkata kepada kami Abdullah, 'Telah berkata kepada kami Abi Tsana Abu an-Nadzar Tsana Muhammad, yaitu Ibnu Abi Thalhah, dari al-A'masy, dari 'Athiyyah al-'Ufi, dari Abi Sa'id al-Khudri, dari Rasulullah (S) bersabda, "Aku merasa segera akan dipanggil (oleh Allah) dan aku akan memenuhi panggilan itu. Aku tinggalkan padamu dua perkara yang amat berharga, yaitu Kitab Allah Azza Wajalla dan 'itrahku (kerabatku). Kitab Allah, tali penghubung antara langit dan bumi; dan 'itrahku, Ahlul Baitku. Dan sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah berkata kepadaku bahwa keduanya tidak akan berpisah sehingga berjumpa kembali denganku di telaga (Al-Haudh). Oleh karena itu, perhatikanlah bagaimana kamu memperlakukan keduanya itu."

Perhatikanlah golongan mana yang kita ikut di akhir zaman ini sehingga kita berpegang kepada tali penghubung itu dan dibawa kehadapan Allah.

Setelah kita mengetahui kebenaran atas hidayah Allah. Kita tidak perlu lagi berdegil dan tetap mengamalkan yang batil dan meninggalkan yang haq dari Allah dan rasulNya. Cuci dan bersihkanlah gelas kita dari segala jenis kotoran, dan tuangkanlah air bersih suci baharulah diminum. Dan segala puji bagai Allah semata-mata.

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                           

Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                         
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣


Tiada ulasan: