Sabtu, 29 Ogos 2015

Soalan 450:

Soalan 450:
. السلام عليكم

Apakah hikmah Solat Subuh dua rakaat dan Solat Dzohor dalam empat rakaat, dan apakah hikmah bacaan tidak secara jihar (kuat) dalam Solat Dzohor.

Saidi wa Maulai, saya berharap tuan doakan untuk bapa saya sembuh dari penyakit kencing manis dan doakan untuk kami semoga Allah meneguhkan kami dalam mengasihi tuan, Ya Imam Saidi wa Maulai saya kurang mengetahui dan tidak tahu apakah tugas tanggungjawab saya dan saya tidak berpendidikan dan buta huruf.

Dihantar oleh: Ali – German

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                   
Persoalan tentang sebab untuk bacaan secara jihar (kuat) dan khafi (perlahan) telah dijawab sebelum ini, dan saya bermohon kepada Allah semoga untuk membantu dan membimbing anda, dan semoga Allah menyelamatkan bapa anda kebaikan di dunia dan akhirat serta menyembuhkannya dan mengurniakannya kesejahteraan, dan anda, Insya-Allah, tidak kurang, tetapi kebaikan seluruhnya dengan menetapkan dengan mengenal kebenaran dan mendapat petunjuk bimbingan Allah dan menjadikan kamu sentiasa menyokong kebenaran dan dalam setiap keadaan.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Ahmad Al-Hassan
Akhir Shafar / 1431 H



✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: