Soalan
250: Janji Berjihad Seorang Mukminah
السلام على مولاي وابن مولاي
Salam
atas maula ku dan anak kepada maula ku
Pada
tahun Intifadah tahun 1988 saya telah berjanji dengan Allah (AWJ) untuk melibatkan
diri saya, harta dan keluarga saya semuanya Fi Sabil Lillah dan iaitu berjihad di
Palestin, dan ketika itu saya belum berkahwin, dan saya adalah dari kumpulan tanpa
kerakyatan atau “Bedoons” dan tidak dapat melakukan perjalanan dan kemudian
saya berkahwin dan mendapat empat orang anak. Saya telah mengandung tujuh bulan
dan mendapat pasport pada tahun 2001. Saya menulis kepada Sistani penyebab
perjanjian saya dengan Allah (AWJ). Maka telah tertulis (wajib) untuk saya duduk
di rumah mengurus dan mendidik keluarga dengan tarbiyah agama. Di sini ada salah
seorang ulama Al-Syed Syirazi menerangkan bahawa Perjanjian saya tidak sah, dan
begitu juga ulama lain, tetapi saya tidak yakin dengan jawapan itu, tetapi saya
terhenti. Dan saya
ingin menambah sesuatu yang penting saya yang janjikan dengan Allah (AWJ) bahawa
saya tidak akan mengubah perjanjian saya ini.
Sedarkan
saya, ya Maulai dengan hak bapamu Al-Hujah dan sampaikan berbanyak-banyak salam
dan rindu dari saya. Saya takut dan saya tahu bahawa Tuhanku (AWJ) Maha
Penyayang. Saya tidak berniat untuk berundur dari Perjanjian tetapi bagaimana perlaksanaannya?
Wa Al-Salam. Anakmu Zainab Khakazad.
Penghantar:
Zainab – Emirates
Jawapan:
بسم الله الرحمن لرحيم،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Selawat
Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan
salam pengiktarafan.
Janji
Setia dengan perjanjian adalah dari
bayangan iman anda dalam kebenaran. Jihad bersama ansar Imam Mahdi (as) dengan
perkataan dan petunjuk kepada manusia kepada kebenaran dan semua yang Allah permudahkan
bagi anda dari jalan jihad di jalanNya. ini adalah jalan kepada Allah dan kepada
bilik suciNya SWT telah dibuka. Berbahagialah orang-orang yang memecah masuk ke
jalan yang mendaki lagi sukar (Al-‘Aqabah), dan Memasuki ke halaman yang suci dan berdiri di hadapan Tuhan mereka,
untuk mendedahkan diri mereka dengan kuasa yang diberi Tuhan mereka untuk berkhidmat
tanpa meminta apa-apa sebagai balasan.
Seruan
(dakwah) kebenaran ini adalah pintu yang luas Allah terbuka untuk menyebarkan
agama Allah bukan sahaja di Palestin, atau di tanah umat Islam, tetapi di
setiap tempat di atas bumi ini. maka berbahagialah orang-orang yang mempelajari
kebenaran, dan mereka yang mengetahui kebenaran untuk menyebarkannya di setiap
bahagian bumi ini.
Ahmad
Al-Hassan
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan