Soalan 132: Dosa Yang Tak Tertanggung
Soalan 132: Al-Salamu 3alaikum
Saudara, saya harap surat saya diajukan kepada Al-Syed
Ahmad Al-Hassan.
(Saya ........) Soalan saya, adakah apabila saya
melakukan dosa, Allah akan menghisab saya atas perkara ini, saya selalu sedih
dan terus menerus menangis tidak dapat hendak dihentikan, saya harap bantulah
saya, saya ingin berehat walaupun satu hari. saya ingin supaya janganlah dilengahkan
memberikan jawapan, saya minta doakanlah saya.
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
، والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليماً
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat
atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.
لا حول ولا قوّة إلاّ بالله العلي العظيم وبه نستعين
Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang
Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan kepadaNya kita minta pertolongan. Sesungguhnya
Allah SWT mengampunkan dosa dan menutup aib (malu), Dia mengampunkan dosa orang-orang
yang bertaubat dan memohon keampunan sehingga malaikat penulis melupakan apa
yang mereka telah tulis, bahkan sehingga lupa bumi di mana orang yang berdosa
di atasnya yang bertaubat dibawa di atasnya dari keingkaran kepada Allah [278]
Jika anda berdosa, Allah Maha Penerima
taubat dan mengampunkan dosa orang-orang yang bertaubat dan memohon keampunan [279],
bahkan penciptaan yang paling dikasihi Allah adalah pemuda yang bertaubat
daripada dosa. Jika anda tidak membawanya, maka Allah membalas dari semua penindas (penzalim) dan yang
ditindas (dizalimi), termasuk semua kezaliman dan berlaku atasnya kezaliman.
Jangan takut kerana Allah tidak berlaku zalim kepadamu, dan banyak-banyak berzikir
kepada Allah, jangan biarkan syaitan menipu kamu dan membawa kamu jauh dari halaman
ketaatan kepada Allah; seperti bunuh diri atau apa-apa yang tidak diredhai oleh
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.
.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan