Soalan 258: Fiqh
Wudhuk dan Shalat
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah Maha Penyayang,
Tuan yang mulia
–dengan segala hormat ..
Saya mempunyai
soalan untuk mencari jawapannya:
Soalan pertama:
Apakah tertib wajib wuduk? Atau yang mana patut didahulukan dan dikemudiankan
atau antara basuh dan sapu?
Soalan kedua:
Allah berfirman:
﴿...
إِذَا قُمْتُمْ إِلَى
الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ
وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ﴾
... apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan
tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan kakimu sampai dengan
kedua buku lali, [94],
Kaki di sini termasuk
celah-celah (jari), dan yang terdapat lekuk-lekuk pada permukaan dan jari-jari,
maka saya faham bahawa ia perlu dibersihkan. Adapun menyapu hanya untuk kepala
sahaja. melainkan, saya mempunyai kekeliruan lain, iaitu boleh bertujuan untuk menyapu
kepala kamu (hujung kepala kamu) dan kaki kamu, iaitu sapulah hujung kepala kamu
kaki kamu (wau yang didatangkan di sini untuk penguat, misalnya Wa Iiyaka – Wa Iiyana dan WaIiyakum,
dan lain-lain), jadi apakah hukum menyapu kepala?
Soalan ketiga:
Apakah hukum menjamakkan (himpun) solat? Jika ia dibolehkan untuk melaksanakan
segala solat pada waktunya, maka yang mana diutamakan, pada waktunya atau jamak lebih
utama?
Soalan Keempat:
Apakah hukum sujud pada turbah (tanah)? Adakah ia wajib? Saya sujud pada (sejadah)
permaidani yang diperbuat daripada tikar (jerami) dan tidak pada turbah (tanah)
dan pada saya ada tujuh anggota sujud di atas tikar, yang tidak boleh dimakan
atau dipakai. Apakah hukumnya pada kamu, apakah solat tidak sah? Yang tidak pada
turbah (tanah)?
Soalan Kelima:
Saya ingin menyoal tentang perbezaan masyarakat Islam pada Rukya Syariah pada
anak bulan (Al-Hilal). Mana yang kita
hendak ikut? Adakah wajib setiap Muslim melihat anak bulan dengan matanya
sendiri dengan yakin?
Soalan Enam: Allah
berfirman:
﴿أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ﴾
sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam [95]
,
Apakah yang
dimaksudkan dengan waktu ini? Adakah kemunculan bintang yang pertama di langit sebagai
sempadan masuknya malam barulah berbuka puasa?
Soalan ketujuh: Allah
berfirman:
﴿حَافِظُواْ
عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى﴾
Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) Shalat Wusthaa. [96],
Apakah dia Shalat
Wusthaa?
Soalan Kelapan:
Zakat dan Khumus (Satu perlima): Sebutan Zakat dalam Al-Quran disertai dengan perkataan
Shalat, manakala Khumus disebut hanya sekali. Apakah wajib bagi Muslim membayar
Zakat semua hartanya setiap tahun atau Khumus dibatalkan dari dikenaikan? Atau
kedua-duanya?
Saya pada setiap bulan
Ramadan telah mengira harta dan perhiasan saya dan membayar zakatnya pada yang teratas
asnabnya dan memastikan kewajaran asnab pada setiap tahun. Dan memastikan untuk
dibayar kepada umat Islam yang berhak (Syiah atau Sunni) Adakah ini satu
kesilapan?
Saya meminta anda
untuk menjawab soalan-soalan ini, dan sehingga bertemu lagi dalam satu lagi kumpulan
soalan semoga Allah membalas jasa tuan.
Dihantar oleh:
Fida Hussain Ahmed
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Jawapan soalan 1:
Yang pertama: Tertib wajib dalam wuduk, dimulakan dengan mencuci muka, kemudian
dahulukan tangan kanan dari tangan kiri, dan Ketiga menyapu kepala, dan
akhirnya kedua-dua kaki. Jika silap, ambil wuduk semula - samada dengan sengaja
atau dengan tidak sengaja – jika air wuduk telah kering, Jika masih basah sambung
semula pada yang silap mengikut tertib.
Yang Kedua: wajib berterusan, iaitu tidak menghubungkan antara basuh
dan sapu dengan berselang melakukannya satu demi satu sebagai satu kerja iaitu berwuduk,
maka apabila membasuh muka, diikuti dengan membasuh kedua-dua tangan dan
kemudian diikuti dengan menyapu kepalanya dan kemudian diikuti dengan menyapu kedua-dua
kakinya tanpa berhenti atau cuai.
Yang ketiga: Yang tardhu dalam basuhan sekali, dua kali sunat, dan yang
ketiga bid’ah, dan tidak ada ulangan dalam menyapu.
Keempat: memperbaiki basuhan yang dipanggil cara membersih, misalnya
lemak. dan terdapat cincin di jari atau tali, air sampai pada semua yang ada di
bawahnya. Jika ia longgar, disyorkan (mustahab) menanggalkannya.
Jawapan soalan 2: Jika,
mengikut kaedah-kaedah Bahasa Arab manusia meletakkan pada kecenderungan yang
paling dekat adalah benar (sahih), maka bacaan berbaris bawah (kasrah) yang
betul dan bukan berbaris atas (fathah), tetapi jika memilih baris atas, hendaklah
dibaca bersama-sama dengan menukar (kepala kamu) yang dengan penukaran itu
memberi kesan kesalahan
Jawapan soalan 3: Dari
gelincir rembang matahari (zawal) hingga matahari terbenam untuk waktu Dzohor
dan ‘Ashar. Dikhususkan waktu Dzohor diawalkan perlaksanaannya, dan waktu ‘Ashar
pula pada akhirnya (selepasnya), dan di antara dua waktu itu dikongsi bersama. Dan
juga apabila matahari telah tenggelam masuklah waktu Maghrib, dan Dikhususkan
waktu diawalkan untuk mendirikannya dengan kadar tiga rakaat, kemudian dikongsi
bersama bersama dengan Shalat ‘Isyak sehinggan pertengahan malam dan
sebagai pilihan hingga terbit fajar bagi yang bermasalah. Dikhususkan
waktu ‘Isyak dengan kadar empat rakaat. Dan di antara terbit fajar kedua – sinar
cahaya di kaki langit – hingga terbit matahari, adalah waktu bagi Shalat Subuh.
Dan mengetahui Zawal
(gelincir rembang matahari): apabila wujud sedikit bayang,
Tenggelam Matahari:
hilang bulatan, hilangnya pandangan warna merah dari Timur lebih baik untuk memastikan
lagi hilangnya bulatan matahari, dan sebaik-baik amalan shalat adalah pada awal
waktunya, dan Shalat ‘Isyak adalah lebih afdhal ditangguhkan sehingga hilangnya
mega (warna) merah senja Maghrib, dan Shalat ‘Ashar satu jam atau dua jam dari
gelincir (zawal) matahari, kerana panjangnya hari dan dari melalaikannya.
Waktu Nawafil (Shalat-shalat Nafilah) setiap
hari:
Untuk Dzohor: dari Zawal-hingga lepas setengah
jam.
Untuk ‘Ashar: satu jam setengah atau dua jam
setengah, mengikut panjang hari, maka terkeluar waktunya dan telah terpakai
untuk Nafilah walaupun dengan satu rakaat, jika disuntukkan dengan yang fardhu
ia diringankan.. Dan jika belum shalat lagi, pada awal dengan shalat fardhu.
kemudian datang dengan shalat Nafilah. Tidak boleh didahulukan (shalat Nafilah)
sebelum Zawal melainkan pada hari Jumaat. Dan ditambahkan Nafilah-nya empat
rakaat, dua daripadanya untuk Zawal.
.
Nafilah Maghrib: Selepas hilangnya merah senja
(Maghrib) iaitu sekadar mendirikan shalat fardhu. Jika sampai waktunya itu
tidak boleh dirikan Nafilah sepanjang tempoh itu, dimulakan dengan shalat fardhu.
Dua rakaat sambil duduk selepas Shalat ‘3isyaa’.
Dan memanjangkan waktunya di sepanjang waktu shalat fardhu dan sepatutnya
membuat kedua-duanya untuk nawafil terakhirnya (penutup)..
Shalat Malam: Selepas tengah malam. dan lebih
afdhal hampir ke terbit fajar. Tidak boleh didirikan sebelum tengah malam,
melainkan untuk musafir yang menghalang kepentingannya, atau kemudaannya
menghalang kepalanya dari lembap (memberatkannya), dan masa yang terbaik
mendirikannya adalah di penghujung sebelum terbit fajar kedua. Apabila terbit
(fajar) tidak terpakai lagi sekadar empat (rakaat), dimulakan dengan dua rakaat
(nafilah) Subuh sebelum shalat fardhu sehingga terbit mega (cahaya)
kemerah-merahan di sebelah timur, dilaksanakan shalat fardhu. Jika telah
terpakai sekadar empat (rakaat), sempurnakan dengan ringan walaupun telah
terbit fajar. Dan waktu dua rakaat (nafilah) Fajr (Subuh) selepas terbit fajar
pertama. Dan dibolehkan shalat sebelumnya. Masanya lebih afdhal selepasnya disepanjang
masa itu sehingga terbit mega (cahaya) merah, dan kemudian akan menjadi shalat
fardu lebih utama.
Adalah dibolehkan mengqadhakan (ganti) lima Shalat
Fardu di sepanjang masa, tetapi jangan menyempitkan Shalat Fardu semasa, dan
juga shalat-shalat fardhu yang lain, dan dirikan shalat Nawafil (qadha) sebelum
masuk waktu shalat fardhu, demikianlah yang ditetapkan.
Jawapan soalan 4: Tidaklah
menjadi syarat sah shalat dengan bersujud pada tanah atau tanah sempena Al-Hussein
(Turbah Al-Husseiniyah) secara khusus.
Tidak dibolehkan sujud
selain pada tanah, seperti kulit, bulu, rambut dan kain. Juga tidak dibolehkan sujud
pada sesuatu yang berasal dari tanah jika ia galian, seperti garam dan batu
akik, emas, perak dan arang kecuali terdesak (dharurat). Juga tidak dibolehkan
sujud pada apa yang tumbuh dari bumi, jika boleh dimakan seperti roti,
buah-buahan, atau pakaian seperti kapas dan linen. Juga tidak dibolehkan sujud
pada lumpur (kotoran). Maka jika terpaksa, dibolehkan sujud pada kertas, dan makruh
pada kertas yang ada tulisan, dan jangan sujud pada sesuatu dari tubuh badan.
Maka jika yang menghalangnya adalah panas untuk sujud di atas tanah sujudlah
pada pakaiannya, tetapi jika tidak boleh sujudlah pada tapak tangannya. Dan
yang telah dinyatakan, tetapi adalah dalam kedudukan yang istimewa daripada
bahagian depan, bukan pada tempat lain masjid. Dan mengambil kira: tentang
milikan, atau yang diberi izin, dan yang bebas dari najis. Jika najis dalam kedudukan
adalah terhad, seperti rumah dan yang serupa dangannya, dan tidak tahu tentang
kedudukan najisnya jangan sujud pada mana-mana bahagian daripadanya. Boleh
sujud pada kedudukan pelepasan untuk menghindari kesusahan.
Jawapan soalan 5:
melihat anak bulan difardhukan mengikut Imam Al-Haq untuk menyatukan manusia
pada hari yang satu.
Jawapan soalan 6: Dibolehkan
berbuka apabila masuk waktu Shalat Maghrib.
Jawapan soalan 7:
Shalat Al-Wusthaa adalad Shalat hari Jumaat dan wilayah yang beredar pada
Al-Falak, iaitu Al-Imamah dan Al-Hidayah.
Jawapan soalan 8:
Bagi Zakat dan Khumus serta ibadah yang lain telah diperincikan dalam Kitab Syarai3
Al-Islam (Hukum Syara3 Islam). Zakat sumbernya berbeza daripada Khumus juga
boleh di baca di sana. Saya ingin terangkan lebih lanjut soalan saudara.
.
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡
______________________________
[94] – Al-Maidah 5:6.
[95] – Al-Baqarah
2:187.
[96] - Al-Baqarah
2:238.
[97] - yang
merujuk kepada orang muda yang menghalangnya daripada berdiri menghidupkan malam
sangat berat panggilan tidur mendahului shalatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan