Isnin, 2 Februari 2015

Hakekat Alam Al-Zarr Dan Keterangan Daripada Al-Quran, Sunnah Dan Akal




Hakekat Alam Al-Zarr Dan Keterangan Daripada Al-Quran, Sunnah Dan Akal

Apakah Alam Al-Zarr

Istilah ini kerap digunakan, terutama oleh para penceramah dan para pentafsir Al-Quran, untuk menentukan dan menunjukkan kesahihan pendapar mereka bahawa manusia hidup di alam-alam menunggu atau terdapat peringkat halaman kewujudannya dalam alam-alam ini (Alam Al-Zarr) yang mengira masalah pebincangan antara meremehkan atau menerima dengan diselaraskan pada penulis awal atau antara mengkritik pendapatnya atas kekeliruannya atau mengenepikan pendapat yang dibinanya iru..

Kalimah Alam Al-Zarr tidak disebut dalam kata-kata para Imam (as) dengan nama ini, tetapi yang disebut dalam hadits -hadits mereka perkataan Al-Zarr sahaja, Dan mungkin tidak dijelaskan sebagai hakikat, tetapi hanya diajukan sebagai kiasan seperti yang akan dibuktikan nanti, Insya-Allah,.

Penamaan Alam Al-Zarr datang dari para pentafsir dan para penceramah melalui hadits -hadits Ahli Al-Bait dan ia juga dikenali sebagai Alam Al-Alast atau Alam Al-Roh untuk menentukan kewujudan roh-roh sebelum jasad-jasad dan dimulai dengan banyaknya peringkat-peringkat dalam pemeringkatan Roh dari segi kemasukan ilmu dan iman, dan juga mengambil perjanjian, dan penolakanknya dan perkara-perkara lain.

Ini bermakna secara ringkasnya Alam Al-Zarr adalah (Alam kehidupan manusia yang telah dilaluinya ketika dia masih roh tanpa jasad untuk mengekang manfaat dan kepentingan yang tidak disedari apa yang ada dalam fikiran dangkalnya).
Tetapi kalimahnya di sini dari segi menamakan dengan nama Alam Al-Zarr. Adakah ianya benar-benar penciptaan, atau ia disamakan dengan kiasan.

Faktor-faktor yang membantu untuk menolak ilmu ini dan manusia tidak beriman dengannya sehalus zarrah. Bagaimana mencari Tuhan dengan akal dan bagaimana mengakui Allah pada Al-Rububiyah dan memelihara Perjanjian atau mengucapkannya, semua ini bergantung kepada pengetahuan manusia dalam apa jua bentuk atau hakikatnya, yang jelas bahawa manusia di Alam Al-Zarr tidaklah dalam ukuran Al-Zarrah (atom) kerana ia perlukan semua perkara-perkara ini tetapi kiasannya bagi mereka untuk sebahagian besar daripada mereka di Al-Zarr dan tidaklah seperti yang dibayangkan atau mendakwa ianya dengan ukuran Al-Zarrah, ini tidak boleh diterima, kerana dunia di mana mereka tinggal jauh dari kebendaan iaitu ia adalah alam rohani di mana tiada kebendaan dan Al-Zarrah (atom) yang bertaraf kebendaan kerana ia hanyalah kiasan, dan bukan pada hakikat seperti Al-Zarr kerana adalah ditolak tafsiran Alam Al-Zarr yang berdasar pandangan kebendaan.

Dan bagi pertanyaan bagaimana Allah meletakkan fikiran pada mereka? Bagaimana mengumpul mereka sedangkan mereka ramai? Kemudian persoalan bagaimana untuk bercakap dalam keadaan mereka dan kewujudan fikiran mereka?

Semua ini salah kerana mereka hidup dalam Alam Roh, dan sebagai Roh yang hanya Allah mengetahuinya kita tidak boleh pergi sejauh itu hingga ke pangkal perkara, dan selama perkara ini sesuatu yang mungkin dan tidak mustahil, maka kita percaya padanya dan tidak menolaknya, dan ini adalah apa yang kita tidak tahu tetapi ia tidak bertentangan dengan iman kita iaitu kita percaya dengan Roh, tetapi kita tidak tahu susunannya dan asal-usulnya, Maka dalil-dalil yang lebih kuat adalah dalil Al-Quran dan akan dicari sebagai permulaan untuk peringkat pembuktian.


Dalil Al-Quran:

Terdapat banyak ayat-ayat yang menunjukkan Alam Al-Zarr dan ia disebut dalam Al-Quran:

Pertama: Ayat yang menjadi dalil Alam ini dengan petunjuk yang jelas dan semua orang telah mengesahkan dan menunjukkan Alam ini. Ia adalah Ayat Al-Mitsaq (Ayat Persetiaan), iaitu:

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ﴾

{Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap perkara ini."} [Al-A3raaf 7:172] 

Bahawa ayat ini adalah salah satu daripada ayat-ayat yang jelas petunjuknya dan akan kami jelaskan perenggan tertentu yang banyak kalimah di dalamnya, dan kalau kita lihat pada zahirnya kita akan dapati kewujudan roh-roh sebelum penciptaan jasad-jasad yang mengambil Persetiaan Ilahi dari manusia seluruhnya.

Ayat kedua: FirmanNya SWT:

 ﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

{Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Khabarkanlah kepada-Ku nama-nama semuanya ini jika kamu semamangnya yang benar!" } [Al-Baqarah 2:31] 

Dalam ayat ini menunjukkan bahawa Allah menciptakan roh-roh sebelum jasad-jasad dan bagi semua roh namanya ditentukan padanya, kerana perbicaraan ini berlaku dengan para malaikat dan Adam berada di Syurga, bukannya di bumi, dan kita tahu bahawa penciptaan manusia pertama di bumi adalah Adam yang dinyatakan Al-Quran bahawa belum pernah terjadi sebelumnya disebut pada penciptaan,pada FirmanNya SWT:

أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

{Khabarkanlah kepada-Ku nama-nama semuanya ini jika kamu semamangnya yang benar!}.

Jika saudara katakan ia adalah nama semua kewujudan dan tidak tidak kepada roh-roh,  kami berkata bahawa pengkhususan ini adalah batil (salah), kerana penggunaan Isim Isyarah (kata nama petunjuk) هؤلاء mereka ini yang digunakan untuk akal-akal, yang menunjukkan bahawa adalah akal manusia sebelum penciptaan jasad, Dia SWT berfirman:

﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ﴾

{Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud.} [Al-A3raaf 7:11] .

Allah Jalla Jalalah menunjukkan bahawa penciptaan manusia secara berperingkat-peringkat antara peringkat ini ada peringkat Alam Al-Zarr kerana digunakan kata ganti jamak di dalam ayat,

خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ
{Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat }

bermakna bahawa kami telah menciptakan kamu semua dalam Alam Al-Zarr di mana kamu roh-roh, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat sujudlah kepada Adam dengan perkataan (kemudian) mengikut tertib, ia bermaksud bahawa martabat penciptaan mendahului martabat  pembentukan manakala penciptaan dan pembentukan mendahului sujud kepada Adam.

Ayat ketiga: FirmanNya SWT

﴿فَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا بِمَا كَذَّبُوا بِهِ مِن قَبْلُ كَذَٰلِكَ نَطْبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِ الْمُعْتَدِينَ﴾

tetapi mereka tidak hendak beriman karena mereka dahulu telah (biasa) mendustakannya. Demikianlah Kami mengunci mati hati orang-orang yang melampaui batas.} [Yunus 10:74] 

Di mana seperti yang dinyatakan dalam tafsir Al- Qummiy dari Abi Amir bin Miskan dari Abi Abdillah (as) pada firmanNya SWT: {Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian...} dan ayat (Maksud saya ini kemudian meneguhkan Makrifah dan mereka lupa kedudukan dan akan diingatkanNya kalau tidak, tidak akan mengetahui mengenai Penciptanya dan Yang memberi rezki padanya. Sebahagian daripada mereka mengakui dengan lidahnya dalam Alam Al-Zarr tetapi tidak beriman di dalam hatinya, Allah berfirman: {...tetapi mereka tidak hendak beriman karena mereka dahulu telah (biasa) mendustakannya.})

Dan Imam Al-Shadiq (as) mengesahkan bahawa yang mendustakan ketika berada di Alam Al-Zarr
.
Ayat Keempat: Dia SWT berfirman:

هَذَا نَذِيرٌ مِنَ النُّذُرِ الْأُولَى

{Ini (Muhammad) adalah seorang pemberi peringatan di antara pemberi-pemberi peringatan yang awal. } [Al-Najm 53:56] 

Diriwayat dari Al-Qummi berkata kepada kami Ali Bin Al-Hussein dari Ahmad bin Abi Abdillah dari Muhammad bin Ali dari Ali bin Asbath bin Ali bin Muammar dari ayahnya berkata, saya bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai FirmanNya SWT:
                       هَذَا نَذِيرٌ مِنَ النُّذُرِ الْأُولَى
{ Ini (Muhammad) adalah seorang pemberi peringatan di antara pemberi-pemberi peringatan yang awal.}
berkata: (Bahawa Allah TWT Sejak penciptaan Zarr (roh) di Al-Zarr Awwal mereka membina barisan dan Allah mengutus Muhammad maka berimanlah sebahagian kaum dan sebahagian kaum menafikan, Maka Allah berfirman::
هَذَا نَذِيرٌ مِنَ النُّذُرِ الْأُولَى
{ Ini (Muhammad) adalah seorang pemberi peringatan di antara pemberi-pemberi peringatan yang awal.}
Ia bermakna Mohammad (S) telah menyeru mereka  kepada Allah AWJ di Al-Zarr awal (pertama)).

Pada ayat kedua Surah Al-Taghabun

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُمْ مُؤْمِنٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

{Dialah yang menciptakan kamu maka di antara kamu ada yang kafir dan di antaramu ada yang mukmin. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.} [64:2] 

seperti yang diriwayatkan dari Imam Al-Shadiq (as) telah ditanya mengenai ayat ini, beliau berkata: (Mengenali Allah dengan mereka beriman dengan Wilayah kami dan mereka kufur dengan mereka meninggalkan Al-Mitsaq yang yang mereka ambil dalam sulbi Adam dan mereka adalah Zarr dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan)


Al-Sunnah Yang Mulia:

Apa yang datang dari jalan Al-Sunnah Yang Mulia (hadits-hadits) tidak mungkin dibawa di sini, kerana sebilangan besar riwayat disebut secara umum dan khusus. Kami menyebut sebilangan kecil darinya yang terdapat di dalamnya yang mana akan menjadi dalil sebagai yang seterusnya akan menjadi kesimpulan untuk saya kerana terdapat banyak riwayat disebut secara umum dan khusus.


Apa Kata Syiah Mengenainya:

Dari Zaraarah berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang ayat:
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آَدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
 {Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap perkar ini."}
Beliau berkata: (Allah mengeluarkan dari belakang (sulbi) Adam zuriatnya sehingga hari kiamat. Mereka keluar dan mereka dalam bentuk Al-Zarr (benih zarah) maka mereka mengenal diriNya dan pendapat mereka tentang diriNya dan kalaulah seseorang tidak menenali Tuhannya seperti FirmanNya SWT
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
{Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah: "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.}) [Luqman 31:25] 

Perbualan Ibn Al-Kuwa dengan Amir AL-Mukminin Ali (as)
Diriwayatkan dari Al-Asbagh bin Nabatah,dari Ali (as) berkata: (Telah datang kepadaku Ibn Al-Kuwa bertanya: Wahai Amirul Mukminin, beritahu saya tentang adakah sesiapa dari anak-anak Adam sebelum Musa yang berkata-kata dengan Allah TWT. Ali (as) berkata: Allah telah berkata-kata dengan semua penciptaanNya, Ada mereka yang patuh (setia) dan ada mereka yang derhaka dan mengembalikan jawapan (Maka berat bagi Ibn Al-Kuwa) tidak memahaminya, lalu dia berkata kepada beliau: Bagaimana itu, ya! Amir Al-Mukminin? Maka beliau berkata kepadanya, Tidakkah kamu membaca kitab Allah, ketika Dia berfirman kepada nabiNya:
وإذ أخذ ربك من بني آدم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على أنفسهم ألست بربكم قالوا بلى
{Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami),}?
mereka telah mendengar kata-kataNya, dan mengembalikan jawapan kepadaNya seperti yang kamu dengar firman Allah- Wahai Ibn Al-Kuwa –
قالوا بلى
{Mereka menjawab: "Betul’ }
Maka Dia berkata kepada mereka:
إني أنا الله لا إله إلا أنا، وأنا الرحمن
Sesungguhnya Aku tidak ada Tuhan melainkan Aku, Akulah AI-Rahman,
Maka mereka berikrar kepadaNya dengan ketaatan dan Ketuhanan (Al-Rububiyah), dan mengiktiraf (mengenalkan) para rasul dan nabi-nabi dan Aushiak dan memerintahkan penciptaan mentaati mereka, supaya berikrar  dengannya pada Al-Mitsaq (Persetiaan), maka malaikat pun berkata, ketika mereka berikrar: Kami menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap perkara ini.)


Riwayat Ahli Sunnah
:
Ada banyak yang dikatakan mengeneinya, tetapi kami menghadkannya pada beberapa riwayat, untuk tidak memperpanjang perbahasan.

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid Al-Musnad dan Al-Baihaqi dan kumpulan dari Abu ibn Ka'ab,

أنه قال في ( آية الميثاق): (جمعهم الله فجعلهم أرواحا في صورهم ثم استنطقهم فتكلموا ثم أخذ عليهم العهد والميثاق على أنفسهم: ألست بربكم ؟ قالوا بلى: قال فأني أشهد عليكم السموات السبع وأشهد عليكم أباكم آدم أن تقولوا يوم القيامة أنا لم نعلم بهذا أعلموا أنه لا اله غيري ولا رب غيري ولا تشركوا بي شيئا أني سأرسل إليكم رسلي يذكرونكم عهدي وميثاقي وأنزل عليكم كتبي قالوا: بلى شهدنا بأنك ربنا وإلهنا لا رب لنا غيرك (لا اله غيرك) فأقروا ورفع عليهم آدم ينظر إليهم فرأى الغني والفقير وحسن الصورة ودون ذلك فقال يا رب لولا سويت بين عبادك قال: إني أحببت أن اشكر

katanya mengenai Ayat Al-Mitsaq (Persetiaan): (Allah mengumpul mereka dijadikan dalam bentuk roh-roh dan kemudian mereka disoal dan mereka berbicara, kemudian dibawa kepada mereka Perjanjian dan Persetiaan atas diri mereka:
Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami
Aku menyaksikan kamu (dari) Langit-langit Ketujuh, dan Aku menyaksikan kepada kamu bapa kamu Adam, Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: bahawa kamu tidak mengetahui perkara ini
Ketahuilah bahawa tiada Tuhan (Ilah) selain Aku, tiada Tuhan (Rabb) selain Aku dan janganlah kamu syirikkan sesuatu denganKu, Aku akan mengutus kepada kamu Rasul-rasulKu yang akan mengingatkan kepada kamu Perjanjian dan Persetiaan (‘Ahd dan Mitsaq), dan Aku turunkan kepada kamu KitabKu.
Mereka berkata, 'Ya (bahkan), kami bersaksi bahawa Engkau, Tuhan (Rabb) kami, Allah (Ilah) kami, Tiada Tuhan (Rabb) bagi kami selain Engkau (Tiada Tuhan(Ilah)  selain Engkau) Maka mereka berikrar dan dibangkitkan atas mereka Adam yang melihat kepada mereka shurah (bentuk rupa - imej) yang kaya, yang miskin dan yang baik dan yang sebaliknya, dia berkata, Wahai Tuhan, Engkaulah yang sempurnakan pada hamba-hambaMu, maka dijawab: Sesungguhnya Aku suka (orang yang) bersyukur)

Diriwayatkan oleh Muslim bin Yasar Al-Juhani bahawa 'Umar bin al-Khattab bertanya mengenai ayat ini, katanya, Aku mendengar Rasulullah (S) telah ditanya mengenainya, baginda bersabda: (Sesungguhnya Allah SWT menciptakan Adam dan kemudian meneliti penzahirannya dan dikeluarkan darinya zuriat, kemudian dikatakan telah diciptakan neraka dan dan beramal ahli neraka amalannya . Lalu berkata lelaki itu, 'Wahai Rasulullah antara amal mereka? baginda (S) bersabda bahawa jika Allah menciptakan hamba-hamba untuk dimasukkan ke syurga amalannya adalah amalan ahli syurga sehingga apabila dia mati pada amalan ahli syurga maka dimasukkan ke syurga dan jika penciptaan hamba-hamba untuk dimasukkan ke neraka amalannya adalah amalan ahli neraka sehingga apabila dia mati pada amalan ahli neraka maka dimasukkan ke neraka).


Dalil Akal
:
Bahawa Alam Roh adalah alam yang lebih luas tidak terhingga, telah mencapai bijak pandai Yunani dan orang-orang Arab dan terhenti di pinggir alam tersebut, tanpa melepasi alamnya. ia adalah kerana alam tersebut tidak dilihat dengan mata dan tidak dapat ditunjukkan dengan keterangan, tetapi dapat ditunjukkan dengan kesannya, iaitu, kalaulah tidak kerana kesannya yang berpunca daripada hati manusia dan persoalan hidup dan mati apabila mereka percaya kepadanya dan mengenalnya sejak masa itu, sehingga datangnya Islam.

Beliau juga menunjukkan kesannya dan nisbah kekurangan bagi orang yang berakal bahawa mereka tidak mengetahui tentang roh, kecuali sedikit, dan tidak tahu mengenainya dan apa sebenarnya roh kerana ada keperluan yang berkaitan dengan mengenal roh dan hubungannya dengan mengenal Tuhan, kemudian apabila melihat alam seumpama itu, semuanya sama dengan kenyataan kerana ia cenderung untuk menjadi lebih unggul daripada kedudukan kepada kenyataan dan sudah tentu kita akan menghadapi pelbagai kemuskilan. Sebagai contoh, jika kita mahu bercakap tentang asal-usul penciptaan dan bagaimana Allah mencipta penciptaan, Adakah menciptakannya dengan (Kun Fa Yakun – Jadilah maka terjadi!) Atau melalui perantaraan, dan sebabnya tidak lengkap, kata-kata ini bertujuan untuk mencapai kebenaran bagi semua pengesahan yang berkaitan dengan masalah ini kerana Allah mahu menjadikan kehidupan manusia dari (janin) dalam perut ibunya dan diberikan Roh-Nya oleh malaikat, tetapi kita akan menghadapi soalan di sini yang perlu dipenuhi:

Apakah roh ini telah dicipta atau diwujudkan mengikut keperluan janin, kerana ia mencapai had yang telah matang di dalam jalan tabiei dan pada tempoh empat bulan?

Dan bercakap tentang ini bahawa sains moden adalah jauh dari merealisasikan perkara itu kerana kebijaksanaan ilahi dan misteri-misteri ilahi dan lemahnya akal untuk mengenali metafizik. Menyedari sepenuhnya atau hampir sepenuhnya, kemudian kita akui dan kembali menyerahkan kepada Sunnah yang mulia sebagai sumber kebijaksanaan khazanah ilahi dan rahsia ilahi dan banyak riwayat menekankan bahawa penciptaan kehidupan sebelum jasad dan ianya berada di alam yang kedua yang kita tidak mengetahuinya. Bahawa dengan berdalilkan Al-Quran pada kewujudan kehidupan sebelum kehidupan ini, dan hadits Al-Rasul yang mulia (S) yang diriwayat secara umum dan khusus adalah (bahawa Allah menciptakan roh ribuan tahun sebelum jasad....)

Yang menunjukkan bahawa roh ada sebelum diwujudkan jasad dan kebijaksanaan yang sesuai dengan perjalanan yang diambil dari para Nabi dan Al-Quran sepenuhnya dibina dari awal hingga akhir alam
سنة الله ولن تجد لسنة الله تبديلا
{dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati peubahan pada sunnah Allah.}
atau riwayat daripada Nabi (S): (Tuhan tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab-sebab)

Penciptaan roh sebelum jasad adalah sangat dekat dengan kebiasaan yang perakui di mana kita perlu beri perhatian pada fitrah manusia ini dan fitrah ini sangat secocok dengan alam roh lebih daripada dalam alam jasad, dimana fitrah pada hakikat (pada makna) dan fitrah pada jasad kebendaan, yang meninggalkan helaan nafas rohani atau keunggulan yang sesuai dengan manusia dengan anggapan kehidupan dalam alam rohani kedua halus lembut, yang jarang berlaku di alam ini.





Persoalan Tentang Pemilihan Di Alam Zarr – Imam Ahmad Al-Hassan (as)
      
Soalan 17: Apakah sebab di sebalik memilih para nabi, rasul, dan Imam (as) dari di kalangan manusia lain dan membezakan mereka dengan kemaksuman?

Jawapan:

Apabila Allah mengumpulkan anak-anak Adam dengan kuasaNya dan berfirman kepada mereka

{ [...الست بربكم...]... Bukankah Aku Tuhan kamu?...}, [110]

mereka terbahagi-bahagi, menjadi beberapa golongan mengikut jawapan mereka:

Golongan pertama adalah mereka yang telah melihat cahaya dari sebalik hijab, lalu mereka menjawab, "Ya," sebelum pertanyaan tadi sampai ke pendengaran mereka. Dan golongan ini terbahagi menjadi beberapa kelompok sesuai dengan bilangan hijab, yang dari sebaliknya mereka melihat cahaya.

Dan mereka adalah orang-orang yang menembusi hijab-hijab cahaya dan mencapai Sumber Kebesaran [ma’din al-‘azhamah. [111]

Amirul Mukminin (as) berkata,

"Ilahi, limpahilah daku dengan kesempurnaan pengabdian kepadaMu, dan terangilah mata hati kami dengan cahaya penglihatannya kepadaMu, sehingga mata hati kami menembusi hijab-hijab cahaya, dan mencapai sumber Kebesaran [ma’din al-‘Azhamah], dan roh-roh kami melekat pada KemuliaanMu yang Suci. " [112]

Golongan kedua adalah mereka yang melihat cahaya ini setelah ia menembusi hijab-hijab, lalu mereka menjawab, “Ya,” setelah pertanyaan itu sampai ke pendengaran mereka. Mereka juga terbahagi menjadi beberapa kelompok mengikut kepantasan mendengar dan menjawab, dan kedua-dua ini adalah golongan yang merdeka

Kemudian golongan hamba; mereka berkata, “Ya,” setelah mendengar ucapan “Ya” dari orang lain.

Kemudian datang golongan munafik, mereka berkata, "Ya," tetapi mereka meragui apa yang mereka dengar. [113]

Kemudian datang golongan  kafir, mereka adalah orang-orang yang tidak mengatakan "Ya." [114]

Para Nabi, Rasul, dan Imam-imam (as) adalah golongan pertama, dan mereka telah melihat cahaya ini dari sebalik hijab-hijab kerana mereka tidak menoleh ke kanan atau kiri, bahkan jiwa mereka melekat pada alam paling atas [bilmala’ al-a3la], dan penglihatan mereka terbatas pada sisi limpahan Ilahi, dan mereka tidak pernah melupakan Allah SWT, dan mereka (as) juga ada derajatnya. Sebahagian daripada mereka memusatkan seluruh wujud mereka untuk melihat pada sisi limpahan Ilahi, dan sebahagian mereka pula kurang daripada itu. Setiap mereka (as) menerima sesuai dengan apa yang mereka berikan, dan melihat tanda-tanda dari Tuhannya sesuai dengan sebanyak mana usaha mereka memandang kepadaNya.

﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى * وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى * ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَى* وَأَنَّ إِلَى رَبِّكَ الْمُنْتَهَى﴾

{Dan tidak ada bagi manusia melainkan apa yang diusahakannya  * Dan usahanya akan dilihat * Kemudian dia akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna * Dan hanya kepada Tuhanmu kesudahan.} [115] ,

Jadi, di alam tersebut, semua anak Adam mempunyai kebebasan untuk memilih, dan setiap mereka memiliki fitrah Allah yang difitrahkan manusia ke atasnya.

Dan setiap orang, yang dengan kehendaknya sendiri membataskan penglihatannya pada cahaya tersebut, lalu menjadi golongan yang didekatkan [al-muqarabin], atau membataskannya pada kegelapan lalu mereka menjadi penghuni neraka. Para Nabi, Rasul, dan Imam (as) adalah orang-orang yang memilih Allah SWT, dan membataskan penglihatan mereka pada cahaya tersebut, oleh itu Allah SWT memilih mereka.

Adapun Al-‘Ishmah [العصمة] (kemaksuman): ada banyak derajatnya dan bukan hanya satu seperti yang dibayangkan oleh sesetengah orang, dan setiap nabi, rasul, dan Imam (as) berbeza dalam derajat kemaksuman berdasarkan pilihannya. [116] Oleh itu Al-‘Ishmah [العصمة] (kemaksuman) adalah orang yang berpegang teguh pada Allah dan menahan diri daripada apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Dalam Kitab Ma’ani Al-Akhbar, Hisham berkata,

"Aku berkata kepada Abu Abdullah AS, ‘Apa maksud kata-katamu bahawa Imam mesti maksum?’ Dia AS berkata, ‘Maksum adalah orang yang menahan diri kerana Allah dari segala yang dilarang Allah. Dia swt berkata, 

﴿وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾

Sesiapa yang berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk ke jalan yang lurus.} [117] . " [118]

Aba Abdillah Al -Shadiq (as) berkata,

"Orang yang maksum adalah mereka yang berpegang teguh pada tali Allah; dan tali Allah adalah Quran, dan Quran menunjukkan kepada Imam, seperti firman Yang Maha Tinggi,

﴿إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ﴾

{Sesungguhnya, Quran ini adalah petunjuk kepada jalan yang paling lurus.} [119]. "[112]




✡✡✡✡✡

-----------------------------
[110].Al-A3raaf 7:172
[111]. Daud Al-Raqqi meriwayatkan Abu Abdullah AS berkata, “Ketika Allah (SWT) ingin menciptakan makhluk, Dia mencipta dan menghimpunkan mereka di antara tanganNya, kemudian menyoal mereka, ‘Siapa Tuhan kalian?’ Maka yang pertama menjawab adalah Rasulullah (S), dan Amirul Mukminin (as), dan para Imam (as), lalu mereka berkata, ‘Engkau, Tuhan kami.’ Maka Dia SWT menjadikan mereka pembawa ilmu dan agama, kemudian Dia SWT berkata kepada para malaikat, ‘Mereka adalah pembawa agamaKu dan ilmuKu dan amanatKu dalam penciptaanKu, dan mereka adalah orang-orang yang telah diamanahkan [al-mas’ulun].’ Kemudian Dia SWT berkata kepada anak-anak Adam, ‘Akuilah Allah dalam Ketuhanan [ar-rububiyah], dan ketaatan dan kesetiaan [al-wilayah] kepada mereka.’ Lalu mereka berkata, ‘Ya, Tuhan kami, kami mengaku.’ Maka Allah SWT berkata kepada para malaikat, ‘Bersaksilah,’ lalu para malaikat berkata, ‘Kami bersaksi, agar mereka nanti tidak berkata, ‘Bahawa kami tidak mengetahui perkara ini,’ atau mereka berkata, ‘Sesungguhnya nenek moyang kami telah mensyirikkan Allah sejak dahulu dan kami ini hanyalah keturunan mereka. Lalu, apakah Engkau akan menghukum kami kerana mengikut kebatilan yang telah mereka dilakukan dahulu?’” Dia (as) berkata, “Wahai Daud, para nabi telah ditentukan dalam Perjanjian [al-mitsaq].” Bihar Al-Anwar, Jilid 5 halaman 244..
[112] petikan dari Al-Munaajaat Al-Syu3baniyah, lihat: Iqbal Al-A3maal: halaman 687.
[113] Ibn Miskan, dari Abi Abdillah (as) pada firmanNya SWT:
(وإذ أخذ ربك من بني آدم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على أنفسهم ألست بربكم قالوا بلى شهدنا)
(Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi".} [Al-A3raaf 7:172] 
Aku berkata ini ujian? Beliau berkata: Ya, dan untuk meneguhkan Makrifah dan mereka lupa kedudukan dan akan diingatkanNya kalau tidak, tidak akan mengetahui mengenai Penciptanya dan Yang memberi rezki padanya, Sebahagian daripada mereka mengakui dengan lidahnya dalam Alam Al-Zarr tetapi tidak beriman di dalam hatinya, Allah berfirman: {...tetapi mereka tidak hendak beriman karena mereka dahulu telah (biasa) mendustakannya.}) Bihar Al-Anwar Jilid 5:halaman 237.
[114] dari Abi Ja'far dari bapanya (as): (Rasulullah (S) bersabda kepada Ali (as): Kamu yang didahulukan Allah dengan kamu pada permulaan penciptaan di mana roh-roh mereka berdiri, Dia berfirman kepada mereka: Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Ya (bahkan),  FirmanNya lagi, Muhammad itu pesuruh Allah? Mereka menjawab: "Ya (bahkan),  FirmanNya lagi: Ali Amir Al-Mukminin, semua penciptaan menolak, mereka takbur dan berlagak sombong dari Wilayah kamu, melainkan sangat sedikit, dan mereka yang sedikit itu adalah golongan kanan (Ashab Al-Yamin)) Bihar Al-Anwar Jilid 2:halaman 24.
[115] - An-Najm 53: 39-42..
[116] Dan dengan ini, mereka saling mengatasi, satu di atas yang lain, seperti firman Yang Maha Tinggi, {Utusan-utusan ini , Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas yang lain. Di antara mereka, ada yang berkata-kata dengan Allah , dan Dia meninggikan sebahagian mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Mariam bukti-bukti yang jelas dan kami menyokong beliau dengan Roh Kudus.} Al-Baqarah 2:253 .
[117]. Aali Imran 3:101.
[118]. Maani Al- Akhbar oleh Sheikh Al- Sadooq , halaman 132.
[119]. Al-Israa’ 17:09.

[120]. Maani Al- Akhbar oleh Sheikh Al- Sadooq , halaman 132.

Tiada ulasan: