Selasa, 17 Februari 2015

Soalan 94: Al-Rabb, Al-Ilah, dan Allah


Soalan 94:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) menyebut perkataan (الرب - Al-Rabb), dan kadang-kadang perkataan (الله - Allah) atau (الإله - Al-Ilah), apakah perbezaan maknanya, iaitu pengertian Al-Rabb, Al-Ilah, atau Allah?

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dan Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Saya berharap bahawa saya tidak menyusahkan pada Al-Syed Al-Washiy (as) dengan soalan tersebut.

Dihantar oleh: Ibrahim Raghil

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Al-Ilah - الإله : Dia Yang Maha Sempurna, yang berpaling kepadaNya untuk memenuhi kekurangan dan menghasil kesempurnaan, iaitu, menghadap dan bertujuan langsung kepadaNya.

Al-Rabb - الرب: adalah Dia Yang memenuhi kekurangan selain dariNya dan Yang menyempurnakan selain dariNya.

Ketuhanan Al-Ilah (Al-Uluhiyah) dan Ketuhanan Al-Rabb  (Al-Rububiyah) Yang Suci dari sifat tidak cekap (berwibawa), bahkan Dia Yang Maha Suci lagi Maha Sempurna adalah Al-Uluhiyah Mutlak dan Al-Rububiyah Mutlak.

Perbezaan jelas pada Al-Rububiyah secara umum dan yang melindungi hinggalah kepada bapa, yang dikatakan kepadanya: sebagai rabb (ketua- pengurus) keluarga, kerana dia dianggap sebagai pendidik (yang mengurus) anak-anaknya dan menyempurnakan mereka, dan Al-Rububiyah Mutlak, yang tidak melindungi melainkan Yang Maha Kaya yang tidak memerlukan kepada yang lain, Maha Suci Dia dari sifat-sifat yang terhad.

dan Al-Uluhiyah, Bahawa Allah SWT mencipta manusia untuk menjadi penggantiNya yang sempurna (Insan Kamil), dan dia tidak akan menjadi demikian, melainkan apabila menunjukkan semua sifat-sifat Al-Uluhiyah (ketuhanan Al-Ilah) dan ditajallikannya (ditunjukkannya) (iaitu, seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah (S): (yang dikira terbaik dari nama-nama Allah)).


Ia adalah keterangan secara ringkas , dan maklumat terperincinya boleh didapati dalam Tafsir Surah Tauhid yang boleh dibaca pada masa akan datang, Insya-Allah, (sekarang sudah diterbitkan, Kitab Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid  - pent)

Saya adalah khadam orang-orang mukmin dan menjawab soalan-soalan saudara tidak menyusahkan saya, tetapi saya mendapat penghormatan menjawabnya, dan dari nikmat Allah kepada saya menjawabnya, dan banyak soalan adalah dengan niat yang baik untuk menarik manusia dekat kepada Allah, iaitu orang-orang mukmin yang berminat dengan agamanya dan dipanggil bertawajjuh (menghadap) kepada Allah, dan saya datang untuk tujuan ini bagi menghadapkan manusia kepada Allah.

Dan saya berharap saudara memaafkan atas keuzuran saya dan keteleduran saya dan jika saya gagal bersama saudara dalam apa jua perkara.


Ahmad Al-Hassan




✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: