Sabtu, 1 Ogos 2015

Soalan 205 -209:


Soalan 205 -209:

Soalan 205: Lupa Membaca Surah
Soalan 206: Menggugurkan Bayi Yang Cacat
Soalan 207: Ganjaran Mengikut Kadar Kesukaran
Soalan 208: Khumus Kereta Milik Keluarga
Soalan 209: Terpaksa Bertayammum


Soalan 205: Lupa Membaca Surah

Soalan 205: Jika imam lupa atau sahw (sahwi) membaca surah selepas membaca Al-Fatihah dan terus ruku3 (ruku’), maka apakah tugas makmum?

Al-Syeikh Habib Al-Sa3idi – Basrah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Jawapan: ruku3lah (ruku’), bersama imam dan tiada sesuatu yang lain.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡

Soalan 206: Menggugurkan Bayi Yang Cacat

Soalan 206: Ketika hamil bulan keenamnya, dan pemeriksaan sonar menunjukkan bahawa kehamilan itu mungkin akan keluar bayi yang cacat, atau lemah akalnya, kerana penggunaan pil dan ubat-ubatan. Bolehkah digugurkan kerana kurang sempurna kejadiannya?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Tidak dibenarkan melainkan apabila ia mengancam kepada kehidupan ibu.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡

Soalan 207: Ganjaran Mengikut Kadar Kesukaran

Soalan 207: Untuk saya pergi Solat Jumaat yang dipisahkan oleh sungai dan tasik bahkan tidak ada pengangkutan awam, dan jika saya pergi menunggang atau berjalan ia sejauh 20 kilometer, Adakah wajib pergi Solat Jumaat atau memada dengan Solat Dzohor sebagai ganti untuknya?
Adnan Farhan Salman / Wasith - Zubaidiyah

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Jika jarak untuk pergi Solat Jumaat 20 kilometer, anda tidak wajib hadir. Walau bagaimana pun kehadiran anda lebih baik untuk anda jika tersedia kenderaan dan pengangkutan awam, dan ketahuilah bahawa ganjaran adalah mengikut kadar kesukaran.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡

Soalan 208: Khumus Kereta Milik Keluarga

Soalan 208: Kereta saya bernilai 215 ribu, Ia adalah milik keluarga saya, saya menggunakan kereta ini untuk barang-barang persendirian (pemandu) bagi menjalankan perniagaan mereka, berapakah kadar khumus dari nilai keseluruhannya?

Sattar Al-Jaburiy

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Jika anda tidak mempunyai kereta yang lain, jumlah yang dinyatakan tidak termasuk dalam khumus.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡


Soalan 209: Terpaksa Bertayammum

Soalan 209: Seseorang menjalani proses pembedahan kerana patah, dan tinggal kakinya tergantung, kaki kedua pula terikat, apa hukum menyapu kaki yang zahir apabila berwuduk di mana tangannya tidak sampai kepada kaki yang terikat? Adakah cukup ia hanya menyapu satu kakai, atau bertayammum?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Bertayammum jika tidak dapat berwuduk, dan dalam keadaan ini dia tidak dapat menyapu satu kaki, hukumnya hendaklah bertayammum.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: