Soalan 101: Kekeliruan
banyak Perkara dalam Islam
Soalan ditujukan
kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan (semoga Allah melindunginya)
Pertama: Saya kenalkan
diri saya yang dhaif pada tuan, Saya tinggal di Pulau Awal (Pulau Bahrain), dan
saya orang bukan Arab (atau anak-anak bukan Arab seperti dalam riwayat bahawa
mereka sebahagian dari ansar Al-Mahdi, dan saya berharap, Insya-Allah, akan
menjadi ansarnya) Saya berumur 30 tahun.
Islam: Saya ada kekeliruan
berhubung dengan akhlak Islam dan benar-benar keliru dengannya, dan saya
berharap tuan dapat menjawab di mana saya lihat tuan sangat ahli mengenainya. Alhamdu
Lillah.
Terdapat beberapa sifat
yang disarankan oleh Nabi (S) dan para Imam Ahl Al-Bayt (as), tetapi terdapat
di dalamnya percanggahan dan dengan itu menjadikan proses penjalanan moral (akhlak)
masyarakat Islam sukar untuk diahami dan dilaksanakan. dan
juga bawaan fitrahnya.
Sebagai contoh,
Islam menyeru kita kepada rahmah, belas kasihan dan kasih sayang, tetapi pada
masa yang sama menyeru kepada membenci sesiapa yang ingkar perintah atau kafir
dan bersikap dingin dengannya. Islam menyeru kepada toleransi dan menghormati
pesalah dan berbincang dengan mereka dengan hikmah dan nasihat yang baik,
tetapi diperintahkan untuk memerangi mereka dan membunuh mereka. Islam menyeru
kepada penolakan yang sia-sia, tetapi memuji kepada kemuliaan diri, apakah
perbezaannya; kerana apabila diteliti dua perkara menjadi sesuatu yang sama!! Dan
juga meredhakan diri dengan menghinanya kerana Allah, bagaimana diri boleh
menjadi mulia kemudiannya? Islam menolak ketaksuban dan dan tidak bertolak
ansur, tetapi beliau mendokong Al-Wilayah dan keberanian. Islam menolak hawa
nafsu di dunia ini, tetapi tidak menolaknya di akhirat (kecantikan, istana dan
minuman keras), dan akhirnya seruan kepada kebebasan, tetapi ia meletakkan
undang-undang dan perintah kepadanya untuk mengikuti Nabi (S) dan imam-imam
secara mutlak. Dan juga melihat bahawa Al-Quran yang menyebabkan kepura-puraan (munafik)
seorang Islam dan tidak jujur dengan diri sendiri dan dengan orang lain.
Kekeliruan lain:
ia menerangkan hubungan khayalan menjalani siksa neraka dalam Al-Quran di mana
saya tidak tahu sebab ugutan ini, keganasan yangmenyeramkan yang Allah kehendaki
bagi kehidupan manusai. Saya faham bahawa ugutan berguna, tetapi saya berharap
anda mengimbau kembali sebahagian daripada ayat-ayat yang manusia meraguinya
dari pencipta Yang Rahim dengan makhlukNya seperti:
﴿سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا﴾
Aku akan membebaninya mendaki pendakian yang
memayahkan. [74:17]
﴿خُذُوهُ فَغُلُّوهُ﴾
"Peganglah dia lalu belenggulah tangannya
ke lehernya. [69:30]
(في
سلسلة ذرعها سبعون ذرعاً فغلوه)
belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta ke
lehernya.
(الخلود في جهنم)
(selama-lamanya di
dalam neraka),
(جزء عم)
(Juzuk 3amm),
(kengerian), (azab kubur), (wajah-wajah pekerja pembina), (Zaqqum dan tempat
suci) dan dan dan dan lain-lain ..!
Kekeliruan ketiga:
wujud perenggan di dalam Al-Quran menceritakan tentang perkara-perkara peribadi
Rasulullah (S) dan isteri-isterinya dan ibu saudara dan seorang wanita yang
dikurniakan itu sendiri, dan kisah pengharaman bagi alasan dan perkahwinannya
dengan isteri Zaid, yang memanggil dari belakang bilik dan... dan... dan....
Mengapa diperkatakan tentang kehidupan peribadi Rasulullah.. Ya , Rasulullah
itu pesuruh Allah untuk membimbing manusia supaya kembali kepada Allah. Saya harap
suapya memikirkannya.
Kekeliruan yang
keempat: Wujud perkataan dan keterangan dalam Al-Quran mereka tidak suka diri-diri,
sebagai contoh: Beralih kepada isu haid Quran. Penggunaan perkataan faraj:
﴿وَمَرْيَمَ ابْنَتَ
عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا﴾
dan (ingatlah)
Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya (faraj)
Bayangkan bahawa
saya akan menerangkan nenek atau ibu anda dan saya katakan: Ibu kamu memelihara
farajnya !!
Kekeliruan kelima:
adalah wujud hukuman khayalan dalam urusan kesalahan mudah, sebagai contoh,:
Homoseksual adalah tidak normal dalam badan manusia, ya, tetapi ia disebabjan
hormon wanita yang dicipta oleh Tuhan pada orang lelaki, yang menyebabkan
keinginannya ini tidak normal, yang mereka inginkan dan mahu memenuhinya, sama
ada bersifat perempuan yang suka melakukannya atau tindak balas rangsangan,
mengapa ia dikuat-kuasakan dalam hukuman dan penyelewengan, yang asasnya Al-Quran?
Contoh kedua: diharamkan
mengahwini isteri-isteri Nabi selepas baginda wafat, dan bahawa ia di sisi
Allah itu perkara besar!! Hairan kenapa perkara besar?! Mengapa asalnya terlalu
suci!?
Contoh ketiga: Melarikan
diri perang. Manusia sememangnya takut dibunuh dan sekiranya melarikan diri
dari pertempuran di medan perang yang sengit, dan menyembunyikan diri, perkara
ini tidak boleh disalahkan padanya (berlaku adil), tetapi kita dapati bahawa
dalam Al-Quran mengharamkan orang yang lemah dan takut ini melarikan diri.
Contoh Keempat: Menyakiti
Nabi hukumannya dilaknat (disingkirkan dari rahmat Allah), Saya disakiti isteri
saya siang dan malam, tetapi saya masih kasihkan dia, atau, sebagai contoh,
untuk mendoakan penzalim terkutuk. Saya tidak sanggup mendoakan seseorang dari
hati saya agar Allah melaknat mereka, ini adalah bertentangan dengan naluri,
tetapi saya mendoakan dia mendapat hidayah.
Kekeliruan Keenam
dan terakhir: Al-Quran mengatakan bahawa tidak akan mampu jin dan manusia untuk
mendatangkan sesuatu seperti Al-Quran, tetapi kita dapati bahawa terdapat satu tulisan,
yang didatangkan daripada beberapa orang yang serupa dengan Al-Quran, dan saya
secara peribadi boleh mendatangkan sesuatu yang sama seperti Al-Quran dengan
segala kesederhanaan, bahkan ada ucapan-ucapan fasih (yang baik) yang lebih baik
daripada kefasihan Al-Quran, malahan dalam Nahj Balaghah oleh Imam Ali (as),
bagaimana kita menyelesaikan kekeliruan-kekeliruan seperti ini?
Saya tahu bahawa
soalan-soalan saya boleh dianggap suatu kebodohan, tetapi saya benar-benar
mencari kebenaran dan saya sangat inginkan untuk mengetahui kebenaran, saya
tidak menafikan bahawa anda telah membawa perkara yang rasional, Pada masa ini,
saya sangat percaya dengan bagaimana batilnya bertaklid dengan yang ada
(semasa), hukum-hakam dengan pemikiran (sangkaan) dan ijtihad yang bathil dan ilmu
Usul, Kemungkinan melihat Imam menurut riwayat yang dipindahkan dan keturunan dengan
baik. Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda. Banyak perkara saya telah belajar
daripada anda.
Dihantar oleh:
Hassan Ali
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Jawapan kekeliruan
pertama mengenai akhlak dalam Islam:
Agama ilahi secara
umum, bukan Agama Islam sahaja yang didatangkan, yang telah dibawa oleh
nabi-nabi dan rasul-rasul dari Allah SWT:
Samada membenci
kemungkaran dan kekufuran, atau membenci mereka yang mungkar dan yang kufur, kerana
kebencian bukan kepada diri manusia, tetapi kepada sifat yang ditunjukkan. Pelaku kemungkaran
dan kekafiran sendiri jika dia mendengar keadaanya dari orang lain juga akan membencinya.
Contohnya: Allah
mengutus Jibril (as) kepada Firaun (laknahu Allah). Dan Jibril menyamar sebagai
seorang lelaki, mengajukan pengaduan kepada Firaun bahawa dia memiliki seorang
hamba yang telah diberikan hartanya untuk didagangkan, kemudian hamba ini
mengambil harta itu dan merampasnya serta bertindak memusuhi tuannya, dan
menggunakan harta itu menentang tuannya. apakah hukuman pada hamba yang
dipelihara lagi berlaku zalim ini. Firaun berkata kepadanya: hukumannya adalah dihumbankan
(lemaskan) dia di Laut Kalzum (Laut Kaspia).
Kemudian Jibril (as)
meminta Firaun menulis untuknya di dalam buku hukuman bagi hamba yang
dipelihara lagi berlaku zalim ini, Firaun telah menulis: hukuman bagi hamba
yang dipelihara lagi berlaku zalim itu supaya humbankan (lemaskan) dia di Laut
Kalzum.Maka Allah menghukumnya pula dengan hukuman yang dibuatnya sendiri dan dilemaskan
di dalam laut [201].
Maka saya tanya kamu
siapakah Allah? Bukankah Dia, yang telah mencipta dan mengwujudkan kamu daripada
tiada, dan semuanya yang bernafas dengan daya dan kekuatan Allah, dan diri kamu
sendiri di antara sisi yang tegak berdiri oleh Allah, kalaulah diangkat dayaNya,
kekuatanNya dan cahayaNya SWT dikembalikan kamu kepada tiada, adakah kamu boleh
berbuat apa-apa?
Tidak ada Kemuliaan
melainkan pada Allah SWT, bagaimana manusia mulia di sisiNya dan di hadapan
Allah, maka apakah KemuliaanNya atau dengan Kemuliaan selainNya?! Tunjukkan
pada saya Kemuliaan selain Dia Yang Maha Suci, mengelak daripadaNya atau ke
atasNya, untuk menjadikan kemuliaannya menolak Kemuliaan Allah?! Maka apakah dengan
keredhaanNya atau secara dipaksa?! Tiada yang memaksanya menjadikan dia lebih besar
darinya, tiada sesuatu yang lebih besar daripada Allah. Adapun yang mendapat
redhaNya adalah meraka yang tidak lain melainkan menjadi hamba-hambaNya., Al-Ubudiyah
(perhambakan diri) adalah pematuhan, penyerahan dan memberi khidmat. Tidak seorang
pun daripada orang-orang yang beragama dengan agama Ilahiyah mengikari Ubudiyah
kepada Allah SWT.
Keinginan nafsu:
Dimana terdapat semua agama ilahi umumnya melarang memenuhi tabiat keinginan nafsu
dengan jalan yang benar yang diredhai Allah.
Zuhud (tidak
mementingkan) dunia ini: tidaklah bermakna mengharamkan apa yang dihalalkan
Allah, tetapi ia bermakna berpada (mencukupi) dengan yang sedikit dan bersempadan
(beerpantang). Untuk tidak membezakan kesengsaraan kedua-duanya sebagai terpuji,
termasuk bersimpati kepada mereka yang tidak mendapatnya kecuali sangat
sedikit, dan menghadkan pengisian roh dengan jasad dan kemahuannya kepada apa
yang perlu, dan banyak kesengsaraan yang membuat orang mukmin dinaikkan ke Malakut
Al-Samawaat (Kerajaan Langit; bagi yang menghiasi akhlak yang baik dan mulia, dan dengan
itu dibukakan kepadanya hakikat dan mengenal hakikat (kebenaran) itu.
Akhirat: Adalah Kehidupan
mereka yang arif ahli kebenaran (hakikat) dan semua.yang
mengikut sesuai penciptaannya
Peperangan di
dalam Islam dan agama Ilahi secara umumnya bukanlah keterlaluan (tidak munasabah),
tidak bercanggah dengan belas kasihan, bacalah buku «Jihad Pintu
Syurga» menjelaskan kepada anda lebih banyak gambarannya.
Kebebasan bukanlah
menentang dan tidak mengikuti para nabi, aushiak dan dari mentaati mereka, kerana
mereka (as) bukan mencari sesuatu melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah,
oleh itu ketaatan kepada mereka adalah ketaatan kepada Allah dan menentang
mereka adalah menentang Allah SWT.
Adapun kekeliruan mengenai
neraka (jahannam) atau azab, sila baca Kitab
Al-Mutasyabihaat untuk mengetahui bahawa azab di dalam neraka jahannam adalah
satu-satunya pengangkatan tabir pada manusia untuk melihat pilihannya di dunia
ini [202], dan seluruh masalah-masalah yang semua jawapannya dibentangkan
dalam kitab tersebut Saya harap anda membacanya dengan teliti.
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡
______________________________
[201] - teks
ceritanya boleh didapati dalam Kitab Bihar Al-Anwar: Jilid 13 halaman 132 -
133. (pengulas)..
[202] – Tajuk telah
diterangkan dalam Al-Mutasyabihaat: Jz 2 cetakan ke 2: halaman 43-44, dan juga:
Jz 4 cetakan 1: halaman 127 dan yang selepas – rujukan versi B. Arab.
(Pengulas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan