Sabtu, 14 Februari 2015

Alam Al-Mansiy [Alam Yang Dilupakan] (Alam Al-Zarr)


Kilauan Yamaniyah dari Alam Al-Mansiy
[Alam Yang Dilupakan]
(Alam Al-Zarr)


بسم الله الرحمن الرحيم
ولاحول ولاقوة الا بالله العلي العظيم 
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Tiada dan Upaya melainkan dengan Allah,
Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Ahmad Al-Hassan (as) berkata mengenai Alam Al-Zarr:

((...Hakikat Alam Al-Zarr bahawa ia adalah sebuah Alam Diri-diri (Alam Al-Anfs) di Langit Dunia ini dan
Dan diturunkan darinya ke bumi benih (nuthf) anak-anak Adam.

Apabila nuthfah (benih mani) berkembang setelah mengambil jalannya ke bekasnya dan mempunyai rupa bentuk (shurah) jasmaniyah untuk memasukkan dirinya dan masuk diri itu dalam rupa bentuk (shurah) jasmaniyah dan berhubung dengan nuthfah (benih mani) itu turun darinya.

Apabila seseorang itu mati, akan keluar darinya nuthfah (benih mani) itu dari mulutnya atau dari mana-mana tempat lain bersama keluar dirinya daripada jisim badannya.

Benih mani (nuthfah) ini kekal berhubung dengan diri manusia, dan diri berhubung dengan benih mani (nuthfah) itu sementara nuthfah (benih mani) itu berhubung dengan diri.

Keduanya dari alam yang satu iaitu Alam Al-Zarr atau Alam Diri-diri.

Apabila nuthfah (benih mani) itu turun ke bumi diri akan mengikutnya

Apabila diri meninggalkan jisim badannya ia akan mengikut nuthfah (benih mani)nya..))


✡✡✡✡✡


Nuthfah (Benih Mani) Itu Berhubung Dengan Diri Tidak Berubah


Tetapi ia boleh dibentuk dalam Alam Jasmani ini dengan lebih banyak rupa bentuk (shurah),

Tidakkah kita melihat bahawa rupa bentuk (shurah) jasmani kita bertukar dan berubah mengikut masa, dan rupa bentuk (shurah) kita semasa kita anak kecil belum sempurna seperti rupa bentuk (shurah) kita ketika muda remaja

﴿أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الْأَوَّلِ بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِّنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ﴾

Maka apakah Kami telah lemah dengan penciptaan yang pertama? Bahkan mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan dalam bentuk yang baharu. [Qaf 50:15] 

Dan yang dimaksudkan Nuthfah yang turun dari Alam Al-Zarr, bukanlah nuthfah air mani (Al-Manawiyah), tetapi ia berserta (berhubung kait) seperti hubung kait diri (nafs) dengannya. 

Bukanlah suatu keperluan menghubung-kaitkan nuthfah yang turun dari Alam Al-Zarr dengan nuthfah air mani (nuthfah Al-Manawiyah), untuk mewujudkan manusia di alam dunia (jasmani) ini, seperti yang kita lihat penjelasan ini pada nuthfah Isa (as), ia tidak berhubung kait dengan nuthfah air mani (nuthfah manawiyah), ia hanya ditiupkan ke dalam rahim Mariam (as) secara langsung.

Lalu ia boleh diberikan jasad manusia di alam jasmani ini sebelum memasuki ujian (imtihan - ditanya) (iaitu, sebelum dia dilahirkan), dan juga boleh selepas berakhirnya ujiannya (selepas kematiannya),maka kita dibangkitkan Allah selepas kematian dan Al-Quran menyaksikan perkara ini. Diri ianya tersendiri dan begitu juga nuthfah adalah tersendiri. Adapun bentuk rupa jasmani boleh dalam bentuk rupa dirinya sendiri atau berubah sebahagiannya atau keseluruhannya.


Yang mesti difahami adalah: Kelahiran manusia di alam ini tidak bermakna awal penciptaanNya, tetapi ia bermakna awal dimasukanNya ke dalam alam jasmani ini untuk diuji. Maka manusia adalah makhluk sehingga sedemikian itu, tetapi ia telah menjalani ujian yang pertama di dalam Alam Al-Zarr,dan sekarang ini kita menjalani ujian yang kedua.

✡✡✡✡✡

Ia sudah pasti satu peluang lagi dan satu ujian lain pula, tetapi jika ditanya apakah hasil darinya ia adalah dirinya di Al-Zarr, bukanlah kerana manusia itu dipaksa untuk mencapai hasil yang sama, sebaliknya mereka mengulangi kegagalan yang sama.

Dalam kehidupan di dunia ini jika manusia mentaati Tuhannya dan berusaha mendapatkan redhaNya Yang Maha Suci.
                         
Ia adalah kebahagiaannya di kerajaan lelangit (Al-SamawaatAl-Malakutiyah).
Ia menjadi sebahagian dari Ashab Al-Yamin (golongan kanan)
Dia ditulis dari yang masih hidup dan barisan namanya di atas senarai kehidupan
Dan yang akan mewarisi Syurga-syurga

Dan tekun dalam ketaatan
Ia dari golongan muqarrabin (yang hampir), dari golongan auliak Allah, iaitu orang-orang yang tidak merasa takut dan mereka tidak pula berduka cita.

Dan jika manusia menderhaka pada Tuhannya dan melakukan kemurkaan pada Allah SWT
Tidak akan mendapat kebahagiaan di kerajaan lelangit (Al-Samawaat Al-Malakutiyah).
di atas senarai kehidupan
Tidak akan ditulis sebagai yang hidup dan kembali sebagai golongan yang sudah mati
Tidak akan disenaraikan namanya dalam senarai kehidupan
Dan telah menjadi dari golongan orang-orang yang menyahut neraka (Jahannam) bahkan adalah sebahagian dari neraka itu sendiri’


✡✡✡✡✡


﴿وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ﴾

Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran? [Al-Waqi3ah 56:62] 


Penciptaan yang pertama:ia adalah Alam Al-Zarr, dan di dalamnya ada ujian yang pertama,
Dan sesungguhnya telah ditentukan di dalamnya supaya anak-anak Adam mengambil pelajaran,
Tetapi apabila mereka datang ke alam dunia ini mereka dihijabkan dengan kepadatan jasmaniyah (jisim-jisim benda),
Kemudian mengikut keinginan (hawa nafsu) mereka
dan mereka melakukan dosa
Dan mereka lalai dari mengingati Allah,

Maka Auliak dari para nabi, rasul-rasul dan hujaj-hujaj (as) mengingatkan mereka tentang penciptaan ini.
Mereka mengenal Auliak mereka di dalamnya,
Dan semua sifat suci semula jadi (fitrah)nya telah diingatkan dalam alam sebelum ini,
Dan mengajar keadaannya di dalamnya,
Tetapi maanusia umumnya
﴿نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ﴾
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri [Al-Hasyar 59:19] 

Kerana kelalaian mereka pada Allah
Dan mereka mengutamakan alam jasmani (dunia kebendaan)
Dan mereka berendam dalam keinginan nafsu
Mereka tidak akan ingat apa-apa tentang diri mereka dan alam sebelumnya di mana mereka pernah tinggal dan apa yang berlaku kepada mereka di dalamnya.



✡✡✡✡✡


Dalam doa hari Al-Ghadir yang diriwayatkan oleh 3ammarah bin Al-Jawin Abi Harun Al-3abdi,
Sebutan doa sila rujuk Kitab Mafatih Al-Jinan....
Dan (as) berkata: (selepas Engkau perbaharui dengan menciptaku): iaitu Engkau ciptakan aku di dunia ini
Selepas menciptaku di Alam Al-Zarr,

Dan (as) berkata: (diperbaharui perjanjian itu bagiku memperbaharuinya): yakni mengingatkanku.
Dan menjadikan aku berikrar dengan Wilayah Auliak Engkau (Anbiak dan Auliak (as)) di dunia ini
Seperti mana aku berikrar dengannya apabila Engkau menciptakan aku di Alam Al-Zarr dengan kesenanganMu

Maka mengapa kamu tidak mengambil peringatan,
Dan juga mengapa tidak mendengar (firman) Allah yang mengingatkan kamu?!

dan ingatlah
Untuk mengangkat (menghilangkan) hijab
Dan mendedahkan kepada manusia hakikat-hakikat dalam Kerajaan Langit (Malakut) seperti mana Anbiak Allah (as) dedahkan

﴿وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ﴾ 

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim Malakut (Kerajaan) langit-langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin. [Al-An3aam 6:75] 

Dan juga ucapan dalam awal Surah Yusuf (as) untuk baginda Al-Rasul (S) dan baginda adalah sebaik-baik penciptaan Allah:

﴿نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ﴾

Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelumnya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui. [12:3] 

Iaitu kamu wahai Muhammad (S) telah Aku turunkan ke alam ini,
Dan Aku hijabkan daripada kamu dan hakikat kamu dan Allah menguji kamu dengan ujian kedua ini di alam dunia ini,
Kamu adalah pemenang ujian (pertandingan) sekali lagi,
Selepas kamu adalah pemenang pertandingan dalam ujian yang pertama di Alam Al-Zarr,
Dia SWT berfirman:

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوراً نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu Ruh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula iman itu, tetapi Kami menjadikan cahayanya itu yang dengannya Kami tunjuki (beri hidayah) siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. [Al-Syuraa’ 42:52] 

Rasulullah (S) bersabda: (Aku tidak mengetahui sehinggalah pada masa itu dikenalkan oleh Jibril (as), dan aku juga tidak tahu apa-apa mengenai kitabNya dan agamaNya sehinggalah aku diajar Tuhanku, Allah AWJ berfirman:

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ﴾

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu Ruh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula iman itu, [Al-Syuraa’ 42:52] 

Dan Abu Hamzah, berkata: (Aku bertanya Aba Abdillah (as) mengenai ilmu: Adakah ilmu yang diajarkan pengajar kepada beliau dari mulut seorang lelaki, atau dalam kitab di sisi mu yang kamu baca lalu kamu mengetahui darinya? Dia (as) berkata: Urusannya lebih besar daripada itu, dan jawapannya seperti apa yang kamu dengar firman Allah AWJ:
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu Ruh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula iman itu,
kemudian beliau berkata: yang manakah yang dikatakan kepada pemilik kamu dalam ayat ini yang dibacakan bahawa ia adalah mengenai hal yang tidak diketahui dari Al Kitab dan tidak pula iman itu? Aku berkata: Aku tidak tahu Semoga aku menjadi tebusanmu, apa yang diperkatakan. Dia berkata kepada aku: Ya, bahawa ia adalah mengenai hal yang tidak diketahui dari Al Kitab dan tidak pula iman itu, sehingga Allah Ta’ala mengutus Roh yang disebut dalam kitab, dan apabila dia telah mewahyukannya dengan ilmuNya dan kefahaman, dialah Roh yang Allah berikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan apabila seorang hamba telah dikurniakan ilmuNya yang dapat difahami)

Oleh itu,
Maka Anbiak dan Aushiak (as) diuji di alam ini,
Seperti mana dihijab kepada mereka yang lain dan dilupakan daripada ujian pertama dan iman pertama dalam Alam Al-Zarr,
Dihijab (as) untuk diuji dengan ujian kedua secara adil maka dilupakan kepada semua orang dari (mengingat) Alam Al-Zarr dengan hijab jasad,
Dan apa yang diperlukan adalah
Pelucutan Martabat pada Roh
Supaya manusia mengenal kebenaran
Dan melihat dalam Kerajaan Lelangit (Malakut Al-Samawaat),
Telah sama tara Anbiak dan Aushiak,
Apa yang diperlukan semuanya sama tara
Untuk berjaya dalam ujian (imtihan)
Sebagaimana Allah SWT menyamakan semua anak-anak Adam, secara fitrah
Untuk menyempurnakan KalimahNya Yang Maha Suci kerana sesungguhnya Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana,
Maka semua yang diciptakan akan (berusaha) mengenal nama-nama Allah Yang Maha Suci,
Supaya menjadikan wajah Allah dan nama-nama-Nya yang terbaik,
Dan setiap yang gagal maka kebahagiaannya akan hilang


✡✡✡✡✡


Kita adalah anak-anak Adam
Tuhan telah menurunkan kita ke alam duniawi ini
Yang serba gelap
Untuk ujian yang kedua,
Kita dihijab (dilindungi) oleh jasad
Kita lupa apa yang telah terjadi dari ujian yang pertama dalam Alam Al-Zarr, yang sebelumnya kita pernah berada di sana.
Dalam Alam Al-Zarr ditentukan hal setiap orang daripada kita
Maka kecelakaan demi kecelakaan dari kerana ia gagal melihat ke atas dirinya lalu ia tidak melihat kecuali Al-Ana (keakuan),
Pemenang pertandingan, selawat Allah atas baginda dan keluarga baginda (yang bermaksud Al-Rasul Muhammad (S)) daripada yang gagal melihat kepada TuhanNya dan baginda tidak mempedulikan kepada dirinya sendiri
Seperti yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada kita.
Allah berfirman:

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ﴾

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap diri mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Bahkanl (Engkau Tuhan kami), kami saksikan". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lupa pada perkara ini", [Al-A3raaf 7:172] 

Antara kedua-dua makam mengikut tertib seluruh anak-anak Adam.
Tidaklah terjadi ujian kedua ini melainkan untuk Allah membantah (menyekat) manusia dari jangan sampai ada yang mengatakan tidak diberi peluang kedua,
Tidaklah terjadi ujian kedua ini melainkan untuk kemuliaan Allah SWT,
Akan ada ujian ketiga
Untuk menguji ketulenan iman mereka yang benar-benar beriman dan orang-orang yang benar-benar kufur;
Kerana balasan kepada auliak Allah sangat besar dan azab seksa kepada musuh-musuh Allah sangat dahsyat
Maka akan masuk ujian Ketiga untuk menunjukkan hasil usaha mereka iaitu,

﴿بَلْ بَدَا لَهُمْ مَا كَانُوا يُخْفُونَ مِنْ قَبْلُ وَلَوْ رُدُّوا لَعَادُوا لِمَا نُهُوا عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ﴾

Tetapi (sebenarnya) telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu selalu menyembunyikannya. Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta belaka. [Al-An2aam 6:28] 

Allah menyempurnakan hujahNya atas penciptaanNya dengan mengutamakan auliakNya dan membalas bela pada musuh-musuh Nya (orang-orang yang benar-benar beriman dan orang-orang yang benar-benar kufur), maka tidak seorang pun berkata tidak diberi peluang mencapai makam yang hebat ini, dan tidak (diperingatkan) dengan azab ini, azab yang tidak pernah disiksa sesiapa pun di seluruh alam??

Mereka diberi peluang berulang-ulang kali oleh Allah. namun walaupun Allah adakan ujian semula mereka tetap tidak akan berpuas hati, bahkan mereka akan berkata:

﴿رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَى خُرُوجٍ مِنْ سَبِيلٍ﴾

"Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar?" [Ghafir 40:11] 

Allah memberi amaran kepada orang yang dihukum selepas kematian dengan mempunyai penyesalan ini untuk mengatakan:

﴿رَبِّ لَوْلا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ﴾

"Ya Tuhan-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" [Al-Munafiqun 63:10] 

Maka diharap dapat difahamkan bahawa kelahiran manusia di alam ini tidak bermakna awal penciptaanNya,

Tetapi apa yang dimaksudkan adalah awal kemasukannya ke dalam Alam Jasmani ini untuk ujian yang kedua,

Selepas itu Allah melupakan ujian yang pertama itu

Dan hasilnya.

Firman Allah SWT:

﴿نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ * عَلَى أَنْ نُبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ وَنُنْشِئَكُمْ فِي مَا لا تَعْلَمُونَ * وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَى فَلَوْلا تَذَكَّرُونَ﴾

Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan, * untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu dan menciptakan kamu kelak dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. * Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran? [Al-Waqi3ah 56:60-62] 


Iaitu: bahawa Kami menghidupkan kamu dalam kehidupan yang baru di alam baru,

Bahkan kamu pernah berada dalam kehidupan yang sebelumnya, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran,

Namun manusia tidak mengingatinya melainkan kehendak Allah dan iradah-Nya Yang Maha Suci.


✡✡✡✡✡


Alam Al-Zarr dan Alam Al-Raj3ah adalah dua alam yang haqiqi dan wujud di Langit Pertama, di mana bagi masa-masa dan ruang-ruang, dan Langit Pertama adalah penghujung  langit Langit Dunia.

Langit Pertama: meliputi (termasuk) Langit Dunia dan apa yang ada di dalamnya, dan Alam Jasmani yang padat (kasar) ini boleh dilihat dan (seluruh alam semesta) adalah sebahagian daripada Langit Dunia.

Maka alam yang dapat dilihat ini adalah sebahagian dari Langit Dunia yang juga merupakan sebahagian daripada Langit Pertama.

Syurga Adam (as) ada di Langit Pertama dipanggil Syurga dunia – Syurga Langit Dunia (Al-Jannah Al-Ardhiah)

Dan syurga yang dijanjikan ada di Langit Kedua

Adapun Neraka (Jahannam) ia berada di lapisan bumi ketujuh (Al-Ardhiyin Al-Sabi3ah) di langit Jasmani (Al-Samaa’ Al-Jasmaniyah).



sumber
Dari Kitab Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)

Sumber tulisan

Tiada ulasan: