Soalan 99
بسم
الله الرحمن الرحيم.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
,
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu
rahmat Allah serta keberkatanNya.
Ayat-ayat yang
mulia menunjukkan bahawa Nabi tidak tahu baginda adalah Rasul yang diutus oleh
Allah, sehingga wahyu itu datang kepada baginda, seperti ayat ini:
﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ رُوحاً مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا
الْإِيمَانُ﴾
Dan
demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu
tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, [187],
dan firmanNya SWT:
﴿وَوَجَدَكَ ضَالّاً فَهَدَى﴾
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan
petunjuk. [Al-Dhuha 93:7]
manakala ada beberapa riwayat menunjukkan bahawa Al-Rasul mengetahui
kenabian baginda sebelum baginda diutus, dan baginda hafal Al-Quran sebelum diturunkan,
seperti dalam riwayat kelahiran Amir Al-Mukmnin (as) yang menyatakan bahawa Ali
(as), apabila baginda membaca Surah Al-Mukmnun mengenai kelahiran beliau,
iaitu:pada permulaan surah:
﴿قد أفلح المومنون ...﴾
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,... hingga akhir
ayat.
Bahawa Al-Rasul bersabda kepadanya: Sesungguhnya beruntunglah kamu dengan
Wilaya Mu, Wahai Ali. Walaupun kelahiran
Ali sebelum kerasulan, bagaimana ini boleh terjadi dengan ayat-ayat yang mulia sebelumnya?
والسلام
عليكم سيدي ورحمة
الله وبركاته.
Salam atas kamu,
tuan rahmat Allah serta keberkatanNya
Dihantar oleh: Maitsam
Barzan Khalaf Al-Mussauwi
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Firman Allah SWT:
﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا
الْأِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوراً نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ
عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu dengan perintah Kami.
Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui
apakah iman itu, tetapi Kami menjadikannya cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa
yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu
benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. [188].
[Diriwayatkan]
dari Abi Hamzah yang berkata:
("Aku
bertanya Abu Abdullah (as) tentang ilmu, adakah ia merupakan ilmu yang
dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari mulut manusia, atau adakah ia di dalam
Kitab yang bersamamu, kamu membacanya dan kemudian mempelajari darinya? Dia
(as) berkata, 'Perkara ini adalah lebih besar dari itu, dan amat penting,
tidakkah kamu mendengar Allah Azza wa Jalla berfirman,
﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا
الْأِيمَانُ﴾
{Dan Kami wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak
mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu}
Kemudian beliau
(as) berkata, 'Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah mereka
setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan
Iman itu?" Lalu aku berkata, "Aku tidak tahu, semoga aku menjadi
tebusanmu, apa yang mereka katakan." Maka dia (as) berkata kepadaku,
'Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah
Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu,
maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan
kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa
yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia
telah mengajarnya kefahaman' ")
[189].
Ini adalah iktikad
yang betul, dan telah diterangkan pada masa lalu [190].
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡
______________________________
[187] - Surah
Al-Syura 42:52.
[188] - Surah
Al-Syura 42:52.
[189] - Al-Kafi:
Jilid 1, halaman 273.
[190] - Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (as) telah menerangkan dalam Al-Mutasyabihaat: Jn 3 cetekan kr 2:
halaman 139. (Pengulas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan