Soalan 93: Rahasia
Aushiak dan Anbiak
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Saya berharap
balasan dari Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) secara peribadi Semoga Allah memberi
ganjaran kepada tuan.
Saidi Al-Fadhil.
Saya baru-baru ini belajar mengenai dakwah tuan yang mulia, dan saya melakukan
Istikharah meminta petunjuk bagi menjelaskan lagi dan mendapat hidayah dengan
dakwah tuan dan jawapanya adalah supaya mengikutinya. Kemudian hati saya suka krpada
tuan dan maafkan saya kerana tidak dapat turut serta dan berkhidmat kepada tuan;
kerana pencarian itu masih berlangsung untuk lebih memastikannya lagi. Sebilangan
besarnya mendatar, dan saya berdoa kepada Allah untuk melihat tuan dalam rukya
(mimpi) tidak berapa memuaskan. Oleh itu, saya berharap tuan, dapat berdoa
kepada Allah untuk membimbing saya dan dapat melihat tuan .
Saidi Al-Fadhil, Saya
ada beberapa pertanyaan yang dijawab oleh ansar. Ini sebahagian daripadanya,
dan sedang menunggu jawapan beberap bahagian yang lain, dan saya kini ada
beberapa soalan yang saya harap tuan dapat jelaskan:
1. Bilakah tuan
belajar kerana tuan adalah Al-Yamani (as)?
2. Sebabnya tuan pergi
untuk belajar di sekolah, universiti dan Hauzah? Adakah tuan mencari Ilmu atau atas
sebab lain?
3. Adakah tuan
mempunyai pengetahuan tentang semua ilmu dan bahasa yang kini beredar di
kalangan masyarakat?
4. Saya telah mengetahui
dari salah seorang Ansar tuan bahawa tuan menerima peranan Nabi Isa (as) diseksa
dan disalib, dan orang yang menceritakan itu telah melihat kesannya pada tangan
tuan yang mulia, Adakah ia dengan keseluruhan jasad sekarang ini? Atau Allah
SWT mengembalikan tuan ke zaman itu dan tuan mempunyai peranan dan kemudian memulihkan
tuan?
5. Ia adalah sebahagian
dari tanda-tanda kekuasaan Allah SWT untuk menghadkan sebahagian ciptaan-Nya
dan menghidupkan mereka selepas suatu tempoh masa seperti Ashab Al-Kahf
(Penghuni Gua), Adakah ia berlawanan, iaitu mereka kembali ke akhir zaman ini
dan dengan siapa? Jika jawapannya tidak, mengapa?
Maaf kerana
menyusahkan tuan, tetapi saya mempunyai pertanyaan iaitu semasa mengerjakan
tawaf di Bait Al-Haram pada tahun ini dalam Tawaf Umrah Tamattu3, iaitu Tawaf
Al-Nisaa’ najis burung jatuh di bahu saya buat yang pertama, dan yang kedua di
kepala saya, adakah apa-apa makna khusus mengenainya?
Saya harap Al-Syed
Al-Fadhil dapat mengajar saya satu doa mustajab dari Allah untuk orang yang
mentah (keanak-anakan) seperti saya, yang bergelumang dengan maksiat dan dosa-dosa
kepada hidayah, untuk menyempurnakan agama dan memudahkan kehidupan, saya berhsrsp
doakan saya supaya mendapatkannya dan membimbing saya ke jalan yang benar,
kerana tuanlah yang mulia daripada anak-anak yang mulia dan doakan saya supaya tidak akan dikembalikan
semula kepada kehidupan seperti kebanyakan manusia.
والسلام عليكم
ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat
Allah serta keberkatanNya
Dihantar oleh: Ahmed
Karim Al-Hiyali
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Allah SWT
berfirman:
﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا
الْأِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوراً نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ
عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Roh) dengan perintah
Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula
mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikannya cahaya, yang Kami tunjuki
dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan
sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. [160].
[Diriwayatkan] dari Abi Hamzah yang berkata:
("Aku bertanya Abu Abdullah (as) tentang
ilmu, adakah ia merupakan ilmu yang dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari
mulut manusia, atau adakah ia di dalam Kitab yang bersamamu, kamu membacanya
dan kemudian mempelajari darinya? Dia
(as) berkata, 'Perkara ini adalah lebih besar dari itu, dan amat penting,
tidakkah kamu mendengar Allah Azza wa Jalla berfirman,
﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا
الْأِيمَانُ﴾
{Dan Kami wahyukan kepadamu Roh
dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman
itu}
Kemudian
beliau (as) berkata, 'Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah
mereka setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab
dan Iman itu?" Lalu aku berkata, "Aku tidak tahu, semoga aku menjadi
tebusanmu, apa yang mereka katakan." Maka dia (as) berkata kepadaku,
'Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah
Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu,
maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan
kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa
yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia telah
mengajarnya kefahaman' ") [161].
Kita adalah
anak-anak Adam, Allah telah menurunkan kita ke alam duniawi yang serba gelap
ini untuk Ujian Yang Kedua. Kita dihijab (dilindungi) oleh jasad dan kita lupa
apa yang telah terjadi dari Ujian Yang Pertama dalam Alam Al-Zarr, yang
sebelumnya kita pernah berada di sana. Dalam Alam Al-Zarr ditentukan hal setiap
orang daripada kita. Maka kecelakaan demi kecelakaan dari kerana ia gagal
melihat ke atas dirinya lalu ia tidak melihat melainkan Al-Ana (keakuan). Pemenang
pertandingan, (Al-Rasul Muhammad selawat Allah atas baginda dan keluarga
baginda) daripada yang gagal melihat kepada TuhanNya dan baginda tidak
mempedulikan kepada dirinya sendiri seperti yang ditunjukkan oleh Allah SWT
kepada kita.
Allah berfirman:
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ
مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى
أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ
الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ﴾
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam
dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap diri mereka (seraya
berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab:
"Bahkanl (Engkau Tuhan kami), kami saksikan". Agar di hari kiamat
kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lupa
pada perkara ini", [162]
Antara kedua-dua
makam mengikut tertib seluruh anak-anak Adam. Tidaklah terjadi Ujian Kedua ini
melainkan untuk Allah menghalang manusia dari mengatakan tidak diberi peluang
kedua. Tidaklah terjadi Ujian Kedua ini melainkan untuk kemuliaan Allah SWT. Akan
ada pula Ujian Ketiga untuk menguji ketulenan iman mereka yang benar-benar
beriman dan mereka yang benar-benar kufur; kerana balasan kepada auliak Allah
sangat besar dan azab seksa kepada musuh-musuh Allah sangat dahsyat. Maka akan
masuk Ujian Ketiga untuk menunjukkan hasil usaha mereka iaitu,
﴿بَلْ بَدَا لَهُمْ مَا
كَانُوا يُخْفُونَ مِنْ قَبْلُ وَلَوْ رُدُّوا لَعَادُوا لِمَا نُهُوا عَنْهُ
وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ﴾
Tetapi (sebenarnya) telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka
dahulu selalu menyembunyikannya. Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia,
tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya.
Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta belaka. [163]
Allah
menyempurnakan hujahNya atas penciptaanNya dengan mengutamakan auliakNya dan
membalas bela pada musuh-musuh Nya (orang-orang yang benar-benar beriman dan
orang-orang yang benar-benar kufur), maka tidak seorang pun berkata tidak
diberi peluang mencapai makam yang hebat ini, dan tidak (diperingatkan) dengan
azab ini, azab yang tidak pernah disiksa sesiapa pun di seluruh alam??
Mereka diberi
peluang berulang-ulang kali oleh Allah. namun walaupun Allah adakan ujian
semula mereka tetap tidak akan berpuas hati, bahkan mereka akan berkata:
﴿رَبَّنَا أَمَتَّنَا
اثْنَتَيْنِ وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ
إِلَى خُرُوجٍ مِنْ سَبِيلٍ﴾
"Ya Tuhan kami
Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali
(pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi
kami) untuk keluar?" [164]
Allah memberi
amaran kepada manusia yang dihukum selepas kematiannya dengan mempunyai
penyesalan ini yang mengatakan:
﴿رَبِّ لَوْلا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ
وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ﴾
"Ya Tuhan-ku,
mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang
menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"
[165]
Maka diharap dapat
difahamkan bahawa kelahiran manusia di alam ini tidak bermakna awal
penciptaanNya, tetapi apa yang dimaksudkan adalah awal kemasukannya ke dalam
Alam Jasmani ini untuk Ujian Yang Kedua. Selepas itu
Allah melupakan ujian yang pertama itu dan natijahnya.
Firman Allah SWT:
﴿نَحْنُ قَدَّرْنَا
بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ * عَلَى أَنْ نُبَدِّلَ
أَمْثَالَكُمْ وَنُنْشِئَكُمْ فِي مَا لا تَعْلَمُونَ * وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ
النَّشْأَةَ الْأُولَى فَلَوْلا تَذَكَّرُونَ﴾
Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali
tidak akan dapat dikalahkan, * untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang
seperti kamu dan menciptakan kamu kelak dalam keadaan yang tidak kamu ketahui.
* Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah
kamu tidak mengambil pelajaran? [Al-Waqi3ah 56:60-62]
Iaitu: bahawa Kami
menghidupkan kamu dalam kehidupan yang baru di alam baru, bahkan kamu pernah
berada dalam kehidupan yang sebelumnya, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran.
Namun manusia tidak mengingatinya melainkan kehendak Allah dan iradah-Nya Yang
Maha Suci.
Saya rasa dalam
ucapan ini bahawa jawapan kepada kedua-dua soalan itu supaya saudara
merenungnya, dan begitulah perbandingannya pada sebahagian jawapan dari contoh
ucapan ini:
(Saya mengetahui bahawa saya adalah Al-Yamani sebelum saya dilahirkan,
saya tidak mengetahuinya di Alam Jasmani ini, sehinggalah Allah mengingatkannya
dan memberitahu kepada saya).
(Saya belajar sebahagian ilmu Alam Jasmani ini seperti yang diajarkan
kepada para Nabi (as) sebelum saya. Nabi Isa (as) adalah seorang tukang kayu,
dan belajar pertukangan kayu dari Yusuf seorang tukang kayu).
(Banyak yang saya ketahui, tetapi saya tidak akan mengetahuinya sesuatu
sehingga Allah mengingatkan saya kepada apa yang ada pada halaman kewujudan).
Ia juga
mengingatkan saudara bahawa tidaklah ilmu yang ada di langit itu turun kepada saudara
di bumi ini dikeluarkan untuk saudara, melainkan di dalam dada yang difahamkan
Allah lalu sudara memahaminya.
﴿وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾
Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu. [167].
Saudara dan saya serta
kita semua manusia perlu kembali kepada Allah untuk diberitahu kepada kita
siapa kita, dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi.
Ketahuilah bahawa
manusia tidak akan mendapatkan ketenangan melainkan ia menyahut (seruan) Allah
dan mengenal kebenaran dari Allah, maka saya tidak keberatan jika didatangi kematian
atau kematian itu berlaku, maka kehidupan akan menjadi lebih berharga kepadanya
daripada kematian atau dan dia tidak mencintai kematian berbanding kehidupan, bahkan
akan menjadi kekasih Allah, dan tidak akan mempunyai kemahuan atau kehendak, melainkan
kemahuan dan kehendak kekasihnya Yang Maha Suci. Akan bangun malam manakala
orang lain tidur, kerana kekasihnya tidak pernah tidur, mendirikan solat dan
membaca Al-Quran yang membawa keyakinan bahawa kekasihnya mendengar dan memerhatikanya,
maka akan tergenanglah matanya dengan linangan air matanya
﴿وَإِذَا سَمِعُوا مَا
أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا
عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ
الشَّاهِدِينَ﴾
Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu
lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang
telah mereka ketahui; seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman,
maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi [168].
Bagi apa yang
berlaku kepada saudara di Rumah Suci (Bait Al-Haram) itu, ketahuilah bahawa burung
merpati dikenali sebagai penghantar mesej dan menjatuhkan sesuatu kepada saudara
bermakna mendatangkan pesanan, dan hakikat bahawa apa yang berlaku di Baitu
Allah bermakna bahawa ia adalah risalah (pesanan) dari Allah, dan saya bermohon
kepada Allah supaya memberi taufik (kejayaan) kepada saudara kepada kebenaran selepas
mencarinya, dan mengurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat, Dialah Waliy dan
kepada Dialah berpaling (menghadap) orang-orang yang soleh.
Dan tentang doa
untuk hidayah dan rezki, maka saya nasihatkan supaya mendirikan solat malam, berdoalah
dengan doa ini selepas solat itu. Ia adalah doa Zain Al -Abidin Ali Bin
Al-Hussein (as):
اِلهِي غَارَتْ نُجُوْمُ سَمَائِكَ وَ نَامَتْ
عُيُوْنُ اَنَامِكَ وَ
هَدَاَتْ اَصْوَاتُ عِبَادِكَ وَ اَنْعَامِكَ
وَ غَلَّقَتِ الْمُلُوْكُ عَلَيْهَا اَبْوَابَهَا
وَ طَافَ عَلَيْهَا حُرَّاسُهَا وَ
احْتَجَبُوا عَمَّنْ يَسْئَلُهُمْ حَاجَةً
اَوْ يَنْتَجِعُ مِنْهُمْ فَائِدَةً وَ اَنْتَ
اِلهِي حَيٌّ قَيُّوْمٌ لاَ تَاْخُذُكَ سِنَةٌ وَ لاَنَوْمٌ وَ لاَ يَشْغَلُكَ شَيْئٌ عَنْ شَيْئٍ اَبْوَابُ
سَمَائِكَ لِمَنْ دَعَاكَ مُفَتَّحَاتٌ وَ خَزَائِنُكَ غَيْرُ مُغَلَّقَاتٍ وَ اَبْوَابُ رَحْمَتِكَ غَيْرُ مَحْجُوْبَاتٍ
وَ فَوَائِدُكَ لِمَنْ سَأَلَكَ غَيْرُ مَحْظُوْرَاتٍ بَلْ هِيَ مَبْذُوْلاَتٌ اَنْتَ اِلهِي اَلْكَرِيْمُ الَّذِي لاَ تَرُدُّ
سَائِلاً مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ سَأَلَكَ وَ لاَ تَحْتَجِبُ عَنْ اَحَدٍ مِنْهُمْ اَرَادَكَ
لاَ وَ عِزَّتِكَ وَ جَلاَلِكَ وَ لاَ تُخْتَزَلُ حَوَائِجَهُمْ دُوْنَكَ وَ لاَ يَقْضِيْهَا
اَحَدٌ غَيْرُكَ اَللّهُمَّ وَ قَدْ تَرَانِي وَ وُقُوْفِي وَ ذُلَّ مَقَامِي بَيْنَ
يَدَيْكَ وَ تَعْلَمُ سَرِيْرَتِي وَ تَطَّلِعُ عَلى مَا فِي قَلْبِي وَ مَا يَصْلِحُ
بِهِ اَمْرُ آخِرَتِي وَ دُنْيَايَ اَللّهُمَّ اِنَّ ذِآْرَ الْمَوْتِ وَ اَهْوَالِ
الْمُطَّلِعِ وَالْوُقُوْفَ بَيْنَ يَدَيْك نَغَّصَنِي مَطْعَمِي وَ مَشْرَبِي وَ اَغَصَّنِي
بِرِيْقِي اَقْلَقَنِي عَنْ وِسَادِي وَ مَنَعَنِي رُقَادِي كَيْفَ يَنَامُ مَنْ يَخَافُ مَلَكَ الْمَوْتِ
فِي طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَ طَوَارِقِ النَّهَارِ بَلْ آَيْفَ يَنَامُ الْعَاقِلُ وَ
مَلَكُ الْمَوْتِ لاَ يَنَامُ لاَ بِاللَّيْلِ وَ لاَ بِالنَّهَارِ وَ يَطْلُبُ رُوْحَهُ بِالْبَيَاتِ وَ فِي آنَاءِ
السَّاعَاتِ اَسْأَلُكَ الرَّوْحَ وَ الرَّاحَةَ عِنْدَ الْمَوْتِ وَ الْعَفْوَ عَنِّي حِيْنَ اَلْقَاك
(Tuhanku, sebanyak
bintang di langitMu telah katub mata hamba-hambaMu, terhenti suara hamba-hambaMu
serta ternakan, dan raja-raja telah mengunci pintu-pintunya, penjaga-penjaganya
bergerak berkeliling, dan tertutuplah daripada sesiapa yang mahu meminta keperluannya
atau untuk mendapatkan manfaat dari mereka, tetapi Engkau Tuhanku, Yang Maha
Hidup, lagi Bersedia Yang tidak mengantuk dan tidak pula tidur, dan ia bukan
sesuatu yang Engkau sibukkan; pintu langit Mu sentiasa terbuka bagi sesiapa yang
mencari Mu dan khazanah Mu tidak pernah dikunci, dan pintu-pintu rahmatMu tidak
pernah ditutup dan manfaat Mu bagi orang yang meminta padaMu tidak pernah
diharamkan bahkan mereka diberikan dengan murah hati. Engkaulah Tuhanku Yang Maha
Mulia yang tidak menolak orang-orang mukmin yang meminta dari Mu dan Engkau tidak
menyembunyikan dari seseorang di antara orang yang beriman yang berharap pada Mu.
Tidak demi Kemuliaan dan KebesaranMu. Tuhanku tidak ada yang menghilangkan
keperluan mereka yang lain dari Engkau, dan tidak ada yang memenuhi keperluan
mereka selain Engkau. Lihatlah diriku, dan aku berdiri dihadapan Mu dan di
hadapan KuasaMu dan Engkau tahu rahsia ku dan apa yang ada dalam hatiku dan apa
yang akan memperbaiki urusan ku di dunia dan Akhirat
Ya Allah,
mengingat kematian dan syarat-syarat yang menakutkan dan berdiri di hadapan Mu
membuat ku menjauhkan diri dari makanan dan minuman ku dan membuatkan ku
tercekik, membuat ku jauh dari bantal ku dan menghalang ku dari tidur.
Bagaimana seseorang boleh tidur kerana takut malaikat maut? Dalam bencana malam
dan bencana siang, bahkan bagaimana boleh seorang yang berakal boleh tidur sementara
malaikat maut tidak tidur pada waktu malam magupun pada waktu siang, yang mencari
nyawanya berkeliling pada ketika dan saatnya (dan adalah dia (as)) sujud
selepas doa ini dan menempel dahinya ke tanah, (dengan berkata): Aku mohon
padaMu Roh dan kerehatan apabila mati dan maafkan aku sehingga menemuiMu).
✡✡✡✡✡
__________________________
[160] - Surah
Al-Syura 42:52'.
[161] - Al-Kafi: Jilid 1,
halaman 274.
[162] - Al-A3raaf
7:172.
[163] - Al-An3aam
6:28
[164] - Ghafir
40:11..
[165] - Al-Munafiqun
63:10
[166] - Al-Waqi3ah :60-62.
[167] - Al-Baqarah
2:282.
[168] - Al-Maidah
5: 83.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan