Selasa, 4 Ogos 2015

Soalan 115: Solat Al-Wutairah



Soalan 115: Solat Al-Wutairah

Soalan 115: Apa sebab ada Solat Al-Wutairah (solat witir kecil) selepas solat ‘Isyak?[]

Penghantar: Adnan Mahdi

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين،
 وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.

Dia SWT berfirman:

﴿اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمّىً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآياتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ﴾

Allah mengangkat (wafatkan) jiwa (diri) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. [267]

Jika seseorang yang meninggal dunia dalam tidurnya telah Solat Al-Wutairah (dua rakaat sambil duduk dikira 1 rakaat) sebelum tidur, dituliskan untuknya Sholat Al-Lail (solat malam 11 rakaat) pada malam itu, walaupun ia tidak mendirikan solat itu. Ini adalah sebab Solat Al-Wutairah dituliskan untuknya sebagai Sholat Al-Lail jika dia mati dalam tidurnya [268].



✡✡✡✡✡
----------------------
[] – Solat witir selepas solat 3isyaa’ (‘Isyak) boleh rujuk jawapan No 3 bertajuk
[267] – Al-Zumar 39:42.
[268] - Dari Abi Basir, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak boleh menginap (masuk tidur) melainkan dengan witir. Katanya Aku berkata: bermakna dua rakaat selepas selesai solat ‘Isyak. Beliau berkata: Ya, keduanya dikira satu rakaat, maka sesiapa yang mengerjakannya kemudian berlaku kematian atasnya, kematiannya adalah dengan berwitir, jila tidak berlaku kematian atasnya, (hendaklah) bersolat Witir pada akhir malam itu. Aku berkata kepadanya:. Adakah Rasulullah (S) solat dua rakaat ini? Beliau berkata, tidak. Lalu aku katakan, Mengapa tidak? katanya, kerana Rasulullah (S) telah disampaikan kepadanya wahyu dan baginda tahu adakah baginda akan mati pada malam itu atau tidak, dan selain baginda tiada yang tahu, sesiapa yang menangguhkannya dan belum mengerjakan solat dua rakaat ini hendaklah menunaikannya) - 3ilal Al-Syarai3: Jilid 2 halaman 330-331.




Tiada ulasan: