Soalan 109: Istikhaarah
Dengan Al-Quran
Saya beristikhaarah
dengan Al-Quran Al-Karim mengenai Al-Syed Ahmad Al-Hassan maka muncul kepada
saya Surah Al-Anbiya:
﴿قَالُوا مَن فَعَلَ هَذَا
بِآلِهَتِنَا إِنَّهُ لَمِنَ الظَّالِمِينَ * قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى
يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ﴾
Mereka berkata: "Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap
tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim". * Mereka
berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini
yang bernama Ibrahim".[21:60]
Pada istikhaarah tersebut
ia muncul dua kali berturut-turut [211],
di akhiri dengan
ucapan terima kasih.
Dihantar oleh: Umm
Raghad
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Adapun mengenai
Firman Allah SWT:
﴿قَالُوا مَن فَعَلَ هَذَا
بِآلِهَتِنَا إِنَّهُ لَمِنَ الظَّالِمِينَ * قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى
يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ﴾
Mereka berkata: "Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap
tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim". *
Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela
berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim" [212],
Oleh kerana para
ulamak yang tidak beramal adalah lanjutan dari tabiat penyembah berhala-berhala
selain Allah. Sementara Aali Muhammad (as),para imam dan Mahdi-mahdi, mereka adalah lanjutan
kepada bapa mereka Ibrahim (as) yang berdakwah kepada kebenaran.
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡
______________________________
[211] - dari
Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib (as) berkata: (Rasulullah (S) mengutus ku ke
Yaman, beliau berkata, baginda berwasiat kepadaku: Wahai Ali, apa yang menyenangkan
dari yang terbaik, dan yang tidak disesalkan dari perundingan ...) Al-Amaliy
oleh Al-Syeikh Al-Thusi: halaman 13. .
Dan baginda (S)
bersabda: (kebahagiaan anak Adam dengan beristikharah (minta petunjuk) kepada Allah
dan redha dengan apa yang ditentukan Allah dan kesengsaraan anak Adam apabila
meninggalkan istikharah kepada Allah dan marah dengan ketentuan Allah.) Bihar Al-Anwar:
Jilid 47 halaman 159..
Dan dari Abi Abdillah
(as), dia berkata: (Sesiapa yang beristikharah (minta petunjuk) kepada Allah dan
redha dengan perbuatan pilihan Allah baginya kenyataan (tidak dapat tidak)) Wasail
Al-Syiah (Aali Al-Bayt): Jilid 8: halaman 63.
Dan dari Abi Abdillah
(as), dia berkata: (istikharah (minta petunjuk) kepada Allah seorang hamba
mukmin pilihan itu berlaku padanya, walaupun yang dia benci) Wasail Al-Syiah (Aali
Al-Bayt): Jilid 8: halaman 81.
Dan ‘Umar bin Harits
berkata: Abi Abdillah (as), berkata: (Solat dua rakaat, dan beristikharah kepada
Allah dan demi Allah ia petunjuk dari Allah kepada Muslim dan ia adalah pilihan
Allah baginya dalam apa jua bentuk) Mishbah Al-Mujtahid oleh Al-Syeikh Al-Thusi:
halaman: 533.
[212] – Al-Anbiak 21:59-60.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan