Soalan 460: Bilakah Kemunculannya Mengikut Hadits Imam Ali (as)
:
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم.
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga
Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam.
Saya harapkan jawapan
bapa Al-Imam (as) sahaja, jika tidak, tidak perlu dijawab.
Salam atas bapaku yang
berkata-kata dengan Musa di Al-Thur dan rahmat Allah serta keberkatanNya.
Saidi, tuan tidak panjangkan
ucapan tuan (sebelum ini) kepada kami dan ilmu tuan berlebih-lebihan, semoga tuan
dipelihara Allah dan menjadikan kami ansar tuan yang benar lagi jujur, Amin Ya
Allah.
Saya harap tuan tolong tafsirkan
kepada saya keseluruhan Hadits Imam Amir Al-Mukminin sebagai pemimpin imam agama
kita (as), mengenai Apabila
Loceng berbunyi kuat, apabila lelaki pengsan kerana mimpi ngeri hingga
akhir hadits Al-Imam seluruhnya,
Dan salam atas tuan bapa
dan Imam saya, Wahai yang berkata-kata dengan Musa, Wahai yang diserupakan seperti
Isa (as), laknat Allah kepada pemenggal kepala Al-Hussein (as) di zaman ini.
Dihantar oleh: Ansari –
Sweden
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian
alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Semoga Allah membantu
kamu segala yang ada yang baik dan membimbing kamu dan menjadikan kamu dari mereka
yang membantu agamaNya SWT, Insya-Allah, apabila terdapat keperluan untuk
mengarahkan perkataan (perintah) kepada manusia dan bagi ansar semua, saya akan
berbuat demikian dengan kurnia Allah atas saya, dan bermohon kepada Allah untuk
membantu saya untuk berkhidmat kepada kamu dengan kurnia-Nya dan dariNya SWT.
Adapun tanda-tanda kemunculan
dan perinciannya, Semoga Allah membantu kamu. Sebahagiannya adalah lambang dalam
riwayat-riwayat dengan matlamat dan tujuannya, kita tidak boleh mendedahkannya kecuali
Allah menghendaki kita untuk mendedahkannya dan pada waktu yang dikehendakiNya
SWT, dan apa yang ditinggalkanNya kepada kita maka kamu hendak memahamimya,
dengan apa yang diberikan Allah untuk menjayakan kamu kepadaNya, dan Insya-Allah,
akan diperlihatkan dengan jelas pada kamu dan akan nyata pada masanya, dan
Semoga Allah membantu kamu untuk segala yang baik.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan