Soalan
236:
بسم الله الرحمن لرحيم،
اللهم صل على محمد وعلى محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Ya
Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan
Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam
atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
Segala
pujian dan terima kasih bagi Allah, walaupun saya tidak melihat bahawa saya
layak dan Allah membenarkan saya mengenal tuan, juga [tidak layak] Allah
memberkati saya terhadap urusan tuan, tetapi Dia, SWT, adalah tidak ditanya
tentang apa yang dilakukanNya, dan kepada-Nya pujian.
Saidi
wa Maulai, saya mohon kemaafan pada Tuan, izinkan saya bertanya beberapa
soalan:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، وصلى الله عليك وجزاك الله خيراً
وشكراً.
Salam
atas tuan dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya, dan semoga Allah menghantar
Selawat kepada tuan dan memberi ganjaran kepada tuan dengan kebaikan, dan
terima kasih.
Pengirim:
Abu Ali
Jawapan:
(di susun turutan soalan dan jaeapan)
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد
وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
1
- Mengapa tuan katakan terhadap Zaid bin Ali ucapan “(rahimahu Allah)”?
Jawapan
Soalan 1:
Saya katakan apa yang para Imam (as) telah katakan, mereka mendoakan rahimahu
Allah atasnya.
2
- Tuan berkata mengenai Syeikh Al-Mufid, kerana saya telah memahami bahawa tuan
telah mendoakan rahimahu Allah atasnya", tetapi sebelum itu
tuan menyebut bahawa beliau telah lupa Alam Zharr, dan tuan menyebut ayat
celaan:
﴿نَسُوا اللَّهَ
فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ﴾
[Mereka
lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka
sendiri.]
Jadi
apakah makna doa rahimahu Allah tuan kepadanya"?
Jawapan
Soalan 2: Rahimahu
Allah ke atas Syeikh Al-Mufid, kerana walaupun dia membuat kesilapan dalam
beberapa perkara, ini tidak bermakna dia telah keluar dari Al-Wilayah, bahkan,
dia dilahirkan dan hidup dan mati atas Wilayah Al-Aimmah (as). Dan mereka, (salam
Allah 3alaihim) yang telah ditugaskan kepada orang-orang di zamannya supaya
berwalikan dengan Wilayah mereka, maka semua yang mati atas Wilayah mereka
adalah daripada ahli syurga.
3
- Apakah makna tuan mendoakan "rahimahu
Allah" kepada pengarang buku Al-Syarai3, dan tuan berkata kira-kira bahawa
dia adalah Qashir (tidak matang), dan tidak sistematik (Muqashshir), pada apa
yang diriwayatkan daripada bapa-bapa tuan yang mulia dengan apa yang
dimaksudnya bahawa [seseorang itu perlu] berhenti dalam keadaan tiada ketegasan
dan keyakinan (qath3i wa al-yaqin), dan kembali kepada petunjuk Imam-Imam dalam
keadaan tidak mengetahui apa yang dimaksudkan?
4
- Apakah makna tuan tuan mendoakan "rahimahu Allah" pada tiga ulamak
Ushuli, Al-Khomeini dan dua lagi Al-Shadr, walaupun mereka telah menyimpang
dari minhaj (jalan) Ahlul Bayt dengan Uhsul dan 3ilm Al-Rijal ([kajian perawi
hadits]) dan lain-lain bid’ah. Jadi apakah aspek yang menjadikan mereka ulamak
yang beramal?
Jawapan
Soalan 3 dan 4:
Semoga Allah memberi rahmat kepada anda, jika Allah menghakimi manusia dengan
Adil tiada siapa yang akan masuk syurga. Bagi Syeikh (rahimahu Allah), dalam
Fiqah, berhubung dengan had-had undang-undang bahawa mereka telah membimbing
Syiah mereka untuk beramal dengannya dan dari mereka melalui riwayat-riwayat
mereka. Sebagai contoh, dalam satu riwayat yang dipersetujui oleh mereka yang berbeza
pendapat yang telah dikeluarkan mengenai Taqiyyah, mereka (as) berkata: persefahaman
adalah dalam perbezaan pendapat mereka [66]. Dan juga seperti kata-kata
mereka (as): Kamu boleh ambil mana-mana daripada pintu penyerahan kami dalam
tanganmu [67]. Dan tidak menolak riwayat-riwayat mereka mengikut
keinginan atau mengikut perkara-perkara yang Allah tidak turunkan sebarang
kuasa, seperti Sanad atau kaedah-kaedah akal (Al-Qawa'id Al-'Aqliyah). Syeikh
itu memang silap dalam beberapa hal [perkara] berbanding dengan banyak kesilapan
orang lain di dalamnya. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang selagi mereka
mengakhirinya dalam Wilayah Al-Thahirin (as) dan tidak mengingkari Imamah
mereka (as), kerana sesiapa yang mati atas Wilayah Khalifah Allah di bumiNya
pada zamannya dia adalah dari ahli Syurga Insya’ Allah dan dia tidak kekal di
neraka selama-lamanya, walaupun memikul Al-Kaba'ir (dosa-dosa besar).
5
- Tuan, tuan telah berkata, mengikut apa yang saya ingat, yang bermaksud bahawa
"sesiapa yang mencari saya akan dibinasakan". Tetapi sesiapa yang mencari
Imam Al-Mahdi adalah di atas kebenaran, tetapi tidakkah tuan juga seorang Imam dan
seorang anak Imam dan Hujjah Allah? Jadi bagaimana orang yang mencari tuan akan
binasa? Juga, tidakkan tuan menyeru ke arah diri tuan, Ya Saidi? Jadi apakah
maksud kata-kata Imam Al-Baqir di dalam riwayat Al-Yamani (as): (Ia menyeru ke
arah kebenaran dan ke jalan yang lurus. Dan dia menyeru kepada Empunya kamu.).
Jadi bagaimana seruan kepada Empunya kami, dan dia adalah Imam Al-Mahdi, dan
apa yang kita lihat ialah seruan terhadap diri tuan yang mulia?
[Tiada
jawapan pada Soalan 5]
6-
Kami telah mendengar bahawa tuan meminta kami untuk membaca buku-buku 'Alim Subaith
Al-Nailiy, tetapi tidak semua yang dikatakan Al-Nailiy selari (secucuk) dengan
kata-kata tuan, Saidi, tafsiran dan pandangan tuan menurut keyakinan dan diri
dengan Roh seperti yang saya dengar dari bacaan tuan, tetapi minhaj Al-Nailiy dalam
Al-Qashadiyah tidak mengatakan perkara yang sama pada pendapat saya?
Jawapan
soalan 6:
Mungkin orang yang menyampaikan kepada kamu bahawa saya suruh baca kitab-kitab Al-Nailiy
(rahimahu Allah), telah terkhilaf memberi penjelasan kepada anda untuk
membacanya agar kamu tahu dan membezakan yang haq dari yang batil, dan [bagi] mencari
kebenaran dan menyelidik dan bukan [untuk] menerima semua yang Al-Nailiy katakan.
Dan saya telah memberikan beberapa orang ansar senarai yang sangat panjang kesilapan-kesilapan
Al-Nailiy (rahimahu Allah) yang terdapat di dalamnya.
Ringkasnya
saya katakan kepada kamu: Al-Nailiy melanggar banyak dalil-dalil pendekatan mereka
yang batil, tetapi dia telah meletakkan peraturan pada dirinya, dan dia mahu berhukum
dengan Al-Quran dan riwayat-riwayat Aali Muhammad dengan undang-undang itu, dan
undang-undangnya tidak menyalahi sehingga membuangnya sebagaimana mereka (yang lain)
telah lakukan. Mereka tidak membezakan hasil pendekatan Al-Nailiy dengan hasil mereka
yang telah mendahuluinya. bahkan kedua-dua mereka menyalahi manhaj (pendekatan)
Ilahi, maka akhirnya Al-Nailiy berkisar dengan meletakkan kritikan dari arah (aspek)
lain. bahkan akhirnya dia menjadikan dirinya hakim kepada Kalam Allah dan hakim
kepada kata-kata maksumin (as). Dia juga menjadikan dirinya penggubal hukum
berdasarkan Al-Quran, dan segala sesuatu yang menyalahi undang-undangnya adalah
batil. Oleh itu, beliau menjadikan dirinya hakim kepada Imam-imam (as), dan menjadikan
dirinya mengikut pendekatannya, bahawa dia lebih berilmu daripada para Imam dan
lebih arif daripada mereka mengenai tafsiran dan makna Al-Quran. Dan Alhamdu Lillah
yang telah memberkati kematiannya dan dia keluar dari dunia ini dalam Al-Wilayah.
7-
Saidi, tuan telah berkata di dalam Kitab Al-Syarai3 yang tempoh perkahwinan
mut'ah sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi ia bertentangan dari bapa-bapa tuan dalam
perkara itu kerana ada tempoh satu jam dan dua jam? Jadi bagaimana pula begitu?
Jawapan
Soalan 7: Hukum-hukum
Syari’ah boleh dimansukhkan, semoga Allah memberi rahmat kepada anda. Dan
bagaimana mudah apa yang anda luahkan, kerana memang akan datang banyak lagi yang
jauh lebih besar. Bagi Perkahwinan Sementara, telah disahkan oleh para Imam;
kerana ia adalah syari’at Ilahi dan mereka mahu ia kekal dan tidak hilang.
Sebaliknya, walaupun telah disahkan ia adalah Mustahab (sunat), ini adalah
sebab bahawa untuk menghidupkan semula Syari’ah yang mahu dihapuskan oleh penzalim
taghut dan syaitan. Bagi hari ini, perkara itu adalah berbeza, untuk Perkahwinan
Sementara diperteguhkan dan diberitahu kepada manusia yang melanggarnya dan untuk
disesuaikan. bahkan, dalam banyak masalah ia adalah penyelesaian kepada masalah
akhlak masyarakat (sosial dan moral), jika manusia menerima apa yang saya telah
berikan pada tempoh iaitu 6 bulan, dan mempunyai saksi-saksi, atau mengumumkan
perkahwinan itu, untuk ini, sesungguhnya, menjamin hak wanita dan anak-anak dan
tidak akan dijadikan wanita barangan murahan hanya untuk memenuhi keinginan
sahaja.
8-
Saidi, tuan telah sampaikan dengan mengatakan bahawa Maryam Al-Majdaliyah (Mary
Magdalene) adalah perempuan jahat tetapi dia bertaubat, tetapi Al-Quran
mengatakan dalam kalangan Maryam
(وما كنت بغيا)
(dan
saya bukanlah perempuan jahat) [62]. Jadi bagaimana boleh begitu?
Jawapan
Soalan 8: Maryam
Al-Majdaliyah (Mary Magdalene) bukan Maryam binti Imran (as) ibu kepada Isa
(as).
9-
Saidi, tuan telah sampaikan dengan mengatakan bahawa bahawa kubur Al-Zahraa’
(as) adalah di Al-Baqi', tetapi ia telah diriwayatkan daripada Imam Al-Redha
(as) di dalam Al-Kafi bahawa kuburnya adalah di dalam rumah sendiri dan Masjid
Nabi [63]. Jadi bagaimana boleh begitu?
Jawapan
Soalan 9:
Hadith ini, dan hadith-hadith yang lain seperti itu, disepakati kata-katanya
oleh masyarakat umum dan di kalangan mereka yang berbeza pendapat, dan mereka
telah berkata bahawa untuk membatalkan kenyataan bahawa Fatimah mahu
menyembunyikan tempat makamnya bagi menunjukkan kezaliman telah dilakukan ke
atas dirinya. Jadi ia terletak di dalam rumahnya bererti dia tidak mahu
menyembunyikannya. Dan itulah tujuan yang mereka kehendaki.
Adapun
kata-kata Imam Al-Redha (as) dan para Imam (as) kepada orang-orang dari
kalangan Syiah mereka yang selalu bertanya tentang tempat makam Fatimah (as)
untuk melakukan ziarah, mereka (as) akan membimbing mereka itu untuk ziarah Fatimah
(as) di dalam biliknya, dan mereka tidak pernah mengisytiharkan bahawa itu kuburannya,
tetapi orang-orang yang mendengarkannya membayangkan bahawa kubur itu ada di
dalam bilik kerana para Imam berkata ziarahlah di dalam biliknya itu dan mereka
(as) menunjukkan kepada mereka tempat bilik tersebut.
10-
Saidi, berkenaan dengan kebangkitan (al-qiam), telah disebutkan kepada saya
oleh seorang dari mereka bahawa Al-Qa'im tidak mundur panji-panjinya, jadi
bagaimana pula tuan dikalahkan dan mengapa ansar (rahimuhum Allah) telah mati
syahid?
Jawapan
Soalan 10:
Adakah saya dan Ansar tidak mempunyai persamaan dengan Al-Hussein (as)? Ada
kamu membaca Lauh (papan bertulis - pent.) yang Allah (AWJ) telah khabarkan
kepada Rasulullah (S), keluarga Rasulullah (as) dan kepada
Fatimah (as) keadaan Al-Qa'im dan sahabatnya ditulis di dalamnya:
(بسم
الله الرحمن الرحيم؛ هذا كتاب من الله العزيز العليم لمحمد نوره وسفيره وحجابه
ووليه، نزل به الروح الأمين من عند رب العالمين. عظم يا محمد أسمائي واشكر نعمائي، ولا تجحد
آلائي. إني أنا الله لا إله إلاّ أنا قاصم الجبارين، ومذل الظالمين وديان (يوم)
الدين، إني أنا الله لا إله إلاّ أنا فمن رجا غير فضلي أو خاف غير عدلي (وعذابي)
عذبته عذاباً لا أعذبه أحداً من العالمين، فإياي فاعبد وعلي فتوكل، أني لم أبعث
نبياً فأكملت أيامه وانقضت مدّته إلاّ جعلت له وصياً، ...........
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha
Penyayang; Ini adalah Kitab dari Allah Al-3aziz Al-3alim kepada Muhammad
cahayaNya dan duta-Nya dan hijab-Nya dan Wali-Nya, yang diturunkanNya dengan Ruh
Al-Amin dari Tuhan sekalian alam. Agungkanlah Wahai Muhammad, Nama-Ku dan syukurilah
Nikmat-Ku dan janganlah diingkari nikmat-nikmatKu. Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku,
Dia yang menghancurkan yang sombong dan menghina para penzalim dan menetapkan hari Agama.
Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Maka sesiapa yang mengharap
selain daripada keutamaan-Ku atau takut selain daripada keadilan-Ku (dan azab-Ku)
Aku akan menyiksa dia dengan azab seksaan yang saya tidak pernah diseksa
sesiapa pun di seluruh alam. Maka sembahlah Aku dan bergantunglah (bertawakkal)
kepada-Ku. Sesungguhnya, Aku tidak pernah mengutus Nabi dan Aku sempurnakan
hari-harinya dan Aku tidak lalukan penyebarannya melainkan Aku jadikan untuknya
washi .........
Kemudian
itu disempurnakan perkara itu pada anak baginda menjadi rahmat bagi semesta
alam. Padanya ada kesempurnaan Musa, keindahan Isa, dan kesabaran Ayub. Akan dihina
Auliak-Ku di zamannya. Kepala-kepala mereka akan dilambung-lambung seperti kepala-kepala
orang-orang Turki dan Dailam, mereka akan dibunuh dan mereka akan dibakar, dan
mereka akan menjadi terkejut ketakutan dan mengerikan, Bumi akan dicelup dengan
darah mereka, dan akan menzahirkan kecelakaan dan suara sedih di kalangan isteri-isteri
mereka. Mereka adalah Auliak-Ku yang sebenar. dengan mereka Aku menolak (dan mengangkat)
semua Fitnah buta kerana kegelapan, dan dengan mereka Aku dedahkan gempa bumi,
menolak jauh kesan-kesan dan belenggu. Kepada merekalah Selawat dari Tuhan
mereka dan rahmatNya dab mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk) [68]
Inilah
yang telah dijanjikan Allah pada kami dan Rasul-Nya, benarlah Allah dan
Rasul-Nya, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Dan wahai sesiapa
yang nikmatnya dijadikan sepertikan Al-Hussein dan keluarganya, terbunuh dan
ketakutan. Dan wahai sesiapa yang dumalukan atas fuqahak jahat yang dijadikan seperti
Yazid dan tenteranya, pembunuh dan penzalim.
11-
Saidi, dakwah tuan adalah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran terhadap
para penguasa, tetapi kami telah diberitahu dari bapa-bapa tuan yang berurusan
dengan penguasa. Jika kamu bersama dengan cemetinya terbukti tidak betul, dan
juga ia disebutkan dalam satu riwayat bahawa tidak ada ganjaran bagi orang yang
berurusan dengan (dengan penguasa) adalah bencana punca kehancuran. Jadi bagaimana pula begitu?
Jawapan
Soalan 11: Maka
apakah yang dilakukan Al-Hussein (as), semoga Allah memberi rahmat kepada kamu?
Ketahuilah bahawa bagi setiap Imam ada kitab (tulisan) dan mereka bekerja
dengan yang ada di dalamnya.
12-
Saidi, tuan telah berkata bahawa matahari adalah Al-Rasul Muhammad (S), dan
bulan adalah Ali (as), jadi apakah lautan dan sungai-sungai, apa tamsilnya, dan
apakah perumpamaan bagi Imam-imam pada buah-buahan, serangga, garam, dan pada kopi,
dan apakah angin dan tiupan bayu? dan apakah ikan paus?
Jawapan
Soalan 12:
Beliau, Allah SWT berfirman:
﴿مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ *
..... يخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ﴾
{Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian
bertemu, ..... * Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.} [69 Al-Rahman 55: 19 dan 22]. Dua laut
dalam ayat ini adalah Ali dan Fatimah, dan mutiara dan karang adalah Al-Hassan
dan Al-Hussein serta para Imam dan Mahdi-mahdi (as) [70]
13-
Saidi, tuan telah berkata bahawa Wilayah Al-Faqih adalah Wilayah Furu’eiyah
(pecahan – cabang) selain daripada Wilayah Imam-imam, dan bahawa Al-Faqih (ulama)
mempunyai Kuasa mutlak untuk mengawal diri dan wang orang-orang beriman dan
bahawa dia mengeluarkan Fatwa untuknya dan menjadi hakim memutuskan sesuatu di
antara orang-orang mukmin mengikut apa yang ia lihat. Tetapi dari manakah Al-Faqih
(ulama) mendapatkan ilmu tentang perkara-perkara baru dan perkara-perkara yang
tidak diketahui? Bukankah ini dianggap amalan dengan sangkaan dan pendapat? Dan
adakah apa-apa bukti dari Al-Quran atau diriwayatkan daripada bapa-bapa tuan
yang menjelas perkara ini?
Jawapan
Soalan 13:
Jika ini adalah fahaman anda maka pemahaman anda adalah salah.
14-
Saidi, adakah Imam-imam itu tuhan-tuhan (Ilahah) yang dikaitkan dengan Allah
dan rab-rab (Arbab) dikaitkan dengan Allah? Dan adakah Imam-imam telah mengajarkan
perkara ini pada Syiah mereka dengan melarang dari menunjukkannya dengan bertaqiyah,
dan adakah Mahdi-mahdi seperti itu?
Jawapan
Soalan 14:
اشهد أن لا إله إلاّ الله وحده لا شريك له إلهاً واحداً أحداً فرداً
صمداً لم يتخذ صاحبة ولا ولداً
Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah
dan bahawa Dia tidak mempunyai rakan-rakan, KeesaanNya tiada sekutu baginya, Tuhan
Yang Maha Esa Esa lagi Tunggal Maha Kaya (sempurna), tidak mengambil pasangan
mahupun anak.
Ketuhanan
Al-Uluhiyah dan Al-Rububiyah mutlak adalah milikNya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi
(jauh Dia) daripada apa yang dikatakan oleh orang-orang musyrik. Insya Allah,
anda akan mendapat keterangan ini secara terperinci dalam Kitab Tafsir Surah Al-Tauhid, saya telah menulisnya
beberapa tahun yang lalu dan beberapa orang-orang ansar telah membacanya dan
saya akan menerbitkannya Insya’ Allah apabila saya dapati syarikat yang mahu membawanya
dan pada masa datang [71]
15-
Saidi, adakah pengikut-pengikut Zaydiyah, Isma'iliyah, Bahaa'iyah dan mereka yang
lain termasuk Nawasib (Nasibi adalah orang yang membenci Ahlul Bayt (as) dan
Syiah mereka)?
Jawapan
Soalan 15:
Nasibi adalah orang yang tumpuannya bermusuh terhadap salah seorang khalifah
Allah di atas bumi-Nya atau terhadap pengikut yang beriman kepadanya; kerana
mereka percaya dengannya. Maksud ini boleh terpakai bagi banyak contoh.
Bagi
Isma'iliyah dan Zaydiyah; keadaan kebanyakan daripada mereka hari ini jauh
daripada memiliki permusuhan, sehingga anda tidak boleh menuduh seorang pun
dari mereka Nasibi (bermusuh) kecuali jika sesuatu dari mereka menunjukkan
mereka memiliki permusuhan.
Bagi
Bahaa'iyah: Begitu juga, dan mereka adalah sesat lagi menyesatkan seperti yang
lain daripada mereka menjadi bermazhab-mazhab.
16-
Saidi, apakah hikmah tuan dalam menggunakan istilah-istilah Sufi dan falsafah
seperti Qus Al-Shu'ud (Lengkung Menaik) dan Qus Al-Nuzul (Lengkung menurun),
dan Al-Fana’ (lenyap), dan lain-lain bagi menerangkan ilmu dan hikmah? Tidakkah
tuan mempunyai ilmu Nurani, penerangan (Al-Bayan) Nurani, kata-kata haq dan hujjah
yang bernas (Al-Bahirah)?
Jawapan
Soalan 16:
Apa yang saya telah perkatakan adalah kebenaran itu sendiri seperti yang Tuhan
tunjukkan kepada saya, jadi sesiapa yang mahu beriman biarlah dia beriman dan
melihat kebenaran (hakikat) dalam kerajaan Langit (Malakut Al-Samaawat).
17-
Saidi, tuan telah menafikan pengajaran bahasa Arab dan Tatabahasanya, tetapi mengapakah
apa yang telah diriwayatkan dari Amir Al-Mukminin (as) beliau mengajar
Tatabahasa kepada Abu Al-Aswad Al-Da’uli?
Jawapan
Soalan 17:
Saya tidak pernah menolak atau menghalang sesiapa daripada belajar bahasa Arab,
dan ada ansar mereka yang terdiri dari pensyarah universiti dan mengajar bahasa
Arab. Sebaliknya apa yang saya katakan adalah bahawa aruhan (pengaruh) Tatabahasa
yang kadang-kadang membawa kesilapan, jadi orang tidak boleh menganggapnya
sebagai satu peraturan bagi mereka menilai Al-Quran dan kata-kata para nabi dan
aushiak, jika tidak, mereka mengakui bagi orang-orang Kristian yang telah mengenepikan
Al-Quran melalui kaedah-kaedah tatabahasa bahasa Arab yang telah diletakkan
[oleh manusia]
Dan
jika anda mengetahui bahasa Arab, anda akan mendapat lebih daripada satu
sekolah Tatabahasa, dan di setiap sekolah terdapat Tatabahasa sendiri yang
berbeza daripada sekolah lain. Jadi yang mana satu dari mereka adalah benar dan
yang mana satu dari mereka adalah ilusi dan salah? Bahkan beberapa ulama Syiah
gemar menyelewengkan Al-Quran kerana perbezaan pendapat terhadap beberapa
peraturan tatabahasa dan jalan bahasa yang ditetapkan, Dan anda boleh melihat Kifayat
Al-Usul oleh Al-Ikhwand Al-Khurasani dan diulas oleh Al-Misykiniy ke atasnya,
di mana Al-Misykiniy mengulas Al-Ikhwand itu gemar memutarbelitkan Al-Quran pada
maknanya: (Seperti anggapan yang ditunjukkan banyak akhbar), dan anggapan yang
dimaksudkannya adalah perbezaan pendapat pada Al-Quran yang berada di tangan
orang-orang yang melanggar peraturan tatabahasa dan jalan bahasa dan kata-kata
yang panjang tentang peraturan bahasa Arab.
Dan
adalah diketahui, bahawa orang-orang Arab bercakap kebanyakannya dengan menggunakan
bahasa Fusha (bahasa Arab klasik Al Quran), daripadanya adalah penggunaan bahasa
(Lughah Ta3amil) "Lima Kata Kerja" (Al-Af3al Al-Khamsah) pada perkara
Al-Nashbun, Al-Jazmun, Al-Raf3un dengan perbezaan apa yang menetapkan kaedah-kaedah
bahasa yang sempurna. Mengenai Amir Al-Mukminin (as) pada perkara penyusunan kaedah-kaedah bahasa
Arab maka kata-kata ini tidak benar dan ia tiada kaitan dengan kebenaran. Dan
jika anda percaya bahawa ini adalah untuk memuji Ali (as), maka pujian untuk Ali
adalah lebih besar dari pujian ini.
18-
Saidi, apakah hikmah mengarang buku "Penutup Kenaban"
(Al-Nubuwah Al-Khatimah)?
Jawapan
Soalan 18:
Apa yang saya harapkan dari Allah supaya Dia menerima kerja saya yang sedikit daripada
saya untuk menyampaikan kepada penciptaan (makhluk) apa yang memperkenalkan
saya kepada Yang Maha Suci, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk kepada
kebenaran dan mengetahui kebenaran.
19-
Saidi, saya mengtahui daripada tuan bahawa hikmah adanya tafsiran (takwil)
Al-Quran ialah keperluan untuk Imam dan makrifah Imam, tetapi apakah manfaatnya
wujud tafsiran (takwil) asalnya?
Jawapan
Soalan 19:
Sila baca apa yang saya telah tulis mengenai Muhkam dan Al-Mutashabih
dengan berhati-hati
supaya keterangannya menjadi lebih jelas kepada anda [72]. Dan ketahuilah bahawa
Allah tiada sesuatu yang serupa denganNya, dan kata-kata-Nya tidak serupa
dengan perkataan penciptaan (makhluk), maka perkataan Allah SWT tidak terikat
dengan masa atau ruang, dan bahkan Dia ada pada setiap masa dan pada semua
tempat, dan yang menggerakan perjalanan matahari dan bulan di Alam Jasmani ini
[73], dan Dia adalah untuk semua Alam-alam.
20
- Saidi, telah disebut dalam riwayat bahawa syaitan hadir dalam rukya (mimpi) Fatimah Al-Zahraa’
(as) bahawa Nabi (S) dan Ali (as) dan kedua Al-Hassanan
(as), menurut apa yang saya ingat [64]. Bagaimana syaitan boleh
berbuat demikian? Bukankah malakut Allah di tangan Allah? Dalam tafsiran
Kebawah, Dia SWT berfirman:
﴿إِنَّمَا النَّجْوَى مِنَ
الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ الَّذِينَ آمَنُوا﴾
{Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan,
supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita.} [65 Al-Mujadilah 58:10].
Dan juga, apakah makna rukya (mimpi) bukan Syiah, seperti Ahli
Sufi dan Sunni melihat Nabi (S), dan terdapat
banyak rukya (mimpi) diriwayatkan
daripada mereka, bahkan juga secara kasyaf, jadi bagaimana mungkin bahawa
Rasulullah (S) datang kepada mereka
atau dimisal kepada mereka padahal mereka berada di atas kebatilan. Dan juga Syiah
Ushuli mempunyai rukya (mimpi) melihat para
Imam walaupun mereka di atas kesesatan. Bolehkan tuan menyembuhkan hati kami dengan hembusan jawapan yang
memuaskan lagi menyegarkan, Maulai?
Jawapan
Soalan 20:
Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam
(as). Ini adalah kata-kata para Imam (as) dan bukan hanya kata-kata saya, dan
ia bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi Allah melaknat kebencian orang yang buta
dan segala rahsia kejahatan yang dilakukan oleh ulama yang tidak beramal pada
hari ini yang mengatakan dengan kejahatan kata-kata dan mendakwa bahawa
syaitan menyerupai Rasulullah Muhammad
(S) dan para Imam (as) [74]
Kepada
soalan anda mengenai rukya (mimpi) Al-Zahraa' (as), adakah anda percaya bahawa
syaitan mengetahui perkara yang ghaib dalam usaha untuk dia melihat yang ghaib,
sesungguhnya Allah SWT berfirman:
﴿فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ
الْجِنُّ أَن لَّوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ
الْمُهِينِ﴾
{Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa
kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap
dalam siksa yang menghinakan.} [75 Saba' 34:14].
Maka tiada apa yang tinggal kecuali satu perkara: bahawa Syaitan
melemparkan pada akhir rukya (mimpi) dalam perkara ini yang merupakan kematian Al-Rasul
Muhammad (S), dan sejak adanya pelindung bersamanya, dan baginda adalah Rasul
Allah Muhammad (S), maka Allah memberi kuasa kepada baginda (S) supaya dia memperjelaskan kepadanya (as) bahawa sesungguhnya
suara yang dia telah dengar di akhir rukya (mimpi) bukan dari rukya (mimpi),
sebaliknya ia adalah dari syaitan yang mahu dia rasa sedih
dengannya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
21-
Saidi, Tuan telah menyebut dalam Kisah Pertemuan pada ziarah tuan ke kubur para
Imam dan makam-makam mereka. Apakah makna membentuk bahagian yang penting dalam
hidup tuan dan ia adalah satu peringkat yang penting, apakah maknanya?
Jawapan
Soalan 21:
Sesungguhnya ia adalah penghormatan saya untuk pergi ke tempat-tempat suci
mereka supaya saya boleh berkata kepada mereka khadam mu mengakui keutamaan
Allah kepadanya dan dengan Keyakinan yang sempurna bahawa kamu adalah Khalifah
Allah yang sebenar, dan celakalah bagi sesiapa yang menzalimi kamu atau mengingkari hak kamu.
22-
Saidi, sebelum ini saya telah memberi soalan kepada tuan, tetapi tuan hanya
menjawab sebahagian daripada apa yang saya soalkan kepada tuan, mengapa begitu?
Adakah kerana kelemahan dari saya atau tingkah laku saya yang tidak wajar? atau
kerana sesuatu yang lain yang tuan tahu? Dan ya Saidi, adakah tuan tahu siapa
saya? Adakah saya Ansar tuan (penyokong) dan di kalangan orang-orang yang telah
berbai’ah kepada tuan dan menerima tuan dalam Alam Al-Zhar atau tidak?
Jawapan
Soalan 22: Tidaklah
wajib kepada saya menjawab setiap soalan. Bagi adab yang tidak wajar, tidak
pernah menghalang saya pada masa lalu untuk menjawabnya, jadi bagaimana pula ia
akan menghalang saya sekarang?
23-
Saidi, telah keluar beberapa Istikharah dengan ayat-ayat yang seolah-olah tidak
baik, dan jauh tuan dari semua itu, tetapi apakah maksudnya? Adakah terdapat penghalang
kepada sebilangan besar istikhaarah dalam urusan tuan atau tiada apa-apa dengannya?
Jawapan
Soalan 23:
Istikharah adalah meminta Allah SWT. Oleh itu, mestilah dari akad yang
ditentukan di dalamnya atas sesuatu perkara:
Yang
pertama: Anda tidak mempunyai kekuatan dalam diri anda memilih bahagian yang mana
satu, bahkan kedua-dua perkara sama saja dalam diri sendiri.
Kedua:
Bahawa anda bersedia untuk menerima jawapan daripada Allah dengan yang lebih
lengkap, dan tidak akan ada dalam diri anda keengganan menerima jawapan, dan
tidak ada sebarang kemungkinan untuk berbincang apabila jawapan datang kepada anda.
Ketiga:
anda menerima jawapan dan menganggapnya sebagai nikmat terbesar Allah kepada
kamu, kerana Allah telah bercakap kepada anda dan memberikan jawabanNya.
Tiga
perkara ini adalah keperluan bagi had yang paling minima untuk membolehkan anda
benar-benar meminta pilihan Allah (membuat Istikhara). Tetapi bagi seseorang
yang datang sambil teragak-agak dalam hal menerima jawapan Allah kepadanya kemudian
dia telah membuat sebuah Istikharah dan menganggap bahawa apa yang telah
dilakukan adalah Istikharah, maka sebenarnya adalah, bahawa orang seperti ini mungkin
Allah Yang Maha Mulia memberi nikmat dan jawapan kepadanya, tetapi apa yang
memalukan kepada beliau dan orang-orang seperti beliau adalah, dia tidak redha
untuk berunding dengan seseorang Kemudian pergi untuk mendapatkan nasihat,
seolah-olah rundingannya untuk menyalahkan kata-kata-Nya. Jadi bagaimana dia
menerima bahawa dia lakukan itu bersama Allah SWT? Demi Allah, sesungguhnya ini
adalah satu perkara yang besar dan keberanian yang besar terhadap Allah SWT. Dan
walaupun kejahatan ini yang dikeluarkan manusia, maka sesungguhnya Allah
melayan mereka dengan baik dan belas kasihan.
24-
Saidi, seseorang yang telah bersumpah Qasam Al-Bara’ah tetapi dia masih hidup
dan tiada apa yang berlaku kepadanya, dan juga dengan Mubahilah, kerana telah
disampaikan kepada saya bahawa ada seorang yang mendakwa sesuatu yang palsu;
beliau berkata beliau adalah Al-Mahdi, dan yang telah melakukan Mubahilah
(kutukan), jadi masjid di mana beliau membuat Mubahila (kutukan) dengan
lawannya telah dirobohkan. Jadi bagaimana dengannya itu?
Maka
bermubahilah (saling melaknat) dan pemusnahan masjid yang bermubahilah dengan lawannya di dalamnya,
bagaimana begitu?
Qasam
Al-Bara’ah - Sumpah tidak bersalah melaluinya satu mengisytiharkan dirinya
tidak bersalah dengan sesuatu perkara tertentu]) -pent
Jawapan
Soalan 24:
Bagi Qasam (Sumpah isytihar tidak bersalah), maka sekali-kali mereka bukanlah
orang yang diseru untuk bersumpah (Qasam) sebaliknya, orang yang bersumpah adalah
pemilik seruan (dakwah), dan saya telah menawarkan diri kepada orang ramai
untuk melakukan Qasam ini. Bagi Mubahilah (sumpah laknat) pula ia adalah antara
dua pihak. Jadi mereka yang telah melakukan Mubahilah tanpa saya melakukan
Mubahilah terhadap mereka, mereka adalah orang yang kamu dakwa bahawa mereka
telah melakukan Mubahilah terhadap saya. Adapun azab itu tidak dapat tidak akan
turun (datang) kepada sesiapa yang berbuat Mubahilah dusta, walaupun selepas
beberapa ketika,. Dan keraguan mengenai perkara ini adalah keraguan dengan
kitab Allah, bahkan ia adalah keraguan kewujudan Allah SWT.
Sesungguhnya
Haidar Musyattat telah melakukan Mubahilah [terhadap saya], maka tanyakanlah
apa yang berlaku kepadanya. Dan dan sesungguhnya, Abdul Aziz Al-Hakim dan
anaknya telah menzalimi kami, tanyakanlah apa yang berlaku kepada mereka. Dan
sesungguhnya tentera Marji3iyah dan tentera Muqtada telah berlaku zalim kepada
kami tanyakanlah apa yang berlaku kepada mereka. Dan [azabnya] bukan selepas
tempoh yang lama tetapi mereka semua tidak menyerah kepada Allah, dan hanya
dalam beberapa hari bagi Haidar Mishatat berkelakuan seperti orang yang tidak
siuman dan kemudian dia dipenjarakan di Iran atas tindakan melulunya, dan
selepas itu beliau telah binasa di Iraq selepas dia bertindak untuk menutup perbuatannya
dengan pengisytiharan Qasam Al-Bara'ah-nya dalam akhbar secara rasmi bahawa
saya tidak benar.
Bagi
Abd ul-Aziz dan anaknya, semasa mereka menyerang pejabat dua tahun yang lalu, telah
berlaku betul-betul pada hari yang sama, Ammar bin Abd ul-Aziztelah dihina
ejen-ejen Amerika, dan mereka telah memasukkan dia ke dalam penjara. Walaupun
ini adalah kerana telah memandang rendah terhadap mereka, Tetapi kecenderungan dan
mesra (aman) dengan mereka sepenuhnya.
Dan selepas itu Abdul-Aziz melawat Rumah Hitam dan dia begitu bersemangat
berjabat tangan dengan Bush musuh Allah. Dan tingkah laku ini adalah bukti atas
kehilangan pertimbangan akalnya dan dia dihina di dunia.
Pada
tahun sebelumnya, bermakna sebelum kejadian Al-Muharram, semua orang bersatu
menentang kami, Abdul-Aziz dan anaknya menutup pejabat kedua kami yang
berhampiran dengan Makam Amir Al-Mukminin (as) hanya beberapa hari selepas ia
dibuka. Dan mereka menahan sejumlah besar ansar secara zalim dan permusuhan. dan
kemudian dilengkapkan pula oleh tentera syaitan Marji3iyah dan tentera Muqtada Al-Jarimah
(penjenayah) dan mereka telah membunuh dan merobohkan tempat kami ibadat kami
di semua bahagian Iraq. Maka apakah yang berlaku kepada mereka hanya beberapa
hari kemudian???
Abd
ul -Aziz Al-Hakim mendapat kanser, dan ini adalah satu azab yang hina di dunia
sebelum dihina di akhirat. Dan tentera Muqtada dan tentera Marji3iyah ini bunuh
membunuh antara satu sama lain dalam kejadian yang belum pernah berlaku sebelumnya, dan perkara itu
bukan satu pihak membunuh atau mengalahkan yang lain, sebaliknya, tentera
Muqtada membunuh sebilangan besar tentera Marji3iyah, kemudian perkara ini diterbalikkan
pula dengan tentera Marji3iyah membunuh tentera Moqtada.
Bukankah
semua ini adalah tanda-tanda atau apa yang Allah lakukan agar manusia beriman? Apakah
apabila Allah utuskan seorang Malaikat untuk setiap seorang supaya boleh
memukul di kepalanya, dan apabila orang bertanya kenapa ia dipukul, akan
dikatakan kepadanya kerana kamu tidak beriman kepada Ahmad Al-Hassan. Adakah
itu apa yang mereka mahu?
لا حول ولا قوّة إلاّ بالله العلي العظيم.
Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi,Lagi Maha Agung.
Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi,Lagi Maha Agung.
Ahmad
Al-Hassan
✡✡✡✡✡
________________________
[62]
-
﴿يَا أُخْتَ هَارُونَ مَا كَانَ أَبُوكِ
امْرَأَ سَوْءٍ وَمَا كَانَتْ
أُمُّكِ بَغِيًّا﴾
{Wahai
saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang jahat, tidak pula ibu kamu
perempuan jahat} [Surah Maryam 19:28]
[63]
Kulaini meriwayatkan: dari Ali bin Muhammad dan lain-lain, dari Sahl bin Ziyad,
dari Ahmad bin Muhammad bin Abi Nashr, beliau berkata: Aku pernah bertanya Al-Redha
(as) mengenai makam Fatimah (as), jadi dia berkata: (Dia telah dikebumikan di
rumahnya, Apabila Umayyah memperbesarkan Masjid ia menjadi sebahagian daripada
Masjid). Al-Kafi Jilid 1, halaman 461.
[64]
Ali bin Ibrahim meriwayatkan di dalam Tafsirnya, beliau berkata:
Firmannya-Nya
SWT:
﴿إِنَّمَا النَّجْوَى مِنَ
الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَلَيْسَ بِضَارِّهِمْ شَيْئاً إِلَّا
بِإِذْنِ اللَّهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ﴾
{Sesungguhnya
pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman
itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun
kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya
orang-orang yang beriman bertawakkal.} [Al-Mujaddalah 58:10]
dia
berkata: (Sesungguhnya bapa ku menceritakan kepada ku dari Muhammad bin Abi
Umair, dari Abi Bashir, dari Abi Abdillah (as) bahawa dia berkata: (sebab
turunnya ayat ini adalah bahawa Fatimah (as) melihat dalam tidur bahawa
Rasulullah (S) hendak keluar dari Madinah dengan Fatimah,
Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein (Shalawatu Allah 3alaihim), maka mereka keluar sehingga mereka melepasi
tembok Madinah, jadi dua laluan telah ditunjukkan kepada mereka, maka
Rasulullah (S) mengambil jalan yang di sebelah kanan,
sehingga mereka
sampai ke tempat di mana ia mempunyai pokok-pokok kurma dan air, Lalu
Rasulullah (S) membeli seekor yang besar, dan ia adalah
salah seekor yang mempunyai titik putih di telinganya, maka baginda
memerintahkan supaya ia disembelih. Oleh itu, apabila mereka memakannya, mereka mati di tempat
mereka itu. Jadi Fatimah perhatikan hal itu sambil menangis ketakutan. Dia tidak
memberitahu Rasulullah (S) mimpinya itu. Kemudian apabila
dia bangun, Rasulullah (S) datang dengan keledai, jadi dia menyuruh Fatimah
menunggangnya, dan dia telah memerintahkan Amir Al-Mukminin, Al-Hassan dan
Al-Hussein keluar dari Madinah, sama seperti bagaimana Fatimah melihat dalam tidurnya.
Kemudian, mereka meninggalkan tembok Madinah dan dua laluan telah ditunjukkan
kepada mereka, maka Rasulullah (S) mengambil jalan di sebelah kanan, seperti
yang dilihat Fatimah (as) di dalam tidurnya,
sehingga mereka sampai di tempat di mana di dalamnya terdapat pokok-pokok kurma
dan air, maka Rasulullah (S) membeli seekor yang besar, seperti yang dilihat
Fatimah (as). Baginda memerintahkan supaya ia disembelih. Lalu ia disembelih dan
dipanggang. Apabila mereka mahu memakannya, Fatimah bangkit dan betul-betul menarik dan mencegah mereka sambil
menangis kerana takut mereka mungkin mati. Lalu
Rasulullah (S) memanggilnya, dan berdiri mendekatinya sambil dia tetap
menangis, dan baginda bersabda: "Apa yang kamu mahu wahai anakku?"
Fatimah berkata: "Ya Rasulullah, semalam aku lihat dalam tidurku begini
dan begitu dan engkau baru sahaja lakukan betul-betul seperti apa yang kulihat
dalam tidurku, lalu aku menghalang kamu, kerana aku tidak boleh melihat kamu
semua mati ".Lalu Rasulullah (S) dirikan solat dua rakaat dan mengadu kepada
Tuhannya, maka Jibrail (as) datang kepadanya dan berkata:" Wahai Muhammad,
ini adalah dari syaitan yang memaparkan cakap-cakap kosong, dan itulah yang dilihat
Fatimah dalam rukya ini bagi menyakitkan orang-orang mukmin dalam tidur mereka untuk
membuat mereka sedih ".Lalu Jibrail (as) diperintahkan untuk membawanya (syaitan)
kepada Rasulullah (S), jadi dia membawanya kepada Rasulullah (S), maka baginda
bersabda kepadanya: "Adakah kamu yang telah menunjukkan Fatimah rukya ini?"
Dengan itu, dia berkata:" Ya, wahai Muhammad! "Maka hendaklah ia meludah
kepadanya tiga kali supaya dia menikamnya dalam tiga tempat. Kemudian Jibrail
(as) berkata kepada Muhammad (S): "Katakanlah! Wahai Muhammad Jika kamu
atau seorang dari orang-orang yang beriman melihat dalam tidur mereka sesuatu
yang dia benci, maka hendaklah dia berkata:
أعوذ بما عاذت به ملائكة الله المقربون وأنبياء الله المرسلون وعباده
الصالحون من شر ما رأيت من رؤياي،
(“Aku berlindung
yang dengannya berlindung para malaikat Allah al-Muqarabun dan Nabi-nabi Allah yang
diutus dan hamba-hamba-Nya yang soleh dari kejahatan apa yang kulihat dalam rukya
ku,
dan membaca Al-Hamd (Al Fatihah 1) dan Al-Mu3uwazhatain (Al-Falaq113
dan Al-Nas 114), dan Qul Huwa Allahu Ahad {Al-Tauhid 114) dan meludah tiga kali
di sebelah kiri. Maka ia tidak memudharatkan apa yang telah dilihatnya itu".
Maka Allah menurunkan ke atas Rasul-Nya ayat
إِنَّمَا النَّجْوَى مِنَ الشَّيْطَانِ
{Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari
syaitan) Tafsir Al-Qummi 2, halaman 355.
[65]
- Al-Mujadilah 58:10
[66]
- Al-Kafi, jilid 1, halaman 8
[67]
- Al-Kafi, jilid 1, halaman 9
[68]
- Al-Ihtijaj: halaman 41, Al-Ikhtishash: Halaman 210, Ghaybat Al-Thusi: Halaman
101, Ghaybat Al-Nu3mani: halaman 29, Al-Kafi: jilid 1, halaman 527 hadith 3, A3lam
Al-Wariy: Halaman 371, 3uyun Akhbar Al-Ridha: Halaman 25, Ikmal Al-Din: Halaman
179, Bihar Al-Anwar: jilid 36, halaman 195
[69]
- Al-Rahman 55:19-22
[70]
– Untuk lebih lanjut rujuklah Kitab Perjalanan Musa ke Pertemuan
Dua Laut (untuk muat turun) oleh
Imam Ahmad Al-Hassan (as)
[71]
- Allah SWT
melebihkan atas kita dengan Kitab ini (Kitab Tafsir Surah Al-Tauhid), Ia diterbitkan bagi membolehkan
pembaca yang mulia merujuk kepadanya.
[72]
- rujuklah Al-Mutashabihat:
Jilid 1, soalan 19.
[73]
- Al-'Ayashi meriwayatkan dari Abd ul-Rahim Al-Qashir, beliau berkata:
Pada
suatu hari aku berada di sisi Abi Ja'far (as), maka beliau (as) berkata:
(Wahai
Abd ul-Rahim!
Aku
berkata: Ya Tuan.
Beliau
(as) berkata: (Allah berfirman
﴿إِنَّمَا
أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ
قَوْمٍ هَادٍ ﴾
{Sesungguhnya kamu
hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang
memberi petunjuk.} Oleh kerana itulah Rasulullah (S) bersabda: "Aku adalah
pemberi peringatan dan Ali adalah pemberi petunjuk." . Dan siapakah yang
pemberi petunjuk hari ini?)
Katanya: Jadi aku berdiam
diri untuk masa yang lama maka aku mengangkat kepala ku dan berkata: Semoga aku
menjadi tebusan tuan, ia adalah pada tuan yang mewarisinya, seorang selepas
seorang, sehingga ia sampai pada tuan. Maka semoga aku menjadi tebusan tuan
sebagai pemberi petunjuk.
Beliau (as) berkata: (Kamu
telah berkata benar wahai Abd ul-Rahim, Sesungguhnya
Al-Quran itu hidup tidak mati, dan ayat itu hidup tidak mati, kerana jika ayat
itu diturunkan kepada orang-orang yang mati maka Al-Quran itu mati. Tetapi ia beredar
kepada orang-orang yang tinggal sama seperti ia beredar kepada orang-orang yang
terdahulu.)
Kata Abd ul-Rahim: Abu Abdullah (as) berkata:
(Sesungguhnya Al-Quran
hidup tidak mati, dan ia beredar pada siang dan malam, seperti mana matahari
dan bulan beredar, dan ia beredar pada kami akhirnya seperti mana ia beredar pada
yang pertama dari kami) Tafsir Al-3iyashiy jilid 2, halaman 203, Bihar Al-Anwar
jilid 35, halaman 403.
[74] - Rasulullah (S)
bersabda: (Sesiapa yang melihat ku maka ia benar-benar telah melihat ku, kerana
sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai ku atau salah seorang dari
Aushiakku) Al-Sirath Al-Mustaqim jilid 3 halaman 155.
Dan baginda (S) bersabda:
(Sesiapa yang telah melihatku dalam tidurnya maka ia benar-benar telah melihatku,
kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai ku atau salah seorang dari
Aushiakku dan tidak boleh menyerupai salah seorang dari Syiah mereka. Dan
sesungguhnya rukyah yang benar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian Nubuwah)
Raudah Al-Wa3dzain: Halaman 234.
Dan baginda (S) bersabda:
(Sesiapa yang melihatku ia benar-benar telah melihatku, kerana sesungguhnya
syaitan itu tidak boleh menyerupai ku dan sesiapa yang telah melihat salah
seorang dari Aushiakku, maka dia telah melihatnya, kerana sesungguhnya syaitan.
tidak boleh menyerupai mereka) Al-Muhtadhir: Halaman 18.
Dan baginda (S)
bersabda::. (Sesiapa yang melihatku dalam tidur, maka dia benar-benar telah
melihatku, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak boleh menyerupai ku. Sama ada
semasa tidur atau ketika jaga, juga tidak boleh pada salah seorang dari
Aushiakku sehingga hari kiamat) Madinah Al-Ma3ajaz: jilid 2, Halaman 93.
[75] - Saba' 34:14].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan