Wawancara khas pengarah Saluran Tv
Savior of Mankind (Iraq) dan Imam Ahmad Al Hassan (as) Al Yamani yang
dijanjikan.
Bahagian Kedua
Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):
Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan.
Satu lagi persoalan jika kita boleh (bicarakan) ia adalah
mengenai ketuanan yang bermaksud yang memerintah, sama ada perundangan
(legislatif) atau pelaksana (eksekutif), yang diamalkan oleh pemerintah yang
dilantik oleh Allah SWT atau yang Allah telah lantik atau yang Dia SWT telah
bersetuju perlantikannya.
Jadi menurut kepercayaan yang kukuh ini adakah tuan fikir
adalah sah untuk mengambil bahagian dalam protes mereka dan untuk meningkatkan
permintaan seperti mereka yang mengambil bahagian di sana?
mikrofon untuk tuan
Imam Ahmad Al-Hassan (as):
Semoga Allah mengalu-alukan saudara!
Mengenai mengambil bahagian dalam protes. (Senelum ini)
saya telah pun berkata yang orang-orang mukmin telah mengambil bahagian di
dalamnya (bersama mereka) dan tiada apa-apa penentangan dengan menyertai protes
hari ini atau pada masa akan datang, selama mereka dinafikan hak-hak mereka.
Itu apa yang berlaku pada orang-orang Iraq.
Mereka mempunyai hak untuk memberitahu penindas bahawa
dia adalah seorang penindas. Dan mereka telah pun memberitahunya. Orang-orang
yang memerintah Iraq hari ini adalah samseng-samseng (gangsters) mempermainkan
kehidupan orang ramai. Saya percaya ini adalah hak mereka (sebagai rakyat), dan
tidak ada siapa yang boleh merampas hak hak ini. Tetapi penyertaan orang-orang
mukmin haruslah penyertaan sebagai rakyat Iraq, bukan sebagai orang yang
beriman dengan dakwah ini, supaya mengelakkan diri daripada memegang
tanda-tanda yang berkenaan dengan seruan dakwah agama ini.
Cukuplah untuk menjelaskan kejahatan (korup) dari mereka
itu
Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):
terima kasih tuan
Imam Ahmad Al-Hassan (as):
itu Saja, mikrofon untuk saudara
Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):
Baru-baru ini kita telah mendengar beberapa suara yang
kebanyakan penduduk Iraq sekarang tahu bagaimana buruknya mereka dan yang
rakyat Iraq tahu dengan jelas bagaimana jahatnya mereka. Mereka telah menuduh
seruan dakwah Yamani telah mendorong protes (bantahan), seperti Ammar Al-Hakim
telah mengisytiharkan di saluran TV Al-Iraqiyah yang dimiliki oleh kerajaan
bahawa punca protes mungkin dihasut oleh ISIS.
Beliau juga berkata: bahawa beberapa kumpulan yang tidak
mengambil bahagian dalam hal-hal politik - seperti yang dikatakannya - bahawa
pengambilan pelatih (rekrut) awam di selatan telah mengisytiharkan dan
memanggil orang-orang muda untuk memegang senjata yang mengganggu keselamatan
di wilayah selatan. Ini adalah kandungan kata-kata beliau yang sudah tentu ia bermaksud
"Briged Al-Qaim" yang tuan telah seru untuk membentuknya, kerana
tuanlah satu-satunya orang yang tidak terlibat dalam hal-hal politik.
Pendirian ini juga telah diterima pakai oleh Al-Saghir
(yang mengikuti Ammar Al-Hakim seperti yang diketahui). Kerana beliau menuduh seruan dakwah Yamani telah
memimpin orang-orang membust bantahan-bantahan tersebut.
Imam Ahmad Al-Hassan (as):
Bantahan (protes) bukan agenda ISIS
Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):
Bagaimana tuan menjawab tuduhan ini?
Imam Ahmad Al-Hassan (as):
Saya percaya bahawa pukulan mereka telah gagal teruk
sekarang dan berbalik kepada mereka semula. Apa yang mereka katakan terhadap
bantahan ini adalah kini merupakan titik hitam dalam sejarah mereka, ia
seolah-olah mereka meletakkan pertaruhan mereka pada agenda ini. Mereka telah
menumpahkan banyak darah orang-orang Iraq dan yang terbaru adalah darah
Montadzar. Mereka harus bertanggungjawab untuk perkara ini.
Mengenai Briged Al-Qaim yang dikatakan oleh Ammar
Al-Hakim. jika dia tidak tahu apa tujuannya, dia sepatutnya mendengar apa yang
kita katakan. Saya telah jelaskan bahawa tujuannya adalah mempertahankan tanah
air ini dan bukan untuk menggugat kestabilan rantau ini. Iraq adalah negara
kita dan dia tidak lagi melindunginya lebih daripada kita.
Adapun ucapannya bahawa kita tidak terlibat di dalamnya,
dia telah mengamalkan politik hari ini. Ini adalah satu penghormatan kepada
kita dan orang-orang mukmin Al-Hamdu Lillah, mereka bukan sebahagian daripada pencuri-pencuri
ini. kami tidak bersaksi kepadanya dan kami tidak mencuri harta dan tanah
seperti yang Ammar lakukan. kata-katanya tiada nilai kebenaran, dan ia adalah
fitnah semata-mata.
Saya minta orang-orang mukmin supaya tidak keluar dalam
protes di mana mereka akan membentuk majoriti, sehingga diletakkan menentang
seruan dakwah ini. Saya cadangkan bahawa majlis itu memperbaiki cara mereka
dalam menilai pihak lain. Mereka tidak perlu mengadakan musuh-musuh kerana ia
akan lebih menyakitkan mereka. Rakyat cukup tahu siapa yang mencari pembaharuan
dan yang tidak. Meskipun keluarga ahli-ahli politik ini mengatakan mereka itu
juga telah merompak (hak) mereka sendiri.
Ya mereka telah menahan beberapa orang mukmin pada bulan
Ramadan yang lalu. Mereka juga tidak menghormati bulan Ramadan. (Mereka telah
menahan) tanpa sebarang dakwaan atau tuduhan. Sebenar mereka tidak berbeza
dengan golongan Baath sebelumnya padahal mereka juga mengkritik golongan itu.
Dr Haidar Al-Abadi (Perdana Menteri) telah mengatakannya selepas
pembaharuan. Jadi mengapa dia tidak melepaskan orang-orang yang tidak bersalah
di Diwaniyah dan memulakan penyiasatan, atau mereka hanya membuat tangkapan
demi tangkapan?
Mari kita lihat jika ada apa-apa yang dilakukan oleh
beliau untuk mencapai keadilan dan mencegah kezaliman. Saya percaya
bahawa (itulah sebabnya) mereka membunuh
pemuda Montadzar (tempat di mana bapa saya membesar) .
Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):
Soalnya ialah bagaimana tuan boleh meramalkan keadaan
semasa dan memberi amaran mengenai perkara ini?
Imam Ahmad Al-Hassan (as):
Saya percaya bahawa tuntutan saya mengenai wasiat yang
menjelaskan perkara ini. Ramai orang-orang beriman telah ditunjukkan
penglihatan (dalam rukya) mengenai peristiwa masa hadapan.
Maka adalah fitrah bagi Allah untuk memaklumkan washiyNya
mengenai peristiwa masa hadapan, sekurang-kurangnya sebanyak seruan dakwah
diperlukan. Jadi ini adalah satu perkara yang telah dijelaskan, dan itu sahaja
yang saya hendak katakan.
Mikrofon untuk saudara
Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):
Satu lagi isu mengenai politik:
Sebahagian ahli politik, terutamanya Al-Bayati berkata
bahawa bantahan berakhir sebelum ianya bermula dan bahawa masa ianya berakhir
pada pukul 01:00 tengahari pada hari Jumaat. Di mana apabila khutbah Jumaat di
Karbala diakhir[ oleh wakil marja’. Dalam khutbah itu, ulama itu berkata, dia
memanggil Haidar Al-Abadi (Perdana Menteri) untuk mewujudkan pembaharuan.
Oleh itu bagaimana tuan menilai campur tangan pertubuhan Agama dalam amalan
politik di Iraq?
Imam Ahmad Al-Hassan (as):
Semoga Allah mengalu-alukan saudara!
Dia bukanlah orang yang memulakan protes (bantahan) untuk
menamatkannya. Bukan dia atau majlis atau sesiapa jua. Rakyatlah yang memulakan
protes, dengan itu tidaklah realistik untuk dia mengatakan mereka yang
menamatkannya. Untuk marja’ ini pula mereka telah mengganggu sejak tahun 2003 lagi.
Sehingga langkah-langkah Iraq adalah langkah-langkah yang mengundur ke belakang
sejak tahun 2003 itu.
Ini adalah penilaian saya. Walaupun saya fikir keadaan
tidak memerlukan penilaian, kerana ia adalah jelas untuk semua, walaupun sesetengah
orang menutup mata dari melihatnya.
Mengenai campur tangan marja’ baru-baru ini dan panggilan
mereka pada Haidar Al-Abadi (Perdana
Menteri) untuk memukul pencuri dengan penumbuk besi, sesetengah
orang fikir ia adalah satu percubaan untuk menyertai kemarahan rakyat Iraq itu
di jalan-jalan, tetapi bagaimanapun, Iraq telah masuk kepada keadaan kesengsaraan.
Jika marja’ menyokong protes ini, itu adalah satu perkara yang baik. Oleh itu
mereka perlu mengemukakan pembaharuan untuk dilaksanakan. Jika hanya mengatakan
perkara-perkara tanpa tindakan, maka ia hanya sebahagian daripada permainan
politik.
Saya tidak menuduh mereka ini, tetapi inilah apa yang
berlaku, jika mereka tidak bertindak mengambil langkah-langkah ke arah
pembaharuan
Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):
Ahad lepas (09 08 2015), Perdana Menteri, Haidar Al-Abadi mengeluarkan
kertas refomasinya, iaitu dengan melucutkan banyak kedudukan (jawatan) politik dan
mengurangkan bilangan pengawal peribadi ahli politik dan lain-lain perkara yang
melibatkan perbelanjaan besar. Adakah anda fikir bahawa pembaharuan ini cukup
untuk menamatkan korup (kerosakan)?
Rasuah (korup) ada di mana-mana di dalam negara dan ia telah
mencapai kemuncaknya. Adakah pembaharuan ini akan mengembalikan wang rakyat?
mikrofon untuk tuan
Imam Ahmad Al-Hassan (as):
Semoga Allah mengalu-alukan saudara!
Saya langsung tidak percaya bahawa melucutkan beberapa kedudukan
(jawatan) membawa banyak perubahan. Dan dengan membatalkan gaji bulanan tidak akan
mengubah dana (negara), walaupun (mengurangkan bilangan) pengawal peribadi. Mereka
masih akan menerima gaji mereka. Mereka hanya akan bekerja di tempat lain.
Sebahagian orang berfikir perlucutan jawatan atau kedudukan ini
ditujukan kepada Nuri Al-Maliki untuk menamatkan karya politiknya. Itulah apa
yang mereka katakan. Saya tidak fikir ini membawa banyak perubahan. Krisis akan
terus berlaku tanpa mengira apa keadaan sekarang.
Adakah sebelum ini tidak ada rasuah (korup)?
Adakah protes memaksa mereka untuk sedar?
Saya mahu mereka akan mengaku bahawa mereka adalah sebahagian
daripada kerosakan ini, termasuklah Haidar Al-Abadi!
Saya ingin bertanya penunjuk perasaan yang dikasihi satu
soalan:
Adakah logik bahawa kumpulan yang memerintah Iraq untuk
jangka masa yang lama, dan menuduh semua orang yang telah merompak Iraq adalah
kumpulan yang sama yang melakukan pembaharuan ????
Kita tunggu jawapannya. walaupun saya rasa jawapannya adalah
jelas
mikrofon untuk saudara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan