Ahad, 15 Februari 2015

Soalan 90: Amalan Ruhi

Soalan 90: Salam atas Washiy dan Utusan Imam Mahdi, Saidina Ahmad Al-Hassan dan bapa-bapanya yang disucikan.

Saya beriman dengan tuan setelah melihat semua kandungan laman web tuan dan mengimaninya, semoga Allah dan Imam Mahdi menjadi saksi kepada keimanan saya pada tuan.

Apa yang saya mahu dari tuan supaya saya menjadi salah seorang ansar tuan, ajarkanlah pada saya bagaimana untuk menjadi salah seorang ansar tuan. Saya tidak akan meminta yang mustahil untuk bertemu tuan secara peribadi, ajarkanlah pada saya amalan yang membolehkan saya berhubung dengan tuan walaupun hubungan terus ke roh saya, dan amalan yang membuatkan saya menjadi salah seorang ansar tuan dan meminta tuan demi datuk tuan Al-Hussein mendoakan saya dengan doa berikut ini; kerana saya percaya bahawa doa tuan mustajab dengan bertawasul kepada tuan dan saya mohon tuan katakanlah:

Ya Allah, sembuhkanlam 3azzam Al-3u baidi dari segala gejala dan penyakit yang dialaminya, dan selamatkanlah dia dari semua musuh-musuh, dan teguhkan dia di atas jalan yang lurus, dan cerahkanlah wajahnya, dan lepaskanlah dari kekakuan lidahnya, dan lapangkanlah untuknya dadanya, dan teguhkanlah dia dengan hidayah dan ampunkan dosa-dosanya.

Saya ingin saya boleh mencari jawapan kepada kedua-dua soalan iaitu tuan ajarkanlah pada saya amalan yang membolehkan saya berhubung dengan tuan walaupun sedikit hubungan terus ke roh saya, dan amalan yang membuatkan saya menjadi salah seorang ansar tuan, mendoakan saya dengan doa ini, dan tuan menyebutnya dengan lidah tuan yang mulia, yang bukan di kalangan kumpulan-kumpulan tuan dan yang mustajabnya berhijab, Wahai anak hijab Allah dan wajah Allah dan washiy Khalifah Allah di bumiNya, Salam untuk tuan dari saya.

Jika sejarah berulang, tuan tidak akan berhenti berjalan wahai cucu Al-Hussein, Ya Allah perteguhkan kesetiaan kepada Saidina Ahmad Al-Hassan dengan hak Muhammad dan Aali Muhammad.

Peralatan mudah alih terputus; kerana saya tidak membayar bil saya, tetapi jika saya menerima gaji tuan mungkin akan mahu memanggil saya.
Saya dari kabilah Arab di Hijaz menjadi Syiah di zaman Imam Muhammad Al-Jawad (as) dan bersyukur kepada Tuhan kerana nikmat Al-Wilayah.

Dihantar oleh: Khadam tuan 3azzam Al-3u baidi

Jika penerima mesej adalah ansar Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Sila demi Al-3abbas sampaikan mesej ini kepada Saidina Ahmad Al-Hassan dan dihantar kembali secara peribadi, atau menghantar jawapan kepada saya, dan jika mesej itu tidak sampai kepadanya kami akan mengadu dengan Saidatina Zahraa’di hari Al-Hisab.



Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
:
Berbahagialah dan bersihlah saudara dengan Wilayah Kebenaran, InsyaAllah. Saya berharap saudara dan semua ansar semoga dipelihara Allah dari segala kejahatan. Jangan mereka lupa untuk solat malam dan berdoa dan menangis di hadapan Tuhan Yang Maha Pengasih, kerana pintu Malakut Al-Samawaat, yang dibuka khasnya kepada nabi-nabi Allah dan utusan-utusanNya seperti pada hari dibukakan pada Ibrahim (as), Berbahagialah orang-orang yang diberi kuasa untuk memasukinya untuk melihat apa yang dilihat oleh Ibrahim (as).

Saya yang berdosa dan serba kurang yang sedikit amalan banyak tergelincir telah berdakwah kepada saudara, dan bermohon kepada Alllah dengan KebesaranNya dan kehendakNya mengabulkan doa saya dan mengabulkan permintaan saudara dan yang lebih baik di dunia dan akhirat.


✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: