Isnin, 23 Februari 2015

Soalan 113: Soalan Seorang Kristian: Mengapa Agama Ilahi Berperang

Soalan 113: Soalan Seorang Kristian: Mengapa Agama Ilahi Berperang
السلام عليكم
Saudara yang mulia: berdoa kepada Allah Yang Maha Esa-lagi Maha Tunggal yang tiada sekutu  bagiNya yang memimpin saya ke jalan yang benar.


Kitab Suci kita memberitahu kita bahawa yang mengalir adalah Roh Kudus yang masih lagi bersama kita membantu kita untuk memahami kalimah Allah, dan membantu kita untuk mengekal Amanah Allah, walaupun semua penganiayaan terhadap agama Kristian, Yahudi dan Islam, dimana sebahagian yang mengikutnya tidak mahu mengenal kebenaran Allah, adalah Tuhan yang memberikan kehidupan pada manusia, yang merupakan satu-satunya yang mempunyai hak untuk menariknya semula, dan kita terdedah kepada pembunuhan pengikut tiga agama ini.

Soalan kami ialah apabila mereka percaya kepada Allah Yang Memelihara Keamanan, maka mengapa ada peperangan ini? Dan penyebaran agama mereka dengan nabi-nabi mereka dengan pedang peperangan bertentangan dengan Al-Masih, yang diutus Allah ke muka bumi untuk keamanan, dan pendakwah Kristian Hari ini jauh dari keamanan di masa lalu dan masa kini? Saya harap surat-menyurat dapat berterusan.

Dihantar oleh: 3adil Al-Muwahid

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Ya, Roh Kudus mengalir dan ia sebaik-baik yang mengalir, tetapi bagi orang-orang yang meminta kepada Allah dengan ikhlas ​​dan bebas dari Al-Ana (keakuan), bagi mengenal kebenaran (yang hak) dari Al-Haq SWT. Saya hamba yang serba kurang lagi jahil. Saya sentiasa mahu mengatakan dari kehendak Al-Haq, maka saya mohon kepada Allah dan untuk mengenal dari Allah.

Peperangan adalah untuk penyebaran Agama Ilahi yang benar pada setiap zaman. Ia dilaksanakan oleh nabi-nabi Allah dan Rasul-rasulNya (as), dan urusan mereka adalah urusan Allah, kerana mereka mengamalkan perintah Allah, mereka tidak bertindak mengikut hawa nafsu atau pendapat mereka, tetapi mereka tidak berkeinginan atau berkemahuan melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT. Anda orang-orang Kristian tidakkah percaya bahawa Musa, Harun, Yusa3, Daud dan Nabi Sulaiman (as) diutus sebagai nabi-nabi Allah?

Bacalah sejarah dan Perjanjian Lama untuk melihat bahawa Allah memerintahkan kepada mereka untuk memerangi orang-orang kafir dan pembukaan Tanah Suci dan pembinaan Haikal dan menyebarkan agama Ilahi yang hak pada masa itu.

Mengenai Isa (as) tidakkah orang yang mahu mengikuti aku akan membawa salibnya bersama-sama? Mengapa anda berfikir dia mahu melakukan seperti itu? Bolehkah anda berfikir dia mahu sesiapa yang mengikutinya dan mengikut kebenaran yang dibawanya dari Allah SWT membuatkan orang-orang kafir menyerah dengannya dan dengan kebenaran lalu memeranginya dan menyalibnya, atau dengan kata-kata ini: (Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku) bukankah ia bermakna Revolusi pada kekufuran, kezaliman dan yang melampaui batas? [264].

Isa (as) tidaklah berperang seperti para pemimpin kafir yang sesat lagi melampaui batas, sama ada ulamak Yahudi yang tidak beramal atau orang-orang Rom, kerana peperangan perlu perediaan (kelengkapan) dan bilangan tentera, dan ia tidak ada pada Isa (as) tidak ada perediaan (kelengkapan) dan bilangan tentera, yang ada bersamanya hanyalah orang-orang yang beriman kepadanya, dan berapa ramai orang-orang yang sanggup meninggalkan kehidupan mereka? !!

Jawapan soalan ini kamu akan dapati bahawa Isa (as) tidak mempunyai perlindungan kecuali hanya kepada Allah SWT untuk menemuiNya. Tidakkah Isa (as) meminta dari orang-orang yang diseru beriman dengannya untuk menahan diri daripada membayar ufti (jizyah-cukai) kepada Kaisar. Adakah mereka dapat menahan diri?! Jika mereka mengkhianati perkara ini, tentulah mereka akan mengkhianati beliau nanti dalam peperangan dengan terang dan jelas sekali.

Tujuan dakwah Nabi-nabi (as) perlu diambil kira, hakikat bahawa Isa (as) tidak memerangi musuh-musuh Allah dengan pedang tidak bermakna pula para nabi yang memerangi musuh-musuh Allah dengan pedang adalah suatu kebatilan dan dilarang pada mereka (atas mereka selawat Allah dan salamNya). Saya telah mengatakannya pada lebih daripada satu tempat seperti yang saya tulis sebelum ini [265]:

Dakwah Isa kepada Allah SWT mempunyai keistimewaan, keadaan sekitar membuatkan dakwah Ilahiyah yang dibawa lebih sukar, kerana Isa (as) bukannya menghadapi orang menyembah batu-batu berhala, dan bukannya menghadapi orang-orang yang kafir kepada Allah, bahkan menghadapi orang-orang yang mendakwa bahawa mereka bertauhid dan beriman kepada Allah dan Nabi-nabiNya, dan menghadapi ulamak Yahudi yang tidak beramal yang menzahirkan kebaikan dan berpura-pura kepada manusia bahawa mereka adalah pewaris para nabi yang diutus terdahulu (as), dan pada masa yang sama menyanjung orang-orang Rom penyembah berhala yang menduduki Tanah Suci.

Isa (as) datang untuk menghadapi orang-orang yang sesat lagi menyesatkan dimana mereka menganggap para ulama itu yang soleh dan mewakili Musa (as) dan Nabi-nabi (as). Ia bukan satu cara untuk mendedahkan dan menerangkan kerosakan dan kesesatan mereka, melainkan dengan kezuhudan Isa (as) dan peristiwa penyaliban yang menerangkan dan menunjukkan kekejaman hati mereka dan betapa jauh mereka dari rahmat Ilahiyah, yang mereka dakwa sebagai mewakilinya.

Ini adalah khusus mengenai Nabi-nabi (as), dan jika anda ingin untuk memperluaskan mengenai masalah ini sila rujuk dan baca buku: «Jihad Pintu Syurga».

Selebihnya adalah dari orang-orang yang tidak akan disinari dengan cahaya seorang nabi atau washiy dan dengan itu memenuhi bumi secara zalim dan tidak adil, maka mereka adalah segolongan dengan syaitan dan beramal dengan amalan syaitan, sehingga anda dapati mereka terdesak untuk mengekalkan kerajaan syaitan dan melakukan kejahatan di muka bumi ini dan kesemua mereka dengan cara yang tersendir. Orang yang mengetahui perkara yang sebenar yang mencari redha Allah mengetahui bahawa Empayar Umayyah, Empayar Abbasiyah dan Empayar Uthmaniyyah yang mendakwa mewakili Muhammad (S) dan Islam, hanyalah Negeri-negeri Syaitaniyah dan yang mewakili syaitan bukan yang lain, dan tiada kena mengena dengan Muhammad (S) dan Islam, melainkan demi kepentingan dan muslihat raja-raja zalim yang meampau ke darjat Firaun (laknahumu Allah), sama seperti Amerika dan Bush hari ini dan Al-Qaedah (Kaedah Syaitan) yang menganjurkan jenayah dan pembunuhan di bawah panji-panji mereka, iaitu panji-panji Syaitan (laknahu Allah).


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[264] - dan selepas ini dengarlah apa yang dinyatakan dalam Injil dengan lisan Al-Masih (Matius Bab IX:34-42)  (Jangan kamu menyangka, bahawa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang. * Sebab Aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya, anak perempuan dari ibunya, menantu perempuan dari ibu mertuanya,*  dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya. * Barangsiapa mengasihi bapa atau ibunya lebih dari pada-Ku, ia tidak layak bagi-Ku; dan barangsiapa mengasihi anaknya laki-laki atau perempuan lebih dari pada-Ku, ia tidak layak bagi-Ku. * Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku. * Barangsiapa mempertahankan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya, dan barangsiapa kehilangan nyawanya karena Aku, ia akan memperolehnya. * Barangsiapa menyambut kamu, ia menyambut Aku, dan barangsiapa menyambut Aku, ia menyambut Dia yang mengutus Aku. * Barangsiapa menyambut seorang nabi sebagai nabi, ia akan menerima upah nabi, dan barangsiapa menyambut seorang benar sebagai orang benar, ia akan menerima upah orang benar. * Dan barangsiapa memberi air sejuk secangkir sajapun kepada salah seorang yang kecil ini, karena ia murid-Ku, Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya ia tidak akan kehilangan upahnya dari padanya.")

Ya, semua matlamat nabi adalah untuk menyebarkan tauhid di muka bumi dalam pelbagai cara, bukan untuk menyebarkan kedamaian yang kosong dan hampa dari tauhid dan keadilan. Maka penyebaran tauhid dan keadilan dengan aman tidak akan terjadi, melainkan jika disebarkan, dengan peperangan, dan peperangan melibatkan pada wujudnya bantuan, tetapi sebahagian nabi-nabi seperti Isa (as) apabila mereka yang beriman tidak menolongnya, melainkan sedikit yang lemah, terpaksalah bertaqiyah dan meninggalkan peperangan. Untuk mengetahui masalah meninggalkan peperangan dan kedamaian bukalah (bacalah) sirah perjalanan para nabi sebenar, tetapi ia adalah urusan yang bertentangan disebabkan kekurangan bantuan dan sokongan, oleh kerana itulah, kita dapati bahawa para nabi mewujudkan perediaan (kelengkapan) dan bilangan tentera untuk memerangi orang-orang kafir dengan membawa kepadanya dengan segala kekuatan dan keazaman seperti nabi Allah Daud (as).
Isa juga berkata kepada para sahabatnya di hadapan orang-orang Yahudi yang datang untuk menangkapnya: (...Lalu Ia berkata kepada mereka: "Ketika Aku mengutus kamu dengan tiada membawa pundi-pundi, bekal dan kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?" * Jawab mereka: "Suatupun tidak." Kata-Nya kepada mereka: "Tetapi sekarang ini, siapa yang mempunyai pundi-pundi, hendaklah ia membawanya, demikian juga yang mempunyai bekal; dan siapa yang tidak mempunyainya hendaklah ia menjual jubahnya dan membeli pedang.).[ Injil Lukas (Luke) 22:36-37] (Pengulas).
[265] – Sila lihat kitab saya Al-3ijl (anak lembu), dan Pencerahan dawah Para Rasul oleh, Al-Syed Ahmad Al-Hassan. (Pengulas).



Tiada ulasan: