Soalan 96: Penerangan
Lanjut Mengenai Orang Yang Diserupakan Dengan Isa (as)
Soalan:
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
(as)
Utusan dan Washiy Imam Mahdi,
السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu
rahmat Allah serta keberkatanNya
Mengenai apa yang
dinyatakan dalam Kitab Mutasyabihaat Bahagian IV (dalam
Soalan 179) mengenai orang yang diserupakan dengan Isa dan disalibkan
adalah Mahdi Pertama daripada Aushiak. Adalah diketahui bahawa kewujudan Mahdi Pertama
adalah sebagai cahaya atau pada hakikat. Adakah Mahdi Pertama turun sebagai jasad
atau roh yang diwujudkan dalam tubuh manusia? Adakah bahawa Mahdi Pertama sekarang
hidup dalam diri jasad yang sama, yang pernah disalib itu? Jika kewujudannya bukan
dengan jasad ini adakah mungkin kewujudan rohnya pada lebih dari satu jasad? Mohon
dimaafkan jika soalan saya adalah suatu kesalahan dalam adab terhadap washiy dari
washiy-washiy keluarga Muhammad, yang memerintahkan kami untuk menyerah kepada mereka,
kerana saya salah seorang dari ansar, dan soalan-soalan ini saya hadapi ketika menyampaikan
dakwah.
والسلام
عليكم ورحمة الله وبركاته
Dan Salam atas
kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
Dihantar oleh: Maitsam
Barzan
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Nuthfah (benih) hubungannya
dengan diri tidak berubah, tetapi ia boleh terbentuk dalam Alam Jasmani ini pada
lebih daripada satu shurah (rupa bentuk) [173], Bukankah saudara
melihat bahawa rupa bentuk jasmani saudara berubah dan bertukar mengikut
peralihan masa. Rupa bentuk saudara ketika saudara masih seorang kanak-kanak belum
sesempurna seperti rupa bentuk saudara ketika muda,
﴿أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الْأَوَّلِ بَلْ
هُمْ فِي لَبْسٍ مِنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ﴾
Maka apakah Kami lemah dengan penciptaan yang pertama? Sebenarnya
mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru. [174],
Dan yang dimaksudkan
Nuthfah yang turun dari Alam Al-Zarr, bukanlah nuthfah air mani (Al-Manawiyah),
tetapi ia berserta (berhubung kait) seperti hubung kait diri (nafs) dengannya.
Bukanlah suatu
keperluan menghubung-kaitkan nuthfah yang turun dari Alam Al-Zarr dengan
nuthfah air mani (nuthfah Al-Manawiyah), untuk mewujudkan manusia di alam dunia
(jasmani) ini, seperti yang kita lihat penjelasan ini pada nuthfah Isa (as), ia
tidak berhubung kait dengan nuthfah air mani (nuthfah manawiyah), ia hanya
ditiupkan ke dalam rahim Mariam (as) secara langsung.
Lalu ia boleh diberikan
jasad manusia di alam jasmani ini sebelum memasuki ujian (imtihan - ditanya)
(iaitu, sebelum dia dilahirkan), dan juga boleh selepas berakhirnya ujiannya
(selepas kematiannya),maka kita dibangkitkan Allah selepas kematian dan
Al-Quran menyaksikan perkara ini. Diri ianya tersendiri dan begitu juga nuthfah
adalah tersendiri. Adapun bentuk rupa jasmani boleh dalam bentuk rupa dirinya
sendiri atau berubah sebahagiannya atau keseluruhannya.
Yang mesti
difahami adalah: Kelahiran manusia di alam ini tidak bermakna awal
penciptaanNya, tetapi ia bermakna awal dimasukanNya ke dalam alam jasmani ini
untuk diuji. Maka manusia adalah makhluk sehingga sedemikian itu,
tetapi ia telah menjalani ujian yang pertama di dalam Alam Al-Zarr,dan sekarang
ini kita menjalani ujian yang kedua.
✡✡✡✡✡
______________________
[173] - akan
dikeluarkan Kitab mengenai perkara ini tidak lama lagi, Insya-Allah, berhak «Al-Yamani
dan Yang Diserupakan dengan Isa» yang terdapat secara terperinci untuk tajuk
ini. (Pengulas).
[174] – Qaf 50:15.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan