Khamis, 12 Februari 2015

13 02 2015

13 02 2015
KHUTBAH PERTAMA
                                                                                                 
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،   
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله،
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،          
       
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Allah ber firman

اعود بالله من الشيطان الرجيم

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ *الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ * إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ * اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ * صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ *


Dalam tahmid Surah Fatihah  di atas adalah penting kita memahami kehendak Allah dan tafsirnya. Dia adalah 7 ayat yang diulang-ulang.

Kita mesti memahami surah ini setiap perkataan darinya, adalah Ilmu

Amir Al Mukminin (Ali) (as) berkata: "Sesungguhnya segala ilmu alam semesta, ada dalam Al-Quran, dan segala ilmu al-Quran, ada dalam ayat Tujuh (iaitu 7 ayat yang diulang-ulang iaitu surah Al-Fatihah), dan pengetahuan Ayat Tujuh ada dalam Basmalah, dan pengetahuan Basmalah ada pada titik (Ba), dan akulah titik itu "

Dari menyebut nama Allah dan sifat-sifatNya Azza Wa Jalla, Milik penciptaanNya – Dunia dan akhirat, Langit dan Bumi, penciptaan UtamaNya, Rububiyahnya yang dengan rahmatNya - Dia menyempurnakan penciptaanNya, sehingga yang tinggi martabatnya kepada yang rendah darjatnya. Dialah yang menyempurnakan kekurangan penciptaanNya yang memerlukan kesempurnaanNya. Syari’at atau risalahnya, agamaNya membimbing penciptaanNya. Kita penciptaanNya melalui 4 alam

1.      Alam Zharr- Alam Ujian pertama, atau Alam Alastu – kita pernah berada di sana, ditanya Alastu Rabbi-kum (Adakah AKU Tuhanmu) – dengan Pesetiaan dan Perjanjian (Mitsaq dan 3ahd), kedua
2.      Alam Dunia - Alam Ujian kedua alam jasmani dan kebendaan ini – Martabat kita meningkat ke Malakut atau menjunam terhumban ke Jahim atau Jahannam
3.      Alam Raj3a – hari Kiamat Kecil - Alam apabila turunnya Imam Mahdi , Iblis akan menerima janjinya dari Allah - ilaa Yaumim ma3lum (hingga hari yang ditentukan) zaman hidayah (Mahdi-mahdi) sebelum hari Kiamat
4.      Alam Akhirah – Hari kiamat, alam pembalasan, iaitu alam kekal abadi

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
Adalah Al-Isti3anah – memohon  hidayah cara mengabdi dan mengenalNya, dan memohon  pertolongan daripadaNya.
Memilih samada Jalan Haq atau Bathil.
Keperluan bertahmid, dan bertasbih dan sebagainya.
Semua ini saudara boleh rujuk dalam Kitab – Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah
Oleh Imam Ahmad Al Hassan - Wasi dan Utusan Imam Al Mahdi (as).

Saya bacakan petikan di penghujung kitab tersebut:

Kalimah yang aku lihat ditulis di halaman (suhuf) di Langit dan di Bumi, di batu kasar, dan di atas air, dan di daun-daun pokok: {Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka, apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu? Ataukah mereka tidak mengenal rasul mereka, karena itu mereka memungkirinya?

Firman Allah dalam [Surah Al-Mu'minuun 23: 68-74]. maksudnya

*Atau (apakah patut) mereka berkata: "Padanya ada penyakit gila". Sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka, dan kebanyakan mereka benci kepada kebenaran itu. Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) merekam tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. Atau kamu meminta upah kepada mereka?", maka upah dari Tuhanmu adalah lebih baik, dan Dia adalah Pemberi rezeki Yang Paling Baik. Dan sesungguhnya kamu benar-benar menyeru mereka kepada jalan yang lurus. Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat benar-benar menyimpang dari jalan (yang lurus).}

Ya Allah ! Engkaulah yang layak dipuji, kerana Engkau Yang Maha Pembimbing Ar-Rahman, Al-Rahim, di seluruh alam! Dan kami mengakui bahawa Kerajaan hak Mu, dan sesungguhnya akan datang hari Kerajaan hak Mu padanya dengan tindakan! Sama pada hari ini adalah hari Kiamat Kecil, dan munculnya Imam Al Mahdi (as), atau hari Kiamat Besar, di mana orang-orang pilihan istimewa Mu akan menghukum antara hamba-hamba Mu, supaya mereka boleh masuk - dengan izin Mu - sekumpulan ke Syurga, dan sekumpulan ke (neraka) Sa’ir.


اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،:  وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ
وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ *الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ * إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ * اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ * صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ *


KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.


Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian...

Salah seorang saudara (Ansar) telah melontarkan sebahagian permasalahan kepada Imam Ahmad Al Hassan a.s, lantas Imam a.s berkata di dalam nasihatnya: ...Adakah kamu menyangka kesibukan aku hanya pada kalian sahaja? kebanyakan manusia akan binasa dan mereka berada di atas kesesatan serta berpergian masuk ke dalam neraka. Manakala setiap seorang daripada kamu pula sibuk dengan dirinya sendiri, setiap seorang dari kamu melaungkan "ANA"?!

Aku tidak perlukan banyak tutur kata (alasan), aku mahukan sedikit amal (kerja) daripada kamu.

Seterusnya Imam (as) mengingatkan tentang  ANA, ANA, ANA?!

Ketikamana saudara tersebut ingin menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan tindakannya, Imam a.s berkata: Baiklah, Malaikat tidak menyalinnya, apa yang harus aku perbuat dengannya?!

Kemudian Imam a.s berkata lagi: Nasihatku buat kamu berdasarkan firman Allah Taala:

تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ نَجۡعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّ۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادً۬ا‌ۚ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi. Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Al Qasash: 83)

Tadabburlah, fahamilah ayat ini dan jauhilah dari mengikut hawa nafsu kalian, dan kemenangan atas kebenaran itu adalah untuk diri kalian sendiri.

Apabila kalian secara praktiknya ingin menjadi pembantu kepada kebenaran, maka beramallah dengan ayat ini. Jika tidak Allah akan menggantikan kalian dengan kaum (orang) selain kamu, yang kemudiannya tidak akan menjadi seperti kalian. Kalian mengetahui, mereka berdekatan dengan kalian dan hampir tiba waktu mereka. Maka bertakwalah kepada Allah dan bunuhlah diri kalian dan hawa nafsu kalian, serta bantuilah Tuhan kalian.


تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ نَجۡعَلُهَا

"Negeri akhirat itu, Kami menjadikannya": Allah tidak pernah memfirmankan "bahagian kamu dari negeri akhirat" dan juga tidak memfirmankan "Kami jadikan baginya bahagian dari negeri akhirat". Tetapi berfirman: " Negeri akhirat itu, Kami menjadikannya," iaitu negeri akhirat dan apa yang ada di dalamnya dijadikan untuk mereka yakni mereka adalah tuan-tuan akhirat. Mereka adalah Keluarga Muhammad (alaihimu s-salam) dan syiah mereka yang khusus. Maka beramallah untuk menjadi dari kalangan mereka, jika tidak aku tidak ingin untuk melihat rupa-rupa bentuk kalian, sedangkan kalian adalah pengikut hawa nafsu kalian.

Di penghujung ayat, Allah Taala berfirman
وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ,
bermaksud: Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Orang-orang yang bertakwa itu adalah Keluarga Muhammad (alaihimu s-salam). Imam Sadiq (a.s) telah berkata kepada orang yang membaca:

وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا
yang bermaksud, dan jadikanlah orang-orang bertakwa sebagai Imam bagi kami: (mereka telah meminta sesuatu yang amat besar, yang mana ia adalah: dan jadikanlah orang-orang muttaqin sebagai Imam buat kami). (Tafsir Al Qummi, jilid 1, ms 10 dan Bihar Al Anwar, jilid 24, ms 133-134)

Maka apakah perkara yang seseorang itu perlu lakukan untuk menjadi dari kalangan mereka?

لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّ۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادً۬ا‌

Mereka tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi, kalian tidak menginginkan ketinggian dan juga tidak menginginkan kerosakan?? Adakah kamu mengetahui makna ayat ini? iaitu tidak terlintas di hati kamu bahawa kamu adalah lebih baik dari yang lain dan tidak melebihkan diri kamu ke atas yang lain.

Mereka tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi...mereka juga tidak menginginkan kerosakan dan bukannya tidak melakukan kerosakan. Di dalam ayat lain Allah Taala berfirman:

وَلَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah [Allah] memperbaikinya. (Al A'raaf: 56)

Adapun pada sebelum ini bukanlah berbunyi "janganlah mereka membuat kerusakan", tetapi dinyatakan "mereka tidak menginginkan kerosakan" iaitu tidak terlintas di hati mereka kerosakan dan juga tidak terlintas di hati mereka akan kerosakan. Di manakah kalian dalam perkara ini???

Bertakwalah kepada Allah dan sibukkanlah diri kalian dengan memperbaiki diri kalian sendiri, setiap seorang dari kalian melihat dirinya sebai sebaik-baik makhluk, bahawa dia lebih utama dari keseluruhan ansar, atau lebih utama dari sebahagian ansar?!!

Inilah nasihatku buat kalian dan maafkanlah aku atas ketegasanku terhadap kalian.

Dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ، اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا، رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                                           
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.


اعود بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
((إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ{1} فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ{2} إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ {3})) صدق الله العلي العظيم




Tiada ulasan: