Soalan 210 – 214
Soalan 210: Menetapkan Waktu Solat Dalam Penjara
Soalan 211: Badal (Ganti) Upah Solat Atau Puasa Si
Mati
Soalan 212: Mereka Yang Meninggalkan Amir
Al-Mukminin
Soalan 213: Hukum Penggunaan Minyak Wangi Beralkohol
Soalan 214: Bolehkah Menggugurkan Janin Yang Belum
Cukup Empat Bulan
Soalan 210: Menetapkan Waktu Solat Dalam Penjara
Soalan 210: Banduan yang tidak tahu waktu solat,
tidak tahu siang atau malam, bagaimana untuk menetapkan waktunya?
Mukhtar Yusuf - Basrah
Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Jika dia boleh mampu menghasilkan agakan-agakan atau
kemungkinan masuk waktu, maka ia boleh gunakan untuk menetapkan waktunya, dengan
agakan atau kemungkinan semata-mata, yang dia dapatkan, dan jika dia tidak
dapat menghasilkan agakan-agakan atau kemungkinan masuk waktu ia boleh
membahagikan lima waktu wajib kepada menentukan tempoh seperti berikut: Dengan menentukan
bagun dari tidur laksanakan solat subuh, dan sebelum tidur solat Maghrib dan ‘Isyak,
dan di antara keduanya (iaitu, di antara waktu subuh dan Maghrib) solat Zuhur
dan ‘Asar.
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
Soalan 211: Badal (Ganti) Upah Solat Atau Puasa Si
Mati
Soalan 211: Seorang mukmin memberikan saya
sebanyak 10 ribu sahaja, sebagai ganti upah solat untuk ayahnya yang telah
mati. Apakah hukum amanah ini?
Habib Khuraibath Ali - Najaf Al-Asyraf
Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Mengambil bayaran sebagai pertukaran untuk solat
atau puasa bagi pihak si mati adalah batil, di mana tidak terdapat niat menghampiri
Allah SWT dalam solat atau puasa itu, ia bukan untuk bayaran (upah) kepada solat
atau puasa bagi pihak si mati, maka solat atau puasanya itu lebih hampir kepada
wang, bukan kepada Allah SWT, dan jika tidak ada anak sulung yang wajib atasnya
mengqadha’kan pada melindungi dua ibu bapanya, atau telah tidak mampu untuk mengqadha’kan
pada keduanya dan tidak ada penyumbang (sukarela) untuk melaksanakan perlindungan
pada si mati dari solat dan puasa, bersedekalah bagi si mati bagi setiap hari
puasa satu mud daripada makanan, dan untuk solat siang dan malam satu mud (0.75
kg) daripada makanan, jumlah ini hendaklah mengikut keterangan perincian di
atas, dan Al-hamdu Lillah.
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
Soalan 212: Mereka Yang Meninggalkan Amir
Al-Mukminin
Soalan 212: Apakah hukum umat yang menjual kitab Allah SWT (Al-Quran
Al-Karim) dan menulis dengan tangannya sendiri tulisan dan menjadikannya
perlembagaan bagi mereka sebagai ganti Perlembagaan umat Islam, dan menjual Al-3itrah
Al-Thahirah (keluarga suci (as) bagi mewakili diri Imam Al-Hujjah ibn Al-Hasan
(as), dan berjanji setia (berbai’ah) kepada orang lain yang tidak berhukum dengan
hukum Allah, adakah berhak umat ini membatalkan perintah Rasulullah (S), adakah
disifatkan sebagai kafir atau zalim dan fasiq, dan adakah akan bertaubat? Adakah ia
memegang perbuatan jahat ulamak pengkhianat dan sesat?!
Al-Syed
Hassan Muhammad Ali Al-Hamami
Najaf
Al-Asyraf
Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Disifatkan (digambarkan) sepertimana disifatkan
mereka yang meninggalkan Amir Al-Mukminin Ali bin Abi Talib (as), dan pergi ke Saqifah
(Bani Sa’adah) dan Syuraa.
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
Soalan 213: Hukum Penggunaan Minyak Wangi Beralkohol
Soalan 213: Apa hukum penggunaan minyak wangi
asing dan Iraq, yang menggunakan alkohol (metanol atau etil) dari segi kesucian
atau najis dalam solat dan selain dari itu?
Al-Syed
Hassan Muhammad Ali Al-Hamami
Najaf
Al-Asyraf
Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Suci, kecuali pengguna alkohol di mana alkohol
digunakan oleh orang yang melakukan maksiat untuk mabuk, iaitu: Alkohol tidak
suci jika alkohol digunakan untuk mabuk sahaja, manakala lain-lain jenis
alkohol adalah suci, walaupun ia adalah Maskara tulen jika disedut atau digunakan
seorang manusia.
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
Soalan 214: Bolehkah Menggugurkan Janin Yang Belum
Cukup Empat Bulan
Soalan 214: Bolehkah menggugurkan janin yang
berumur belum cukup empat bulan, kerana belum ditembusi (ditiup) Roh? Dan disebab
keadaan hidup yang sukar, kerana menurut fikiran mereka kehamilan ini telah
menguasai (ekonomi) keluarga..
Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Tidak dibenarkan, kecuali jika ia membahayakan
nyawa ibu.
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan