Jumaat, 28 Ogos 2015

Soalan 431-434:



Soalan 431-434:
Soalan 431: Wuduk dan Al-Quran
Soalan 432: Tiada Khums Di Zaman Ghaibah Kubra
Soalan 433: Golongan Yang Sesat, Dan Kesalahan-Kesalahan Dalam Agama:
Soalan 434: Jika Tiada Doktor Wanita



Soalan 431: Wuduk dan Al-Quran

السلام عليكم.
Apakah dalil berwuduk sebelum membaca Al-Quran?

Dihantar oleh: Al-Istisyraqiy - Basrah / Iraq

Jawapan:
       
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Untuk membaca Al-Quran tidak disyaratkan berwuduk, dan anda boleh membaca Al-Quran dan ia dalam keadaan tidak suci, tetapi menyentuh tulisan Al-Quran disyaratkan bersuci (berwuduk).

Dia SWT berfirman:

﴿لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ﴾

tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. [42 Al-Waqi3ah 56:79],

Makna zahir ayat di dalam Al-Quran ini adalah untuk mengelakkan perbuatan tidak sopan dengan menyentuh tulisan Al-Quran dalam keadaaan tidak suci.

                            
Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Hijjah / 1431
                  
                  
✡✡✡✡✡


Soalan 432: Tiada Khums di zaman Ghaibah Kubra

Adakah Halal Khums bagi Syiah di zaman Ghaibah Kubra? Dengan sumber yang boleh dipercayai.

Salam.

Dihantar oleh:: Al-Syed ‘Irfan Kadzimi

Jawapan:
       
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Tiada sesiapa yang berhak untuk memungut Khums yang dikhaskan kepada Imam (as) kecuali Imam (as) (itu sendiri) atau dari yang dizinkan Imam (as), iaitu Imam (as) tidak memberi kuasa kepada sesiapa pun untuk memungut Khums bagi pihaknya, sesiapa pun tidak berhak atas mereka yang mendakwa secara Fiqh untuk memungut wang (harta) yang dikhaskan kepada Imam. Ia kemudian menjalankannya pada masa itu dengan apa yang didakwanya itu adalah diredhai olehnya (Imam), dan tahukah mereka apa yang diredhainya (as)?!


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Hijjah / 1430 H
                  
                  

✡✡✡✡✡


Soalan 433: Golongan Yang Sesat, Dan Kesalahan-Kesalahan Dalam Agama

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

Saudara yang dikasihi, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih untuk menjawab soalan-soalan saya ini:

1. Saya ingin bertanya kepada Imam Zaman (wa Ibn 3ammiy), Al-Syed Ahmad Al-Hassan (Semoga Allah menempatkannya di bumi) bagaimana bentuk (keterangan) solat yang betul, dan apakah golongan yang sesat, dan apakah kesalahan-kesalahan dalam agama yang perlu saya elakkan?

Maksudnya saya ingin pesanan yang sempurna dan lengkap bagi urusan dunia dan akhirat saya yang ada di hadapan saya, dan Salam hormat.

Dihantar oleh: Al-Badar - Arab Saudi

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                             
Semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu semua yang baik dan menjauhkan dari semua kejahatan. Solat dan keterangannya ada di dalam Kitab Al-Syarai’3, dan telah diterbitkan. Jika anda mempunyai soalan dalam hal Solat dan tidak menemukan jawapan dalam Kitab Al-Syarai’3 itu, anda boleh menghantar soalan anda, dan kemudian, Insya-Allah, saya akan menjawabnya.

Mengenai persoalan siapa yang telah sesat, ketahuilah Allah akan memberi bimbingan dan hidayah kepada kamu. Jika sesiapa yang menjauhkan diri dari Khalifah Allah dan tidak mencontohi (memperhitungkan) sebagaimana malaikat Allah bersujud, maka dia tidak dapat tidak dikira (diperhitungkan) sebagaimana Iblis dan tenteranya yang menentang Khalifah Allah, seperti yang telah diucapkan oleh Al-Shadiq (as):

Bahawa agama dan permulaan agama adalah seorang lelaki. Lelaki itu diyakini, diimani dan menjadikan dia imam umat dan penduduknya di zamannya, sesiapa yang mengenali dia akan mengenal Allah, dan sesiapa yang mengingkari dia adalah mengingkari Allah dan agamaNya. Dan sesiapa yang jahil terhadapnya akan jahil terhadap Allah, agamaNya, sempadan-sempadan Syari’atNya dengan ketiadaan Imam seperti itu yang menjadi punca untuk terus mengenali lelaki yang memegang agama Allah dan mengenali wajahnya (dirinya) adalah makrifah untuk meneguhkan pengelihatan untuk mengenali agama Allah dan menghubungkan mereka kepada makrifah (mengenali) Allah) [43].

Anda boleh mengenal Khalifah-khalifah Allah dan dengan mereka untuk menghadap kepada Allah sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT anda akan terus hidup dan berjaya, Insya-Allah, dan pengetahuan (makrifah) yang terbaik adalah pengetahuan (mengenali) Khalifah Allah, kerana ia menghubungkan anda kepada mengenali (makrifah) Allah dan kerajaan langitNya (Malakut Samawaat), dan amalan yang terbaik adalah memimpin manusia kepada kebenaran, maka kerana itulah Allah membimbing anda sebagai manusia kepada kebenaran, ia lebih baik untuk anda daripada kenyataan harta dunia. Semoga Allah memberi petunjuk (kejayaan) kepada kamu semua yang baik-baik.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Hijjah / 1430 H

                  
                       
 ✡✡✡✡✡
                                          
______________________________
[43] Bashair Al-Darajaat - Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaffar: halaman 549, Mukhtashar Bashair Al-Darajaat - Al-Hassan bin Sulaiman. Al-Hilliy halaman 82..




Soalan 434: Jika Tiada Doktor Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

السلام عليكم يا أنصار الله ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu wahai ansar Allah rahmat Allah serta keberkatanNya

Apa hukum seorang wanita yang pergi berjumpa doktor lelaki, apabila tidak ada doktor wanita di dalam bidang yang sama?

Allah memberikan anda kejayaan dan kerana mendokong Al-Qaim Aali Muhammad (as).

Dihantar oleh: Narjis – Iraq

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                             
               
Jika disertai dengan rawatan adalah dilarang contohnya seorang doktor ingin melihat pada sesuatu yang tidak boleh dipandang pada tubuh badan wanita dan tidak boleh menyentuhnya melainkan dalam keadaan yang terdesak.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan
Akhir Shafar / 1430 H
                  
                  
                  
✡✡✡✡✡
                                          



Tiada ulasan: