Isnin, 23 Februari 2015

Soalan 114: Pendakian terbaik manusia dari bumi ke langit

Soalan 114: Pendakian terbaik manusia dari bumi ke langit

Adakah semua Al-Ma'sumin itu Imam? Apakah kemaksuman terhad hanya kepada Imam-imam, atau mampu dicapai oleh semua manusia? Adakah semua nabi-nabi dan rasul-rasul sebagai Imam-imam? Adakah sesiapa sahaja boleh naik kepada kedudukan Nabi Muhammad (S) pada Makrifah Allah? Apakah (maqam) manusia boleh naik dengan amalannya seperti Salman Muhammadiy, dan jatuh dengan amalannya serendah seperti Abi Lahab? Di manakan tempat perkiraan Allah dari semuanya ini??

Dihantar oleh: As3ad Anuar, Abbas Tahir, Adnan Mahdi, Imad Khalil

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Pendakian terbaik dari bumi ke langit adalah ikhlas, dan perkara yang terbaik turun dari langit ke bumi adalah Kejayaan (kedamaian).

Semakin tinggi kadar keikhlasan seorang manusia semakin dijayakan (didamaikan) Allah SWT. Dan manusia mempunyai fitrah untuk meningkatkan setinggi mungkin yang dapat dicapai oleh makhluk.

Allah tidak melebihkan seorang manusia atas manusia lain, melainkan dengan amalan dan keikhlasan. Pintu sentiasa terbuka sehingga berlakunya Al-Saah bagi setiap manusia untuk mencapainya dengan amalan dan keikhlasan kepada maqam tertinggi. semua yang diutus (rasul) dan yang disempurnakan (ma’sum) dan yang seperti mereka boleh disempurnakan Allah dari KemuliaanNya, dan tidak semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah Imam-imam [266].


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[266] - dari Hisham bin Salim dan Darsat bin Abi Mansur Al-Wasathiy, mereka (as) berkata: (Nabi-nabi dan para rasul pada empat kedudukan. Nabi diberitakan pada dirinya sendiri dan tidak melampaui yang lain, dan nabi melihat dalam tidur, mendengar bunyi dan tidak menyaksikan dalam jaga telah diutus kepadanya seorang pun. Ia adalah imam seperti yang berlaku pada Nabi Ibrahim atas Lut, dan nabi melihat dalam tidur (mimpi) dan mendengar bunyi dan menyaksikan Malaikat yang telah diutus kepada golongan-golongan sedikit atau banyak sebagaimana firman Allah SWT:
(وَأَرْسَلْنَاهُ إِلَى مِئَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ)
(Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih).
 Dia berkata: ditambah tiga puluh ribu, dan nabi melihat dalam tidurnya, mendengar bunyi dan menyaksikan dalam jaga adalah seorang imam seperti Uuli Al-3azim, Bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang nabi dan bukan seorang Imam sehingga Allah berfirman:
(إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي)
Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan aku mohon juga) dari keturunanku".
Kerana dia meminta pada seluruh anak-anaknya
(قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ)
Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
Iaitu dari hamba patung atau berhala) Bashair Al-Darajaaat – Oleh Mohammed bin Al-Hassan Al-Saffar: halaman 393 .
Zaid Al-Syaham, berkata: Aku telah mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Allah Tabaraka Wa Taala) telah mengambil Ibrahim sebagai hamba sebelum diambil menjadi nabi, Allah melantiknya sebagai seorang nabi sebelum menjadikannya seorang rasul, dan Allah menjadikannya seorang rasul sebelum menjadikannya Al-Khalil (teman rapat), dan Allah menjadikannya Al-Khalil Sebelum menjadikannya seorang Imam, apabila dikumpul segala sesuatu Allah berfirman:
(إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً)
Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia".
Dia berkata: Dari kemuliaan di mata Ibrahim, lalu dia berkata:
(وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ)
Ibrahim berkata: "(Dan aku mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
Dia berkata: Jangan menjadi orang-orang bodoh , ia adalah Imam yang bertaqwa (Al-Taqiy)) Al-Kafi: Jilid 1:halaman 175.




Tiada ulasan: