Permulaan Bahagian Jawapan Kepada
Soalan Bertulis
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الحمد لله رب العالمين
Nama Allah yang
Maha Pengasih
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Dan untuk lebih
bermanafaat lagi ditambah dalam edisi Al-Jawab Al-Munir ini, jawapan kepada
soalan-soalan bertulis yang dihantar kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
1427. S
Soalan 139: Awal
Surah Al-Rahman
Allah berfirman:
﴿الرَّحْمَنُ * عَلَّمَ الْقُرْآنَ * خَلَقَ
الْإِنسَانَ * عَلَّمَهُ الْبَيَانَ﴾
(Tuhan) Yang Maha Pemurah. * Yang telah mengajarkan Al Quran. * Dia menciptakan manusia (insan) * Mengajarkannya Al-Bayan.
[281].
Bagaimana
[Al-Rahman] mengajarkan
Al Quran, Al-Rasul Muhammad (S) dibukakan
kepadanya hijab, sementara Hijab pula adalah Al-Quran, Bukankah Al-Rahman yang
mencipta manusia (Al-Insan)? Dan perkataan Al-Insan secara umum atau khusus? Jika
secara khusus, apakah yang dimaksudkan dengan yang menciptakan ini?
Apakah kenyataan yang IlmuNya Al-Rahman pada Al-Quran?
Hamid Abu Anwar –
Najaf Al-Asyraf
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الحمد لله رب العالمين
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu
bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Sila baca Maksud
Muhkam dan Mutasyabih dari Kitab
Mutasyabihat Jz 1 untuk mengetahu bahawa makna Mutasyabih ada banyak dan
setiap makna banyak keterangan yang keluar.
Ada pun ayat-ayat
dari Surah Al-Rahman:
﴿الرَّحْمَنُ * عَلَّمَ الْقُرْآنَ﴾
(Tuhan)
Yang Maha Pemurah. * Yang telah mengajarkan Al
Quran.
Yang mengajarkan bahawa
pintu Zat ilahiyah (Allah) yang melimpahkan dariNya atas penciptaan adalah Al-Rahman
dan Al-Rahim, bahkan Al-Rahman adalah pintu zahir menghadap kepada penciptaan
darinya dilimpahkan ke atas penciptaan, dan Al-Rahman juga adalah pintu Allah
SWT,
Sementara
Al-Quran: Adalah Muhammad (S), maka Al-Quran walaupun merupakan Hijab Cahaya
tetapi Muhammad (S) merangkuminya dan ditajallikan padanya, maka Al-Quran dan
Muhammad (S) menjadi satu.
﴿خَلَقَ الْإِنسَانَ﴾
Dia menciptakan
Insan (manusia)
Insan adalah Ali
ibn Abi Talib (as), maka Al-Rahman SWT menciptakan Insan (Ali) dari Al-Quran, Maka
Ali (as) dicipta dari Nur Muhammad (S).
﴿عَلَّمَهُ الْبَيَانَ﴾
Mengajarkannya
Al-Bayan
Al-Bayan (yang
beri keterangan) adalah nama dari nama-nama Al-Quran, dan menjadikannya Al-Quran
yang lebih rendah martabatmya dari martabat Muhammad (S) dan maqamnya. Maka
Al-Rahman Yang Maha Suci mengajarkan Insan (Ali) Al-Bayan (Al-Quran) dari Al-Quran
(Muhammad). Al-Bayan itu adalah tajalli Al-Quran pada martabat yang lebih
rendah, maka Al-Bayan adalah dari Al-Quran bahkan juga adalah Al-Quran [282].
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan utusan
Imam Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
______________________________
[281] – Al-Rahman
55:1-4.
[282] - Dari
Al-Hussein Bin Khalid, dari Abi Al-Hassan Al-Regha (as), dia berkata: Aku
bertanya kepadanya mengenai firman Allah AWJ:
﴿الرَّحْمَنُ * عَلَّمَ الْقُرْآنَ﴾
(Tuhan)
Yang Maha Pemurah. * Yang telah mengajarkan Al
Quran.
beliau berkata: Bahawa
Allah AWJ mengajarkan Muhammad Al-Quran. Aku berkata:
(﴿خَلَقَ الْإِنسَانَ * عَلَّمَهُ الْبَيَانَ﴾
Dia menciptakan
Insan (manusia) * Mengajarkannya Al-Bayan
beliau berkata:Itu
adalah Amir AL-Mukminin Ali bin Abi Talib (as), diajarkan padanya bayan (keterangan)
segala sesuatu yang diperlukan manusia) -Mukhtashar Bashair Al-Darajaat - oleh Al-Hassan
bin Suleiman: halaman 57.
Adalah diketahui
bahawa Muhammad dan Ahl Bait baginda adalah Al-Quran, seperti kata Imam Ali
(as): (Aku Al-Quran yang berkata-kata) - Yanabi3 Al-Mawaddah Li Zawi Al-Qurba oleh Al-Qunduziy: Jilid 1: halaman 214.
Muhammad (S)
adalah Al-Quran, dan adalah Kota Ilmu dan Ali (as) adalah pintunya, dan ilmu
Al-Rasul (S) adalah segala ilmu yang diamanahkan padanya, seperti dalam hadits
yang berikut:
Dari Ibn Abbas katanya:
Rasulullah (S) bersabda: (Jibril datang kepadaku sampai dari syurga dan duduk
di sisiku, dan apabila ditentukan Tuhanku kalamku dan didatangkan kepada ku maka
tidak diajarkan sesuatu melainkan diajarkan kepada Ali. Dia adalah pintu kota
ilmuku, kemudian memanggilnya dan berkata: Wahai Ali (sesiapa yang) menyerah kepada
mu adalah menyerah kepada Ku, yang memerangi mu adalah memerangiKu, dan engkau mempunyai
ilmu antara aku dan umatKu selepas Ku) - Bihar Al-Anwar: Jilid 83 hakaman 149..
Allah SWT mengajarkan
Muhammad Al-Quran sehingga dia adalah Al-Quran, dan Ali diajarkan (Al-Quran)
dari Muhammad. (Pengulas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan