Khamis, 13 Ogos 2015

Soalan 261 – 264


Soalan 261 – 264

Soalan 261: Bercelak Bagi Wanita
Soalan 262: Khums
Soalan 263: Penyusuan Yang Makruh
Soalan 264: Faedah Atas Simpanan Bank

Soalan 261: Adakah boleh memakai celak bagi wanita di hadapan lelaki asing (bukan mahram atau bukan suaminya) ?

J: Untuk memakainya supaya dilihat oleh lelaki asing tidak boleh, tetapi jika anda memakainya di dalam rumah suami, anda tidak perlu menghapuskannya untuk keluar atau untuk menemui yang bukan muhrim..

Soalan: Saya menerima dan membaca jawapan tuan dalam perkara di atas dan berkaitan dengan memakai celak untuk wanita. Adakah ini dimaksudkan dengan mereka yang belum berkahwin dan diharamkan atasnya, dan memakai celak di rumah lebih baik dari di luar?

Jawapan:
         
بسم الله الرحمن لرحيم،
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
                  
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                             
Segala puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
          
Dibolehkan bagi mereka yang belum berkahwin memakai celak di dalam rumah.


Ahmad Al-Hassan
                    
              
✡✡✡✡✡



Soalan 262: Khums

Soalan 262:
بسم الله الرحمن لرحيم،
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

وصلى الله على محمد وآله الطاهرين الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
                             
Segala puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Suci baginda Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
          

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Salah seorang daripada saudara ansar bertanya soalan berikut:

Saya mempunyai 200,000  Kronor Sweden. Saya mahu membayar Khums bagi wang itu. Saya tidak mempunyai rumah atau sebidang tanah dan saya tinggal dengan isteri saya dan saya tidak mempunyai anak dan saya tinggal di sebuah apartmen sebagai tempat berlindung di Sweden.

Pendapatan bulanan saya 15,000 Kronor sebulan dan kadang-kadang saya melakukan pekerjaan lain di dengan kereta saya, separuh diberikan kepada yang memerlukan dan separuh lagi dibelanjakan untuk kereta.
Pendapatan isteri saya 4000 Kronor Sweden.
Sewa apartmen saya 6000 Kronor Sweden.
Dan menghabiskan bayaran setiap bulan 3000 Kronor.
Di antara insurans kereta dan cukai kereta dan elektrik 5000 Kronor sebulan
Persediaan makanan dan perubatan 2000 Kronor Sweden.

Soalan saudara kita yang kekasih: disertakan aliran wang tunai saudara tersebut berapa banyak kiraan bayaran Khums dikenakan?

Semoga Allah menjayakan kamu bagi semua yang baik dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Khadammu: Abu Hassan

Jawapan:
         
بسم الله الرحمن لرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                             
Segala puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.


Khums dikenakan pada lebihan dan tidak dan tidak pada untuk memenuhi keperluan, jika anda memiliki sebuah rumah sahaja maka ia tidak dikenakan Khums, atau tidak pada peralatan perabot, tidak dikenakan pada kereta sendiri dan tidak dikenakan pada mata pencarian yang mengisi keperluan anda sahaja, tiada sumber pendapatan lebihan, tetapi jika anda memiliki sebuah rumah, tanah atau kereta yang lain, ia dikenakan Khums, Bagi sumber pendapatan (kedai perdagangan, kilang atau ladang) Jika pengeluarannya (hasil) melebihi keperluan ia dikenakan Khums daripada jumlah tambahan wang bagi keperluan yang sama, manakala pengeluaran atau wang dikenakan Khums atas yang melebihi dari keperluan anda padanya pada akhir tahun. Seterusnya khums tidak dikenakan untuk kali kedua.
                        
Bagi soalan: khums hanya pada jumlah lebihan, dan anda boleh memberikan sendiri bayaran khums kepada orang-orang yang beriman yang memerlukan.


Ahmad Al-Hassan
                    
              
✡✡✡✡✡



Soalan 263: Penyusuan Yang Makruh

Soalan 263:
بسم الله الرحمن لرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
                                  
                             
Ya Allah Selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.
.

Assalamualaikum, Ya Saidi wa Maulai Ahmad Al-Hassan, Selawat Allah ke atas tuan dan bapa-bapa tuan,
Allah menjadikan kami orang-orang Islam yang bersujud kepada Engkau berterusan selamanya dan tidak mendurhakai Engkau dalam perintah selamanya, sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan tidak ada daya dan upaya melainkan denganNya Yang Maha Suci, dan kami berharap dari Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang agar tidak menimpakan kami kesusahan dengan tuan dan hak tuan atasNya dan kami tidak mengetahui hak tuan.

Saidi wa Maulai Ahmad, saya ada soalan yang saya harapkan dari Allah yang Maha Tinggi supaya kurniakan pada umatmu yang lemah lagi bersalah dan serba kurang agar menjawabnya:

Bayi perempuan saya berumur 5 bulan dan saya ingin tahu tempoh awal melengkapkan penyusuan, adakah ia tidak diberi makanan selain susu untuk tempoh dua tahun? Dan saya juga berharap yang membolehkan saya ya tuan, adalah untuk menyeru suami saya dan saudara-saudara saya di negara ini, dan bagi saya dengan kemuliaan diri tuan yang bersih dan suci, bahawa tuan ahli semua yang terbaik. Segala puji bagi Allah semata-mata.

Penghantar: Umm Zainab – Maghribi

بسم الله الرحمن لرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
                                  
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                             
Segala puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.

Anda boleh memberi dia makanan dan Allah memberkati anda padanya, tetapi adalah makruh (dibenci) bagi ibu yang menyusukan bayinya dari susunya ketika dia hamil, dan saya bermohon kepada Allah memberikan anda kejayaan bagi semua yang baik dan menjauhkan anda segala yang jahat di dunia dan di akhirat, dan Allah memberikan pertolongan kepada anda dengan pertolongan yang bernilai dan pertolongan anda kepada agamaNya.


Ahmad Al-Hassan
                    

✡✡✡✡✡



Soalan 264: Faedah Atas Simpanan Bank

Soalan 264: Saya menyimpan wang di bank Sweden. Pada akhir tahun bank memberi faedah atas simpanan dan kemudian saya menghantar faedah itu ke Iraq, iaitu fakir miskin Iraq, untuk mengelakkan riba, saya tahu saya tidak mendapat pahala, tetapi saya mahu lari (berlindung) dari riba; untuk makluman bahawa saya terpaksa menyimpan wang di bank untuk mengelakkannya daripada kecurian, adakah saya betul atau salah?

Laits Salman – Sweden

Jawapan:
         
بسم الله الرحمن لرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
                                  
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                             
Segala puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.

Riba terjadi di antara orang-orang mukmin dengan orang mukmin dan muslim yang tidak bermusuh dengan keluarga Muhammad dengan perkataan atau perbuatan, tidak terjadi riba di antara muslim dengan bukan muslim, Faedah yang diberikan oleh bank yang dinyatakan adalah milik anda, dan anda boleh membelanjakan untuk diri anda atau bersedekah atau untuk melakukan apa sahaja yang anda mahu atas redha Allah dan digunakan dan diberi ganjaran atas sedekah anda; kerana ia wang milikinya dan disedekahkannya.


Ahmad Al-Hassan
                    

✡✡✡✡✡





Tiada ulasan: